Sunday, September 4, 2011

INFO - Apa Itu Diffraction

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum nak start artikel, SELAMAT HARI RAYA diucapkan buat semua pembaca!

Artikel kali ni boleh dikatakan sbg kesinambungan kpd artikel HOW SHARP IS SHARP?, so jika anda belum baca artikel tu, sila baca terlebih dahulu utk menguatkan lagi pemahaman bg tajuk kali ni.

Sumber rujukan utama utk artikel kali ni ialah drpd website Ken Rockwell: Diffraction, cuma tak la se-detail penceritaan beliau. Aku ambil part yg mudah difahami je. Nak lebih teknikal dan mendalam, boleh baca artikel beliau.



APA ITU DIFFRACTION?

Direct Google Translate - "pembelauan"
* siapa dulu belajar fizik dlm BM mesti pernah dgr

Dlm photography, diffraction dikatakan sebagai kehilangan ketajaman (loss of sharpness) yg berlaku disebabkan oleh penggunaan aperture yg sgt kecil (no f besar).

Dlm contoh in real life, diffraction ni mcm bila kita melihat sesuatu menerusi lubang yg sgt kecil, atau kita kenyit je mata sekecil yg boleh tapi imej depan masih boleh dilihat. Sharp ke imej tu?


BILA BERLAKUNYA DIFFRACTION?

Seperti yg dah diterangkan dlm artikel HOW SHARP IS SHARP?:
"Jika boleh, jgn stop down sampai f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction serta vignette."


Ia berlaku apabila aperture terkecil pd sesuatu lens itu digunakan, which in most cases - f/16, f/22, f/32 dan seterusnya.

Semakin besar angka f, semakin teruk diffraction yg berlaku.

Sebab itu pinhole camera (rujuk PINHOLE CAMERA) hasilnya mmg tak pernah nak sharp, sebaliknya soft dan wujud vignette pada hasil gambar, kerana pinhole itu sendiri merujuk kpd saiz bukaan aperture yg sgt kecil.



CONTOH

Sumber: http://awtlblog.vitsco.com/2010/02/figuredoll-photography-121-blurry-photos-how-to-tame-the-focus/


Sumber: http://www.kenrockwell.com/tech/diffraction.htm


ANALISIS

Drpd sampel gambar di atas, boleh dikatakan gambar semakin soft dan hilang sharpness-nya pada aperture yg kecil, dan ianya semakin teruk pada f/22 dan f/32.


KESIMPULAN & NASIHAT

So andai anda jenis yg memang aim pada sharpness, sebolehnya jgn guna aperture yg lebih kecil drpd f/8. Limitkan penggunaan aperture pada f/8, paling kecil pun f/11.


Sekian,
Ejad Fotopoyo

1 comment: