Sebelum ini sudahpun diterangkan bagaimana utk menjaga body camera, lens serta battery di sini:
Kali ini saya akan menyentuh satu lagi item penting dlm digital photography, iaitu memori kad.
Terdapat pelbagai jenis memori kad di pasaran skrg ini - SD, microSD, SDHC, xD, MMC, Memory Stick, M2, Compact Flash dan sebagainya.
Antara jenama yg popular ialah seperti Kingston, Sandisk dan Apacer.
Sepertimana storage device yg lain (hard disc, pendrive), memori kad juga ada risiko terdedah kpd virus/worm/trojan dan yg sewaktu dgn nya, yg boleh menyebabkan kerosakan pd nya.
Cuba bayangkan anda sedang bercuti, dah byk ambil gambar, tiba-tiba masa nak transfer gambar, memori kad tunjuk error message "This device need to be formatted", mesti rasa mcm nak campak je laptop tu kan?
Ha, kita taknak ada isu campak-menyampak kat sini, jadi kita cuba yg terbaik utk pastikan memori kad kita sentiasa sihat & cergas, ok? ;)
Di sini saya kongsikan sedikit tips berkenaan cara menjaga memori kad, berdasarkan pengalaman serta research melalui internet.
1) Sentiasa back-up
- Amalkan utk transfer gambar ke dlm komputer jika ada kesempatan.
- Katakanlah anda sedang bercuti, kemudian semasa sedang berehat-rehat di bilik, transfer gambar itu semua ke dlm laptop walaupun masih byk space yg boleh diisi
2) Sentiasa format
- Setiap kali selepas habis proses pemindahan gambar ke dlm komputer, amalkan utk terus format kad tersebut
- Ingin saya tegaskan, format, bukan delete semua file/folder.
- Walaupun basically ia nmpk seperti proses yg sama, tetapi dgn format, proses pembersihan yg dilakukan lebih lancar.
- Perkara ini boleh dicerita pnjg lebar dgn maklumat drpd IT, tp saya rasa tak perlu kot
- Tapi pastikan proses format itu berlaku selepas anda transfer gambar, kalau tak, ada la yg menangis tak berlagu kang
- Sebelum kad itu digunakan semula pd kamera, dinasihatkan utk format kad itu sekali lagi melalui kamera
- Cara ini dpt memastikan yg kad itu akan diformat mengikut setting terbaik bg kamera tersebut
3) Jangan gopoh!
- Anda perasan tak setiap kali selepas mengambil gambar, lcd akan gelap, lampu blinking, kemudian gambar yg ditangkap td akan muncul slps beberapa saat?
- Dlm tempoh slps mengambil gambar sehinggalah ia muncul pd skrin, gambar itu sedang diproses utk disimpan dlm memori kad
- Proses in dinamakan writing
- Jika anda mengeluarkan memori kad pd waktu itu, anda telah mengganggu proses tersebut dan bakal menyebabkan kerosakan pd kad
- Perkara yg sama berlaku jika anda sedang transfer gambar ke dlm komputer, kemudian anda cabut kad atau kabel USB tak tentu pasal
- Jadi jgn lah gopoh begitu. Remove lah elok-elok dgn teknik Safely Remove Hardware.
- Amalkanlah sifat sabar, kerana sabar itu sebahagian drpd iman :)
4) 2 is better than 1
- 2 keping 4GB adalah lebih baik drpd sekeping 8GB memory card
- Katakan anda hanya ada 1 keping kad, jika rosak, habislah
- Tapi jika anda ada lebih, at least gambar di memori kad lain yg tidak rosak dan masih selamat
- Tambahan pula memori kad sgtlah murah skrg, jadi digalakkan utk beli extra utk simpanan
5) Delete gambar di komputer, bukan camera
- Kenapa? Pertama; bad power management. Setiap kali anda mendelete, anda perlu cari dulu gambar itu, kemudian delete dan seterusnya - proses ini memakan tenaga bateri, yg mana mungkin boleh menyebabkan memori kad anda kosong, tp bateri tak cukup utk digunakan kemudiannya
- Kedua; adalah sgt susah utk melihat gambar dgn teliti di dlm kamera. Gambar yg anda delete itu mungkin nmpk tak cantik pd lcd, tp sebenarnya cantik bila dilihat melalui komputer, kan rugi tu?
- Ketiga; eksiden yg bakal berlaku ialah - anda ter-delete kesemua gambar! Jika dilakukan di komputer, at least gambar itu masih boleh diselamatkan jika ia berada di Recycle Bin
- Jadi dipendekkan cerita - deletelah di komputer, jgn delete di kamera, kecuali jika anda betul-betul perlu berbuat demikian, buatlah dgn berhat-hati
6) Jangka hayat
- Sepertimana bateri, memori kad juga punyai jangka hayat yg tersendiri
- Jika anda rasa mcm dah terlalu lama guna 1 kad tu, belilah 1 extra sbg langkah berjaga-jaga, takut tiba-tiba yg lama tu rosak, at least anda ada backup
7) Berhenti mengambil gambar jika sesuatu berlaku
- Maksudnya, berhentilah mengambil gambar sekiranya anda mendapati kad itu ada something wrong
- Let say jika anda sedang menggunakan kamera, tiba-tiba dtg error message "Please format your card"
- Berhenti shooting, switch off kamera anda, keluarkan memori kad tersebut supaya at least gambar yg sudah tersimpan di dlm nya berkemungkinan masih selamat
- Terus buat backup jika ada komputer di sisi
8) Berhenti sebelum kenyang
- Jika anda perasan yg memori kad anda sudah hampir penuh, berhentilah shooting, tukar kad lain
- Expert dlm bidang photography pernah berkata, dgn memenuhkan kapasiti kad itu mendekatkan lagi ia pd kerosakan, seperti memory loss
- Sama seperti hard disc yg menjadi slow apabila penuh, begitu juga yg akan berlaku pd memori kad sekiranya ia terlalu penuh
9) Switch off kamera sebelum mengeluarkan kad
- Mungkin anda tak perasan, kejutan elektrik minor sering berlaku semasa anda mengeluarkan memori kad tanpa mematikan kamera terlebih dahulu
- Kejutan yg minor ini tiada efek pd kita, tp kesannya pd kad mungkin boleh menyebabkan kerosakan dan kehilangan data
- Tapi perlu juga diingat, jgn mematikan kamera semasa proses writing sedang berlaku, tu pun boleh merosakkan kad juga
10) Tukar bateri sebelum KO
- Sepertimana yg sudah diterangkan dlm artikel penjagaan bateri, tak elok utk membiarkan bateri kehabisan tenaga keseluruhan kerana ini dpt memendekkan jangka hayat bateri itu
- Berkenaan memori kad, seperti yg sudah diterangkan pd no (9), jika bateri anda habis dan kemera mati mengejut semasa proses writing sedang berlaku, ia bakal merosakkan kad
- Jadi sentiasa prihatin dgn tenaga bateri anda utk mengelakkan perkara sebegini berlaku
11) Edit di komputer
- Terdpt sesetengah kamera yg dibina dgn built-in post processing, yg mana editing itu boleh dibuat straight away dgn kamera
- Mcm point no (5) di atas, tidak digalakkan utk meng-edit gambar melalui kamera
- Ia dikatakan dpt memendekkan jangka hayat kad kerana semasa editing, byk proses berlaku secara serentak pd kad tersebut
12) Jenama
- Semasa membeli kamera, biasanya kedai akan bekalkan kad secara percuma
- Kad itu biasanya China brand, yg mana kualitinya tidak bagus
- Kad itu boleh digunakan, tp tidak digalakkan utk dijadikan prime card, sebaliknya hanya layak sebagai backup sahaja
- Utk kad utama, seeloknya belilah kad berjenama yg bagus, seperti Kingston, Sandisk yg mempunyai writing/reading speed yg bagus, bergantung pd kegunaan anda
- Biar duit habis pd jenama yg bagus, tp hasil terjaga dan terpelihara :)
13) Simpanan
- Jika tidak digunakan, simpan dlm bekas plastik yg dibekalkan atau apa-apa bekas yg sesuai pd suhu yg sederhana (suhu bilik)
14) Jgn sentuh!
- Jgn sentuh bahagian yg ditunjukkan dlm gambar, terutama jika jari anda basah/lembap
- Menyentuh bahagian tersebut boleh menyebabkan kerosakan pd circuit kad
- Selain itu, juga jgn biarkan bahagian berkenaan terdedah dgn kelembapan, minyak atau bahan kimia lain spt alkohol
Sekian sahaja artikel mengenai memory card ini.
Jika anda masih belum membaca 3 tips lain, sila klik link yg diberikan di bwh:
Semoga mendapat manfaat dgn nota di atas.
Sekian, Wassalam.
Sumber Rujukan:
sgt2 berinfo tips2 di atas..laen kli share lagi ye if ade info trbaru..thanxs..=)
ReplyDeletepergh....best arr info nie bro sgt2 bergune utk sume..thanks..
ReplyDeleteZazi & kastoory:
ReplyDeletethx sudi singgah dan baca. semoga kita sama2 dpt manfaat :)
jika ada info terbaru, akan sy post secepat mungkin. slps ini insya Allah, tips mengenai good storage utk menghalang penumbuhan fungus ;)
thanks ejad..kerana photo begitu berharga
ReplyDeleteyangyuyu:
ReplyDeletekrn photo begitu berharga? i like dat! hahaha
best bro.. tau x kalau memory asik kuar CHA & FOR ape masalah eh?
ReplyDeleteMohd Hakimi Haslan:
ReplyDeletebaca manual kamera, kat situ mgkn ade jwpn psl CHA n FOR tuh.. CHA mungkin Change, FOR mungkin Format
sorry master mau tanya ..mcm mane nak tau info pic(ss ,a,mm) yg kite amik.bile dh copy paste dr memori ...masalahnye dkt kamera adala info tu..disebaliknye bile dh d copy paste..newbie..
ReplyDelete