Saturday, February 18, 2012

MEMBEBEL - Harga Member

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pagi ni aku nak cerita skit psl isu yg dah lama timbul tp aku baru je nak story kat blog, iaitu mengenai customer yg takde duit tp berlagak mcm org kaya.

Dulu masa aku pakai Nikon D200, sumtimes aku shoot wedding dan engagement, but mostly shoot & burn je la, malas nak beralbum-album bagai.

Bisnes tu boleh tahan, so far so good, sampai la tiba-tiba muncul seorang kwn skolah aku yg nak bertunang dan nak hire aku sbg photographer.

Harga shoot & burn aku utk engagement time tu ialah RM250.
Dia mintak murah lg, harga member.
Aku letak RM200.
Dia mintak murah lg.
Aku low kan sampai RM150.
Finally dia puas hati.
Tapi...
RM150 dan dia nak custom album photobook bagai.

Banyak cantik?

Aku ckp yg tu mmg aku tak boleh buat.
Bukan setakat tak balik modal, tp rugi lagi ada la.

Dia pertikaikan:
"Ala bukan susah pun amik gambar kan? Just shoot sana sini. Plus, apa guna member kalau tanak tolong member?"

Aku sound dia balik: "Kau boleh byr upah kat caterer, mak andam semua yg STRANGER tu mahal-mahal, tapi aku, member kau sendiri kau kedekut nak mampus. Sape yg tanak tolong member skrg?"

Dia speechless. Terus dia kata dia setuju utk hire aku RM150 dgn pakej Shoot & Burn.

Tapi aku dah boleh agak something wrong is gonna happen.

2 hari sebelum dia bertunang, dia mesej aku:

"Takpe lah ejad, tak jadi hire kau. Sebab aku ada kwn 1 ofis yg ada kamera mcm kau, boleh amik gambar mcm kau, percuma"

Baca balik ayat kat atas ni, sentaphatimaknak tak?

3 keywords yg sgt biadap bg aku:
  1. "Ada kamera mcm kau" - dia ingat semua DSLR ni sama eh?
  2. "Boleh amik gambar mcm kau" - lain org lain skill cik kak oi
  3. "Percuma" - wat the fish? Seolah-olah mcm salah bg aku utk cas bayaran kat dia

So ok, dia tak jadik hire aku. Then lps event tu aku usha fesbuk dia nak tgk gambar tunang.
Ok bukan nak mengutuk, tapi gambar, adoih... ni ke gambar yg katanya "Boleh amik gambar mcm kau" tu?
Tu la, nak sgt freeeee kan? Hamik kau. Aku dalam hati mmg gelak jahat "Muahahahaaha"  jek time tu.

2 weeks later, ada sorang lg kwn skola mintak aku shoot & burn engagement jugak.
Perangai sebijik mcm yg kat atas ni, mintak semurah mungkin, tapi pakej nak mcm RM2000 punya pakej.

Aku argue lg, then aku dah agak benda yg sama bakal berlaku, so aku saje kasi dia deadline, aku nak confirmation yg dia akan hire aku at least 1 week before engagement.

Turned out, seminggu sebelum majlis, dia mesej aku benda yg almost serupa, dgn keywords "kamera mcm kau", "boleh amik gambar mcm kau", dan "percuma".

Time tu tak sentap sgt sbb aku dah expect benda mcm tu akan berlaku.
Dan disebabkan minggu tu aku dah free, terus aku carik job lain.

So far, dgn stranger yg nak hire aku, diorang tak byk bunyik.
Diorang tgk portfolio aku, terus deal. Kalau nego pun, nego sikit-skit je.
Dan diorang setuju je dgn pakej yg aku tawarkan.

Tapi dgn member sendiri, sigh.
Tapi ada la member yg ok. Cuma biasa bila berdepan dgn benda ni, bkn stranger, dan bkn outsider, tp member sendiri yg buat taik.

Kpd korang yg cheapskate sgt kat luar sana tu, aku nak tarbiah skit. Mintak maaf awal-awal kalau cara aku sound ni kuang hajar:
  1. Kalau dah takde duit, buat cara takde duit
  2. Pastu dah tau mampu beli kancil, jgn ngade-ngade duk mintak BMW
  3. Kwn tak kwn, ingat kitorang beli kamera DSLR ni pakai pasir ke?
  4. Time kitorang folo je bontot korang shoot gambar, ingat kitorang tak penat ke?
  5. Skill & knowledge yg kitorang ada dan guna utk shoot hari kebesaran korang, ingat benda tu mcm software ke boleh main install terus kat kepala otak je? Learning is hard beb
  6. Lps tu kenapa dgn kwn sendiri korang berkira nak mampus, tapi korang sanggup byr caterer mak andam semua tu mahal-mahal?
  7. Dgn member, kitorang bukan cas mahal. In fact dah kasi harga member lg, iaitu labor cost kitorang potong, tinggal upah nak buat album je.
  8. Kalau itu pun mahal bg korang, means kitorang kena keluar duit sendiri utk printing album korang.
  9. Senang cerita, bekerja dgn korang iaitu member sendiri, bukan profit, tp kitorang rugi, tau tak?
  10. Fine, hire la budak yg sanggup shoot free utk korang.
  11. But be reminded, dia shoot free sbb dia baru nak belajar.
  12. So jgn la mengamuk lps tu kalau dpt gambar gelap, blur dan sebagainya. Nak free sgt kan?

Aku pasti bkn aku sorang je, ramai jugak photog kat luar sana yg mengalami benda yg sama.
Kita ni under-appreciated. Diorang ingat kerja kita ni senang, setakat petik shutter button je utk amik gambar.

Tell them, kalau senang sangat keje mengambek gambar ni, sila self-portrait dan camwhore sendiri sepanjang majlis. Senang kan?

Sbb tu jugak aku dah stop shoot wedding dan engagement. Sebab dah malas nak mengadap isu ni. Disebabkan kwn yg kedekut, terus gaduh tak bertegur sape.

Dan lg 1, kepada newbies, aku paham korang nak belajar, so korang tak kisah kalau takde upah ke apa ke.
Tapi bg aku, benda ni tak seharusnya diamalkan, sbb nnt korang jugak yg akan dipijak balik.

At least mintak upah sikit. Paling tidak pun cover kos minyak korang pergi balik.
Dan aku pasti, kalau org yg hire korang tu ikhlas, dia akan hulur paling busuk pun RM50-RM100.

Sebab byk kes, korang shoot engagement diorang free, lps tu tak psl-psl kena shoot wedding diorang yg penuh dgn adat tu, free jugak.

Nanti time korang dah bersedia nak buat job, tgk-tgk budak yg hire kau FREE sebelum ni dah kasi heboh psl kau shoot free, terus bila kau mntk bayaran, diorang akan ckp 
"Dengan kwn saya haritu awak boleh shoot free, kenapa dgn saya awak nak cas?"

Kan dah kes naya kat situ.

Kpd wedding photog sekalian, kalau katakan korang jumpa la customer/client yg cheapskate mcm ni, kasi diorang flyer ni:

Sumber: FB


Kpd para jurufoto, utk mengelakkan kejadian ketahian sebegini berlaku, try langkah-langkah berikut:
  1. Non-refundable deposit. Mintak la deposit dlm RM50 - RM100 ke, dan ia takkan dipulangkan jika cancellation berlaku, depends pada situasi. At least kalau client buat taik, kita tak rugi pape.
  2. Double-triple confirmation date. Kalau client nak cancel ke apa ke, mintak dilakukan selewat-lewatnya dlm 2 minggu sebelum event utk tunang, sebulan utk perkahwinan.

Dan kpd pelanggan, aku faham sometimes korang cancel deal dgn photographer sbb korang jumpa better deal. It's ok. Cuma bila cancel tu, cancel la elok-elok. Tak perlu la include-kan sekali keyword 'percuma', 'lagi murah' atau apa-apa keyword yg kalau korang sendiri jadi photographer, korang akan sakit hati bila dengar.


Customer is always right?

Pfft. Salah tu. Yg betul ialah "What's right, is right"

Sama-sama la kita jaga hati masing-masing.

Ejad Fotopoyo

19 comments:

  1. hahaha..post kali nie mmg terbaaaikk laa ejad... (y)

    ReplyDelete
  2. wahahaa .... syok pulak aku bace entri nih!! HAHA ..

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang payah gak bila jd kes mcm ko ejad...kita nk cas mahal2..mmber2 sendiri kan?nnt merungut2 mahal la,makan mmber2 sendiri la..lupa mmber lama la...kita beli dslr ngn set2 lens dia bkn pakai air liur..susah dorg nak paham...kira investment kita la gak untuk buat bisnes ni..kalu asyk2 nk murah2 jak..tauke balak pun leh jatuh miskin.just my 2 cent la

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan bebelan nie...pernah kena gak..cuma bukan kengkawan..tp sedara mara..lg susah..serba salah dibuatnya..wlupun kita bukan tahap profesional..tp nk edit ngan print..tu smua nak pakai modal gak..

    ReplyDelete
  5. sebab tu bila diorang minta harga kawan2, aku buat muka ketat, bukan setakat dalam fotografi, tetapi melibatkan urusan2 perniagaan yang lain.

    ReplyDelete
  6. btul tu ejad.. akak pun pernah kena.. semua benda nak free.. so better elakkan dari kawan2..hehe..bukan apa..tk nak gaduh di kemudian hari..biarlah deal ngan stranger..

    ReplyDelete
  7. Akupun penah amik kawan aku untk my sist's e-day. Dia kata bagi je la brapa2.... We gave him rm150 for shoot and bagi pdrive. Sebab we puas hati with the outcome.... Walau dia a newbie tapi kesungguhan dia tu sangat menyenangkan hati. So takdak benda nak dipertikai and nak berkira.... Dia suka kami suka....

    ReplyDelete
  8. perghhh! kahwin nak.. bayar pelamin, sewa baju etc tu boleh plak bayar tapi dengan member berkira sampai di kritik sebegitu rupa? orang tak sedar diri tu... tu la mentaliti asek nak murah je.

    ReplyDelete
  9. nak amek letak kat FB.. kena pedajal dgn customer.. benck.. dah cakap aritu, mintak harga RM500... Merayu bagai, suruh cari org len xnak.. bila dah buat, cakap gambar sikit la... 1 album je ke... eh.. siot je kau kan..... aku dah la ponteng class tok majlis tu, running 2 jam dari umah pegi kat kau... 500 masuk semua sekali, baloi la weh.. album gedabak, softcopy bg, gambar lebih dari 70 keping... dem!

    ReplyDelete
  10. kawen free x nak pulak ye? hahaha.

    ReplyDelete
  11. harga member memg tak bley blah..baik deal dgn stranger :)

    ReplyDelete
  12. Itu bukan mintak tolong kawan..itu nak pedajal kawan..to hell with friends like these..kah kah kah..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Yang ni aku setuju sangat... ada yang dah jumpa 'percuma' sebab rate kita mahal... bila dapat result yang 'percuma' ni..ada lah macam² tak kena...lighting tak cukup lah...gambar blur laa...haa..nak sangat free kan..itu lah makan dia! kah3! apa aku leh cakap...PADAN MUKE! (y)

    ReplyDelete
  15. Terbaik bro!!!.. ak suka bace dan sume ni betul. Ayat lu power bro.. gudjob.. flyer tu terbaik tu. Ak de lg murah bro Rm50 jer..snap kt fon then terus tunjuk and delete. Skali tgok je.hahah

    ReplyDelete