Tuesday, May 29, 2012

Adobe Lightroom | Bikin Preset Sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mlm ni aku agak free, so aku ingat nak share tutorial sikit.
Dan mcm biasalah, hanya utk pengguna Adobe Lightroom sahaja ye.

Bagi korang yg dah tau cara nak edit guna Adobe Lightroom, lps dah edit 1 gambar, mesti ada rasa nak apply editing yg sama kat gambar lain kan?

So drpd korang bazir masa nak ingat atau tengok balik mcm mana korang edit sesebuah gambar tu kemudian tiru cara edit tu kat gambar lain, hari ni aku nak share cara nak save editing yg dibuat tu sbg preset sendiri, so that lps tu korang bole je nak apply kat gambar-gambar lain.

Katakan la aku import gambar ni masuk dlm lightroom:

        
Lps tu aku pun edit la ikut tutorial ni misalnya: Bermain Dengan Split Toning, then jadilah gambar yg seperti berikut:


Katakan la aku suka dgn tone ni dan aku berminat nak simpan, so that aku boleh apply kat gambar-gambar lain.

Caranya? Ok first, klik pada butang Create New Presets yg terletak di sebelah Presets:


Lps tu akan muncul 1 window baru yg seperti berikut:


Aku terangkan 1 persatu secara ringkas apa maksud benda-benda dlm window kat atas ni:
  1. Preset Name
    Letaklah nama preset yg korang suka. Letaklah Karim Daud ke, Kasim Selamat ke, sukati korang

  2. Folder
    Letakkan di mana tempat anda nak preset ini berada. Mcm aku, aku ada folder utk preset aku sendiri, sbb tu ada nama Fotopoyo Style kat situ. Takpe, nanti aku ajar cane nak buat.

  3. Auto Settings
    Click kalau korang nak apply Auto setting (aku tak tick setting ni)

  4. Settings
    Ok ni kalau korang nak pilih setting individually. Let say korang main dgn Saturation dan Clarity, tp korang nak save preset baru utk Clarity je, taknak include Saturation, so korang untick la bahagian Saturation tu

  5. Check All / Check None
    Check All - kalau korang nak apply kesemua setting editing tadi
    Check None - kalau korang tanak apply langsung setting editing tadi

  6. Create / Cancel
    Dah siap? Tekan button Create. Tekan Cancel jika tak jadik.

Lps dah create, nanti preset yg korang Create tadi akan muncul kat folder yg korang dah tetapkan.

Tgk contoh aku eh, ni yg aku buat: 



Lps aku Create, akan wujud preset Cincin bwh folder Fotopoyo Style:



So dgn wujudnya preset tu, maka aku boleh la apply editing yg sama pada gambar-gambar lain.

Insya Allah nanti aku share mcm mana nak backup preset supaya kalau la katakan kita format windows, preset kita masih selamat, serta cara nak buat folder mcm Fotopoyo Style aku tu.

Semoga tutorial ringkas ni memberi manfaat :)

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

6 comments:

  1. Mantop...senang sikit lepas ni bila ada preset ikut citarasa sendiri.

    ReplyDelete
  2. waa...bole rupanya..cara ni sesuai tak nak apply utk editing gambo wedding?? Gambo wedding kan byk gila..lagi2 sorg je plak buat semua keja..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye boleh. sukahati. proses ni nak memudahkan editing secara umum, maka ia xde kena mengena pun kalau gambar tu gambar wedding ke sports ke macro ke

      Delete
  3. Salam bang...nak tanya sikit...kalau kite dah salah naikkan sesuatu setting contohnya..kite dah terlalu banyak main clarity...teradjust lebih expose..dah terhiglight gambar jg gelap...macam mane kite nak patah balik satu step kebelakang...cthnya photoshop ade back step backward..cuma patah balik kpd gambar sebelum kita usik setting tu td...sbb sy cari x dalam lightroom xjumpa...cube try tekan reset...gambar jd macam asal sebelum edit ape2...jenuh cari tp x jumpe...macammane ye nak patah satu langkah kebelakang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      ade 2 cara:

      1. sebelah button reset tu ade button previous. tu kira undo la.

      2. atau, bwh preset tu ade list of actions yg kita dh buat sejak gmba tu di-export. click je mana2 yg anda nak patah balik kat situ

      Delete
  4. Mekasih byk2 bang for info...salam aidiladha...

    ReplyDelete