Tuesday, June 11, 2013

Sensor Size & Crop Factor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Di petang yg panas membahang takde rupa nak hujan ni, izinkan gua membebel pasal Sensor Size.
Cuma nak bagitau awal-awal, topik ni agak memeningkan, so kalau korang pening, aku tak bertanggungjawab.


SENSOR SIZE

Merujuk kepada bentuk dan saiz sesebuah sensor yg berada di dalam sebuah kamera.

Zaman filem dulu, sensor (filem) yg feymes ialah:
  1. 110 Format | Pentax 110 | 17mm x 13mm
  2. 35mm Format | 36mm x 24mm
  3. Medium Format | 120mm | 220mm
  4. Large Format | 4 x 5 inch | 5 x 7 inch | 8 x 10 inch 

Utk zaman digital mcm skrg ni, terlalu banyak sensor size yg berbeza-beza kerana ada pelbagai jenis kamera digital, daripada henfon secikai Nokia yg ada torchlight kemudian ada Android pastu Ipong dan Berry Hitam. Tu baru henfon, belum masuk kamera digital lagi.

So far utk kamera digital, antara format yg feymes dikalangan rakyat marhaen ialah:

Dalam artikel ni, aku just nak bincangkan mengenai 4 format je, iaitu Four Thirds/Micro Four Thirds, APS-C, APS-H dan Full Frame serta kesannya pada framing kita.

Olympus OM-D | Mirrorless | Micro Four Thirds
Sumber: zdnet

Four Thirds | Micro Four Thirds
  • Four Thirds merujuk kpd DSLR Olympus, manakala Micro Four Thirds merujuk kpd kamera mirrorless EVIL 
  • Sensor bersaiz 17.3mm x 13mm
  • Contoh kamera: semua DSLR Olympus, Olympus OM-D, Olympus PEN, Panasonic G series


Pentax K-5 IIs | APS-C DSLR
Sumber: CNET

APS-C 
  • Singkatan drpd Advanced Photo System type-C (Classic)
  • Merujuk kpd saiz sensor utk kebanyakan DSLR selain Full Frame DSLR dan Olympus
  • Sensor  bersaiz 23.6mm x 15.7mm utk DSLR Nikon, Sony dan Pentax
  • Sensor  bersaiz 22.2mm x 14.8mm utk Canon selain model 1D
  • Crop factor: 1.5 dan 1.6 (Canon)
  • Juga dikenali sbg Cropped Sensor atau DX Format bagi Nikon

Canon 1D Mark III | APS-H Camera
Sumber: photocrati

APS-H
  • Singkatan drpd Advanced Photo System type-H (High Definition)
  • Merujuk kpd saiz sensor utk DSLR Canon model 1D serta model kamera lain sepeti Leica M8 dan beberapa model Kodak DCS
  • Sensor  bersaiz 28.7mm x 19mm
  • Crop factor: 1.3

Sony A99 | Full Frame DSLR
Sumber: newsshooter

Full Frame
  • Merujuk kpd kamera yg mempunyai saiz sensor yg sama seperti filem 35mm, iaitu 36mm x 24mm
  • Nikon: D700, Model D3 dan D4. Juga dikenali sbg FX Format bagi Nikon
  • Canon: Model 5D dan 1Ds
  • Sony: A850, A900, A99

Dalam artikel ni kita akan bincangkan mengenai crop factor, iaitu kesan framing pada gambar kita apabila menggunakan kamera atau lens berlainan format ini.


CROP FACTOR

Dalam bahasa mudah, crop factor adalah nisbah dimensi kawasan frame kamera digital kpd kamera yg mempunyai sensor bersaiz 36mm x 24mm.

Kita jadikan filem 35mm atau full frame camera sbg benchmark bagi mengukur atau mengira crop factor.

Perasan tak pada kenyataan di atas mengenai APS-C Full Frame semua tu ada tulih Crop Factor 1.3, 1.6 dan sebagainya? Tau tak dari mana datangnya pengiraan tersebut?

Rujuk jalan kerja matematik di bawah. Jika anda tak minat matematik, skip je takyah pening kepala ;)

Sumber: Blog Ejad Fotopoyo

So drpd pengiraan di atas ni lah kita dapat angka 1.3, 1.6 dan sebagainya tu. Cuma kira-kira utk Four Thirds/Micro Four Thirds takdak sbb aku lupa nak buat sekali. Korang kira la sendiri. Make sure korang dapat jawapan 2.


KESAN CROP FACTOR

Ok, kita dah tau psl saiz sensor dan crop factor, so apa kesannya pada gambar?

Kita amik contoh mudah: katakan la korang ada 2 kamera DSLR, iaitu Nikon D7000 dan Nikon D700.
D7000 ialah format APS-C manakala D700 ialah Full Frame.

Andaikata korang pakai lens yg sama: 50mm F1.8 pada kedua-dua kamera dan berdiri pada jarak yg sama dgn subjek, korang takkan dapat framing gambar yg sama.


Ini kerana, saiz sensor pada D7000 lebih kecil drpd D700, menyebabkan imej yg dilihat dalam viewfinder akan ter-crop, tidak akan dapat seluas imej yg dihasilkan oleh D700.

Sebab tu imej dalam viewfinder kamera Full Frame lebih besar dan luas drpd kamera APS-C atau APS-H. Senang cerita tgk viewfinder kat kamera SLR Film je, pastu compare dgn DSLR korang.

Kalau nak tengok saiz sensor secara fizikal, just bukak lens dan tgk cermin pada kamera DSLR korang. Usually saiz cermin tu menggambarkan saiz sensor. Kalau cermin tu besar, means besar la sensor korang, dan begitulah sebaliknya. Tengok contoh gambar di bawah:


So, apa kaitan angka crop factor dgn hasil akhir gambar kita?

Simple je.

Contoh mcm gambar pantai kat atas ni, D7000 punya gambar mcm ter-crop sikit drpd D700 kan?

Ini kerana apabila lens 50mm F1.8 dipasangkan pada D7000, ia akan menjadi:
  • 50mm x 1.5 = 75mm

Dlm ertikata lain, bila pakai D7000 & 50mm F1.8, akan dapat framing mcm apabila lens 75mm dipasangkan pada full frame. Makin kecik format kamera yg kita pakai, makin ter-crop lah framing kita jika dibandingkan dgn fullframe.

Sumber: admiringlight

So apabila kita menggunakan kamera berformat yg lebih kecil drpd Full Frame, kita TAKKAN dapat gambar yg sama angle dgn full frame walaupun menggunakan lens yg sama dan berdiri pada jarak yg sama dgn subjek.

Kalau korang right-click pada gambar dan tgk pada Properties > Detail, korang akan nmpk info berikut:


Crop factor tidak akan dinyatakan di dalam Properties. Kalau nak tau, kira sendiri je: 35mm Focal Length bahagi Focal Length.

Utk kamera digital biasa, for sure crop factor nya lebih besar sbb sensor size-nya lebih kecil. Contoh Properties drpd kamera Olympus VG-120:


Crop factor ialah 26 / 5 = 5.2. Tu dia aih. Utk dpt framing mcm apabila lens 26mm dipakai pada full frame, kamera Olympus VG120 ni terpaksa menggunakan lens ber-focal length 5mm.

Dalam kes crop factor ni, ramai yg keliru, adakah focal length akan berubah selepas didarabkan dgn crop factor.

Sebenarnya focal length tidak berubah sama sekali. Focal length kekal sama, kerana ia merupakan jarak di antara lens dgn sensor (rujuk artikel Focal Length). 

Yg berubah ialah AOV (Angle of View), atau senang cerita, framing, kerana gambar kita seolah-olah mcm dah di-crop sendiri secara automatik apabila menggunakan kamera bersaiz sensor yg kecil drpd full frame. 35mm focal length yg dimaksudkan dlm Properties di atas menunjukkan framing gambar kita sama mcm jika lens ber-focal length tersebut digunakan pada full frame DSLR. So diharap anda tidak keliru.


CROPPED SENSOR: CAMERA & LENS

Lepas wujudnya kamera APS-C, Micro Four Thirds dan sebagainya, pengeluar kamera mula mencipta lens yg bersaiz kecil: sesuai dgn format tersebut. Maka sebab itulah wujud lens yg dicipta khas utk kamera berformat kecil begini, seperti:
  1. Lumix G & M. Zuiko
  2. Canon EF-S
  3. Nikon DX
  4. Pentax DA
  5. Sony DT
  6. Sigma DC
  7. Tamron Di II
  8. Tokina DX
  9. Utk list lengkap, sila baca WIKI: APS-C

Lens-lens di atas dicipta khas utk APS-C (no 1 utk Micro 4/3), maka ia tidak compatible dgn kamera full frame (serta APS-H). Tidak compatible dlm ertikata lain akan menyebabkan vignette, atau dalam kes seperti Canon, lens EF-S takkan boleh dipasang langsung pada body full frame.

Namun lens full frame tiada masalah utk dipasang pada mana-mana kamera berformat kecil, kerana lens yg berformat besar tiada masalah utk kamera format kecil. Jangan lens format kecil pasang kat kamera format besar je.

Maka selagi ada salah satu drpd kamera atau lens yg berformat cropped sensor, kiraan crop factor perlu dilakukan. Crop factor tidak perlu dikira hanya apabila body dan lens sama-sama full frame.


Dalam dunia digital skrg ni, kamera full frame mahal. Paling murah pun 2nd hand Canon 5D, dalam lingkungan RM2000-RM3000. 2nd hand D700 plak sekitar RM4500.

Full frame ni walaupun hebat, kesan dia hanya nampak ketara pada wide angle, low light + high ISO serta bila nak print besar je.

So jika anda jenis amik gambar suka suki bukan buat job gempak mana pun, pakai je APS-C. Kamera APS-C skrg ni pun dah best giler, boleh shoot video 1080p, siap ada touch screen dan WIFI lagik. Plus, lens utk smaller format ni kebanyakannya lebih murah drpd lens full frame.

Apapun kamera yg korang pakai, just enjoy taking pics with it, becoz ur camera doesn't matter.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

7 comments:

  1. APS-H ade juga dekat Kodak dan Leica-M8.

    ReplyDelete
  2. thnx for info..jenguk2 la blog sy ye..boleh bg komen yg membina :)

    ReplyDelete
  3. adoi pening sudahhh... tp terbaik info ni

    ReplyDelete
  4. Bro nanti citer pasal manual focus lens pulak bleh? Apa kelebihan dan kekurangan... :)

    ReplyDelete
  5. Bang saya tgk td enri ni...berbunyi lens 50m bersamaan x 1.5 = 75mm.. kalau gunakan pada kamera crop sensor..(canon ef-s)....so kalau kite nak gambar yg lebih wide...bolehkah kite pakai lens lebih kecil drp lens 50mm...contohnya lens 35mm ke?..boleh ke kite dapat image yg lebih wide..(pakai lens yg lebih kecil drp 50mm)kalau pakai dekat kamera crop sensor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. pakai any lens yg mempunyai focal length rendah utk dapat gambar yg lebih wide. semudah itu

      Delete