"bro, PM"
"PM bro!"
"PM"
Atau kadang2 lain sikit: "Inbox bro!"
Komen yg tetap akan ada walaupun segala maklumat mengenai produk serta cara menghubungi penjual telah dinyatakan.
Komen yg tetap akan ada walaupun harga barang sudah terang lg jelas dipaparkan, sama ada ianya Firm atau Negotiable.
Andaikata maklumat tak cukup pun, apa makna komen "PM"?
Seolah-olah mcm aku nak beli barang di sebuah kedai, aku pergi kpd tokey tu, dan aku cakap kat dia, "Bang, SMS"
tak mustahil tokey tu akan tanya aku,
"SMS apa?"
Exactly.
Nak PM apa?
Kalau maklumat yg anda cari tiada pd post tersebut, contohnya lokasi utk COD, komenlah
"Bang, PM saya tmpt utk COD"
Kalau anda perlukan bank details, komenlah
"PM no akaun bank, kejap lagi saya bank in"
Kalau anda rasa nak tawar menawar, komenlah
"Bang, boleh nego lagi ke? PM sy best price"
Kalau maklumat semua dah ada pd post tersebut, nak suruh seller PM apa?
PM balik segala info yg dia dah taip kat situ?
Dah tak reti nak baca sendiri ke sampai nak kena seller kopipes balik semua info tu dan mesej korang?
Dan jika anda betul-betul berminat dgn produk yg dijual, apa kata anda jimatkan masa dgn terus meng-PM penjual tersebut, atau kalau seller ada tinggalkan no hp, call atau sms terus nombor tersebut.
Logiknya ialah anda nak makan pizza hut, anda call pizza hut delivery, bkn masuk FB pizza hut pastu post "talipon!" di wall page tersebut.
Dan beberapa situasi lain berkenaan PM:
FB: Blog Ejad Fotopoyo |
"PM!" bukan budaya kita...
Ejad Fotopoyo
sakit perut aku baca pos ni.
ReplyDeletehihi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau dah tak boleh nak layan customer, jangan jadi peniaga okay? jangan jual beli dengan orang. kalau orang suruh PM pown buat layan tak layan.. perghhhh blagak gila lu!
ReplyDeletepenah dengar tak "customer is always right?"
ada la sebab orang suruh PM tu, macam yang saudara tulis diatas,
mungkin nak negotiate, mungkin nak taw COD dekat mana..
So layan je lah, jangan nak tunjuk ego sangat sebab awak tu berniaga..
Ambil comment ni sebagai ikhtibar, tak perlu nak remove ke apa.. Kalau berani lah, chill :)
Lagi satu, logik akal lah, urus niaga di alam maya dan realiti, orang nak PM ni kadang2 nakkan kepastian samada anda nak betul2 seller yang betul atau tidak
DeleteAsyraf.. Baca balik apa yg Ejad tulis atas tu...apa yg awak nyatakan semua ada..pm nego pm cod etc
DeleteAsyraf, kalau tak percaya , cuba lah kamu buat iklan kat Facebook, harga, maklumat barang yang di jual, cara bayaran, bank akaun, nombor handphone, tempat COD semua maklumat lengkap, dan lihat lah berapa banyak golongan yang suka tulis "PM" .
DeleteBaca x habis....lepas tu nk salahkan org....
ReplyDeleteAku kalo org post "PM"...aku biasa reply P***M** jer...
"Customer is always right " tapi , kalau saudara Asyraf belum beli, belum lagi kira sebagai customer kan? Jadi dia belum right lagi. Kalau dah beli pun , bukan selalu "customer is always right" . Pepatah "Customer is always right" ini adalah satu cara permasaran yang digunakan oleh syarikat besar untuk menarik perhatian pelanggan. Jangan lupa semua pembelian juga tertakluk pada syarat syarat, yang ditetapkan oleh penjual. Kalau tak boleh terima syarat syarat pembelian , baik jangan beli. PM pun tak usah.
ReplyDeleteTau takpe.. dh bagi detail pn suh pm.. pm la sndiri.. huhu..
ReplyDeletePm 'sended' lol
ReplyDelete