Di pagi yg serba hangat di bumi Shah Alam ni, aku nak kongsikan kpd korang cara-cara nak buat watermark dgn menggunakan perisian Adobe Lightroom.
Pengenalan
Apa itu watermark?
Ringkasnya, watermark ni mcm "signature" yg kita tepek pada gambar-gambar kita sebelum di-upload ke internet bagi mengelakkan isu kecurian atau ke-plagiat-an gambar.
Atau, simply to show to other people that gambar itu adalah hakmilik kita, kita yg shoot, atau kita yg design artwork tersebut.
Watermark utk foto digital boleh di-apply menggunakan pelbagai software. Korang boleh apply watermark guna Picasa, Photoscape, Photoshop etc etc.
Cuma dlm artikel kali ni, aku nak share cara nak cipta dan apply watermark pada gambar dgn menggunakan Adobe Lightroom, sbb aku edit guna Lightroom, sangat tak rajin nak pakai software lain utk buat watermark.
Ok jom kita start...
Men-design Watermark
First of all, mcm biasa la, dah bukak lightroom, dah edit gambar apa semua, sebelum korang Export gambar-gambar tu, korang kena design watermark dulu.
Aku akan letakkan arahan dlm bentuk ayat, diikuti dgn gambar. So ayat dulu, baru gambar.
1. Tak kisah anda di tab Library atau Develop, right-click pada gambar yg anda nak ada watermark, dan pilih Export > Export.
2. Kemudian satu window kecik akan muncul. Scroll ke bawah sampai jumpa bahagian Watermarking.
3. Check/tick kotak sebelah kiri Watermark tu, nanti kotak sebelah kanan dia akan menyala. Click kotak tu, nanti keluar drop-down menu. Pilih Edit Watermarks.
4. Nanti satu lg window keluar. Ha korang design lah watermark korang kat sini. Memula taip dulu watermark korang dlm kotak yg disediakan, kemudian design lah apa-apa yg patut - font, size, style, etc etc sehingga memenuhi selera korang. Kalau korang ada logo, boleh upload kat bahagian Image Options.
5. Kalau scroll ke bawah lg, nanti ada bahagian utk position pulak. Pandai-pandailah main dgn parameter yg ada kat situ utk meletakkan watermark korang. Lepas dah abis design, tekan button Save utk menyimpan.
6. Nanti akan keluar window kecik utk korang namakan preset Watermark korang tadi. So just namakan la apa-apa, kemudian tekan button Create.
7. Lepas tu nanti semua windows tu akan hilang, dan korang akan kembali ke Exports Windows. Pastu Export lah gambar mcm biasa.
1 benda yg korang kena tau, watermark kat lightroom ni dia takkan muncul pada gambar yg korang nampak dlm lightroom korang. Sbb watermark tu hanya akan di-apply bila korang Export.
So lps Export, korang bukaklah folder gambar yg korang export tu. Watermark sudah di-apply pada gambar yg korang export tadi.
So nak kasi senang paham, watermark hanya boleh dilihat pada gambar yg korang dah Export, tidak pada gambar yg sedia ada dlm lightroom.
Meng-edit Watermark
Lepas dah Export dan view gambar, katakan la korang tak berapa puas hati dgn design watermark tersebut. Font terlalu kecik ke, atau terlalu ketepi ke, atau terlalu transparent ke. Tak kisahlah, yg penting korang tak suka watermark tu dan korang nak edit atau modify dia.
8. Repeat balik steps 1-3 di atas, dan pilih Edit Watermarks. Kali ni watermark yg korang dah create tadi akan wujud dlm dropdown menu.
9. Lepas tu akan muncul balik window watermark tu. Ok editlah apa yg patut. Contoh aku edit dgn menambah perkataan "yang kacak".
10. Lepas tu korang jangan click Done, sebaliknya korang click button yg ada di atas gambar (yg ada "Ejad Fotopoyo" tu, nanti akan keluar drop-down menu, dan tekan Update Preset "
11. Tapi kalau korang nak save sbg preset baru pun boleh, just click button Done kat bawah tu dan ikut steps 6 di atas. Pastu Export lah mcm beshewwww.
Batch Watermark
Katakan korang nak apply watermark yg sama bagi beberapa gambar.
12. So cara dia, select beberapa gambar yg nak di-export tu. Cara dia sama mcm korang buat multiple selection kat windows, iaitu dgn button Ctrl atau Shift sambil men-select gambar-gambar tersebut. Kalau nak select semua gambar, click pada 1 gambar, kemudian Ctrl+A.
13. Lepas dah select beberapa gambar, right click je kat mana-mana gambar yg dah dipilih tu, dan Export mcm biasa, atau Export with Previous jika nak pakai setting yg sama dgn sebelum ni. Make sure kotak kat Watermarking tu dah di-tick la.
13. Kalau tetibe korang ubah fikiran, taknak pakai watermark langsung, just repeat steps 1-2, dan make sure kotak di sebelah kiri Watermark tu sudah di-untick.
Alrite that's all. Simple je kan. Lepas tu korang akan terus ada beberapa puluh/ratus/ribu gambar yg dah sedia ada watermark.
Watermark di lightroom ni sangat sesuai bg mereka yg nak pakai simple watermark dan nak cepat sbb boleh batch export. Kalau nak pilihan yg lebih banyak utk design watermark, gunalah software lain yg lebih complicated, seperti Adobe Photoshop.
Sekian tutorial yg ringkas ini.
Have a nice weekend!
Ejad Fotopoyo
Tq bro.. Sgt berguna.. Klu da boleh ke buat pla cara nak buat watermark guna PS... Tq
ReplyDeleteJourney To The Poyoland: Adobe Lightroom >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Journey To The Poyoland: Adobe Lightroom >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Journey To The Poyoland: Adobe Lightroom >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK 3y