Thursday, June 19, 2014

Jenis-jenis Bokeh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Harini aku nak meracun korang dgn jenis-jenis bokeh yg wujud dlm dunia fotografi.

Seperti yg kita sedia maklum, antara sebab utama org beli dan guna DSLR ialah - nak gambar yg subjek sharp dan background blur. Blur itu dipanggil sbg bokeh. Utk info lanjut boleh baca artikel BOKEH.


Bokeh Bulat-bulat






Bokeh yg biasa kita dapat apabila kita shoot guna aperture paling besar dan ada cahaya dari celahan atau lampu pada background.

Bila guna aperture paling besar, tiada blade yg tertutup, maka bokeh bulat dihasilkan. Contohnya bila korang shoot pakai lens 50mm F1.8, korang shoot pakai aperture terbesar iaitu f/1.8, korang akan dpt bokeh camni.


Bokeh Segi-segi




Bokeh berbentuk segi (poligon) seperti pentagon (5), heksagon (6), heptagon (7) dan seterusnya ini diperoleh dgn penggunaan aperture yg sederhana kecik. Contohnya korang shoot pakai lens 50mm F1.8 menggunakan aperture f/2.8, dan korang akan dapat bokeh bersegi-segi ni, dan jumlah sisi segi tu ditentukan oleh bilangan blade dlm lens yg korang pakai tu.

Usually:
  1. Canon - 6 dan 8 blades
  2. Nikon - 7 dan 9 blades
  3. Pentax - 6 dan 9 blades
  4. Sigma & Tokina - 9 blades
  5. Sony, Olympus, Samsung, etc etc - mohon gugel sendiri


Bokeh Ring | Bokeh Donut

Bokeh ni terhasil drpd Mirror Lens. Boleh baca dgn lebih lanjut dlm artikel Mirror Lens.

jazzandflyfishing
taishimizu
forum.mflenses


Bokeh Aneka Bentuk






First time tengok bokeh cenggini?

Bokeh pelik-pelik ni dibuat sendiri dgn hasil kreativiti masing-masing. DIY sendiri bentuk bokeh tu menggantikan rupabentuk aperture blade yg sedia ada dlm lens.

Info lanjut - DIY Bokeh.


Creamy Bokeh


Seperti namanya - bokeh ini yummy, nampak sungguh lemak berkrim. Ia rata, clean & clear, washed out, takde bentuk punya bokeh. Ia sama mcm bokeh bulat, tapi tanpa cahaya atau lampu kat background.





Bokeh yg washed out ni biasanya terhasil apabila kita guna lens macro, sbb jarak kita dgn subjek terlalu dekat, atau bila kita pakai telephoto lens dgn aperture besar (contoh: 70-200mm F2.8, 200mm F4).


Swirly Bokeh | Spinning Bokeh

Bokeh yg berpusing-pusing sampai tgk pun bole jadi pening.

shootingfilm
flickr
ruiwong

Bokeh camni terhasil melalui triplet lens - iaitu lens yg mempunyai 3 elements. Kalau tak silap aku la. Sebab aku gugel dapat info camtu. Kalau salah nasib la kan, sape suruh korang pecaya.

Berikut merupakan antara lens yg berupaya menghasilkan swirly bokeh:
  1. Helios 58mm F2
  2. Helios 85mm F1.5
  3. Zenitar 50mm F2

No 2 dan 3 tu boleh dibeli disini - FB: Zenit Asia. No 1 tu usha mudah or ebay je. No 1 tu harga lebih kurang no (3). Semua lens di atas tu manual focus punya lens, sbb ia lens lama.

Selain lens, TLR Camera seperti Yashica, Ricohflex dan beberapa model lain juga boleh amik gambar dgn swirl bokeh. Gugel sendiri la eh.



Distracting Bokeh

Bokeh ni merujuk kpd background yg blur. But sumtimes, bokeh tu tak cukup blur.

Bila tak cukup blur, bokeh mcm ni distracting, atau mengganggu, sebab nampak pattern/rupabentuk, atau warna dia yg kadang-kadang lebih menonjol drpd subjek tu sendiri. Even bokeh donut yg ada kat atas ni dianggap distracting bagi sesetengah jurufoto.




Biasanya bokeh yg mcm ni terjadi sbb tak pandai pilih background.
Ingat, background mesti simple. Bila background kacau bilau, gambar jadi kurang kacak.


Selain tu, kadang-kadang lens yg kita tgh pakai tu tak cukup hebat nak kasi belakang tu blur giler, menyebabkan bokeh tu mcm nak-taknak je. Contoh mcm gambar tupai kat atas tu.

Tapi benda ni subjektif la, depends pada mata si pemerhati. Ada je kekadang yg suka gambar bokeh ceni.


Bokeh Jahat | Bokeh Kuajaq

Apa saja jenis bokeh yg buat korang sakit hati tgk sebab kacak sangat.












Sekian racun harini.

Semoga tabah menonton gambar-gambar di atas.

Kbai.

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. hahahha... bokeh kuajaq paling sempoi, racun terok! :D

    ReplyDelete
  2. baru tau ada bokeh spinning. tq abg ejad

    ReplyDelete
  3. baru jumpe blog ni.. <<---part sedih
    hare punye gambar..lawa gila hasil tangan pro <<---part jeles
    terima kasih share taw..sy suke <<---part felixia yeap ^.^

    ReplyDelete