Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakan2 sekalian.
Tetibe je aku dapat ilham nak membebel, maka sebelum ilham tu pergi terbang ke kepala orang lain, better aku taip siap2.
Anniversary, atau harijadi, atau apa2 occasion la, bila kita nak belikan hadiah utk mak, ayah, atau pakcik/makcik, mungkin ada diantara kita yg terfikir utk menghadiahkan kamera kpd mereka.
Nak2 pulak mak ayah dah pencen, tgh mood honeymoon pusing 1 Europe, korang plak kesian tgk diorang duk amek gambar guna henfon Samsung Galaxy yg dah rabak tu ha. Maka korang pun mcm terfikir, "Kalau aku hadiahkan kamera kat mak ayah pun ok jugak kan?"
Maka dgn bajet yg termampu, kita pun mula buat research, kamera apakah yg sesuai dijadikan hadiah utk mereka yg telah banyak berjasa menjaga memberi makan minum kepada kita drpd kecik sampai besar.
Photographer VS Orang Awam
First of all, semasa kita sedang buat research, kita kena faham 1 benda - kita mungkin seorang photographer yg hebat, tapi mak ayah kita? Adakah mereka juga photographer yg tau handle aperture utk dpt gambar subjek sharp belakang bokeh? Adakah mereka jenis yg menggunakan BULB dan remote shutter utk mengambil gambar fireworks?
Hakikat sebenar - mak ayah kita adalah orang awam yg langsung tiada knowledge pasal photography mahupun exposure.
Most of the time, diorang tak pernah kisah pun gambar tu ada bokeh kuajaq ke ada gaya motion blur mcm panning ke. Apa yg penting bagi diorang ialah - kamera tu senang guna, dan gambar tu mesti lawa, terang, menjadi dan sharp.
Maka sbb itu, amatlah tidak sesuai utk kita memilih kamera yg complicated utk mereka.
DSLR VS Mirrorless
MILC vs DSLR |
Zaman skrg Mirrorless Camera dah makin top. Ramai photographer yg beralih arah kpd mirrorless ataupun ada mirrorless camera sbg backup.
Whichever it is yg korang pilih, please make sure kamera tersebut:
- Ringan dan kecik
- Beginner friendly - means senang la kamera tu utk difahami dan dikendalikan
- Ada mode AUTO dan ada built-in flash
- Live View
- Titlable screen if possible supaya senang utk low/high angle shot serta selfie
Maksudnya disini, jangan beli kamera besar2 utk diorang. Better mirrorless drpd DSLR sbb ia lebih kecik. Aku recommend Sony A6000 atau Fujifilm X-A1/X-A2.
Kalau rasa mcm nak hadiahkan DSLR, beli yg entry level sudah memadai, mcm Nikon D3300 atau Canon 1200D. Toksah beli yg berat2, kesian diorang gigil nanti nak angkat D4 dgn 24-70 tu.
How About Compact P&S?
Paling senang tanak pening kepala - hadiahkan kamera compact P&S (Point & Shoot) kpd mereka. Takyah pun nak ajar cane nak tukar lens.
Antara kamera P&S high end yg popular ialah seperti Sony RX100 Mark 2/3, atau Canon G1x, sesuai dibeli jika bajet anda sekitar RM1500-RM3000.
Atau, jika anda mmg takde bajet, beli je mana2 compact P&S yg anda mampu, mcm Canon Powershot ke.
Kelebihan guna P&S ni ialah, on, focus, snap, siap! Takde pening2 nak setting bagai. Sesuai sgt la utk diorang.
Utk cadangan lain, anda boleh usha artikel APKINS - 10 Kamera Kompak Terhangat
Utk cadangan lain, anda boleh usha artikel APKINS - 10 Kamera Kompak Terhangat
Rugged + Underwater?
Kalau diorang jenis yg lasak, adventurous, kaki hiking rock climbing apa semua, korang boleh jugak consider kamera yg shockproof dan waterproof seperti Olympus Tough Series, atau ActionCam seperti Gopro dan yg sewaktu dengannya.
Better Handphone
Last sekali, katakan la diorang ni mmg jenis malas nak guna kamera. Diorang ni jenis amek gambar guna henfon je. Dan kebetulan pulak henfon diorang cikai abis.
Maka silalah consider utk menghadiahkan henfon yg mempunyai kamera yg bagus kpd mereka.
Kalau rasa mampu, boleh la belikan iPhone 5s ke 6 ke. Bagi yg lebih gemarkan Android-based phone, OnePlus punya kamera pun baguih jugak.
Aksesori Lengkap
Apapun kamera yg korang beli, make sure kamera tu datang dgn aksesori yg lengkap. Contoh, jangan la korang hadiahkan body je, lens suruh diorang beli sendiri. Kejam tuh.
So make sure kamera tu dah siap lengkap 1 set, tinggal nak on pastu shoot je.
Belikan jugak extra battery, extra memory card serta beg yg selesa utk diorang. Anggap la mcm korang yg nak guna kamera tu, so korang beli lengkap.
Baru ke Second Hand?
Benda ni subjektif, bergantung jugak la kpd bajet korang tu.
Tapi seeloknya la kan, kalau boleh, beli la yg baru, siap warranty apa semua. Kita nak hadiahkan sumthing kat org tersayang, so kita berikan yg terbaik utk mereka. Plus kalau apa2 jadi, kita ada warranty.
Baru ke Second Hand?
Benda ni subjektif, bergantung jugak la kpd bajet korang tu.
Tapi seeloknya la kan, kalau boleh, beli la yg baru, siap warranty apa semua. Kita nak hadiahkan sumthing kat org tersayang, so kita berikan yg terbaik utk mereka. Plus kalau apa2 jadi, kita ada warranty.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OK sekian bebelan harini.
Semoga dgn artikel yg ringkas ni, korang dapat idea nak bagi hadiah kamera yg mcm mana utk parents korang.
Semoga dgn artikel yg ringkas ni, korang dapat idea nak bagi hadiah kamera yg mcm mana utk parents korang.
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment