Tuesday, June 23, 2015

Personal Review | Fujifilm X100S

Selepas beberapa bulan guna fullframe Nikon D3 pinjam dan Nikon D700 sendiri, walaupun dgn lens kacak seperti Samyang 85mm F1.4 dan Nikkor 50mm F1.2 AI, aku mula rasa bosan... bosan dgn DSLR yg berat, besar, bising dan melenguhkan bahu dan tangan.

Maka aku mula menjual segala gajet Nikon yg ada, dan Alhamdulillah, semuanya terjual walaupun D700 aku tu shutter count dah mencapai 280,000.

Lepas dah takde DSLR, aku mula meng-google, kamera mirrorless apakah yg terhangat di pasaran sekarang ni. Dan yg menarik perhatian aku ialah - X Series keluaran Fujifilm. Waktu tu Sony NEX series tak berapa menarik bagi pandangan aku. Olympus PEN plak, lens kemain mahal aih padahal sensor kecik je.

Sejak pengeluaran Fujifilm X100 (2011) dan Fujifilm X-Pro 1 (2012) , Fujifilm Mirrorless X Series mula mendapat tempat di hati ramai jurufoto, salah satu sebabnya ialah design kamera yg retro, ditambah pulak dgn JPEG Color Profile yg menghasilkan gambar yg kacak dgn tona filem.

Maka aku pun gigih meng-google, apakah kamera Fujifilm yg sesuai dgn bajet aku, yg pada waktu tu sekitar RM3000-RM4000.

Pada mulanya aku usha X Series termurah, iaitu (ni harga tahun 2013-2014):
  1. Fujifilm X-A1 - RM1600-ish dgn kitlens 16-50mm
  2. Fujifilm X-M1 - RM1900-ish dgn kitlens 16-50mm

Niat di hati, balance tu nnt nak agkt prime lens Fuji, mcm 35mm F1.4 atau 56mm F1.2.

Tapi lps meng-google dgn lebih tekun, didapati ramai pengguna Fujifilm lebih prefer kpd kitlens 18-55mm F2.8-4, simply kerana ianya kitlens yg kuajaq sharp serta sgt berguna utk lowlight kerana aperture f/2.8.

Tambah plak, aku baru perasan, X-A1 dan X-M1 tiada EVF (Electronic Viewfinder), yg mana bg aku sebenarnya agak kritikal sbb aku sgt perlukan VF utk komposisi yg lebih teratur.

Maka aku dgn rela hatinya meningkatkan bajet kpd RM2500-RM3000 utk mendapatkan Fujifilm X-E1 + 18-55mm F2.8-4. Spec utk kamera ni cantik sgt dah, ada EVF, kitlens hensem, rupa retro, pendek kata kira dah jadi la nak masuk meminang nih. Cuma kena kumpul duit lagi la utk agkt lens lain.

Kemudian, aku tetibe teringat 1 lagi produk Fujifilm, Mirrorless X Series yg takleh tukar lens, iaitu Fujifilm X100S. So aku pun google, usha spec, baca review apa semua.

Terus jatuh cinta beb!

Maka akhirnya, pada jam 9.30 pagi 8 Ogos 2014 di Giant Bandar Putri Puchong, aku selamat diijabkabulkan dgn Fujifilm X100S berwalikan seller dari Lowyat Forum, iaitu scdvom, dgn restoren Subway sbg saksi.


Sedikit info berkenaan Fujifilm X100S:
  • 16.3MP APS-C X-Trans CMOS II sensor
  • No optical low-pass filter for better sharpness
  • Hybrid optical / electronic viewfinder with 2.35M dot LCD
  • Dedicated dials for shutter speed and exposure compensation
  • Aperture ring - fefeeling camera lama
  • Prime 23mm F2 lens, non-interchangeable  (sama seperti Fujifilm X100 dan X100T)
  • 2.8" 460k dot LCD

Official Website: FUJIFILM X100S
Review: DPreview | Ken Rockwell
Harga: Second hand sekitar RM2000-RM2800, baru maybe dah takde, sebab dah digantikan dgn X100T.



Kita pergi kpd persoalan pertama - why X100S? Why not X-E1 or X-E2, or better yet, X-T1, iaitu EVIL yg boleh tukar2 lens?

Ini kerana, tujuan utama aku lompat kapal drpd DSLR kpd mirrorless ialah - aku nak hasil gambar yg kacak drpd kamera yg kecik dan senang bawak.

X-E1, X-E2 serta X-T1 mmg kecik, sebab mirrorless kan, tapi tu body je. Bila sumbat lens, contoh kitlens 18-55mm F2.8-4, saiznya dah lebih kurang mcm entry-level DSLR.

X100S, dgn built-in lens 23mm F2 (bersamaan dgn 35mm F2.8 pada fullframe), sangatlah compact dan ringan. 

Dedicated dials for shutter speed & exposure compensation
Top view
Threaded cable release utk kamera filem boleh digunakan pada Fujifilm X100S
Thumbgrip - utk handling yg lebih stabil

Kemudian, sbb lain ialah design. Tak tau la nak cakap cane, tapi X100S ni mmg kacak habis. Ramai ingat aku guna rangefinder. Dia ada aperture ring, dial utk shutter speed serta dial utk exposure compensation, mcm SLR lama. Cuma dia takde dial utk ISO. Kureng sikit la kat situ.


Film Simulation

Seterusnya, kita cerita pasal dia punya JPEG Profile plak, atau dalam jenama lain dipanggil Picture Control. Utk Fujifilm, dia gunakan istilah Film Simulation, sbb nama2 preset dia mmg nama filem, antaranya:
  1. Provia/Standard
  2. Astia/Soft
  3. Velvia/Vivid
  4. PRO Neg. Hi
  5. PRO Neg. Std.



Kalau korang baca forum psl X100S ni, ramai kata takyah edit2 dah. Kerana hasil original drpd kamera pun dah kacak. Tapi kalau korang nak edit pun boleh je.

Berikut adalah beberapa gambar yg original drpd kamera, tiada post processing, melainkan proses resize jadi kecik je.








Setiap preset ada keunikan yg tersendiri. So terpulang pada kita utk pilih yg mana yg sedap mata memandang.

Dan, katakan la kita tak sure nak pilih mana 1 sbb semuanya lawa, takkan nak shoot gambar yg sama utk semua preset kan? So kita shoot dlm format RAW, kemudian dgn menggunakan Adobe Lightroom 5.4 dan ke atas, kita boleh pilih preset mana yg kita nak.

Klik untuk besarkan gambar

Klik untuk besarkan gambar

Kalau korang ada gambar RAW drpd kamera Fujifilm tapi takde pilihan Film Simulation kat Adobe Lightroom, mungkin korang guna version lama. So utk enjoy feature ni, silalah update Adobe Lightroom anda kepada version 5.4 atau ke atas.


Indoor & Lowlight

Setia City Mall

Che Wan | KLPF 2014

Aku | Foodcourt Midvalley

KLPF 2014

Gambar di atas diambik indoor, tanpa flash, minor editing, ISO sekitar 800-1600.

Selain noise yg mcm takde, sensor Fujifilm berjaya mengekalkan keaslian warna, yg mana kalau kita guna DSLR, kadang2 tmpt banyak lampu camni, habis warna gambar jadi haru biru sbb White Balance lari.

Kemudian ni gambar2 yg mmg lowlight (EXIF disertakan utk rujukan). Dgn lens yg mempunyai bukaan f/2, kadang2 aku tak perlu nak naikkan ISO tinggi2 sgt pun.




f/2 1/60 ISO5000

Portraiture/People Photography


Dengan lens 23mm F2, of kos korang takkan dapat portrait dgn bokeh mcm 50mm F1.8, tapi kekuatan lens ni lebih kpd wide-open sharpness. Bila shoot portrait guna 50mm F1.8 misalnya, gambar agak soft pada f/1/8, tapi mcm X100S ni, wide open f/2 pun dah sharp melampau2 dah. Tambah lagi dgn kaler dia yg kacak. 

So selagimana korang tak mengharapkan bokeh kuajaq utk gambar portrait, X100S ni boleh je bagi korang gambar portrait yg memuaskan.

For tight portrait shot, boleh consider TCL-X100, iaitu telecoverter yg membolehkan lens asal 23mm menjadi 33mm (equiv to 50mm in FF). Nanti ada masa aku review.




Selfie


On the other hand, X100S ni kurang sesuai utk selfie sbb lens 23mm ni tak wide mana. Gambar selfie korang akan kelihatan sempit. Better guna phone je kalau nak selfie.


Black & White Portraiture




Aku tak berapa minat shoot B&W, tapi preset B&W dalam X100S ni kacak oh. Gambar2 atas ni tak edit pun, cuma resize je.


Landscape | Nightscape | Panorama

Lens 23mm dalam X100S ni tak se-wide kitlens 18-55mm, tapi ia masih agak wide utk mengambil gambar landscape.





Kalau rasa mcm tak muat nak sumbat semua, boleh gunakan fungsi swipe panorama. Dalam kamera ni kita boleh pilih orientation (nak mula swipe dari bawah, atas, kiri atau kanan) serta sudut gambar (120 atau 180 darjah).




Selain tu, sensor yg berteknologi tinggi ni membolehkan anda recover highlight dan shadow (proses dodge + burn) dgn mudah, especially jika anda menggunakan format RAW.



Untuk long exposure, ring pada lens ni boleh dibuka dan digantikan dgn 3rd party adapter, membolehkan kita memasang filter atau hood di hadapan lens.

Fujifilm X100S + B+W Big Stopper


Bokeh & Sunstar/Starburst

Dgn 9 rounded blades, bokeh yg terhasil kelihatan smooth, dan sunstar akan menjadi bintang berbucu 18.








Food Photography

Bagi aku la kan, gambar2 makanan yg di-shoot guna X100S ni akan nampak mcm sedap giler. Ntah, korang usha la gambar2 kat bawah ni.







Street/Candid Photography

Korang tau kan mirrorless ni senyap, sbb takde mirror mcm DSLR?

Ha X100S ni lagi giler bapak punya senyap. Mcm takde benda jadi pun bila tekan shutter. Tau2 eh dah keluar gambar.

Unfortunately aku ni bukan reti shoot street sgt so gambar ni je lah yg aku mampu share.

Budak ni tak perasan pun aku amek gambar dia, padahal aku betul2 berdiri sebelah dia

Dengan shutter yg senyap, kamera ni sangat sesuai utk street/candid photography. Cuma, aku bukan jenis yg shoot street sangat, so takde la gambar.


Product Photography

Coupled with Nissin i40 dan meja makan IKEA kaler putih, aku berjaya amik gambar ala-ala studio camni:




Lain-lain Kelebihan

Built-in ND8 membenarkan penggunaan shutter speed perlahan diwaktu siang

Selain tu, antara faktor lain yg menyebabkan aku memilih X100S ialah:
  • Built-in ND8 filter - membolehkan penggunaan aperture f/2 atau shutter speed perlahan di waktu siang
  • Ada EVF, berbanding X-A1 dan X-M1
  • High speed sync - flash boleh digunakan dgn shutter speed selaju 1/4000, berguna utk daylight portrait dan strobist 

Kekurangan

Nothing's perfect, baik makhluk, mahupun ciptaan makhluk itu sendiri. So sehebat mana pun Fujifilm X100S ni, ada beberapa kekurangan yg bagi aku agak penting utk dikongsi:
  1. F2 - sharp wide open bila jauh, tapi soft melampau bila dekat. So kalau shoot dekat2, kena stop down utk dapat hasil yg sharp. Ada aku bebel kat SINI.
  2. Lowlight focusing - bila gelap, dia punya focus hunting tu kekadang menyakitkan hati
  3. Battery life - full charged battery dapat dlm 300 shots je. No biggie, standard issue dgn mirrorless camera. Masalah selesai dgn membeli bateri spare.
  4. RAW file yg agak besar, melebihi 30MB, lagi besar drpd file ex-D700 aku.
  5. Battery indicator - kekadang tak stabil. Drpd 3 bar turun 2, pastu habis terus.
  6. Auto Noise Reduction - berlaku bila guna ISO6400 dan ke atas. Walaupun benda ni dah off dalam Menu, tapi dia tetap akan berlaku secara automatik bila guna ISO6400 dan ke atas.

Namun semua kekurangan ni taklah seberapa, jika dibandingkan dgn ke-best-an kamera ni. Disebabkan sgt best, aku dah jarang guna DSLR (aku masih ada Pentax DSLR), so bila travel mana2, mcm haritu pegi Langkawi, pastu Korea, mmg guna kamera ni je.


Bagi anda yg berminat, used X100S boleh dibeli sekitar harga RM2000-RM2400, atau kalau nak murah lagi, X100, bawah RM2000 boleh dapat. Boleh usha di lowyat forum.

Atau kalau duit terlebih banyak, nak barang baru, boleh beli Fujifilm X100T yg lebih kuajaq, shutter speed boleh pergi sampai 1/32000, pastu ada preset Classic Chrome yg kacak giler punya tone.

Sekian review pendek dari aku.

Selamat berpuasa!

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. Suka baca blog tuan. Berinformasi dan mudah dibaca. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Lepas aku beli x100, time tu rm2700, selang 2 minggu kluar x100s... Sabo je la... Tapi x100 pun best..

    ReplyDelete
  3. wahh...memang kojaq x100 ni..
    hehe

    ReplyDelete