Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
Akhirnya aku ada masa nak abiskan artikel travelog korea yg sebenarnya takde la bebel sgt tp gambar je lebih. Honestly sbb aku takde talent nak bebel benda2 camni. Kalau benda tu melibatkan teknik photography, ha takde hal, sampai tahun depan aku boleh bebel.
Jika anda belum baca Day 1-3, boleh klik link di bawah:
Artikel kali ni utk Day 4 plak, dan ini artikel terakhir, sbb Day 5 pagi2 lagi kitorang dah kena balik Malaysia sbb flight pukul 9 lebih. Lps subuh terus naik train pegi airport, dgn ngantuk, letih, tak larat dah nak amek gambar.
Utk hari keempat di Seoul ni, lps bangun tido breakfast apa semua, tmpt pertama yg kitorang singgah ialah Gyeongbokgung Palace.
Gyeongbokgung Palace
Tiket masuk berharga 3000 won |
Info ringkas berkenaan Gyeongbokgung Palace (sumber: WIKI):
- dibina pada tahun 1395
- dikenali juga sbg Gyeongbok Palace
- merupakan istana utama pada zaman Dinasti Joseon
- musnah dlm kebakaran semasa Perang Imjin, kemudian dibiarkan/diabaikan selama 2 abad
- pada abad ke-19, ia dibaiki dan dipulihkan semula di bawah pimpinan Prince Regent Heungseon semasa pemerintahan Raja Gojong
Hari tu cuaca agak panas, berbanding semalam kat Nami Island yg manjang hujan je. Tapi angin sejuk. Pastu kekadang angin kuat giler sampai ribut pasir.
Ribut pasir |
Kalau korang perasan, tempat ni lebih kurang sama je dgn Changdeokgung Palace dalam Day 2. Cuma dia mcm lagi besar je. Penat gak la pusing, mcm tak habis2 lagi padahal dah tengahari.
Kat luar ada beberapa tugu - salah satunya ialah Sejong the Great Statue.
Sejong the Great Statue |
Statue of Admiral Yi Sun-shin |
Cat Cafe Hongdae
Lepas tu kitorang bergerak ke kawasan Hongik Uni, hajat dihati nak lunch, pastu duk cari tmpt makan yg berkenan, tak jumpa2, last2 masuk Cat Cafe kat Hongdae hehe.
Kucing kat sini majority sombong. Kalau korang takde makanan, jgn harap la diorang nak dekat. Kalau mcm diorang tgh baring diam2, the moment kita usap kepala dia, dia blah. Kerek sungguh mereka2 itu.
Myeongdong & Cheonggyecheon Stream
Lepas tu kitorang jumpa mamat kpop si Adzrin Apkins pastu makan nasik goreng seafood pastu main belasah jejalan je kat Myeongdong dan Cheonggyecheon Stream. Time ni mood nak amek gambar tu dah mula slow sbb penat kot, maka tak banyak lah gambar yg boleh dikongsi...
Okee habis dah artikel travelog seoul. Semoga korang terhibur la dgn gambar2.
Kbai.
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment