Monday, March 7, 2011

Macro | Radas & Bahan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel kali ini akan menyentuh mengenai genre macro photography secara ringkas.

Dalam genre macro, knowledge mengenai Depth Of Field adalah sgt kritikal utk macro photography. Maka kalau korang belum fasih psl Depth of Field, sila baca artikel Depth of Field ni.

Macro photography - boleh dikatakan juga sbg close-up photography utk objek atau subjek yg kecil/sangat kecil.

Senang cerita, drpd mata kasar, kita nmpk nyamuk tu kecil, tapi dgn macro photography, kita berupaya utk menunjukkan betapa besarnya nyamuk tu dlm frame gambar.


1) Simbol Macro

Usually dlm kamera apa pun, macro dilambangkan dgn 1 simbol universal - gambar bunga:

Button Macro pada Lumix TZ10

Utk kamera kompak biasa, macro diaktifkan melalui butang yg menunjukkan imej bunga (seperti yg ditunjukkan di atas)

Dan lambang bunga yg sama juga terdapat pada model DSLR yg entry level atau beginner.

Mode Macro pada SLR Canon EOS 300 


2) Macro Lens

Lens sebegini mempunyai minimum focusing distance yg pendek, membenarkan kita utk pergi kpd subjek lebih dekat drpd lens-lens biasa yg lain.

Terdpt lens yg memang dibina utk tujuan macro, serta ada juga lens lain yg dibina dgn feature macro atau close-up sbg additional feature.


Selebihnya boleh usha artikel Jenis-jenis Lensa, bawah tajuk Macro Lens.



3) Macro/Close-up Filter

Sumber: vitalemporium

Dgn rupa dan cara pemasangan yg sama dgn UV Filter, macro filter bertujuan utk memendekkan jarak fokus pd lens. Contohnya jarak fokus minimum 0.4m akan bertukar kpd 0.2m selepas macro filter dipasangkan.

So apabila jarak fokus semakin pendek, magnification size juga akan semakin besar, menyebabkan imej serangga yg kecil kelihatan besar di dlm frame gambar.

Sumber: macro-photography.org

Biasanya filter ini ditandakan dgn +4, +6, +10, yg mana menggambarkan semakin besar nombor itu, semakin besar magnification yg boleh dicapai.

Filter tersebut boleh digunakan secara individu, atau digabungkan utk mendapatkan efek close-up yg lebih mantap.

Biasanya filter sebegini berharga dlm RM50 utk 1 jenis (1 saiz close-up), bergantung kpd tread size pd lens. Semakin besar tread size, semakin mahallah filter ini.

Atau, kalau korang ada bajet besar, beli filter Raynox DCR-250, yg berharga dlm RM250.

Sumber: raynox.co.jp


4) Extension Tube (atau Extension Ring)


Berbeza dgn filter yg dipasang di hadapan lens, extension tube merupakan tool yg perlu dipasangkan di antara lens dgn body camera.

Tujuan utama - memanjangkan jarak sensor dgn lens; supaya dapat memendekkan lagi jarak fokus minimum yg ada pada lens tersebut.


Kelebihan menggunakan extension tube - tiada glass/lens atau apa-apa di dlm tube tersebut, so kualiti imej kita terjaga dan masih sepenuhnya original drpd lens.

Pen yg berada di dlm tube menunjukkan bahawa tube itu kosong di dalamnya 

Seperti yg ditunjukkan dlm gambar, extension tube biasanya datang dlm 3 saiz, yg mana setiap satunya mempunyai panjang yg berbeza.

Semakin panjang tube yg digunakan, semakin bertambah jarak sensor dgn lens, semakin dekat jarak fokus.


5) Bellow

Sumber: cheesycam

Bellow mempunyai fungsi yg sama dgn Extension Tube, cuma ia boleh diubah (panjang/pendek) dgn sesuka-hati mengikut citarasa kita.


6) Reverse Lens


Seperti namanya, kita pasang lens tu secara reverse, iaitu terbalik.


Mmg agak mustahil utk dipasang lens sebegitu rupa, dan situlah wujudnya Reverse Ring, yg mana ia dipasang dihadapan lens spt filter dan kemudian hadapan lens itu dipasangkan pd body camera seperti memasang lens biasa.




7) Coupler

Memperkenalkan, inilah dia coupler yg bersaiz 52mm-52mm:


Teknik reverse lens di atas boleh digabungkan dgn pemasangan lens biasa melalui penggunaan coupler seperti berikut:

Nikon F90 & AF Nikkor 35-80mm F4-5.6 (normal) & AF Nikkor 50mm F1.8D (reversed) 

1 lens akan dipasang secara normal pd body camera, kemudian coupler akan dipasangkan sbg filter pd lens tersebut, yg mana membenarkan sebuah lagi lens dipasangkan pada nya secara terbalik (reversed).

Biasanya lens yg digunakan dlm situasi ini ialah zoom lens (normal) dan prime lens (reversed). Contoh 18-55mm (normal) dan 50mm (reversed).


8) Combination

Let say korang ada kesemua gadget di atas, korang boleh jugak gabungkan mereka dlm 1 masa, bergantung kpd kesesuaian.
  • Extension Tube/Bellow + Macro Filter 
  • Extension Tube/Bellow + Extension Tube 
  • Extension Tube/Bellow + Macro Lens 
  • Macro Lens + Macro Filter 

dan macam-macam lagi, bergantung kpd berapa besar magnification yg korang nak.


9) Tripod/Monopod

Tripod atau monopod adalah sgt diperlukan dlm macro, kerana semasa close-up, shutter speed yg ideal adalah agak mustahil utk kita handle dgn tangan (handheld), especially dlm keadaan low light.

Dan even dgn shutter speed yg laju sekalipun (1/500s), berdasarkan pengalaman aku yg tak seberapa ni, disebabkan close-up serta Depth of Field yg sgt nipis, sedikit pergerakan boleh menyebabkan DOF maju/undur kebelakang, menyebabkan yg sharp itu bukan pd subjek, tp di depan/belakang subjek.

So dgn penggunaan tripod, perkara-perkara sebegini dpt dielakkan.

For more info boleh baca artikel Memilih & Membeli Tripod


10) Redha dengan apa yg ada

Katakanlah korang takde semua tools di atas, hanya ada body + kitlens, tapi nak jugak ambil gambar macro.

Takde masalah, boleh je. Cuma mungkin hasilnya tak semantap mana berbanding kalau kita guna tools yg di atas la.

So dgn apa yg ada, boleh cuba tips ini. Penggunaan tripod digalakkan:
  1. Gunakan mode MANUAL atau Av/A. Kalau tak reti boleh baca artikel Mode M dan Av, Tv & Exposure Compensation.
  2. Kitlens apa pun yg ada, zoomkan pd tahap maksimum. Misalnya utk kitlens 18-55mm, zoomkan pd 55mm.
  3. Off AF (Autofocus), gunakan manual focus. 
  4. On VR/IS atau apa saja shake reduction mechanism yg ada. Kalau pakai tripod, sila Off
  5. Pusingkan focusing ring pd lens supaya ia pergi pd jarak yg paling minimum (contoh - biasanya jarak fokus minimum utk kitlens ialah 0.28m) 
  6. HINT utk no 5 - jika kurang pasti bagaimana utk memusingkan focusing ring itu pd tahap paling minimum, normally lens akan makin memanjang jika focusing ring itu dipusingkan pd jarak minimum, dan akan memendek apabila dipusingkan pd jarak infinity. 
  7. For starters, gunakan aperture sekitar f/5.6-f/8. 
  8. TANPA mengubah zoom dan focus, gerakkan diri anda (compose yourself) ke arah subjek sehingga subjek di dlm viewfinder kamera kelihatan sharp. 
  9. Apabila subjek itu kelihatan sharp, bermakna subjek sudah in-focus. 
  10. Setkan ISO mengikut cahaya persekitaran, dan selebihnya setkan shutter speed utk dptkan exposure yg ideal. 
  11. Ambil gambar. 
  12. Tgk hasil gambar. Jika DOF terlalu nipis, kecilkan sedikit aperture kpd f/8 atau f/11 utk mendapatkan DOF yg luas. Kalau gelap/terang sgt, main lah value shutter speed atau ISO mengikut indicator meter exposure. 
  13. DOF yg nipis bermaksud mungkin hanya sebahagian kecil subjek yg sharp, yg lain blur (bokeh). 
  14. Selepas meng-adjust aperture, shutter speed dan ISO, ambil gambar sekali lg. 
  15. Jika DOF masih nipis, ulang langkah 8 dgn aperture yg lebih kecil (angka f besar).
  16. Jika gambar bg anda sudah memuaskan, TAHNIAH! ^^ 

Atau, boleh jugak baca Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition.

____________________________________________________________________

BANYAK GILER TOOLS. NAK GUNA YG MANA NI?

Macro Lens
  • Beli ni, setel masalah. Pasang je lens ni, dah boleh ambil gambar macro. 
  • Kekurangan? Mahal lah. Tamron SP90 90mm F2.8 berharga dlm RM1400.

Macro Filter
  • Murah, flexible dan universal. Mudah disimpan kerana saiznya yg kecil. 
  • Maksud universal di sini ialah let say korang beli 1 macro filter bersaiz 52mm, so selagi lens korang mempunyai tread bersaiz 52mm, korang boleh pasang filter tersebut walaupun berlainan jenama kamera. 
  • Kekurangannya ialah dari segi penambahan glass menyebabkan kualiti imej sedikit berkurang, tapi kekurangan ini tidak jelas kelihatan dari mata kasar, so takde hal lah.


Extension Tube
  • Juga agak murah. 1 set mengandungi 3 saiz, berharga dlm lingkungan RM50. 
  • Ada tube yg boleh Autofocus serta penukaran aperture pd body, jenama Kenko misalnya, tapi mahal la, dalam RM400. 
  • Imej kualiti terjaga kerana tiada glass di dlm tube tersebut. 
  • Boleh digunakan utk apa jua jenis lens, tidak terhad pd tread saiz atau jenis lens, kerana ia dipasang di antara body dan lens.
  • Kekurangannya ialah tidak universal utk jenama jika dibandingkan dgn macro filter. 
  • Means let say korang guna Nikon, so korang beli tube Nikon mount, then korang tukar kpd Canon, tube itu sudah tidak boleh digunakan kerana different mount. 
  • Satu lg kekurangan ialah pemasangannya memerlukan kita utk cabut lens drpd body, meninggikan risiko kemasukan habuk. 

Bellow
  • Kelebihann/kekurangannya sama shj seperti Extension Tube 
  • Tambahan - berat, panjang, memerlukan tripod kerana handheld agak impossible

Reverse Ring
  • Murah, kualiti imej juga terjaga, kerana ring tersebut tidak mempunyai binaan glass di dlm nya. 
  • Kekurangannya sama juga seperti Extension Tube 

Coupler & Combination
  • Result yg lebih superb kerana gabungan biasanya akan menghasilkan magnification yg superb. 
  • Pemasangan yg agak leceh 
  • Memerlukan kemahiran utk mengendalikan pelbagai tools serentak 

Tripod/Monopod
  • Tools yg sangat-sangat-sangat-sangat diperlukan utk mengurangkan risiko gegaran atau pemindahan DOF yg disebabkan oleh pergerakan badan/tangan. 
  • Kekurangan - berat, besar dan leceh utk dibawa ke sana sini. 

Redha dgn kitlens, handphone & compact camera
  • Tabung terselamat drpd dipecahkan, duit PTPTN selamat dlm Bank Islam
  • Belajar utk bersyukur dgn apa yg ada 
  • Meningkatkan lagi tahap kreativiti kerana kita bekerja dgn tool yg kemampuannya agak terhad, so skill kita sgt kritikal 
  • Kekurangannya cuma 1 - sebab tools kurang best, so hasilnya pun mungkin la tak se-best jika tools di atas digunakan. 

Sumber: FB

So selepas diceritakan kelebihan/kekurangan masing-masing, aku ada sedikit pesanan utk korang yg ingin menceburi genre macro:
  1. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Walaupun korang mungkin mampu, tapi beli gadget yg digunakan setahun sekali kemudian simpan sampai tumbuh fungus, tu dikira membazir 
  2. Kalau korang betul-betul berminat, utk permulaan, beli macro filter atau extension tube dulu, dan biasakan diri dgn rentak macro. At least kalau korang nak stop pun, takdela bazir sampai ratusan/ribuan ringgit. 
  3. DIY juga boleh, dgn membeli kanta pembesar biasa dan diletakkan di hadapan lens. 
  4. Pengawalan exposure dlm macro agak kritikal, kerana apabila aperture yg kecil digunakan utk mendapatkan DOF yg luas, shutter speed akan menjadi rendah utk mendapatkan jumlah cahaya yg cukup. So jika handheld, JGN KEDEKUT ISO, atau gambar akan jadi blur (gegar) walaupun bersih drpd noise. 
  5. Last sekali - macro memerlukan KESABARAN. 
  6. Last lg skali - macro memerlukan KESABARAN. 

Sekian sahaja penerangan ringkas yg tak berapa nak ringkas mengenai Macro Photography.

So, selamat mencuba & semoga anda mendapat gambar yg diinginkan.
Wassalam.

Ejad Fotopoyo

33 comments:

  1. perghh... info yg amat berguna.... tq ejad..

    ReplyDelete
  2. info berguna...tq.
    http://fahmie.megashot.net/photos/92455

    hanya berkongsi [50mm + close up filter+4 + raynox]

    ReplyDelete
  3. hehehehe...aku mmg minat ngan dunia2 halus ni...
    nak beli peralatan secukupnya mmg aku x mampu, so pakai ape yg ade, utk genre macro ni aku gune 50mm manual yg di'reverse'kan attach pd macro ring...
    utk hasil die bleh tgk kat sini - http://janggut79.blogspot.com/2011/01/my-macro.html
    tp gambo2 ni masa aku awal2 start nak main macro ni, skang dah dpt skit rentak2 die...
    harap dpt beri tunjuk ajar pd saya...hait

    ReplyDelete
  4. tq ejad..sy memng student dlm bidang ni..skrg ngah study lg n kumpul duit bli sume2 tu..nnti dh dpt nnti sy akn slalu dtg cnie untuk mhirkn lg..tq sgt2 sgt2 berguna..:)

    ReplyDelete
  5. thx for the info
    nak beli lens macro mmg x mampu sbb student lg
    paling mampu pon just macro filter je XD

    ReplyDelete
  6. salam bro nk tnyer..extension tube 35mm+50mm f1.4 bleh jadi 85mm ker? dan sesuai ker tak klau dihybridkan mcm tu utk shoot potrait?..sbb lens 85mm f1.4 bokeh terlampau jahat..ader ker extnsion tube 35mm?..harap dpt bri pnjelsan.

    ReplyDelete
  7. celah mana pulak dtg nya ext tube 35mm? ext tube ialah tube, bkn lens. seperti ditulis atas tu, pemakaian tube memendekkan JARAK FOKUS, bukan memanjangkan focal length

    ReplyDelete
  8. celah gambo no.4 tu bro,ok2 skrng baru faham..extnsion tube utk fokus bkn utk focal..thnx for your info bro...;)

    ReplyDelete
  9. nombor2 tu just indicator, menandakan makin tinggi angka tu, makin dekat jarak focusing, tu je

    ReplyDelete
  10. aku guna reverse lens je,ok la dpt gak men macro..kt post ni gak aku blaja guna reverse lens..hahahah..

    ni hasil dr reverse lens,ce komen sket bro
    http://episilentkiller69.blogspot.com/2011/07/macro-di-belakang-rumah-je.html

    ReplyDelete
  11. slm....knp sy gne extention tube gmbr yg sy dpt gelap...lg 1 flash xleh gne....cne nk setting ni...maaf sy xbpe pndai dlm bidang ni..mhon tnjuk ajar...

    ReplyDelete
  12. @Anonymous

    salam. bg detail tools yg digunakan (kamera, lens, flash, extension tube murah/mahal) utk sy diagnose problem anda tu :)

    ReplyDelete
  13. sy gne D90, flash xde...gne yg build in jew...ex. tube gne yg murh...rm35 jew...sy xgne riverse ring.... lens yg sy ade 18-55 ngn 70-300...

    ReplyDelete
  14. @Anonymous

    yg guna dgn ext tube tu kitlens atau 70-300? bg full name lens 70-300 tu brand/model apa

    ReplyDelete
  15. yg gne ext. tube tu kitlens tp mse pkai kt 30-700 leh nmpk sbjek skit wlaupn gelap... model nikon AF Nikkor 70-300mm 1:4-5.6G

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    ok, thats normal. bila pakai ext tube yg manual, kita xde control pd aperture. so masa tgh guna both lens dgn ext tube, aperture closed down sampai f/22, sbb tu gambar gelap.

    so apa yg boleh dibuat ialah, stuck-kan kertas pd aperture spring/pin yg ada pada mount lens tersebut (http://perspectivevision.blogspot.com/2010/02/shooting-g-lens-on-manual-film-camera.html)

    flash xleh guna pd TTL mode. kena guna manual mode shj. ini pun normal

    ReplyDelete
  17. so xleh gne flash yg dkt body slr la yer??mcm tu...ade sample details x??blh try=).. papepn thnks bro...nnti sy try...

    ReplyDelete
  18. @Anonymous

    Bn xbole pki built in flash, cuma xleh pki mode ttl. G baca user manual bhgn flash. Seeloknya nk main ext tube ni, guna lens yg ada aperture ring, mcm 50mm, lbh senang nk control. Selebihnya sila merajinkn diri meng-google dan youtube

    ReplyDelete
  19. ejad, aku pernah guna ET manual+nikkor 50mm + nissin di622 mark II on camera...tapi jadi tak boleh shoot gambar bila tekan shutter tu...nissin tu dah set pada manual mode...last2 aku cabut nissin dan guna built in flash je+DIY diffuser(manual mode)...baru lah boleh...persoalannya...memang nissin tak boleh guna ke bila on camera + ET Manual? so kalau tak boleh macam mana nak bagi boleh guna? agak2 kalau guna trigger + nissin off camera flash boleh tak? guna built in flash lighting dia macam kurang memuaskan sikit lah bagi aku...:-)

    ReplyDelete
  20. @black

    jap, ET Manual tu apakah? kasi detail lgkp gadget anda

    ReplyDelete
  21. ejad,,berape harga bagi lens makro..yang murah-murah la..dah lama nak sambar macro lens ni..

    ReplyDelete
  22. @cairol_77

    kalau main nikon, try usha Nikkor 40mm F2.8, kalau x silap x sampai pun RM1000.

    3rd party - Tamron SP90 90mm F2.8, between RM1200-RM1500. xsure berapa current price, better tanya kedai

    ReplyDelete
  23. saya pakai nikon D90 ngan kitlens,,so bulan depan nak shoot kahwin adik sepupu,ni first time nk amik foto kahwin ni,yg ada cuma nikkor 50mm 1:1.8 jer..speedlite pon takder.takpe ker x de speedlite tu,,shoot ni sekadar just suka2 jer..baru setahun jagung guna DSLR ni..basicnya dah tau..minta pandangan ejad..

    ReplyDelete
  24. @Excaliburman2

    better ada external flash. tp kalau xde pun xpe, bukannya gambar jadik buruk ke apa ke. kalau ada lg bagus, xde xpe. sbb built in flash masih ada. kalau ni shoot suka2, apa nak risau, just shoot and have fun ;)

    ReplyDelete
  25. timo kaseh banyak2 atas pandangan berguna ejad tu..

    ReplyDelete
  26. bro ex. tube bila guna pada D5100, kne guna made M eh ? mode lain xleh guna .. btlg beri tunjuk ajar. sy bru dlm macro ni..hehe

    ReplyDelete
  27. Salam, saya suka blog ni, saya baru lg dlm bidang ni, nak tumpang tanya, saya pkai canon, mana lg elok pakai ex tube manualke auto?

    ReplyDelete
  28. @ijanperkusi

    ada bajet, angkat auto.
    xde bajet, angkat manual.
    as simple as that

    ReplyDelete
  29. terima kasih atas ilmu yg diberikan..juz nk fahamkn..atas pemahaman saya kalau ada kit lens canon 18-55mm juz saya perlu tambah Extension Tube + Macro Filter je k? bagaimana jika saya ada len canon 50 mm f1.8 ? mohon tunjuk ajar ..tq

    ReplyDelete