Saturday, August 11, 2012

INTERMEDIATE - Metering Mode

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Haritu ada org request aku utk buat artikel psl metering mode, so here I am. Tapi aku buat simple je la, sbb aku pun tak berapa tau cane nak explain dgn detail dlm bentuk penulisan mcm ni.

Apapun, lps baca, praktikkan, dan lihat sendiri hasilnya.

Sebelum aku start, aku nak remind dulu, metering mode dan exposure mode adalah 2 perkara berbeza.

Exposure mode - Exposure dial atas kamera korang tu, yg M, A/Av, S/Tv, P, Portrait Landscape semua tu.

Metering Mode - Biasanya terbahagi kpd 3 iaitu Matrix/Evaluative, Center-weighted dan Spot

For the sake of simplicity, assume yg kamera korang hanya ada 1 focus point (titik fokus) iaitu di tengah-tengah frame, dan ini contoh gambar yg akan aku gunakan dlm artikel ni:



Matrix/Evaluative Metering

Basically ini jenis metering yg mengambil kira kiraan exposure pada keseluruhan frame dan memberikan bacaan purata (atau terbaik) berdasarkan highlight, midtone dan shadow yg ada dlm frame.


Ini mode yg biasanya seringkali digunakan pada kamera, especially kamera digital zaman skrg ni. Metering mode ni biasanya mmg memberi bacaan purata exposure yg terbaik dan jarang ada isu over/underexpose yg ketara apabila menggunakan mode ni.

Basically sesuai utk hampir kesemua jenis gambar yg mana subjek dan background mempunyai perbezaan exposure yg tidak ketara, contohnya landscape atau group photo atau apa-apa gambar yg elemen yg ingin ditonjolkan itu berada pada keseluruhan frame.

Kurang sesuai apabila terdapat perbezaan exposure yg ketara antara subjek dan background, contohnya subjek yg mempunyai backlight yg terang (contoh: portrait dan sinaran matahari di blkg nya).


Center-weighted Metering

Mengira purata cahaya dari keseluruhan tapi lebih mementingkan 40%-70% di kawasan tengah (center).


So dia hanya mengambil kira highlight, midtone dan shadow yg wujud pada tengah frame je, contoh mcm dalam gambar atas ni, dia amik kira dlm bulatan merah je. luar drpd bulatan tu, terang ke gelap ke dia tak amik tau dan takkan efek bacaan exposure.

Sesuai utk portrait atau apa-apa gambar yg mana anda tak mahu subjek anda terganggu dgn kecerahan atau kegelapan yg berada di hujung/bucu frame.


Spot Metering


Kalau tak silap ini adalah asas kpd pengiraan exposure. Tanpa spot metering ni, tak wujudlah CW dan Matrix. Tp tu kalau tak silap la. Kalau silap sila ampunkan saya.


Mengira purata cahaya di bahagian kecil (1%-4%) di tengah frame. Luar drpd tu dia tak kisah langsung.

Sesuai utk close up portrait, close up dan macro, spotlight/strong backlight atau apa-apa gambar yg mempunyai perbezaan exposure yg sgt ketara di antara subjek dan kwsn sekelilingnya dan kita tak kisah gambar tu over atau under, janji exposure subjek cun.


Matrix VS Spot Metering

Andaikata anda nak amik gambar subjek yg ada backlight di blkgnya, dgn penggunaan metering mode yg berbeza, hasil gambar juga akan berbeza.

Ini kerana, matrix metering mengambil kira cahaya backlight yg sgt terang dan memberitahu kamera yg gambar kita tu overexpose, maka kamera akan memberikan bacaan exposure utk under-kan over tersebut, lalu menyebabkan gambar jadi gelap seperti di bawah:

Matrix Metering - jadi gambar silhouette

On the other hand, bila pakai Spot Metering, focus pada subjek dan meter, kamera akan nampak subjek gelap (underexpose), maka kamera akan beri bacaan utk terangkan gambar yg under, menjadikan subjek yg kita fokus tu exposure-nya ok, tanpa mempedulikan exposure di luar kwsn yg difokus. Sebab tu gambar di bwh nmpk overexpose tapi sebenarnya exposure pada subjek ok je.
Spot Metering - subjek lebih terang

So Nak Pakai Mode Yang Mana Ni?

Just stick to the Matrix/Evaluative Metering selagi mana mode tersebut dpt memberikan gambar yg cantik utk anda.

Tapi apabila ada isu over/underexpose melampau yg timbul, maka tibalah masa utk anda consider metering mode yg lain.

Apapun, baca kat user manual, dan try bereksperimen sendiri dgn mode yg ada tu, dan lihat sendiri kesesuaian pada hasil gambar anda.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

3 comments:

  1. Salam. Evaluative atau Matrix ni kadang2 pelik skit, sy perasan dia akan amik exposure reading di focus point yg terpilih shj. Jadi walaupun guna evaluative, kita expect dia akan amik exposure reading dari seluruh frame tapi tak, result selalu jd overexposed (sebab guna middle point n lock focus). Sifu cadangkan camne nk buat. Pakai semua focus points susah nk kawal focus di mana pulak. Atau guna center weighted?
    -info tambahan sy guna Canon 600D & lens kegemaran 50mm f1.8. sedang cuba2 street photog-

    ReplyDelete
  2. izin tambah sikit bleh? spot metering tu adalah brdasarkan focus point yg dipilih dlm frame. x smestinya di tengah2. means, klau kita nak shoot objek hampir di pnjuru bawah frame, kita set metering spot dan ubah focus point tepat pada objek. then shoot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. tp kat atas tu dah dibagitau: assume kamera hanya ada 1 titik fokus sbb maleh nak explain panjang2 :)

      Delete