Thursday, November 6, 2014

TUTORIAL ADOBE LR | "Weee kami dah konvoooo!"

FB Blog Ejad Fotopoyo

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

So seperti yg boleh dibaca pada gambar kat atas ni, ada beberapa permintaan drpd follower utk aku sediakan teknik penghasilan gambar tersebut.

Malam ni aku agak ke-kurang-busy-an so aku nak bebel cane nak wujudkan gambar ceni.


EXIF | SETTING

Bab ni agak complicated, so bagi yg susah sikit nak digest tu cuba baca berkali-kali, atau kalau malas, skip terus kpd editing di bahagian bawah.


1. Exposure (ISO, Shutter Speed dan Aperture)

First of all, syarat utama bagi penghasilan gambar ini ialah langit tu mesti dah siap sedia kacak pada pandangan mata. Kalau drpd awal lagi langit tu dah mmg kosong takde awan, atau gelap mendung, maka editing takkan membantu anda, melainkan anda superimpose langit drpd gambar lain kemudian sumbat masuk dlm gambar ni.

Exposure setting sebenarnya boleh je ikut teknik Sunny-16 Rule, tapi ada 1 problem yg kita perlu tackle dlm gambar ni - subjek yg sedang berlari, dari jauh dan semakin dekat menghampiri kita (jurufoto).

Sunny-16 Rule memberikan bacaan shutter speed yg agak rendah, sekitar 1/125 - 1/250, dimana bacaan ni akan jadi kurang praktikal, sbb ditakuti boleh menyebabkan subjek blur.

Jika gambar yg anda nak shoot tu still life yg mmg still, boleh ikut tutorial Sunny-16 + Flash, atau jika ianya still-life dgn benda kecik yg bergerak dan kita mmg nak dia nampak bergerak, boleh ikut tutorial Subjek Bergerak di Tempat Terang.

So anyway, kita perlukan shutter speed yg agak laju utk shoot gambar ceni, maybe sekitar 1/500 - 1/4000 supaya subjek yg berlari tadi tu boleh di-freeze-kan.

Bg yg malas nak pening kepala, pakai je mode Tv/S (Shutter Priority) dan set ss kpd bacaan yg agak laju yg bersesuaian, atau pakai je mode gambar org lari.

Bagi yg nak main mode manual, mcm biasa, ISO set kpd yg terendah sbb tempat tu mmg dah cukup terang, pastu set ss sekitar 1/500 - 1/4000, dan pastu pandai-pandai la pilih aperture, ikut exposure metering tu. Bokeh dah tak penting dlm penghasilan gambar mcm ni, dan kita mmg akan guna aperture yg agak kecik bagi gambar terang camni.

So basically:
  1. ISO rendah, around 100-400
  2. Aperture kecik, around f/8 - f/16
  3. Shutter speed jgn terlalu perlahan, sekitar 1/500-1/4000

2. Focusing

Bagi Nikon/Sony/Pentax user, pakai AF-C supaya kamera terus mengfokus drpd subjek jauh sampai la makin dekat dgn kita.
Bagi Canon user, guna AI Servo.

Bagi yg rasa autofocus kamera tu tak laju mana utk 'kejar' subjek, ada 1 teknik yg kita panggil sbg pre-focus. Gunakan manual focusing dan focus siap-siap tempat terakhir yg subjek akan tiba.

Contoh masa subjek start lari tu jarak dia dgn kita 5 meter, tapi kita tau yg kita nak amek gambar diorang masa jarak diorang dalam 2 meter dgn kita. So kita pre-focus siap-siap jarak 2 meter tu, bg arahan utk diorang lari, pastu agak-agak bila diorang dah makin dekat dgn tmpt kita pre-focus tadi, snap. Cara ni biasa digunakan oleh sports photographer zaman dolu-dolu sebelum kewujudan autofocus.


3. Single/ Continous Shot

Kalau rasa nak amek gambar mcm ni banyak-banyak, set lah FPS yg tinggi bagi kamera tu, iaitu Continuous Shot Low/High, yg mana membenarkan kita amek beberapa keping gambar dlm sesaat. Kalau malas, guna Single Shot dan snap sekali pun ok je.


4. RAW vs JPEG

Pastu pastu, aku galakkan utk korang shoot dlm format RAW, sbb kalau korang perhatikan langit tu, agak overexposed tuh, dan kita nak edit bagi dia kacak, so kalau JPEG, ditakuti dynamic range atau detail pada langit tu dah blown dan tak dpt diselamatkan, so senang cite shoot je RAW.


5. Flash/Reflector

Nak pakai flash atau tidak tu terpulang. Mcm aku, aku pakai YN560II sbb takut subjek jadi gelap sgt. Sbb cahaya flash ni membantu mengurangkan ke-harsh-an shadow pada budak-budak yg berlari tu.

Dan kebetulan kamera yg aku guna, iaitu Fujifilm X100S ni takde limit bagi flash sync speed, so aku masih boleh pakai flash full power walaupun shutter speed 1/4000.

Bagi korang yg pakai kamera lain, mmg akan stuck pada 1/200-1/250 sbb flash usually takleh tembak bila shutter laju sangat. Utk info lanjut baca artikel Flash Sync Speed.


6. Filter

Boleh pakai GND Filter utk kasi langit tu gelap sikit. Kalau takde filter pun shoot je. Doalah supaya detail langit dpt di-recover masa editing.


7. Kamera & Lens

Guna apa yg ada. Tak perlu beli fullframe semata-mata nak amek gambar ni.

Lens aku cadangkan utk guna yg wide atau sederhana wide, iaitu sekitar 10mm hingga 35mm. Tak digalakkan utk guna telephoto lens (85mm ke atas), ditakuti nnt wujud bokeh, subjek tak sharp semua. Kitlens 18-55mm tu pun ok dah.

Info-info lain yg aku tak mention sini, mcm megapixel ke Picture Control ke tu sukati korang nak set cane.


EDITING | POST PROCESSING

Ok skrg kita proceed kpd editing. Editing dibuat menggunakan Adobe Lightroom 5. Sape yg pakai version lain tu try la tiru setakat mana yg boleh. Sape yg pakai software lain plak no komen, tak dapek den nak nolong.

First of all, inilah dia gambar ori:



Perhatikan langit tu, agak overexposed. Kalau ni format JPEG, susah nak dpt balik detail langit tu. Sbb tu aku cadangkan utk shoot RAW.


1. Basic

So first editing yg kita akan buat ialah kita akan cuba recover balik detail pada Highlight dan Shadow.


Apa yg aku dah buat so far:
  1. Recover detail Highlight (langit) dgn Highlight -100
  2. Cerahkan bahagian yg gelap dgn Shadow +71
  3. Kurang kehitaman gambar dgn Contrast -25


2. Crop


Lepas tu aku perasan yg ada benda lain menyemak kat situ, so aku pun crop gambar ni bagi hilang tiang gol tu. Korang crop la ikut Aspect Ratio yg korang prefer. 


3. Radial Filter


And then ada 1 benda yg best dlm Lightroom 5 ni - Radial Filter. So aku apply Radial Filter ni utk kasi langit tu makin gelap, tanpa perlu menggelapkan keseluruhan gambar. Sambil tu aku usik jugak Contrast, WB dan lain-lain utk kasi langit tu makin cun.


4. Tone Curve


Apa yg aku usik kat Tone Curve ni:
  1. Highlights +100
  2. Lights +18
  3. Darks +11
  4. Shadows +3

So kalau korang perhatikan hasil sekarang ni dah mcm makin ok. Detail langit tu dah makin jelas kelihatan berbanding gambar ori.

So apa lagi yg kita boleh edit supaya gambar ni jadi makin anggun?


5. Vibrance/Saturation


Aku set Vibrance +40 dan Saturation +12

Toksah naik tinggi-tinggi sangat, especially Saturation, sbb nanti dia buat muka nampak merah padam.

Kalau rasa nak main dgn warna tu secara individual, boleh usik Saturation setting kat HSL Panel.


5. Adjustment Brush


Then, aku apply Adjustment Brush pada subjek utk kasi diorang lebih cerah. Utk info lanjut psl brush ni aku ada bebel dlm artikel Portraiture Editing.


6. Vignetting

Ok last sekali, aku apply Vignetting pada gambar supaya dia nampak kekonon lagi lawa.



Yeayyy habis dahhh.

Mcm biasa, jom compare Sebelum dan Selepas:


Senang jek kan?

Kalau korang rasa nak teruskan edit tu teruskan lah. In fact tak perlu pun tiru sebijik-sebijik parameter dlm artikel ni. Janji korang tau la bahagian mana yg perlu diusik utk dpt gambar ceni.

Lepas dah abis edit tu boleh Export gambar tu.

Editing dia takde la payah mana tapi nak setting utk amek gambar ceni tu yg banyak sikit keje.

Semoga bebelan dlm artikel ni dpt memberi manfaat kpd anda-anda semua.

Ejad Fotopoyo

3 comments:

  1. salam bang ejad. nak tanye. highlight & shadow di column basic dengan tone curve tu benda yang sama atau berbeza? contoh kalau dah usik highlight di column basic perlu ke usik juga di column tone curve?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      sama tp yg pada tone curve tu lebih detail. sama la mcm Saturation yg ade kat basic dan saturation yg ade kat HSL Panel.

      perlu atau x tu xde jawapan. sukati anda nak usik salah 1 atau dedua.

      Delete
    2. ok paham dah. tenkiu bang ejad. banyak ilmu sy rujuk dlm blog abg ni.

      Delete