Thursday, June 23, 2016

Simpanlah Kitlens Anda. Anda Mampu Menyimpannya


Seperti yg korang sedia maklum, aku salah sorang photographer yg sayang pada kitlens. Kalau ada org kutuk kitlens, aku akan defend sampai org tu insaf tanak main kamera dah.

Semua org start dari bawah. Dan dari bawah, I mean kita beli kamera biasa2 dgn kitlens 18-55mm atau 18-105mm (Nikon) atau 18-135mm (Canon). Dan bila kita semakin power, gajet kita semakin gempak, job semakin masyuk, kita mula consider lens yg boleh menggantikan kitlens, contohnya Tamron 17-50mm F2.8, Sigma 18-50mm F2.8 or even better: Sigma 18-35mm F1.8 ART. Atau mungkin kita akan beli all-rounder lens seperti 18-200mm utk memudahkan kita travel dgn hanya membawa seketul lens.

Bila dah ada lens baru, kitlens kita mula terabai, terbiar dalam beg atau drybox. Tak usik dah sbb buat apa nak guna kitlens kalau kita dah ada lens yg lebih power, ye dak?

Maka dgn itu, kita mula terfikir utk jual kitlens ni sbb menyemak dlm drybox, atau sbg funding utk kita beli lens lain.

Itu lens korang, terpulanglah korang nak buat apa; jual ke, bagi member ke, campak dari bangunan tinggi ke, itu hak masing2. Namun aku secara peribadi berpendapat: simpanlah kitlens tu hingga ke akhir hayat.

Antara sebab aku suruh simpan kitlens adalah:


1. SEBAGAI BACKUP

Sumber: hackingphotography

Shits do happen. Kita takkan tau bila lens kita akan rosak; terjatuh, terlanggar dinding, AF tetibe kong, zoom stuck, dan sebagainya. Maka kitlens akan berfungsi sebagai backup, especially kalau time tu korang tgh shoot wedding ke, tetibe lens Tamron 17-50mm F2.8 tu rosak, ha tak ke kalut. Masa tu la kitlens anda jadi penyelamat.


2. CLOSE-UP LENS


Korang perasan tak, kitlens korang tu sebenarnya mempunyai jarak focusing yg dekat? 

Jarak focusing yg dekat bermakna korang boleh guna kitlens tu utk shoot close-up atau macro utk bebenda simple, mcm bunga ke. Ni contoh gambar close-up guna kitlens:

Canon 1100D & Canon EF-S 18-55mm F3.5-5.6
Pentax K-r & Pentax DA-L 18-55mm F3.5-5.6


3. SHARP

Pentax K-r & Pentax DA-L 18-55mm F3.5-5.6

So antara sebab kitlens selalu kena tinggal ialah tak sharp.

Aku dah pernah guna kitlens 18-55mm jenama Canon, Nikon dan Pentax, so far tak pernah berhadapan dgn issue gambar tak sharp, kecuali pada FL 55mm pada aperture f/5.6, dan ini normal bagi kebanyakan zoom lens.

Maknanya yg duk komplen tak sharp tu sbb tak reti guna lettew.

Nikon D3100 & Nikkor AF-S 18-55mm F3.5-5.6G

Bila amik gambar tu, stop down sikit aperture tu. Katakan kita sedang guna FL 18mm, kecikkan skit aperture tu kat f/5.6 ke f/8 ke, confirm sharp gambar. Contoh mcm gambar di atas ni, aku shoot guna FL 45mm dgn aperture f/6.3.


4. POOR MAN'S WIDE LENS

Pentax K-r & Pentax DA-L 18-55mm F3.5-5.6

Tak mampu nak beli wide lens tapi nak gambar wide?

Mungkin kita tak perasan tapi kitlens kita tu dah agak wide sebenarnya. 18mm tu wide yg normal. Even kalau kita guna fullframe pun, normal kitlens ialah 28-80mm, di mana 28mm pada FF menyamai 18mm pada APS-C.

Nikon D3100 & Nikkor AF-S 18-55m F3.5-5.6G
Nikon D50 & Nikkor AF-S 18-55m F3.5-5.6G
Canon 1100D & Canon EF-S 18-55mm F3.5-5.6


5. TRAVEL COMPANION

Pulau Pangkor
Pentax K20D & Pentax DA 18-55mm F3.5-5.6

Katakan korang punya lens semua dah gempak2, semua f/2.8 dan berat tak hingat, for sure korang tak sanggup nak bawak lens berat2 tu pegi travel kan?

Maka disini kitlens memainkan peranan dalam meringankan beban bahu anda.


6. MEMUPUK SIFAT TAWADUK & RENDAH DIRI

KPZ, UKM
Pentax K20D & Pentax DA 18-55mm F3.5-5.6
Kadang2 bila lens kita dah sama besar dgn lengan abg sado, kita mula rasa dah pro. Tanak kawan dah dgn geng2 yg baru nak belajar ni. Tgk budak gantung kamera dgn kitlens terus buat muka kerek, ajet2 power, mcm lah kita tak pernah lalui stage tu.

So dgn adanya kitlens, sedikit sebanyak dpt mengingatkan kita bahawa kita pernah mula dari bawah seperti mereka juga, seterusnya mengurangkan rasa bongkak dan kerek tu.

Pentax K-x & Pentax DA-L 18-55mm F3.5-5.6

Sebelum mengakhiri bebelan ini, dijemput utk membaca beberapa artikel kitlens berikut:
  1. Ada Apa Dengan Kitlens Part I
  2. Ada Apa Dengan Kitlens Part II
  3. Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition

Akhir kata, sayangilah kitlens anda.

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. Yang akhir sekali tu best. Tawadhu' tuuu

    ReplyDelete
  2. Yang akhir sekali tu best. Tawadhu' tuuu

    ReplyDelete
  3. saya ada pertanyaan berkaitan lens adapter yang terkena fungus, bagaimanakah cara pembersihannya secara DIY? terima kasih

    ReplyDelete