Only to die again | Big Bad Wolf 2016 Olympus MJU II | Fujifilm Neopan 1600 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys!
Siang tadi masa duk mentelaah page Bincang Thread, aku ternampak ada post berkenaan orang yg keliru dgn Crop Factor.
Ini salah faham yg dimaksudkan tu:
"Kalau kita guna lens yg APS-C kat APS-C, dia takde crop factor. Dia akan jadi mcm focal length lens tu jugak. Contohnya kalau kita guna lens 35mm F1.8G DX kat Nikon D3100, dia jadi 35mm jugak, takde crop factor, sbb lens tu mmg dicipta khas utk APS-C.Tapi kalau kita guna lens 35mm F2 kat Nikon D3100, dia jadi 35x1.5=52mm, sbb lens tu utk fullframe, tak compatible dgn D3100 yg APS-C, sbb tu kita kena darab crop factor"
Secara ringkas, kekeliruan yg berlaku di sini adalah apabila menganggap hukum pendaraban crop factor hanya berlaku apabila body APS-C menggunakan lens Fullframe. Tapi bila body APS-C guna lens yg mmg dicipta khas utk APS-C (contohnya DX utk Nikon, EF-S utk Canon), dia takde crop factor.
Pemahaman ini SALAH.
Sbg pengenalan ringkas, crop factor merupakan nisbah bagi kamera2 format lain (APS-C, APS-H, M43 dan lain2) terhadap format fullframe (36x24mm).
Contohnya bila kita kata crop factor x1.5, kita darab 1.5 tu sbb nak tengok dia punya view jika dipakaikan pada body fullframe.
Info lanjut boleh baca artikel berikut:
Contoh mudah, kalau kita guna lens 50mm kat D3100, dia jadi 50x1.5=75mm. Bukan bermaksud focal length itu berubah kpd 75mm, tapi angka 75mm tu bermaksud view pada D3100+50mm tu akan bersamaan dgn body fullframe+75mm.
Boleh faham so far?
Ok now kita pergi pembetulan bagi kekeliruan di atas ni.
Sebenarnya, bila kita guna body yg bukan fullframe, contohnya APS-C la kan, mcm Nikon D3100 tu. Kita pasang lens APS-C (DX) ke, kita pasang lens fullframe ke, dia tetap kena darab crop factor x1.5.
Sebab utamanya ialah saiz sensor bagi APS-C (24x16mm) lebih kecil drpd fullframe (36x24mm), menyebabkan saiz imej yg terhasil adalah lebih kecil dan ter'zoom' kedepan. Ringkasnya, yg menyebabkan cropping tu berlaku adalah sensor.
So kalau kita gunakan kedua2 lens ni: 35mm F1.8G DX (lens APS-C) dan jugak 35mm F2 (lens FX) kat Nikon D3100, dua2 kena darab crop factor, dua2 akan menghasilkan equivalent focal length yg sama, iaitu 35x1.5=52mm.
Sebagai contoh:
- APS-C + 50mm = 75mm
- M43 + 50mm = 100mm
Contoh paling mudah, bila kita guna kitlens 18-55mm. Crop factor akan menjadikan lens tersebut kpd 28-80mm, dan sebenarnya 28-80mm ni basic kitlens pada body fullframe. Maknanya bila APS-C guna kitlens 18-55mm, dia akan dpt view yg sama dgn body FX + 28-80mm.
Fikir logik pun, takkan la dia jadi 18mm yg sama wide dgn fullframe. Tak aci bai. Ingat lens yg boleh bagi FL 18mm kat fullframe murah ke?
Contoh lain, jom kita usha gambar di atas ni. EXIF ini diambil drpd gambar yg di-shoot menggunakan kamera Pentax K-50 (APS-C) dan lens Pentax-DA 15mm F4 LTD (juga APS-C).
Tgk pada 35mm Focal Length yg di-highlight-kan dlm gambar tu, ia menunjukkan angka 22.
Mana dtg 22? 15 darab 1.5 = 22.5. Again, kedua2 kamera dan lens tersebut adalah berformat APS-C.
So kalau teori di atas tu betul, kenapa 15mm tu jadi 22? Kenapa tak kekal sbg 15?
Simply kerana, hanya kombinasi kamera fullframe dan lens fullframe sahaja yg dpt menjadikan nombor itu kekal sama.
Oh lupa lak korang tak familiar dgn Pentax. Fineeee ni details bagi kamera Nikon. Aku bubuh 3 kamera terus. Sila klik utk besarkan gambar:
Oh lupa lak korang tak familiar dgn Pentax. Fineeee ni details bagi kamera Nikon. Aku bubuh 3 kamera terus. Sila klik utk besarkan gambar:
Dlm EXIF ni ada kamera2 berikut:
- Nikon D50 + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
- Nikon D2X + AF-S Nikkor 18-55mm F3.5-5.6G DX
- Nikon D90 + AF-S Nikkor 18-105mm F3.5-5.6G DX
Perasan tak kesemua lens tu DX? DX ialah lens utk APS-C kan?
Skrg tgk pulak bahagian 35mm Focal Length. Adakah nombornya kekal sama jika dibandingkan dgn Focal Length? Tak kan? 18mm jadi 27mm, manakala 105mm jadi 157mm. Mana datang? Darablah dgn 1.5.
Contoh lain: Nikon D700 (fullframe) dgn lens 50mm F1.8 (fullframe):
Nampak tak Focal Length 50 tu kekal sbg 50 pada ruang 35mm Focal Length? Sbb utk fullframe, crop factor tiada (atau darab 1), menjadikan nombor itu kekal.
Yg sebenarnya, apa yg ada ialah lens yg dicipta utk APS-C yg boleh dpt view sama dgn fullframe.
Contoh: utk mendapatkan view yg sama bagi fullframe+50mm:
- lens 35mm digunakan pada APS-C, sbb 35x1.5=52mm.
- lens 25mm digunakan pada M43, sbb 25x2=50mm
Contoh lain: utk mendapatkan view yg lebih kurang sama bagi fullframe + 24-70mm:
- APS-C + 17-50mm
- M43 + 12-35mm
Boleh faham eh?
So sebenarnya, there's no such thing as "kena guna lens yg khas utk APS-C baru takde crop factor", sbb kalau body tu bkn fullframe, akan wujud crop factor.
Yg tiada crop factor cuma bila body fullframe + lens fullframe. Body fullframe still akan ada crop factor (heavy vignetting) bila guna lens APS-C (contoh gambar di bawah):
Pentax K1000 (film, fullframe) + kitlens 18-55mm F3.5-5.6 |
Ok now kita pergi kpd persoalan utama: apesal Nikon ni pepening sgt?? Byk nau lens, pening taktau nak beli mana.
Bagi lens Nikon, kronologinya begini:
Dulu lens 35 dan 50 yg ada ialah (sumber: Nikon Lenses):
- 1986: AF Nikkor 50mm f/1.8
- 1995: AF Nikkor 35mm f/2D
- 1995: AF Nikkor 50mm f/1.4D
- 2003: AF Nikkor 50mm F1.8D
- 2008: AF-S Nikkor 50mm F1.4G
Yg boleh autofocus dgn body takde motor waktu tu cuma AF-S Nikkor 50mm F1.4G, which is quite expensive (lebih 1k).
Kemudian pada tahun 2009, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.8G DX, simply to provide autofocus lens yg boleh bg view 50mm pada body APS-C yg tiada motor seperti D40, D60 dan D3000/D5000 series.
Bagi yg menggunakan body fullframe pula, Nikon mengeluarkan lens AF-S Nikkor 35mm F1.4G N (2010) dgn harga yg jauh lebih mahal. Nano beb, op kos la mahal.
Kemudian pada tahun 2011, Nikon mencipta pula lens AF-S NIKKOR 50mm F1.8G sbg alternative bg mereka yg guna body takde motor tp lebih prefer 50 over 35. Plus this newer 50 is equipped with better coating yg memberikan hasil yg lebih sharp wide open.
Dan last sekali Nikon produce AF-S NIKKOR 35mm f/1.8G ED (perhatikan lens ni tiada kod DX, maknanya lens ini khas utk fullframe) dgn price tag yg jauh lebih mahal drpd semua lens di atas but still cheaper than AF-S Nikkor 35mm F1.4G N.
Sebab itulah lens 35mm dan 50mm utk Nikon ni ada macam2 jenis.
Itulah ceritanya...
Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
Isnin 12122016 8:34pm
No comments:
Post a Comment