Wednesday, October 12, 2016

ISO Tinggi Untuk Freeze Motion

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Tadi aku ada terbaca discussion kat page BINCANG THREAD berkenaan penggunaan ISO yg tinggi apabila cuaca cerah. Boleh rujuk gambar di bawah.

Original post: FB

Aku ada bagi jawapan kat ruangan komen disitu, dan dlm masa yg sama aku ingat nak share jugak kat korang2 semua kenapa berlakunya setting sebegitu.

First of all, nak bagitau dulu, I have no idea who the photog is, and I certainly don't know why he used ISO800 untuk gambar mcm ni. Tapi based on pengalaman serta knowledge yg aku ada, aku cuba jawabkan soalan dlm gambar tu bagi pihak si jurufoto.

Kita ulangkaji sikit. Secara asasnya, hubungan antara angka ISO dgn cahaya/cuaca persekitaran adalah; angka rendah bila cuaca terang/terik, dan angka itu dinaikkan apabila cahaya semakin berkurang, contohnya bila mendung, atau gelap/redup, atau matahari terbenam, dan sebagainya.

Teori ini, of coz, berdasarkan kepada penggunaan hand-held dan tanpa flash. Sbb bila kita guna tripod atau flash, kita boleh guna ISO yg lebih rendah. Contohnya masa kita shoot sunset, kita guna ISO800 sbb handheld, tapi kalau kita guna tripod, kita boleh guna ISO paling rendah.

Sekarang kita fikir balik, kenapa bila guna tripod, ISO boleh guna yg paling rendah?

Bila gambar gelap, shutter speed yg lebih rendah diperlukan utk capture lebih banyak cahaya. Dan keadaan ini semakin ketara kalau lens yg kita guna tu bukan fast lens. 

Sbg contoh, kalau kita nak shoot gambar dlm rumah, dgn ISO100, kita akan dpt bacaan shutter speed sekitar 1/4. Dan ini merupakan masalah jika kita shoot handheld, sbb 1/4 tu boleh menyebabkan gambar kita blur. 

So kita pun naikkan la ISO200 tadi kepada ISO3200. Ha skrg bacaan shutter speed baru ialah 1/125, dan speed ni agak laju, takde hal utk kita shoot handheld.

Nampak tak kat sini kenapa sebenarnya kita main angka ISO tu? Simply sbb kita nak dapatkan bacaan shutter speed yg lebih laju, supaya kita boleh avoid gambar jadi blur. Jarang la org naikkan angka ISO tu saje2 sebab nak kasi gambar noise. 

Sumber: picturecorrect

Ok, lepas dah ulangkaji sikit ni, aku nak huraikan sebab kenapa ISO800 digunakan dlm gambar tu.

Lepas baca beberapa komen, didapati photog tersebut menggunakan lens Tamron 18-200mm F3.5-6.3.

Andaikan photog tu guna FL 200mm utk amik gambar, maka aperture paling besar yg dia boleh guna ialah f/6.3, which is quite small actually, tapi takde masalah utk gambar outdoor camni.

Andaikan dia guna ISO100. Dgn aperture f/6.3, kamera dia bagi bacaan shutter speed yg ideal sbg 1/250.

Logically 1/250 tu laju je, takde masalah pun utk handheld.

Tapi kita usha balik gambar. Subjek dlm gambar tersebut ialah Formula 1, high speed car. Utk kita membekukan pergerakan subjek yg laju, ada kemungkinan shutter speed 1/250 tu tak cukup. Ni kemungkinan je, for the sake of this article.

Maka disebabkan shutter speed 1/250 tu agak selow utk membekukan pergerakan, langkah seterusnya adalah membesarkan lagi aperture, which is not possible since dia tgh guna max aperture iaitu f/6.3 utk FL 200mm, so membesarkan lagi bukaan aperture dah tak valid kat sini.

So langkah terakhir adalah dgn meninggikan angka ISOISO100 td dinaikkan kpd ISO800, berlaku peningkatan sebanyak 3 stop, dan ini membolehkan shutter speed 1/250 tadi dilajukan sebanyak 3 stop, menjadi 1/2000, which is enough to freeze the motion.

Nampak tak kat sini rasionalnya penggunaan ISO800 tu? Again, aku tiada di tmpt kejadian, so aku tak tau situasi sebenar proses pengambilan gambar ni. Mungkin jugak ISO400 pun dah cukup, who knows. Tapi basically inilah sebab kenapa angka ISO yg tinggi digunakan walaupun cuaca cerah, iaitu kerana shutter speed tak cukup laju utk meng-freeze-kan motion, menyebabkan ISO terpaksa dinaikkan bagi membolehkan shutter speed yg lebih laju digunakan.

Cara lain yg lebih praktikal (dan mahal) adalah dgn menggunakan fast lens, seperti 70-200mm F2.8. Bila kita boleh guna aperture seluas f/2.8, kita dpt bacaan shutter speed yg laju tanpa perlu menggunakan ISO yg tinggi. Tapi mahal la lens tu. 

Sekian bebelan di petang rabu. Petang ni ada pasar malam kat Pandan Indah, nak beli Moist Choc Cake, sepotong RM1.50. Sedap oh.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment