Sebelum membebel, nak bagitau dulu, artikel kali ni adalah utk mereka yg manja, buta IT, pemalas serta clueless dalam melayari dan mencari info di blog yg serba poyo ini. Sila terasa jika anda termasuk dlm golongan ini :D
First of all, perlu tau bahawa blog ini bukanlah blog personal mahupun diari. Juga bukanlah sejenis blog yg penuh dgn gambar sendiri seperti blog sesetengah kaum hawa yg suka bebeno letak gambar sendiri padahal artikel psl makan di sushi king jek pun. Ok takpe tu blog korang, sukati korang lah...
Blog ini adalah sebuah blog yg membebel psl photography, yg merangkumi basic, intermediate dan sedikit advanced, secara ringkas.
Selain itu, blog ini juga ada membebel psl MLM yg sungguh menjahanamkan itu, dan sedikit tazkirah sbg peringatan utk kita sesama umat Islam.
Ramai yg tau psl blog aku ni byk info psl photography, tapi tak ramai yg tau camne nak cari info. So aku decide nak buat artikel ni sbg guide dlm mencari maklumat yg korang nak dlm blog aku ni.
PAGE | TAB
First, sila perhatikan page/tab yg aku dah buat di bwh header, seperti berikut:
Kalau nak belajar photography, masuk je page Jom Belajar tu.
Pandai-pandai la carik kat page I ke II ke III ke.
Nak belajar editing, masuk page Editing: Adobe Lightroom tu. Dah tulis terang-terang, ADOBE LIGHTROOM, so jgn nak buang masa tanya aku tutorial Adobe Photoshop takde ke.
Nak tau psl maintenance, masuk page Tips Penjagaan Kamera.
Dan kalau nak tau dari mana aku rujuk utk buat artikel, masuk page Sumber Rujukan Photography.
SOALAN LAZIM OLEH NEWBIES
Dalam page/tab tu, ada page Soalan Lazim Oleh Newbies, specifically diwujudkan bagi membantu mereka yg nak belajar psl something tapi tak tau nak google something tu apa. Contoh dia tau byk DSLR boleh buat gambar jadi dpn sharp belakang blur, tapi dia tak tau nak taip apa kat google search tu, maka boleh la rujuk page ni.
OLDER POST | HISTORY
Walaupun aku dah siap buat sesebuah artikel, kadang-kadang aku terlupa atau belum update lg nak masukkan dia dalam page mana, maka kalau korang nak carik, salah 1 cara ialah carik secara manual dgn menekan button tahun dan bulan:
SEARCH IT!
Katakan la korang dah belek semua page tu, tak jumpa info yg dikehendaki. Sama ada mmg takde atau korang terlepas pandang.
Maka sila manfaatkan search button yg aku dah letakkan di blog ni:
Search je benda yg korang tgh carik tu. Kalau tak keluar result, either korang salah taip, atau mmg takde artikel begitu.
Btw don't bother carik psl artikel lighting. Aku tak buat dan takkan buat. Sila refer bebelan di bawah:
MALAS NAK LAYAN...
Aku dgn secara rasminya takkan melayan request, soalan-soalan atau komen-komen yg berikut. Kalau aku layan jugak, meaning that aku sengaja troll org itu:
1. Sebarang cadangan yg mintak aku buat artikel psl lighting, strobist, studio bla bla bla. Kalau degil nak aku buat jugak, sila sponsor segala tools dan equipment yg diperlukan seperti flash, wireless trigger, stand, payung, softbox bla bla bla. Kalau taknak sponsor diam je, pegi gugel sendiri.
2. Sebarang soalan yg jawapan dah terang-terang ada dlm user manual (Membaca Amalan Mulia) atau dlm artikel di blog, especially kalau dia tanya soalan tersebut dlm artikel tersebut (meaning dia tak baca la tu). Tapi kalau dia tanya dlm artikel lain atau random post, aku akan tolong guide dia kpd artikel berkenaan.
3. Sebarang cadangan utk buat artikel editing photoshop. Aku malas. Lightroom yg senang tu pun punya banyak step utk dijadikan artikel, inikan photoshop. Carik je tutorial kat youtube, berlambak.
4. Cadangan utk improve cara penyampaian aku yg rojak dan terlalu santai kononnya. Org lain semua suka je penyampaian santai, dia sorang jek tak suka siap mintak aku buat secara skema. Nak skema g buat website sendiri.
5. Sebarang request utk copy paste artikel aku utk diletakkan di blog mereka dgn alasan "supaya kawan2 sy senang nak baca". Alasan yg sangat tak bole dipakai. Awat, nak masuk blog aku kena masukkan username password bagai ka?
6. Sebarang request utk aku pergi ke tmpt tertentu kemudian diminta mengajar photography secara percuma atau dgn bayaran yg sgt tak logik murahnya dgn alasan "kita nak share ilmu kena ikhlas, takleh harapkan balasan". Banyak cantik? Kalau mcm tu sila ckp benda yg sama kpd cikgu dan pensyarah. Dan kau kerja pun jgn mintak duit gaji, nnt org ckp tak ikhlas.
7. Sebarang request utk aku share kan link utk download software berbayar secara percuma atau link utk serial key/crack. Walaupun aku pakai yg versi lanun, tapi aku takkan promote. Kalau korang mampu, sila beli yg original. Kalau tak mampu, google dan download atas risiko sendiri.
Aku jenis yg terima je segala kritikan dan teguran atau cadangan, tapi tgk konteks. Kalau cadangan tu merapu, contoh mcm "ejad buat la blog tu kaler pink pastu ada lagu 6th sense, mesti lg ramai follower", takde keje aku nak layan.
Apa pun, hopefully korang enjoy baca bebelan aku di blog ni.
======================================================================
So aku expect lps ada artikel ni, semua dah tau camne nak carik info dlm blog aku ni. Takde dah masa nak bermanja-manja, masuk je blog, carik sendiri benda yg korang nak tu.
Kalau takde kat blog plak, haaa mai aku nak ajaq skit camne nak meng-google. Seriously utk org yg betul2 buta google.
Katakan la korang nak belajar psl aperture. korang pun taip kat google "aperture".
Lps tu keluar la beratus result. jgn la baca drpd 1 link je. bukak 1 link, try baca. kalau tak berapa nak paham, bukak link lain, baca lg, dan lg dan lg sampai la jumpa link yg paling mudah difahami.
Lps google sendiri, mungkin korang dah dpt bayangan yg aperture ni mempengaruhi ketajaman gambar serta keluasan kwsn fokus (depth of field)
So lps tu, at least bila korang nak tanya kat group, bukanlah soalan "aperture tu apa?", mmg la kena tibai, tapi mungkin soalan yg spesifik skit, mcm "aperture yg bagaimana yg dikatakan dpt memberi depth of field yg luas?", atau "kenapa aperture besar ni sesuai utk keadaan low light?"
Mcm kita baca buku la. tak paham, kita carik buku rujukan lain. atau kita baca berkali2.
Seriously guys, tolong la jgn nak jadik pemalas sgt. aku kadang2 bengang giler dgn budak2 yg mempersoalkan, kononnya org yg suruh google ni tak ikhlas, kedekut ilmu etc etc.
Kalau korang tu ikhlas dlm menuntut ilmu, for sure korang akan cari sendiri sampai dpt dulu. tak dpt 100%, at least 50%. selebihnya dgn bantuan kwn2/pengalaman.
Kena plak dgn zaman yg dah serba canggih ni, semua info dihujung jari. search je kat google.
Tak dpt result memuaskan, tukar keyword, atau search pakai yahoo ke bing pulak ke. usaha skit.
Bukan bengkak pun jari tu kalau google byk2.
Bukan google marah pun kalau korang asyik pakai dia jek.
Sekian,
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment