Thursday, October 4, 2012

Portrait Photography

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Long time no membebel. Takde idea ekceli.. dan agak busy doing.. nothing :P

Aku baru lepas grad ekceli. Well takde la baru sgt. Aku merdeka lps submit tesis sebelum raya haritu. So drpd hari tu sampai la skrg ni aku balas dendam dgn mengqada tido dan main game. Siap setup balik PC game aku, beli graphic card apa semua. Kemain.

Well, I'm back. Dan aku rasa mcm nak share tips psl mengambil gambar portrait.

Nak amik gambar portrait ni ada mcm-mcm cara.
Basically kita pergi kpd cara yg termudah dulu, then kita akan pelan-pelan pergi kpd cara yg payah.

Dan disebabkan blog aku ni ditubuhkan khas utk newbies, maka aku akan share yg senang utk dibuat berdasarkan tools termurah yg kita ada.


1. Max Zoom | Telephoto | Closer Distance

Usually dlm mengambil gambar portrait, kita cenderung utk mengambil gambar yg menyebabkan subjek timbul dan background tenggelam.

Maka utk mendapatkan gambar sebegini, aperture memainkan peranan penting dlm menghasilkan depth of field yg sempit supaya hanya subjek yg kelihatan sharp, manakala elemen lain yg kurang penting seperti background tenggelam.

Refer semula artikel Aperture dan Depth of Field serta Bokeh, dlm proses menghasilkan DOF yg sempit, caranya ialah:
  • Gunakan focal length yg panjang (angka mm yg tinggi)
  • Gunakan aperture besar (angka F kecil)
  • Jarak yg dekat antara kita dgn subjek | Jarak yg jauh antara subjek dgn background

Maka apabila kita menggunakan kitlens 18-55mm misalnya, kita gunakan max zoom iaitu 55mm, dan aperture terbesar pada focal length tersebut, iaitu f/5.6, dan ambil gambar tight, secara dekat dgn subjek. Basically tips ni sama je mcm nak shoot gambar Bokeh.

Pentax K100D & 18-55 (focal length: 40mm)

Kalau rasa hujung focal length tu terlalu jauh ke depan, its ok utk gunakan mana-mana focal length pun, janji kalau boleh biarlah ianya 35mm dan ke atas.

Utk kamera kompak pun sama jek tipsnya: zoom sejauh mungkin.

Contoh dlm user manual Panasonic Lumix DMC-TZ11 yg aku pakai skrg ni, bila pilih mode Portrait | Soft Portrait, kita perlu buat benda yg sama utk mendapatkan efek DOF yg sempit:



2. Prime Lens


Seperti yg dah dibincangkan dlm artikel Jenis-jenis Lensa, prime lens merupakan lens yg tak boleh di-zoom, dan dikenali dgn efek bokeh dan sharpness yg terlampau.

Bersambung drpd tips pertama di atas, dlm mendapatkan efek DOF yg sempit, prime lens merupakan lens yg sgt sesuai digunakan apabila mengambil gambar portrait.

Tolak tepi lens mahal mcm 135mm F2 tu, kita fokus pada lens yg mampu milik je, iaitu 50mm F1.8.

Simple enuff: bila pakai lens 50mm tu, pakai aperture around f/1.8 - f/2.8, and then prepare to be amazed with the depth of field produced :)

Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2 (f/2)
 
Nikon D200 | Nikkor 50mm F1.8 AI (f/2.8)

Nikon D200 | Nikkor 50mm F1.8 AI (f/2.8)

Pentax K20D | SMC Pentax-M 50mm F2 (f/2.8)
Nikon D3 | Nikkor 50mm F1.2 AI


3. Focus Pada Mata | Eye Contact


Bila amik gambar portrait, close up khasnya, sometimes Depth of Field yg sempit tu akan menyebabkan kita bengang dgn hasil gambar, sebab? Tgk-tgk yg sharp hidung la, pipi la, bibir la.

So bila shoot portrait, fokus pada mata. Pandai-pandai la nak select titik focus tu pada mata ke, center focus pastu recompose ke, janji focus pada mata.

Dan selain itu, kalau boleh biarlah ada eye contact di antara subjek dgn jurufoto, barulah nmpk yg sebenarnya kita yg shoot gambar mereka, bukan curi-curi shoot.


4. Candid | Capture The Moment

Selalu before snap, kita akan suruh subjek, model misalnya, pose mcm tu, mcm ni.

Selain pose yg dibuat-buat ni, kita juga perlu mahirkan diri dlm meng-candid, kerana biasanya gambar candid tu lah yg paling 'hidup', kerana dlm candid, ekspresi muka yg ditunjukkan itu biasanya jujur, bukan dibuat-buat.

Dalam meng-candid, yg penting mata kena alert, tangan kena pantas. Takyah nak Manual sgt dah, pakai je Av/A atau Tv/S, atau Auto/P, janji dpt capture. Mengenai gadjet plak, kalau outdoor, takde masalah sgt. Tapi kalau indoor, persiapkan diri dgn lens ber-aperture besar, 50mm F1.8 misalnya.

Dan yg paling penting - hormati privacy dan kehormatan subjek. Jangan la pegi candid gambar subjek tgh korek hidung misalnya. Kalau dah terambik, simpan sendiri sudah, tak payah la nak upload kasi 1 dunia tengok.









5. Kids | Kanak-kanak | Budak Kecik

Paling best nak candid atau amik gambar ialah budak-budak, sebab diorang ni takde la reti berlakon sangat. Maka kalau kita suruh diorang senyum, mmg diorang senyum tahap senyuman ikhlas yg lahir dari lubuk hati yg suci murni.

So kalau korang ada anak, anak buah, anak jiran, anak member, sape-sape je la, rajinkan diri menge-shoot gambar diorang. Mmg mencabar sbb budak-budak ni susah nak duduk diam, tapi kita akan merasa puas bila dapat snap ekspresi muka diorang yg jujur tu.
















::::::   Masalah ::::::


Antara masalah yg sering berlaku apabila shoot close up portrait couple ialah - subjek yg kita focus tu sharp, tp pasangan dia tu kemungkinan besar akan out of focus jika ia tidak selari/sebaris dgn subjek yg kita focus tadi.

Ini berlaku kerana usually kita akan pakai aperture besar (f/angka yg kecil) bila shoot portrait, dan menyebabkan depth of field jadi nipis, menyebabkan ada bahagian subjek yg terkeluar drpd landasan fokus, sbb tu dia jadi bokeh/out of focus.

Maka antara cara mencegahnya ialah:
  1. Make sure pasangan posing selari/sebaris, bukan 1 depan, 1 belakang, dan sama-sama mengadap bahu, bukan amek gambar tu dari tepi.
  2. Pakai Aperture yg tidak terlalu besar, dlm lingkungan f/4 - f/8 utk make sure Depth of Field luas dan cover kedua2 pasangan
  3. Pakai focal length yg agak wide mcm 50mm ke bawah, kerana semakin tinggi focal length, semakin shallow depth of field
  4. Kalau nak pakai lens panjang (50mm ke atas) sbb nak dptkan Bokeh yg kacak, just make sure anda follow cara no 1 dan 2

Atau, seriously, paling mudah, pakai compact camera atau handset. Confirm sharp semua, takde bokeh dah.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Okeh aku rasa cukup dulu setakat ni. Banyak lagi tips yg boleh dikongsi tapi yg pendek camni pun belum tentu korang rajin nak baca, so watpe aku nak taip panjang-panjang ye dak?

Lepas dah shoot portrait tu, boleh la edit ikut tutorial ni: Simple Editing for Portraiture

Mungkin next article akan menjurus kpd wide angle portrait plak, sbb yg dlm artikel ni mostly tight/close-up portrait. Aku takdak bahan sbb takde wide lens. Nanti dah ada bahan aku start menaip.

Semoga artikel yg ringkas ni dpt membantu memantapkan lagi teknik photography anda.

Ejad Fotopoyo

3 comments:

  1. Thanx. Perkongsian yg membantu newbie mcm saya, pengguna D5100.

    Guna 50mm F1.8 mmg mabeles tapi terpaksa manual fokus. ^^,

    ReplyDelete
  2. artikal yg terbaik...sesuai untuk yg baru berjinak2 dalam close up potrait

    ReplyDelete