Tuesday, October 23, 2012

INFO - Expired Film

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pembaca blog poyoland sekalian.

Dihari yg sungguh lazy dan kemalasan ini, aku buat keputusan utk menaip sebuah artikel berkenaan filem.


APA ITU EXPIRED FILM?

Senang cerita - filem yg dah melepasi tarikh luput.

Setiap filem, baik 110, 135 mahupun 120/220 serta filem-filem lain mempunyai tarikh dicipta (manufactured date) dan tarikh luput (expired date).

Tarikh-tarikh ini dinyatakan pada setiap packaging filem tersebut:


So setiap tarikh yg sudah melepasi tarikh hari ni, dianggap expired.
Contoh paling mudah, skrg Oktober 2012, maka setiap filem yg mempunyai tarikh luput kurang drpd Oktober 2012 ini dikatakan sudah expired.

Contoh filem yg masih fresh
Contoh filem yg sudah expired


CARA PENYIMPANAN & PENJAGAAN

Semua filem yg belum diproses akan berubah mengikut masa: penurunan contrast serta peralihan warna (color shift). Ini berlaku disebabkan tindakbalas kimia secara beransur-ansur (gradual chemical reaction), yg mana ia dipengaruhi oleh suhu penyimpanan.

Perasan tak zaman filem dulu khasnya, kedai gambar akan simpan filem tu di tmpt yg sejuk dan berhawa dingin, contoh dlm kabinet kedai mereka sendiri. Ada yg simpan dlm fridge/freezer dan sebagainya.

Secara asasnya, kesan suhu pada filem ialah seperti berikut:
  • suhu tinggi (panas/suam) mempercepatkan perubahan
  • suhu rendah (sejuk) memperlahankan perubahan
  • pembekuan menghentikan perubahan
  • kelembapan mempercepatkan perubahan
  • suhu kering membantu mengurangkan kesan perubahan
    sumber: frugalphotographer


CARA MENGGUNAKAN EXPIRED FILM

Walaupun dah expired, ini bukan makanan. So jgn risau, boleh boleh dipakai.

Cuma...

Memakai filem yg dah melepasi tarikh luput ni dianggap suatu pertaruhan - sama ada gambar anda jadi, atau tak jadi. Kalau jadi pulak, jgn mengharapkan yg ianya akan jadi seperti hasil filem yg fresh.

Filem apabila dah expired, biasanya 1 benda yg wajib berlaku - speed loss. Filem tersebut takkan boleh behave seperti ISO yg asal.

Misalnya, Fuji Superia 200 yg sudah expired mungkin takkan dpt perform mcm Superia 200 fresh, maka adalah selamat utk kita assume yg speed dia sudah loss kpd ISO100, atau ISO50.
So apabila menggunakan Fuji Superia 200 expired misalnya, kita anggap je dia tu mcm filem yg ber-ISO100.

Simply to say, apabila sesebuah filem tu dah melepasi tarikh luput, angka ISO yg ditawarkan pada filem tersebut sudah tidak boleh dipercayai.

Berapa stops nak kena turun tu terpulang kpd assumption masing-masing. Sebab kadang-kadang kalau filem tu terjaga rapi je dlm fridge, ada kemungkinan yg speed dia tak turun langsung, atau turun sikit. So pandai-pandai assume sendiri je. There's no exact calculation dlm menentukan berapa stops yg perlu di-compensate bila bermain dgn expired film.

So secara ringkasnya, cara utk menggunakan expired film ialah:
  1. Anggap ia sbg filem yg mempunyai ISO yg lebih rendah. Jika ISO200, meter dgn ISO100 etc etc.
  2. Jika ia tersimpan rapi di tmpt yg sejuk, mungkin tak perlu turunkan ISO langsung.
  3. Untuk filem slide E6 yg sudah expired, biasanya proses developing E6 takkan dpt selamatkan exposure-nya. Maka biasanya film slide yg sudah expired akan di-cross process. So dlm kes ni, terbalik, kena naikkan ISO. Contoh film Velvia 50 yg sudah expired, anggap ia sbg Velvia 100, kerana cross process akan menaikkan exposure sebanyak 1 stop.
  4. Lps shoot, proses mcm biasa. Kalau perlu push/pull, bagitau org yg jaga lab (tu pun kalau dia layan la).

Basically cara penggunaan di atas ni adalah utk mereka yg pakai kamera SLR atau TLR, di mana kamera tu boleh setting shutter speed, ISO dan aperture secara manual. So kalau anda pakai SLR yg ada built in metering misalnya, just set ISO pada kamera tu dgn angka yg lebih rendah. Selebihnya shoot mcm biasa ikut je metering kamera tu. Atau ada juga cara lain mcm bermain dgn exposure compensation. Terpulang pada kreativiti dan keselesaan masing-masing.

Namun bg pengguna toycam atau P&S camera, just remember yg anda pakai film yg dah expired, maka sila anggap filem tu ber-ISO yg lebih rendah drpd asal.


KENAPA PAKAI FILEM YG DAH EXPIRED?

Soalan yg seringkali ditanya oleh mereka-mereka yg baru join analogue photography. Ye betul, jika difikirkan logik, kenapa nak pakai filem yg tak confirm akan memberikan hasil yg cantik? Better pakai filem fresh je, confirm jadi.

Utk pengetahuan anda, filem yg sudah expired ni ada karakter yg tersendiri. Antaranya:
  • color shift | color cast
  • noise / grain
  • fungus | spiderweb figure-like
  • uneven development - ada tmpt yg terang, ada tmpt yg gelap

Senang cerita, ia sumtimes akan memberikan hasil yg tak sama dgn filem yg masih fresh. Dan bg lomographer khasnya, karakter sebegini dianggap seni dalam menghiasi negatif mereka.

Kat sini aku share sikit beberapa hasil gambar drpd filem yg sudah expired. Sila nilai dgn mata kepala sendiri sama ada kesenian dalam gambar-gambar ini memukau pandangan atau tidak, kerana seni itu subjektif :)

Nazrin Mohd Salleh @ ayen | Smena 8m | DNP Centuria 200 expired 2007
Muhammad Farid @ HaziqFarid | Holga 120CFN | Lucky 100 SHD expired 3/2012
Muhammad Farid @ HaziqFarid | Canon A-1 | DNP Centuria 200 expired 2010
Ami Kamerami | UWS | Kodak Ektachrome 64 expired 2002
Ami Kamerami | Fujica AX-1 & 50mm F1.9 | Fuji Superia 200 expired 2005
Akmal | Tak ingat kamera & filem apa...
Muhammad Haziq Hashim | Scotch Colour 100 expired 1992
Muhammad Haziq Hashim | Scotch Colour 100 expired 1992
Shafie Sulaiman | Yashica FX-3 & 28mm F2.8 | Fujichrome 64 RTP II expired 2009
Shafie Sulaiman | Yashica FX-3 & 50mm F1.9 | Samsung 100 expired 2002
Ejad Fotopoyo | Ricohflex Model VII | Kodak Portra 400VC expired 2005
Ejad Fotopoyo | Ricohflex Model VII | Kodak Portra 400VC expired 2005
Ejad Fotopoyo | Hasselblad 500c & 60mm F5.6 | Kodak Ektacolor 160 expired 2004

Ejad Fotopoyo | Fujica ST605 & 55mm F2.2 | Fuji Superia 800 expired 2008
Ejad Fotopoyo | Rcohflex Model VII | Kodak Portra 400VC expired 2005

Utk tgk gambar-gambar dari oversea, boleh klik link ni - Flickr: Expired Film

Namun tak semua filem yg dah expired akan menghasilkan efek-efek sebegini. Ada je yg walaupun dah expired lama tapi masih produce gambar sesempurna filem yg masih fresh. Semua ikut nasib masing-masing dan bergantung juga kpd cara penyimpanan, cara pemprosesan dan sebagainya.

So aku rasa cukup setakat ni dulu. Taip panjang-panjang bukan korang rajin nak baca pun, ye dak?

Semoga pengisian yg sedikit ni dpt menambah pengetahuan kita dalam bidang photography :)

Penghargaan kepada penyumbang gambar:
  • Nazrin Mohd Salleh
  • Muhammad Farid
  • Ami Kamerami 
  • Akmal 
  • Muhammad Haziq Hashim
  • Shafie Sulaiman
======================================================================

Kira-kira | Boring Part 
*sila skip part ni jika anda tak minat nak amik tau

Ada yg bertanya, kenapa nak turunkan ISO? Apa kena mengena?
ISO pada filem kan dah mmg fixed, so ada efek ke tukar ISO tu?

Jawapan:

Apabila kita tukar ISO pada kamera SLR, kita bukan tukar ISO pada filem.
Jgn samakan proses tukar ISO pada SLR dan DSLR. Tukar ISO pada SLR hanyalah utk proses exposure metering. Ia tak 100% sama dgn DSLR yg mana anda tukar ISO rendah utk low sensitivity dan high ISO utk higher sensitivity.

Ingat balik term speed loss tadi.  Apabila filem tu dah expired, dia biasanya akan kehilangan speed.
ISO200 jadi ISO100 misalnya.

Namun disebabkan sensor pada filem ni bukan jenis boleh diubah-ubah mcm digital, maka kita tukar ISO tu hanya sbg guide dlm  exposure metering.

So technically kita set ISO rendah pada kamera sbb kita nak dptkan bacaan metering utk ISO rendah tu.

Aku kasi contoh mudah: Sunny-16 Rule.
Katakan la pakai filem ISO200, maka setting ialah ISO100 | f/16 | 1/250.
Katakan la filem tu expired, maka kita anggap dia sbg filem yg ber-ISO100.

So setting baru ialah ISO100 | f/16 | 1/125.

Perhatikan dlm setting baru tu, shutter speed dah diturunkan drpd 1/250 kpd 1/125.
Back to basic - shutter speed makin slow, gambar akan jadi makin cerah.

Maka sebab itulah kita turunkan angka ISO pada kamera SLR kita, supaya metering kamera
akan bagi bacaan utk ISO baru yg kita dah set tu.

Kalau nak modify aperture pun boleh jugak, misalnya ISO100 | f/11 | 1/250.
Perubahan drpd f/16 kpd f/11 tu akan membenarkan lebih byk cahaya masuk ke dlm sensor.

Kalau tanak main dgn setting ISO, tapi nak bermain dgn Exposure Compensation (utk kamera yg ada mode Av/Tv), simple je, tarik indicator tu ke arah positive (+) utk mendapatkan gambar yg lebih terang. Benda sama je.

Boring? Sape suruh baca. Kan aku dah suruh skip kat atas tadi :D

Kbai

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment