Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakan-rakan sekalian.
Pagi ni aku dpt idea utk membebel psl 1 topik.
Korang mesti penah nampak gambar ni kan?
Sumber: inkoma |
"Eleh mentang-mentang ada DSLR, bajet photographer lettew."
"Kau ingat kau ada kamera mahal besar camtu, kau photographer la?"
Mmg normal, mereka-mereka yg pakai kamera besar mcm DSLR ni akan dikecam, kononnya mereka tu berlagak dan meletakkan status diri sendiri sbg photographer bila ada kamera mcm tu.
Persoalannya disini - siapakah yg layak digelar jurufoto/photographer?
Adakah gelaran jurufoto/photographer itu diberi berdasarkan jenis kamera yg dimiliki?
Atau gelaran itu diberi berdasarkan saiz dan harga kamera?
Atau gelaran itu diberi berdasarkan jenis gambar yg diambil - landscape/macro/portrait etc etc?
Jom google "photographer" dan tgk result yg muncul...
A photographer (from Greek φωτός (photos), meaning "light", and γράφω (graphos), meaning "written") is a person who takes photographs.
Sumber: WIKI: Photographer
Ada tak tulih pape psl brand/model/jenis kamera dlm definition tu?
Takdak kan?
Maka, sesiapa sahaja yg mengambil gambar, baik dgn kamera handphone, atau kompak, atau DSLR, atau toycam, atau pinhole, adalah seorang jurufoto.
Penilaian status jurufoto/photographer dinilai biasanya dari segi berikut:
- Hobi atau pekerjaan? Hobbyist atau professional?
- Genre atau subjek- landscape | portrait | macro etc etc
Hobbyist or Professional?
Bagaimana mengenal seseorang itu sama ada ianya mengambil gambar secara professional atau sekadar hobi mengisi masa lapang?
A professional photographer uses photography to earn money; amateur photographers take photographs for pleasure and to record an event, emotion, place, or person.
Sumber: WIKI: Photographer
Senang je - kalau dia bekerja sbg photographer, tak kisah la utk paper ke majalah ke, atau utk wedding ke event ke, yg mana hasilnya dibayar, dia adalah professional photographer.
Kerana biasanya org yg dah bekerja mcm ni mmg professional. Kalau dia tak reti amik gambar, camne dia boleh lepas interview, betul dak?
Mcm wedding pun misalnya, sebelum diupah sbg jurufoto perkahwinan, for sure client dah tgk sampel gambar yg diambil dan berpuas hati dgn hasil kerja jurufoto tersebut. Sebab tu lah jurufoto tu diupah.
Selain itu, mana-mana jurufoto yg mengambil gambar sekadar suka-suka, walau cantik mana pun gambar dia, digelar amateur, atau hobbyist.
Gelaran amateur atau professional bukan diberi berdasarkan harga kamera mereka. Contoh kalau dia pakai kamera dan lens mahal, dia professional, dan dia amateur kalau pakai kamera/lens murah. Cara ini salah sama sekali dlm memberi gelaran.
Namun ada juga yg mengkelaskan jurufoto berdasarkan hasil gambar. Kalau gambar tu cantik, dia professional. Kalau gambar beshew-beshew jew, dia tu amateur. Ni persepsi dan pandangan masing-masing, bagi aku takde betul, takde salah.
Genre | Subject
Sumber: find-the-perfect-wedding-photographer |
Satu lagi cara dlm meng-kategori-kan seseorang jurufoto itu adalah berdasarkan jenis gambar yg biasa diambil oleh mereka.
Photographers are also categorized based on the subjects they photograph. Some photographers explore subjects typical of paintings such as landscape, still life, and portraiture. Other photographers specialize in subjects unique to photography, including street photography, documentary photography, fashion photography, wedding photography, war photography, photojournalism, and commercial photography.
Sumber: WIKI: Photographer
Simple je. Kalau jurufoto tu suka shoot gambar landscape, maka dia digelar Landscape Photographer.
Kalau dia suka shoot gambar wedding, maka dia digelar Wedding Photographer.
Dan begitulah jugak utk genre-genre yg lain.
============= Simple Q&A Session =============
"Saya ada kamera DSLR, adakah saya seorang photographer?"
Hanya sekadar memiliki kamera, belum menjadikan anda seorang photographer.
Anda perlu mengambil gambar, barulah anda layak digelar jurufoto/photographer, kerana photographer ialah insan yg mengambil gambar, bukan insan yg memiliki kamera.
"Kawan saya ada kamera kompak je, tapi dia gelarkan diri dia photographer. Layak ke?"
Layak, as long as dia guna kamera tu utk amek gambar, bukan utk disimpan semata-mata.
"Saya tergolong dlm kategori amateur atau professional?"
Depends. Jika anda buat duit dgn kamera atau photography skill anda, maka anda dianggap sbg jurufoto professional. Dan begitulah sebaliknya.
"Bagaimana mengenal status seseorang jurufoto tu sama ada mereka amateur, hobbyist, beginner atau professional?"
Usually by looking or judging alone, kita takkan tau mereka tu kategori mana. Dan kategori sebegini bukan dinilai berdasarkan model kamera yg digantung di leher mereka. Kalau nak tau, silalah add facebook mereka dan berkenalan, baru tau dia amateur ke professional ke.
"Dia ada kamera mahal tapi gambar dia biasa-biasa je. Layak ke dia dpt gelaran photographer?"
Layak. Setiap insan yg mengambil gambar, technically adalah photographer. Kemudian barulah dinilai drpd hasil kerja. Kalau gambar dia biasa-biasa, mungkin dia masih newbie atau amateur, iaitu insan yg baru belajar, namun dia tetap seorang jurufoto, walaupun dia pakai Canon 1Dx/Nikon D4.
"Dia cakap dia landscape photographer, tapi dia shoot wedding jugak. So dia tu wedding ke landscape photographer?"
Usually ditentukan oleh major genre yg dia shoot. Takkan la dia takleh shoot jugak genre-genre lain? Biar la, tu kamera dia.
=========================================
Kesimpulan
Jika anda tertanya-tanya anda terletak dlm kategori mana, sama ada newbie, amateur, beginner atau professional, tanya diri anda sendiri, sedalam mana pengetahuan anda dlm photography?
Kalau baru je kenal ISO misalnya, rasa-rasa layakkah anda meletakkan status CEO at xxxPhotography pada Info Facebook anda?
Jgn nak judge org lain sangat. By looking at them alone, even after having a brief conversation with them, kita belum tentu dpt tau dalam mana ilmu mereka psl photographer.
So, daripada buang masa sibuk menilai org lain sama ada mereka tu professional photographer atau sekadar show-off, better ambil masa tu utk nilai diri sendiri.
Sekian.
Ejad Fotopoyo
Teruskan usaha anda. Tak ramai yang sudi berkongsi teori dan praktikal.
ReplyDelete