Monday, August 15, 2011

MEMBEBEL | Jangan Gelojoh

Foto ehsan Che Wan

Assalamualaikum.

Izinkan diriku membebel di pagi hari yg sejuk ni. Kalau korang tak izinkan pun kisah apa aku, blog aku ^.^

2-3 minggu ni gmail dan inbox FB aku agak dihujani dgn pelbagai soalan drpd mereka-mereka yg baru menceburi bidang photography. Mcm-mcm jenis soalan diajukan.

Cuma utk entri kali ni, aku nak fokuskan pada 1 golongan - newbie yg gelojoh.

Gelojoh mcm mana?
  1. Baru je beli kamera, belum apa-apa, dah sibuk buat job sana sini walhal basic 0.
  2. Semua lens nak dibelinya, walhal bukan pakai pun.
  3. Cepat sgt down bila compare gambar dgn member

Point 1 dan 2 tu self-explanatory, faham-faham sendiri lah. Aku pun newbie, aku lalui benda tu.
Tapi yg no. 3 tu aku nak bebel sikit.

Majority yg email dan inbox FB aku ni ada yg hantar gambar, minta aku komen. Sbb mereka rasakan gambar yg diambil sangat tak memuaskan.

Dan bila aku usha gambar-gambar tu, ok yes, mmg la ada yg tak memuaskan, blur la noise la gelap la terang la.
Itu semua normal, sbb korang BARU BELAJAR.

Ni tak, ada yg baru jek pegang kamera, pakai tak sampai 2 minggu, asas exposure pun terkial-kial, button nak tukar RAW JPEG pun tak tau, down sbb gambar tak secantik Saiful Nang.

Bukan down biasa-biasa pulak tu. Down yg sampai tahap nak berhenti photography, tukar hobi lain pulak.

Yg pergi compare dgn org hebat mcm dia buat apa?

Bila baru belajar ni, normal lah gambar tak jadi sepertimana yg kita harapkan tu.
In fact org pro pun takde la sampai sekali snap terus jadi.

Dgn blur noise gelap terang semua tu, dari situ la kita belajar "Ooo, yg bintik-bintik noise ni kalau ISO tinggi. Lepas ni kena guna ISO rendah la, tanak kasi noise".

And then, nak buat perbandingan, biarlah bijak. Kalau korang setakat guna kitlens 1855, pergi compare dgn gambar org lain yg guna 85mm F1.2 misalnya, apekejadah. Kalau aku pun aku down.

Experience is the best teacher. Teruskan menge-snap gambar, banyakkan bereksperimen. Toksah nak gelojoh sangat. Takde sape yg lahir-lahir terus hebat, kecuali dikurniakan oleh Allah SWT, itupun insan tersebut masih perlu berusaha, sbb menuntut ilmu tu wajib.

Dan 1 lagi pesan drpd aku, nak belajar tu, pilih 1-2 genre dulu, jgn sebat semua dan belajar sekaligus.

Contohnya, kalau korang rasa korang suka shoot landscape, tingkatkan kemahiran utk shoot landscape dulu. Belajar cara nak dpt gambar landscape yg lebih WOW.

Then dah rasa mahir, nak try genre lain mcm macro ke, silakan. Jgn gelojoh nak belajar semua sekaligus, lps tu sepatah haram tak faham, terus down lagi.

Apapun, benda basic - shutter aperture ISO tu semua kena tau dulu. Itu yg paling penting sebelum korang mengorak langkah lebih jauh. Dah master semua basic, campaklah korang ke wildlife ke, macro ke, portrait ke, insya Allah korang takde hal punya :)

So ingat ya kwn-kwn sekalian, pelan-pelan kayuh, jgn gelojoh.

Yg tak berapa nak gelojoh,

Ejad Fotopoyo

10 comments:

  1. Suka sangat entry ni. Nasib baik saya tak gelojoh. Rilek sudey...

    Bab newbie baru beli kamera terus ambik job tu mmg lawak la... kang cakap tak sedar diri, marah pulak. Perangai macam ni Saiful Nang pun nangis!

    ReplyDelete
  2. Ni Abg aku recmmend blog ni...aku bru 3 minggu pakai menatang dslr ni... nasib baek la abg aku bg link blog ni awal2 sblm aku jadi bodoh sombong, bongkak dan segalanya...hehe... entry ko mmg best^^

    ReplyDelete
  3. motivated....thanks a lot

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sorry, comment sebelum ni tersalah taip.

    Komen sebenar:

    Photography is easy to learn, hard to master.

    ReplyDelete