Thursday, January 26, 2012

INFO - Ada Apa Dengan Kitlens Part III: Macro Edition

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Okeh, lama tak kasi tips kat korang kan. Aku baru je habis final utk semester ni, takde masa sgt nak bikin artikel yg panjang-panjang. Setakat MEMBEBEL tu bole la sbb tak perlukan bahan sgt pun. Hehe.

Aku tau ramai antara korang yg berminat utk menangkap gambar benda kecik-kecik ni tapi tak tau cara dan teknik. So hari ni aku nak share mcm mana nak main macro dgn hanya guna kitlens.

Tapi kalau boleh.. eh bkn kalau boleh, wajib utk korang baca artikel macro ni utk menambahkan lagi pengetahuan dan pemahaman mengenai macro: Macro Photography

Artikel ni dibuat lepas aku nmpk masih wujud newbies yg tak habis-habis mempertikaikan kebolehan kitlens dlm sesuatu genre. Contohnya seperti berikut:
"Shoot wedding? Tapi saya pakai kitlens je, boleh ke?"
"Landscape? Segan la, saya takde 11-16mm F2.8, cuma ada kitlens je"
"Saya ada kitlens je, mana boleh guna utk shoot macro"
bla bla bla yada yada the list goes on...

Again, tak habis-habis nak mengutuk kitlens. Penat dah aku ulang - kalau dah diri sendiri yg tak reti pakai, guna lens apa pun gambar tetap tak cantik. Ada paham?

Incase kalau korang terlepas pandang, ini artikel Part III. Part I dan Part II boleh dibaca kat sini:
Part I
Part II


Berikut adalah equipments dan setting yg digunakan sepanjang pembikinan artikel ni:

Radas dan Bahan:
  1. Pentax K200D 
  2. Kitlens: SMC Pentax-DA 18-55mm F3.5-5.6 AL II 
  3. Flash: Metz 54 MZ-4i 
  4. Macro tools: Macro filter dan reverse ring
  5. Duit syiling 10sen sbg subjek
  6. Handheld kesemuanya. Aku miskin, takde tripod :(

Setting:
  1. Shot in RAW, DNG Format
  2. Post processing with Adobe Lightroom 3.6 WITHOUT any cropping, cuma exposure/brightness editing, resizing & watermarking
  3. Minor post processing guna Photoscape v3.6 utk labeling + wording + captioning

==============================================================================================

KITLENS

Ok, kita start dgn tool yg paling basic iaitu lens ala kadar kita - kitlens.
Utk artikel ni, aku pakai apa yg aku ada je, iaitu kitlens Pentax.


Based on pengamatan aku, kitlens pentax ni menghasilkan gambar yg soft pada focal length 55mm.

Yg bestnya, ada indicator utk focusing distance, dan MFD (Minimum Focus Distance) pada kitlens ni ialah 0.25m (25cm), which is quite close utk lens murah mcm ni. Maka dgn MFD 0.25m ni, kerja me-macro lebih mudah dilakukan. Tak paham? Tgk gambar kat bwh ni:


Utk kitlens Nikon, kalau tak silap MFD ialah 0.28m, based on apa yg aku baca kat sini: http://www.kenrockwell.com/nikon/18-55-ii.htm
Cuma malangnya, kitlens korang takde indicator.
Takpe, dlm step kat bwh nnt aku akan story mcm mana nak focus paling dekat walaupun takde distance indicator tu.

Utk brand lain (Canon, Sony, Olympus, Samsung etc etc) silalah buat research sendiri ye :)

Ok, so mcm mana nak main macro dgn kitlens ni?
First of all, makin jauh kita zoom, imej akan kelihatan makin besar, betul?
So by our logic thinking + common sense, kita jugak patut tau, utk main macro yg memerlukan high magnification, kita pakai lah focal length paling jauh yg kita ada, which in this case, 55mm lah.

Subjek kita adalah Yang Amat Berhormat Dato' Dr Seploh Seng:


Ok, berikut adalah step nak main macro guna kitlens:
  1. Manual mode ke Av mode ke sukati korang, janji exposure ngam, gambar tak over/underexpose.
  2. RAW ke JPEG ke, again, sukati. Tapi aku suggest pakai RAW supaya time korang crop nanti, kualiti imej masih terpelihara.
  3. Gunakan max zoom yg ada, so kalau pakai kitlens 1855, guna lah 55mm.
  4. Gunakan MF (Manual Focus).
  5. Jika lens korang ada focus distance indicator mcm lens aku tu, pusingkan focusing ring tu pada MFD dan biarkan je mcm tu, takyah usik dah.
  6. Kalau takde indicator plak, pusingkan je focusing ring tu sampai lens tu kelihatan mcm makin keluar memanjang. Tak paham? Pusingkan je focusing ring tu dan korang akan nmpk sendiri.
  7. Just a reminder: Zooming ring dan focusing ring adalah 2 benda yg berbeza. Zooming ring utk korang zoom in/out drpd 18mm ke 55mm, manakala focusing ring ialah utk focus.

  8. So now, TANPA mengusik zooming dan focusing ring tu, letakkan mata anda ke viewfinder, compose-kan diri anda ke depan/belakang ke arah subjek sampai la subjek kelihatan sharp dlm viewfinder camera.
  9. Once subjek dah nmpk sharp, stop moving, kekalkan posisi anda.
  10. Ambil metering subjek. Seeloknya gunakan aperture f/8-f/14, depends pada berapa tebal DOF yg korang nak. ISO dan shutter speed tu pandai-pandai korang la, sbb kalau korang pakai tripod, lain plak setting nya.
  11. Make sure subjek dah betul-betul in focus.
  12. Make sure posisi badan korang tu betul-betul kukuh dan selesa.
  13. Snap

Maka dptlah hasil gambar yg seperti berikut:

f/11 | 1/30s | ISO-200

Bandingkan dgn gambar sploh sen yg kat atas tu, kira not bad la jugak kan dpt 10sen besar mcm ni TANPA extra tools. Gambar ni aku tak crop taw. Dah bgtau kat atas tu, tiada cropping dilakukan.




==============================================================================================

KITLENS + MACRO FILTER

Ok, let say korang ada macro filter. Basically caranya sama je mcm guna kitlens tu, cuma bezanya ada filter kat depan yg membolehkan korang dpt magnification yg lebih besar.

Cuma nasihat drpd aku, kalau korang ada attach UV Filter, sila tanggalkan. Sbb filter ni sumtimes dia degrade quality gambar, so dgn kewujudan UV Filter yg takde kena mengena dgn macro ni bakal menyebabkan gambar lebih tak sharp.

Pada aku ada 3 je macro filter: +4, +4 dan +2 bersaiz 52mm, mmg ngam-ngam utk kitlens aku.


So just pasang je filter tu kat depan lens dan ikut je sebijik-sebijik step yg dah dinyatakan dlm bahagian kitlens di atas.

Hasilnya? Of coz lebih better drpd kitlens semata-mata:







==============================================================================================


 KITLENS + REVERSE RING

Ok, part ni susah, seriously. Mungkin byk term yg korang tak paham tapi mcm biasa, tak paham boleh tanya atau gugel sendirik. Jgn tanya soalan bodoh sudah, mmg kena la ngan aku sat g.

First of all, memperkenalkan, ini reverse ring:


Acane nak pakai? Pasang kat depan lens mcm pasang filter.


Lepas tu mount kan pd body camera dalam keadaan terbalik (reverse).


Ok, part ni yg susah actually. Since kitlens serta lens-lens zoom lain (especially utk cropped sensor) takde aperture ring, maka pengawalan aperture semasa menggunakan reverse lens adalah sgt leceh.

Blur tak paham? Takpe, aku guide. Ini ialah aperture spring:


Bila kita mount lens pada body camera dlm keadaan normal, spring tu ditarik kpd aperture maksimum. Time kita snap gambar baru spring tu menutup ikut setting aperture yg kita dah set pada kamera.
Tapi bila kita mount lens tu dlm keadaan reverse, spring tu akan kekal pd posisi asalnya, iaitu aperture minimum: f/22. Sbb tu korang akan nmpk imej dlm viewfinder tu gelap giler, sbb aperture sgt kecik time tu.

So apa perlu bikin? Tangan kanan pegang kamera, tangan kiri kawal lens dan gunakan jari yg free utk contol spring tu:


Atau, utk kasi spring tu tak tertutup, sekat lubang tu dgn kertas, supaya dia maintain terbuka. Terbuka besar mana tu korang punya selera la.

Utk canon, lens korang hebat sgt, takde menatang spring ni, so lens korang punya aperture tu terbukak sepanjang masa. Based on perbualan aku dgn CANONian, diorang guna cara ni:
  1. Guna BULB mode, set aperture pd f/number yg dikehendaki, pastu tekan shutter button jgn kasi lepas, pstu bukak lens. Aperture pd lens tu akan di-lock pd setting kita tadi. Atau...
  2. Mount kitlens mcm biasa kat body, setkan aperture yg dikehendaki, lps tu tekan DOF Button yg berada di tepi lens, jgn lepas, pastu cabut lens drpd body.  Aperture pd lens tu akan di-lock pd setting kita tadi.
  3. Lps tu gunalah lens tu dgn ext tube ke reverse ring ke, apedehal~
  4. Tak tau kat mana DOF button pe semua tu? Maka rujuklah user manual.

Ok, so lps mount lens tu pd body camera dlm keadaan terbalik, dah boleh mula shooting.
Dlm keadaan reverse, focal length jugak akan jadi terbalik.

Contohnya mcm ni, dlm keadaan normal, imej pd focal 55mm akan kelihatan lebih besar drpd 18mm.
Tapi bila reverse, imej pd 18mm tu lebih besar drpd 55mm. So memang kena la dgn maksud reverse tu.

Ekceli ada pengiraan matematik dlm menentukan magnification bila reverse ni, tapi detail sgt, aku malas. Kalau korang nak tau, sila la gugel sendirik ye.

Perasan tak pd kitlens korang tu, pada zoom ring, ada nombor-nombor yg tertera disitu, mcm 18, 24, 35, 45 dan 55? Itu namanya Marked Focal Length.


Utk artikel kali ni, aku shoot gambar yg sama, dlm keadaan reverse, tp dgn focal length yg berbeza-beza, ikut marked focal length tu, sbb nak kasi korang nampak perbezaan saiz imej yg terhasil bila focal length yg berbeza digunakan.

Step nak shoot sama je mcm tutorial kat bhgn kitlens td, cuma aku repeat byk kali sbb aku shoot dgn focal length 18mm, 24mm, 35mm, 45mm dan 55mm.

Ok, part exposure metering tu yg susah sbb lens dipasang terbalik, so takde electronic contact, maka body camera tak dpt baca maklumat aperture drpd lens.

Mcm Pentax, ada Green Button, yg membolehkan aku dpt exposure yg ngam walaupun lens tak dipasang dgn normal.

Utk pengguna Nikon, especially yg pakai body SELAIN D200, D300/s dan Full Frame DSLR, korang akan menghadapi masalah dlm me-meter exposure sbb kamera korang akan tunjuk F-- pd bhgn aperture.
So apa patut korang buat? Pakai mode Manual, dan  main agak-agak je setting shutter speed dan ISO yg sesuai, pastu try snap. Kalau gelap, slowkan shutter speed atau naikkan ISO, dan begitulah sebaliknya.

Canon, Sony dan Oly? Sorry again, sila gugel sendirik.

Berikut adalah hasil yg aku dapat. Perhatikan saiz syiling 10sen tu dan focal length yg dinyatakan. Again, no cropping was made.








==============================================================================================

Ok done. So nmpk tak ekceli kitlens ni boleh je digunakan utk shoot macro. Cuma ye lah, dah lens murah, mesti la tak se-sharp Tamron SP90 tu. Lens tu rege RM1400 bang, jgn la compare dgn kitlens yg murah ni.

Tapi tak sharp pun, dpt je gambar kan? In fact korang tgk je gambar yg aku dah snap kat atas ni, bg aku, sharp je, takde masalah pape pun.

Lagi satu, dgn kitlens, jarak kita dgn subjek adalah sgt dekat, so mungkin tak berapa sesuai utk shoot insect, especially yg senang lari bila kita dtg dekat ni.

So udah-udah la dgn mindset "kitlens takleh shoot macro" tu. With the right skill, even with the lowest end tools and equipments, mesti ada cara punya. Antara nak/taknak atau rajin/malas je.

Btw, bkn kitlens je. Tips ni boleh je diguna pakai kat lens-lens lain, especially zoom lens. Pandai-pandai lah sesuaikan tips tu dgn kesesuaian lens korang.

Aku rasa cukup la dulu utk artikel kali ni. Kalau korang rasa ada yg patut ditambah, do let me know.
Eh lupa, dijemput menge-LIKE page aku kat fesbuk ni. Hehe.
http://www.facebook.com/pages/Blog-Ejad-Fotopoyo/235305086549146

Semoga mendapat menfaat.

Wassalam :)

Ejad Fotopoyo

16 comments:

  1. thanks a lot.. baru ni ak baca cara untuk gune reverse lens yg sgt details.. nk tanya cket, function super macro conversion adapter lebih kurang macro filter ke? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay:
      sama jek. bezanya nama je mcm gempak skit, pastu of coz la dia hebat skit sbb kanta lebih berkualiti, tu psl mahal

      Delete
  2. mmg best guna reverse kitlens.....

    ReplyDelete
  3. semua pic tu pakai tripod ke??

    ReplyDelete
  4. sory2.. handheld kan.. lupe point no.6 tu.. jgn maras..hehehee

    ReplyDelete
  5. tq ejad. pasni boleh cuba nak ambik gambor lalat atau nyamuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa bunuh dulu lalat tu. Hehe. Reverse lens kena main dekat dekat :D

      Delete
  6. Terima kasih atas info ni :D
    Nak tanya. Lepas habis kita shooting gambar makro tu guna reverse lens ni kan. Aperture nak kena set kepada f/22 semula ke sebelum memasukkan kembali lens tu ke body camera secara normal? Mohon jawapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. since ni artikel psl kitlens, aperture pd lens tu akan back to f/22 secara otomatik. unless anda ckp psl lens yg ada aperture ring mcm Nikon AF 50mm F1.8D, yes anda perlu lock blk aperture tu pd smallest aperture sblum mpunt pd body

      Delete
  7. Info yg terbaik..!!tp sy nk tanyer psl pengunaan extension tube...leh bg guide ckit tak..thank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk guna ext tube dgn kitlens, dats why tak letak guide kat sini. gugel la tgk cane diorang buat

      Delete
    2. Bro Ejad,

      aku dah gugel ttg extension tube + kitlens nih. ko rasa rasa camne?
      http://gajetmacro.blogspot.com/2011/08/bagaimana-cara-menggunakan-manual.html

      Delete
  8. salam..
    ape pandangan bro ejad kalo kite guna raynox plak kt kit lens 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.
      fungsinye sama jek dgn pemakaian macro filter, but better sbb glass dia lebih berkualiti

      Delete
  9. yang lain pun leh wat ni ( nikon / canon ) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye betul tu. tp sbb ada lens pentax je, so buat artikel pakai lens pentax je la

      Delete