Tuesday, March 13, 2012

INFO - Ada Apa Dengan Entry Level DSLR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ramai duk tanya aku "bila lg nak membebel abam ejad?"
Korang suka eh baca bebelan aku? Ntah hape-hape jek la korang ni. Hahaha.

Anyway, mlm ni aku mcm malas nak study, malas nak sambung buat tutorial, malas nak amik gambar, semua malas ah. Tapi tgh ada mood nak menaip, maka ini tajuk yg terlintas kat kepala aku buat masa ni.

Sudah menjadi lumrah utk kesemua pengguna kamera DSLR, dimana mereka mengidamkan body atau lens yg lebih mantap drpd yg sedang mereka pakai skrg ni.

Skrg tgh pakai D3100/1100D.
Mengidam nak pakai D90/60D.

Lepas dah pakai D90/60D, mengidam plak kat D7000/7D.
Kemudian full frame plak, D700/5D/5D Mark 2.

Then pro body plak, D3/1D/1Ds.
Kemudian highest end pro body plak: D3x/1Dx.

Then lps tu Nikon keluar D800 dan D4, pun nak jugak.
The list goes on....

Well, tak salah mengidam, tak salah bermimpi, tak salah nak berangan-angan.
Dan jugak tak salah korang nak jual gadai segala kereta rumah tanah semata-mata utk mengecapi impian korang utk memiliki body yg sungguh professional tu.
Duit korang kan, sape aku nak halang...

Aku sendiri pun dulu mula-mula pakai entry level body: Pentax K100D.
Then aku pakai semi pro Nikon D200 dengan lens bagak Tokina ATX Pro 28-80mm F2.8.
Pastu semi pro Pentax K20D.
Tukar kpd Pentax K-x yg entry level.
Downgrade kpd Pentax K200D yg nmpk entry level tapi semi pro.
Pastu tukar balik kpd Pentax K-x.

Skrg? Aku sgt suka Pentax K-x tu.
Sebab apa? Sebab tu body entry level.
Kenapa dgn body entry level?


1. Kecil & Ringan

The cheapest DSLR, be it Pentax K-x/K-r, Nikon D3000/3100 atau D5000/5100, Canon 1100D, semuanya ringan dan kecik giler gaban. Amik gambar pakai 1 tgn jek, takde hal. Gantung lama-lama pun tak lenguh bahu/tengkuk. Nak sumbat dlm beg pun takde masalah sbb kecik.


2.  AA Batteries (for Pentax)

Sumber: http://community.futureshop.ca/t5/blogs/blogarticleprintpage/blog-id/TechBlog/article-id/1628

1 thing yg aku suka dgn Pentax - entry level DSLR dia pakai bateri AA. So let say kalau tgh melancong ke, bateri habis, apedehal, kedai runcit jual je bateri AA.


3. Murah

Dah nama pun entry level, for sure la murah kan?


4. Picture Mode & Scene Mode

Benda yg takde atau susah nak jumpa kat kamera mahal-mahal, iaitu Picture Mode dan Scene Mode.
Sometime kalau aku dah malas bebeno nak ngedit gambar tu later atau malas giler nak setting, aku pakai je mode yg ada ni. Pedulik hape org nak kata apa, janji aku dpt gambar. Feveret aku ialah Landscape dan Portrait mode :D

Picture Mode
Sumber: http://shashinki.com/shop/used-pentax-dslr-camera-1855mm-f3556-lens-excellent-pi-9333.html?image=3
Scene Mode


5. Extra Picture Mode

Certain entry level DSLRs, ada built-in digital filter mcm Miniature Effect, Fisheye, Retro, Toycam bla bla bla. DSLR mahal-mahal mana ada mende alah ni. Lebih menjimatkan masa, compared to korang snap gambar pastu nak kena edit later on.

Mcm Pentax, ada Cross Processing. Kacak oh!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok takde idea dah nak bebel panjang-panjang. Berikut adalah beberapa gambar yg aku snap menggunakan entry level Pentax K-x dan Pentax K00D aku, tanpa editing, kecuali gambar Myra, sebab tu RAW. Yg lain semua fresh drpd memory card.

Pentax K100D & 1855
Pentax K100D & 1855 
Pentax K100D & 1855 
Pentax K-x & 1855 
Pentax K-x & Jupiter9 85mm F2
Edited with Adobe Lightroom
Pentax K-x & 1855
Cross Processing Effect
Pentax K-x & 1855
Retro Effect

So kpd pengguna entry level DSLR di luar sana, toksah nak down sgt la tgk member pakai DSLR bagak-bagak. Penat weh bahu menanggung. Plus tgk gambar yg aku snap kat atas ni, kacak jek kan? (puji gambar sendiri), meaning kamera murah dgn kitlens pun boleh je dpt gambar kacak.

Kbai

Blogger/photography yg babyface,
Ejad Fotopoyo

5 comments:

  1. aku suka kamera kecik.. plan nak bli samaada olympus ep3 or lumix gx1..

    ReplyDelete
  2. motivasi ni...hehehe ~~ betul2x...yg penting dgn kamera yg ada itu..cuba mengoptimumkan semua2 function yg ada...selagi belum abis guna semua function jgn ngada2 nk beli yg lagi power (itulah kata2 yg ku kata pada diri sendiri biler tgk org lain punya kamera yg hebat2 lg)

    ReplyDelete
  3. sungguh. rasa tergugat aje tengok banyak dan makin banyak camera dslr yg latest yg kluar. T___T

    ReplyDelete
  4. Baru semangat balik nak galas entry level nie..hehehehe...asik dok join group semi pro aja...tertekan tgk depa......

    ReplyDelete
  5. kamera aku d5100 + tamron 17-50 f/2.8 = berat 1.18 kg..kira ok la nak usung mane2..takde la berat mane pun..paling penting dapat memaksimakan penggunaan dslr..

    ReplyDelete