Pagi Sabtu ni tetibe aku kerajinan nak buat 1 artikel yg takde kena mengena sgt dgn kamera plak.
Ada certain photog yg selepas shoot gambar, dia akan main belasah kopipes atau cut paste je gambar-gambar dia tu ke dalam sebuah folder sampai la gambar dlm tu jadi berpuluh-ratus-ribu.
Bg aku cara ni kurang efficient, sbb korang akan hadapi masalah bila nak cari balik gambar-gambar yg korang pernah shoot dulu kala tu.
Maka, dlm artikel kali ni, aku akan share dgn korang cane nak organize folder gambar korang yg berlambak-lambak tu. Tips ni penting untuk korang senang trace balik gambar-gambar yg korang pernah shoot, especially kalau korang ni buat job wedding dan sebagainya.
_________________________________________________________________________________
LOKASI FOLDER
First of all, sepertimana yg aku pernah buat untuk member-member atau customer/client yg pernah bg aku komputer dan laptop utk aku format, aku akan create partition selain drive C dan simpan personal data dalam tu, iaitu D ke E ke tak kisah la, janji jgn simpan dlm C iaitu folder Windows korang.
Sebab apa? In case kalau laptop/komputer korang kena virus/trojan/worm atau apa saja situasi yg menyebabkan laptop/komputer korang perlu di-format, drive C je yg perlu diusik. So segala file dan folder korang yg berada dlm folder lain tu masih selamat, sbb ia bukan berada dalam drive C.
Utk pengguna MAC, sorry aku tak familiar dan tak reti dgn sistem korang.
_________________________________________________________________________________
NAMA FOLDER
Ok pastu mengenai nama, biasanya aku akan bagi nama "tarikh" diikuti dgn "event", seperti berikut:
- Tarikh: "Tahun-bulan-hari" - 2012-07-14
- Event: Wedding Kamal & Ina
- So nama folder ialah "2012-07-14 - Wedding Kamal & Ina"
Dgn meletakkan tarikh sbg nama folder, folder korang akan tersusun cantik, so senang utk korang trace balik gambar-gambar korang mengikut tarikh job korang tu.
Contoh folder fotopoyo aku:
_________________________________________________________________________________
GAMBAR ORI VS GAMBAR EDIT
Jangan sesekali replace gambar asal korang dgn gambar yg dah di-edit, especially kalau gambar-gambar tu drpd official job. Kalau setakat gambar main-main atau suka-suka tu sukati korang la.
Lps edit gambar, aku akan sentiasa simpan gambar yg dah di-edit tu dalam folder lain; folder yg berbeza dgn folder yg ada gambar original.
Sbg contoh, aku biasanya create sebuah folder baru utk simpan gambar-gambar yg aku dah edit, dgn nama folder "Edited" misalnya:
My point is - korang nak manipulasi gambar mcm mana pun, atau setakat resize jadi kecik je, apa pun modification yg korang buat pada sesebuah gambar tu, make sure korang save kat tmpt atau folder lain, bukan folder yg sama dgn gambar asal.
Sebab apa? Kalau korang buat job wedding misalnya, tak mustahil akan wujud situasi di mana client tak suka dgn editing korang. So korang kena re-edit style lain plak. Tapi kalau korang dah replace gambar asal dgn gambar yg korang edit, nak modify mcm mana lg dah? Gambar ori dah takde.
_________________________________________________________________________________
BACKUP
Ada masa, terus transfer gambar-gambar ke dlm laptop. Jgn tunggu sampai kad dah penuh ke apa ke.
Kemudian, always create a backup if possible. Lps dah setel buat job tu, burn la dlm dvd dan simpan elok-elok ke, copy ke dlm external hard disk ke, buatlah duplication mcm mana pun, janji korang ada backup just in case something goes wrong.
_________________________________________________________________________________
Okeh sekian tips dari aku yg newbie.
Semoga dgn tips ringkas ni korang dpt meng-organize folder korang dgn lebih efficient.
Babai~
Ejad Fotopoyo
good tips...kadang betul gak..time mencari punya payah bila tak letak nama foder tersebut atau bercampur aduk...
ReplyDeleteyup,kalau susun folder guna tarikh lagi senang nak cari balik...
ReplyDeleteTerbaik bro! thanks.
ReplyDeletenie la salah satu cara penyusunan folder yang paling terbaik setakat ini aku jumpa.... senang & amat2 memudahkan. TQ boh....
ReplyDelete