Tuesday, August 14, 2012

Panduan Membeli DSLR Terpakai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yg dijanjikan, artikel kali ni akan membincangkan mengenai panduan membeli kamera DSLR terpakai, atau used DSLR, atau 2nd/3rd/4th hand DSLR, bagaimana cara utk memastikan anda tidak ditipu dan sebagainya.


Btw aku nak bagitau, artikel kali ni akan story psl DSLR, iaitu camera body sahaja. Psl lens mungkin akan diselit sikit-sikit tapi tak menyeluruh la, sbb ini artikel utk body. Kang kalau rajin aku buat psl lens plak.

Berikut adalah perkara-perkara yg perlu dipertimbangkan apabila membeli DSLR terpakai:


1. Iklan Dari Sumber Yang Sahih

Skrg ni zaman IT, semua org beli barang pakai internet je. Byk iklan boleh dijumpai dlm internet.
Utk barang kamera, DSLR khasnya, boleh usha website-website berikut:
  1. FTZ
  2. PhotoMalaysia - Buy & Sell
  3. Lowyat.net - Camera & Photography
  4. gajetdijepun
  5. Jepuniaga
  6. Lelong 
  7. Mudah 
  8. Aksesori DSLR Online
  9. DSLR SHOP 1 MALAYSIA

Utk 2 & 3 iaitu forum, make sure penjual adalah seorang ahli forum yg aktif, iaitu bkn lah org yg baru join semata-mata nak jual brg. Mcm kat forum lowyat, seller yg jujur ada diberi tag "Safe Trader", menunjukkan reputasi penjual ni yg bagus. Bukan nak tuduh semua newcomer tu penipu, cuma better berjaga-jaga la.

Dlm semua list di atas tu, website FTZ dan Mudah yg paling byk scammer, so becareful.
Mcm mana nak kenal deal itu legit atau scam, aku akan huraikan serba sedikit kat bwh.


2. Gambar Sebenar, Bukan Sebat Dari Internet

Mcm pelik je kan jual kamera tapi takde kamera nak amik gambar? Plus zaman skrg ni hampir kesemua handphone dah ada kamera, so agak tak logik kalau seller tak letak gambar produk dgn alasan "takde kamera" tuh.

Even kalau ada gambar pun, make sure tu bkn gambar yg disebat dari internet. Ia adalah produk terpakai, so make sure seller upload gambar produk terpakai, bkn produk baru.

Lagi satu, drpd gambar lah kita boleh nmpk berapa perfect atau cacat cela produk tersebut, assume yg seller tu jujur la kan. Kot la ada crack ke calar ke, at least drpd gambar dah boleh nampak.


3. Maklumat Yang Lengkap

Kotak, CD, user manual, apa-apa sahaja aksesori yg terlibat, seelok-eloknya dinyatakan daripada awal. Kalau seller setakat tulis full set pun, full set tu camne?

Pastu warranty ada lg ke takde, harga, shutter count, berapa bijik bateri yg diberi, lokasi utk COD, nombor phone (jika ada), semua maklumat penting mesti ada drpd awal, utk mengelakkan inbox dibanjiri dgn soalan-soalan yg sama oleh potential buyer.

Contoh kalau aku jual barang kat forum, ini maklumat yg aku letak:



4. Condition

Make sure kondisi barang yg dijual itu dinyatakan selengkap mungkin. Kalau ada calar ke, bengkok ke, kemik ke, cat pudar ke, nyatakan drpd awal.

Bukan la nak suruh korang beli brg yg perfect, dah namanya pun second hand. Cuma better la korang tau condition sebenar brg tersebut drpd awal, drpd kecewa bila tgk barang tu dpn mata nnt.

Ada sesetengah org yg tak kisah dgn luaran, janji brg berfungsi dgn baik. Contoh aku jual Pentax K-x, luar tu dah calar habis, getah dah kembang dan sebagainya, tapi masih boleh digunakan tanpa sebarang masalah, so takde hal lah.

So masa COD tu, test kamera tu kaw-kaw. Jgn la buat stress test sampai nak campak hentak kamera tu. Inspect benda-benda berikut:
  1. Try semua exposure dial yg ada: M, A, S, P, Portrait, Landscape bla bla bla
  2. Test front & rear dial (dial yg digunakan utk tukar shutter speed/aperture tu)
  3. Test built in flash. Jika ada external flash, try pasang dan shoot, tgk flash menyala atau tak. Kalau tak, mungkin ada masalah pada hotshoe kamera tersebut
  4. Try semua setting aperture, shutter speed dan ISO yg ada
  5. Usha viewfinder, berhabuk atau tidak
  6. Getah kembang atau tidak
  7. Battery & memory card cover elok atau tidak
  8. Lens tiada fungus. Kalau ada habuk plak tak melampau banyak
  9. Zooming & focusing ring smooth, tak terlalu ketat atau stuck
  10. Aperture ring dan aperture spring berfungsi dgn baik, iaitu menutup/membuka tanpa sebarang masalah
  11. Autofocus berfungsi
  12. Jika beli pakej dgn battery grip, make sure segala button dan dial yg ada pada grip tu berfungsi dgn baik
  13. Um takde idea dah, inspect lah sesukahati korang


5. Harga Yang Munasabah

Standard price utk used item ni biasanya separuh drpd harga asal (atau harga terkini di pasaran, mana-mana yg lebih rendah), depends jugak la pd condition dan aksesori yg terlibat. So make sure harga brg tu logik, kena dgn condition dan aksesori yg diberikan.

Becareful: kalau murah sgt, mungkin ada something wrong dgn brg tersebut.
Kalau mahal sgt plak, um ntah, seller mungkin tak aware dgn market price.

So just make sure harga tersebut logik. Kalau D3100 misalnya, harga baru RM1800, dia jual 2nd hand RM1700, might as well beli baru jek kan? Tapi kalau dia jual RM700, tu melampau murah sgt la plak, so kena alert dan perhati betul-betul. Jgn sebab dia murah, main sebat je.

Kat mudah, byk sgt DSLR yg dijual dgn harga murah yg tak munasabah, baru plak tu. Byk kali aku terjumpa Nikon D3 siap lens 24-70mm F2.8 cuma RM5000, kan sungguh melampau tak logik tuh.

Maka jika korang pengguna yg bijak, sentiasalah alert dgn market price, especially brg yg anda nak beli tu, supaya tidak menyesal dikemudian hari. Sentiasa check market price dgn website lain, atau tanya pada mereka yg arif.


6. Shutter Count

Ok, part ni aku pasti ramai yg tertunggu-tunggu.
Seperti kereta yg ada mileage, DSLR plak ada shutter count, secara ringkasnya ialah bilangan shutter yg sudah ditekan/ditembak.

Jangka hayat bg kebanyakan DSLR yg entry level dan beginner ialah 80,000-100,000.
Utk semi pro 100,000-150,000, dan pro body plak ada yg sampai mencecah 300,000.

So secara asasnya, mcm kereta, makin rendah mileage, makin bagus. Maka utk DSLR plak, same logic applies: makin rendah shutter count, makin bagus. Itu bermaksud seller tu jarang pakai kamera tu.

Psl shutter count ni, ada aku bincangkan disini: Tips Menjaga Body DSLR.


So dinasihatkan, apabila bertemu penjual utk check condition barang, bwk sekali laptop utk korang check EXIF dan shutter count kamera tersebut. Tapi tak semua DSLR boleh di-check shutter count. Kebanyakan model DSLR yg lama-lama mmg takleh nak check, so bergantung kpd kepercayaan korang kpd seller la.

Cane nak check shutter count? Boleh pakai website atau software berikut:
  1. MyShutterCount 
  2. Opanda
  3. PhotoME

Selain tu, check jugak mechanical shutter tu, try set pada 1", compare timing dgn jam tangan korang, snap, cukup tak 1 saat utk shutter tu ditutup semula. Tu salah 1 cara la. Usha jugak mirror kat situ, kalau dia stuck, tak turun-turun, means something wrong la tu.

Utk pengguna Canon DSLR yg lama-lama, usually mmg takleh check shutter count, kecuali jika dibawa ke service centre. Ada yg reti hack guna Magic Lantern, part ni aku mmg takde knowledge, so sila bertanya kpd pengguna Canon.

Utk DSLR Nikon, katakan la penjual tu kata dia dah tukar shutter unit kpd yg baru. Problem disini ialah bila Nikon tukar shutter unit, dia tak reset nombor. So shutter count tu akan terus meningkat. Contoh, katakan la DSLR aku jem pada shutter click yg ke-100,000. Lps aku repair, tukar shutter unit kat Nikon, dia dah elok balik, tapi nombor tu berterusan, dia start dgn 100,001 dan seterusnya, tanpa di-reset semula kpd 0.

So jika anda nak beli DSLR Nikon dan penjual tu kata dia dah tukar shutter unit, make sure dia sertakan resit sbg bukti yg dia mmg pernah tukar shutter tu.


7. Bawak Member

Tak reti pape psl kamera? Bawak kawan yg juga seorang photographer. Tak perlu bwk yg pengalaman 30 tahun tu, asalkan dia tau cara nak inspect kamera terpakai, cukup lah. Ini sbg langkah berjaga-jaga supaya korang tak tertipu.


8. Always Practice COD

Kat atas ni ada aku bebel cane nak inspect kamera semua kan. Semua tu hanya dpt dilakukan kalau korang COD (Cash on Delivery), iaitu berjumpa dgn penjual face-to-face pada masa dan tempat yg sudah dijanjikan.

Time COD tu, korang inspect lah kamera tu puas-puas. Kalau condition kamera tu tak memuaskan, just ckp pada seller tu dgn sopan, yg anda tak jadi beli. Jgn sebab kesian, seller dah dtg jauh-jauh, korang beli jugak kamera tu walaupun dah tau ia tak seelok yg dijanjikan dalam iklan. Kalau rasa serba salah, belanja dia minum sudah.

Ok, psl scammer, aku nak share skit.
Scammer ni biasanya mmg dalam iklan dia letak COD. Tapi kan, everytime korang nak ajak jumpa, ada je alasan dia.

Contoh dialog:
Scammer: Nak jumpa? Bole je. Abg duduk mana?
Aku: Saya duduk di Shah Alam. Boleh je nak jumpa kat KL ke, Subang ke PJ ke.
Scammer: Oh maafla bang, saya duduk di Pontian. Tak dpt la nak COD.
Aku: Pontian? Oh takpe je, saya ada member situ. Dia boleh tolong amikkan barang. Saya bagi duit kat dia.
Scammer: Susah jugak bang. Sbb malam ni saya nak balik kampung kat kelantan. Adik saya kahwin hujung minggu ni.
Aku: Oh kebetulan, saya pun mmg nak turun kelantan minggu ni. Boleh la jumpa sana.
Scammer: Tapi saya busy la bang, susah la nak jumpa. Saya pos je, ok?

Nmpk tak dlm dialog kat atas ni, ada je alasan dia tanak jumpa. Biasanya kalau penjual tu byk kasi alasan camni, abaikan je. Jgn layan dah.

Namum ada keadaan yg kita mmg takleh nak COD, contoh mmg kita ni busy, atau seller dan kita duduk sgt berjauhan. Dlm keadaan camni, aku takleh nak kata apa, terpulanglah pada korang, nak deal by postage atau cari lain. Risiko tanggung sendiri.

========================================================================

So dlm membeli barang online ni, ada 1 kesimpulan yg boleh dibuat:

Kalau percaya, beli. Tak percaya, jgn beli. P beli kat kedai. Abis cerita.

Beli brg online ni mmg byk risiko. Semuanya atas dasar kepercayaan antara 1 sama lain. So kalau korang tak percaya, jgn beli secara online, as simple as that.

Um tu je kot. Semoga artikel yg ringkas ni dpt membantu korang membeli DSLR terpakai secara online tanpa sebarang masalah.

Ejad Fotopoyo

6 comments:

  1. Nk beli gn sy pon boleh Hihihi carila group sy DSLR SHOP 1MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. Saya nak pergi cod kamera Jumaat nanti. Info sangat berguna, thanks bro.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Nak tanya kalau nampak berhabuk dalam view fiender tu apa masalah ya tuan

    ReplyDelete
  4. bro, nak tny apa beza kalau kita beli dslr warranty kedai dgn warranty nikon? harga warranty kedai dgn warranty nikon ada sedikit beza. adakah quality nya tetap sama?

    ReplyDelete
  5. Bro says nk jjual camera Canon Eos m3 saya.

    ReplyDelete