Friday, September 14, 2012

Battery Grip

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel kali ni akan menceritakan mengenai battery grip utk kamera DSLR.



Battery grip merupakan salah sebuah aksesori tambahan yg dipasang di bawah kamera SLR/DSLR (atau mungkin utk kamera-kamera lain jika ada).

Nikon FE2 with Motor Drive
Sumber: photo.net

Nama lain:
  • Vertical/portrait grip
  • Battery pack
  • Motor drive

Kegunaan utama:
  • Memanjangkan hayat bateri kerana biasanya terdapat slot bateri tambahan
  • Memudahkan pengambilan gambar secara menegak (portrait) kerana terdapat shutter button disitu

Sumber: ebay
 
Jenama di pasaran:
  • Original manufacturer brand: Nikon Canon Sony Pentax Olympus
  • Phottix
  • Meike
  • Octopus
  • China brand serta custom made (yg fancy giler siap ada LCD bagai)

Jika anda pengguna kamera DSLR biasa yg entry level, beginner atau semi pro, biasanya kamera anda tiada battery grip, maka anda perlu beli secara optional.

Namun utk kamera pro seperti Nikon D4 dan Canon 1Dx, ia sudahpun mempunyai built-in vertical grip, so takyah beli asing dah.

Canon 1Dx
Sumber: stevewatkinsphotography
Nikon D4
Sumber: ephotozine

Harga pula bergantung. Usually makin mahal kamera tu, makin mahal battery grip nya.

Cara menggunakan batter grip secara vertical
Sumber: pauljoy

Battery grip ni mmg bagus, cuma persoalan di sini - adakah ianya WAJIB dipakai?

Soalan ini berbalik kpd faktor-faktor seperti:
  • Adakah anda professional photographer, atau cuma amateur/hobbyist?
  • Adakah anda sudah cukup selesa dgn kamera anda?
  • Adakah anda mempunyai lens yg panjang dan berat?
  • Apakah genre yg anda minati, landscape? Portrait? Sports?
  • Ada duit?
  • Nak beli original atau 3rd party?


Adakah anda professional photographer, atau cuma amateur/hobbyist?

Anda tergolong dlm kategori mana?

Biasanya professional photographer, iaitu mereka yg mmg buat duit dgn photography, mcm wedding photog ke, official event photog or wat so eva, memerlukan battery grip. Dgn battery grip, mereka boleh menggunakan lebih drpd 1 bateri, sekaligus memanjangkan lagi hayat penggunaan kamera. So takde la isu tgh shoot tiba-tiba bateri habis, tgh kelam kabut tukar, moment dah berlalu, tak ke sedih begitu?

Utk amateur/hobbyist plak, terpulang. Tapi kalau anda nak nampak pro, by all means sila gunakan grip, kerana kamera anda akan tampak lebih professional.


Adakah anda sudah cukup selesa dgn kamera anda?

Ok kali ni kita nak berbicara soal jantina dan saiz tangan masing-masing.

Biasanya golongan lelaki akan menggunakan batteri grip, kerana tangan mereka tak dapat pegang kamera DSLR tu dgn pegangan penuh, ada balance 1-2 jari terkeluar, so dgn battery grip, mereka boleh memegang kamera dgn lebih firm dan stabil.

Utk kaum hawa yg berjari lembut dan halus plak, usually mereka tak kisah sgt dgn grip ni, sbb kamera tu sendiri dah cukup besar utk tangan diorang. So kalau tambah grip jadi makin besar dan berat, tak sedap pegang plak.

So sebelum beli, consider sebelum dan selepas pakai grip, adakah kamera anda akan jadi makin selesa dipegang atau sebaliknya? 


Adakah anda mempunyai lens yg panjang dan berat?

Contoh mcm lens 70-200mm F2.8, 300mm F4, Sigma 50-500mm, atau apa jua lens yg anda rasakan panjang dan berat, maka battery grip adalah aksesori yg bagus utk anda.

Selain kegunaan utama di atas, battery grip juga akan menambahkan berat kamera ke bwh, iaitu ke arah pusat graviti, sekaligus menjadikan kamera anda lebih stabil apabila menggunakan lensa yg panjang dan berat.


Apakah genre yg anda minati, landscape? Portrait? Sports? 

Mereka yg biasanya memerlukan kegunaan vertical shutter button drpd battery grip adalah portrait dan sports photographer, atau basically sape-sape je la yg kerap pakai vertical shutter button tu.

Vertical shutter button tu memudahkan lagi proses pengambilan gambar secara menegak.
Utk sports photog plak, terdapat sesetengah battery grip yg menambahkan lagi jumlah FPS (frame per second). Katakan tanpa grip, kamera tu boleh snap 4 FPS, tapi lps tambah grip, dapat snap 5 FPS, maka feature ini membantu sports photog apabila mengambil gambar yg melibatkan action.

Dan 1 lagi, jika anda seorang yg suka travel dan sgt suka amik gambar, battery grip juga dpt membantu anda kerana anda boleh pakai lebih drpd 1 bateri serentak, so takde la pening takut bateri habis tgh jalan ke.


Ada duit? 

Ha ni faktor paling penting. Nak sgt battery grip, tapi takde duit, takleh beli gak :D

Biasanya harga battery grip dalam lingkungan RM200-RM400 utk 3rd party, dan lebih mahal utk original manufacturer brand.

Ada juga kamera DSLR yg tiada battery grip, tapi ada company ceruk mana ntah yg buat, so dia tak fully compatible, kena ada shutter release cable la apa la, makin leceh kalau nak pakai.

Ada jugak certain model yg battery grip dia mahal nak hidup, sampai lebih RM1000. Bg aku tak baloi, baik beli lens.


Nak beli original atau 3rd party?  

Ni terpulang kpd duit poket masing-masing.

Kalau mampu, beli yg original.
Kalau kurang mampu, beli yg 3rd party.
Kalau tak mampu, toksah beli. Sila sedar diri. Bukan takleh amik gambar pun kalau takde grip tuh.

Antara isu dgn 3rd party brand ni mcm battery cepat kong la, short circuit la, walaupun wujud, tapi tak byk, agak rare. Sebab mmg kadang-kadang yg 3rd party ni tak fully compatible, maka muncul la masalah-masalah tu.

So kalau katakan anda merancang utk beli 3rd party, sebelum beli, gugel dulu isu yg ada, contoh katakan anda pakai Nikon D90, dan anda nak beli battery grip Phottix, maka google dulu "issue with phottix grip d90" misalnya, dan bacalah apa-apa keputusan yg ada. Kalau betul mmg ada isu, toksah beli, kumpul duit, beli yg original terus.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok tamat sudah artikel kali ni.

Semoga perkongsian yg sedikit ini dpt memberi manfaat kpd anda semua.

Salam.

Ejad Fotopoyo

1 comment:

  1. TQ perkongsian ni.

    Kawan sekerja selalu racun suruh beli bateri grip untuk D5100 saya tapi fikir2 balik, saya bukanlah fotographer tegar maka, saya tak beli.

    Sometimes g travel sakit jugaklah bila bateri low. Kena jimat2 guna. hehe.

    ReplyDelete