Sunday, October 7, 2012

Medium Format Photography

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yg dirancang sejak 2-3 bulan lalu, hari ni akhirnya aku berjaya merajinkan diri menaip sebuah artikel berkenaan medium format photography.

Aku byk rujuk beberapa website lain utk buat artikel ni, dan majority mempunyai technical term yg susah difahami oleh kita para newbie. Maka aku dah filter info tu siap-siap, dan aku masukkan apa yg perlu je dlm artikel ni.


PENGENALAN

Photography secara asasnya terbahagi kpd 3 format (merangkumi film dan digital):
  1. Small Format | 35mm
    Apa sahaja kamera yg mempunyai saiz sensor lebih kecil atau sama dgn 35mm, iaitu 36 x 24mm, termasuklah handphone camera, compact camera, Minox 110, Micro Four Third, APS-C, APS-H dan Full Frame.
    Pada zaman film, yg popular ialah penggunaan filem 110 dan 135 (35mm).
    Jenama yg biasa dipakai: Canon Nikon Sony Pentax Olympus Samsung Fujifilm.
    Lebih popular dikalangan pengguna kerana saiznya yg lebih kecil, murah dan senang diperoleh.
  2. Medium Format
    Merujuk kpd kamera yg mempunyai saiz sensor lebih besar drpd 36 x 24mm, tapi lebih kecil drpd 4 x5 inches (large format photography).
    Pada zaman film, film yg terlibat ialah 120 dan 220.
  3. Large Format
    Merujuk kpd kamera yg mempunyai saiz sensor sebesar 4 x5 inches.
    Buat masa ni belum pernah dgr lg kewujudan kamera digital utk large format. Kalau ada pun entah berapa juta hinggit agaknya.


The Camera

Hasselblad 500c
Sumber: /gbrlit.deviantart

Dalam department medium format ni, brand mcm Nikon Canon Sony Olympus tu tak kedengaran sgt dah. Antara jenama popular ialah:
  • Hasselblad: 500c | 500cm | H4D
  • Mamiya: RB67 | 645
  • Pentacon
  • Leaf
  • Zenza Bronica
  • Yashica: MAT | A
  • Pentax: 67 | 645N | 645D
  • Kiev
  • Toycam: Holga dan Diana

Pentax 645N
Sumber: Ken Rockwell

Technically, apa saja kamera filem yg menggunakan filem 120/220 adalah medium format, tak kira la kamera tu jenis SLR ke, TLR ke, Rangefinder ke, Folding Camera ke, Toycam ke...

Masing-masing ada kelebihan tersendiri. SLR (seperti Hasselblad 500c di atas) lebih praktikal dalam mengambil gambar still life, portrait atau landscape serta macro namun ia agak berat dan menyusahkan utk dibawa dan dipegang dgn tangan.

Ricohflex Model VII

TLR on the other hand, lebih praktikal utk dibawa berjalan kerana ia usually lebih kecil, ringan dan mudah digunakan. Lebih byk digunakan dlm mengambil candid/street photo. Tak sesuai utk close up dan macro kerana lens yg digunakan utk melihat dan mengambil gambar adalah berlainan. Akan diceritakan dgn lebih terperinci insya Allah dalam artikel TLR.

Folding plak, tak pernah pakai, takde member yg pakai, so tak dpt nak bg review. Google lah.

Sumber: illusiocreative

Dan toycam pun ada jugak, seperti Holga dan Diana. Namun kualiti imej yg dihasilkan biasanya tidak sehebat SLR dan TLR kerana toycam menggunakan lens plastik.


The Price Tag

Price yg diletakkan di bwh ini adalah sbg rujukan utk kamera FILEM sahaja. Harga bergantung juga kpd condition serta package yg ditawarkan.

SLR:
  • Hasselblad: RM1500 ke atas
  • Mamiya | Zenza Bronica: RM1000 ke atas
  • Pentax: RM1500 ke atas

TLR:
  • Yashica: RM500 ke atas
  • LOMO Lubitel: RM400 ke atas
  • Rolleiflex: RM5000 (yes lima ribu) ke atas

Toycam: Holga dan Diana tu tak sampai RM500 utk new unit.

Nak tau harga Hasselblad yg digital? Usha screenshot di bawah:

Sumber: shashinki
 
Kalau nak yg murah lagi, sila sediakan at least RM36,000 utk Pentax 645D.


Film: The Exposures

Sumber: nelsontan

Jika dibandingkan dgn format 35mm yg biasanya terbahagi kpd 12, 24 dan 36 exposure (serta darab 2 bagi kamera half frame), medium format yg menggunakan film 120/220 pula mempunyai exposure yg berlainan, bergantung kpd frame pada filmback yg digunakan. Filem 220 biasanya memberi 2 kali ganda exposure berbanding 120.

Antara saiz frame yg popular digunakan utk medium format ialah:
  • 6x6 | Square Format | 120: 12 exposures | 220: 24 exposures
  • 6x7 | 120: 10 exposures | 220: 20 exposures
  • 645 | 6x4.5 | Landscape Format | 120: 15 exposures | 220: 30 exposures
Utk list lengkap, boleh usha wiki: 120mm Film

Format paling popular ialah square format 6x6. Ia digunakan oleh hampir semua jenis TLR dan majority SLR.

Usually saiz frame diberikan dlm nama kamera tu sendiri, contoh:
  • Pentax 67 | Mamiya RB67: frame size 6x7
  • Pentax 645 | Pentax 645N | Mamiya 645: frame size 6x4.5


Sensor: The Comparison

Ramai yg mengejar kualiti dgn menukar-nukar brand: drpd Canon kpd Nikon, kemudian kpd Sony, seterusnya Sigma, kemudian Carl Zeiss, dan mcm biasa, bg mereka Leica adalah King.

Selain faktor lens, saiz sensor juga memainkan peranan.
Semakin besar saiz sensor, semakin tinggi kualiti imej yg dihasilkan.

Maka sbb itulah medium format ini dikatakan hanya dipakai oleh golongan professional jika dibandingkan dgn small format. Kalau kita jalan-jalan kat luar pun, jarang kita nmpk org bwk kamera besar-besar gedabak ni.

Medium & large format camera remains unsurpassed for landscape photography, kerana saiz sensor-nya yg besar dpt menghasilkan imej yg lebih detail dan berkualiti. Lebih-lebih lagi bila kita nak print dgn saiz yg besar.


Refer gambar di atas, aku susun ikut saiz sensor, daripada paling kecil kpd paling besar yg aku ada.
Aku takde kamera large format, maka sbb itu takde kamera tersebut dlm gambar.

Psl sensor yg aku cakap td, sebab itu kamera handphone, 20MP sekalipun, takleh fight dgn Compact yg 8MP. Compact 8MP plak takleh fight kualiti gambar yg dihasilkan oleh Nikon D50 yg hanya 6MP, dan D50 kalah pada F90 yg fullframe, kerana D50 adalah kategori APS-C manakala F90 kategori fullframe.

Dan semua itu kalah dgn Hasselblad 500c dan Ricohflex Model VII kerana kedua-dua kamera ini menggunakan sensor yg jauh lebih besar, at least 2x ganda saiz fullframe.

Jom kita tgk perbandingan dari segi saiz sensor plak:


So nmpk besar mana perbezaan saiz sensor di antara 35mm dan 120mm?

Kalau korang susah sgt nak imagine, aku bg 1 example la, yg sesuai dgn zaman digital skrg ni.

Imagine filem 35mm sebelah kiri tu 8MP, dan filem 120mm sebelah kanan tu plak 20MP.
Bila korang hantar pegi print, dan korang nak print sebesar mungkin, agak-agak filem mana yg boleh print sebesar-besar alam tanpa isu pecah/noise dan sebagainya?
For sure la yg 120mm kan?


Poison Department

Kat sini aku share skit beberapa hasil gambar drpd kamera medium format yg aku ada, iaitu Hasselblad 500c, Ricohflex Model VII dan Pentax 645.

Yg kaler buruk calar bagai tu aku hantar develop di kedai PP Foto di USJ, depan Summit USJ, dan bukan nak menyalahkan org lain, tapi kedai tu develop mmg tak cantik. habis rosak filem aku, penuh habuk, calar dan sebagainya. Takleh watpe la kan sbb benda dah jadi. Lepas ni aku takkan hantar situ dah.

Gambar yg B&W plak aku develop sendiri, so kalau tak cantik, tu mmg salah aku sendiri la.

Yg kaler lawa plak, aku hantar develop kat Esix, Plaza Pudu. Situ scanning mmg kacak.

Utk sampel digital, google atau masuk je flickr dan taip "medium format" atau "hasselblad" misalnya dan tgk lah gambar-gambar yg muncul.

Enjoy the pictars~

Hasselblad 500c | 60mm F5.6 | 6x6






 










Ricohflex Model VII | 75mm F3.5 | 6x6
























Pentax 645 | 45mm & 75mm F2.8 | 6x4.5
















LOMO Belair | 58mm F8 | 6x12





The Pros & Cons

Walaupun kamera medium format ini dpt menghasilkan imej yg berkualiti tinggi, ia bknlah sejenis kamera yg sesuai utk semua jenis keadaan.

Antara kelemahannya ialah mahal, berat, besar, slow, lens yg tak byk pilihan dan byk lagi.

Maka jika anda seorang jurufoto yg suka mengambil gambar aksi seperti sports, kamera medium format bukanlah kamera yg sesuai utk anda.

Nak pakai kamera medium format ni kena byk bersabar, tenang dan rileks.
Pacak kamera atas tripod, focus, compose, meter. Sebelum shutter ditekan, double check semula metering dan framing. Semua tu dah ok baru tekan shutter.

So disebabkan ianya slow, ia lebih sesuai utk still life, portrait, macro & landscape photographer.


Conclusion

Yes, medium format camera is a damn good camera. Namun disebabkan ianya bukanlah kamera yg perfect utk semua keadaan, dan dgn harganya yg mahal, ia bukanlah kamera yg terbaik.

Kerana, kamera yg terbaik ialah kamera yg anda ada skrg, yg anda miliki dan guna skrg, yg sesuai utk keadaan yg anda ingini.

Jika ada budget, aku suggest, invest lah pada medium format. Invest dlm RM500 utk TLR dan try. Trust me, you'll be amazed. Dan anda akan belajar the whole new level about photography, sbb medium format, seperti analogue photography: memerlukan kesabaran dan ketelitian sebelum menekan butang shutter.

Utk bacaan lanjut dan lebih detail psl medium format dan 120/220, sila baca:
  1. Ada Apa Dengan Kamera Analog
  2. Introduction to Medium Format Photography by Ken Rockwell
  3. Understanding Medium Format
  4. An Introduction to Medium Format Photography 
  5. WIKI: Medium format (film) 
  6. WIKI: 120mm Film 

Semoga dgn perkongsian yg ringkas ini dpt menambahkan lg pengetahuan anda dlm bidang photography yg serba luas ni :)

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. "Canon Nikon yg suka sgt kutuk Pentax tu hado?" Amboi, marah nampak, bang. ahah.

    BTW, dalam simpanan saya ada Yashica MF2-Super (35mm) tapi counter dia rosak, tak tahu berapa keping dah gambar diambil bila guna.

    ReplyDelete