Wednesday, December 19, 2012

PhotoScape | Simple Superimpose

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lama tak buat tutorial editing. Kebetulan aku baru lps setel photoshoot utk Wardrobe Complement dan ada superimpose yg aku buat disitu, so aku ingat nak share dgn korang secara ringkas bagaimana superimpose tu dilakukan. Tapi ni basic+simple guide je la. Nak advanced, mohon carik sendiri tutorial di youtube.

Tutorial kali ni melibatkan penggunaan Photoscape, sbb photo manipulation tak dpt dibuat dgn Adobe Lightroom *sedih :(

Ok, say korang ada gambar mcm ni:


Idea asal aku mmg nak tunjuk gambar tudung dalam IPAD tu. Tapi lps diperhatikan lama-lama, aku rasa mcm gambar dlm IPAD tu agak kurang menyerlah. So aku ingat nak gantikan gambar IPAD tu dgn gambar lain. Misalnya gambar ni:


Aku akan tunjukkan tutorial secara ringkas menggunakan Photoscape.

Aku assume korang dah install software ni siap-siap dlm PC/laptop korang, sbb aku takkan layan soalan mcm "Camne nak install?", atau "Nak download dari mana ye?". Sila usaha utk mendapatkan perisian tu sendiri ye.

Kalau korang tak nmpk detail dlm gambar ni, klik je kat gambar, nnt dia keluar yg besar punya.

Ok first of all, open Photoscape dan pilih Edit.


Pastu browse lah lokasi korang letak gambar yg korang nak superimpose tu.
Mcm aku, aku letak kat My Pictures | folder Superimposed.


Nampak tab Home, Object, Crop dan Tools tu? Pilih Object, pastu Photo.


Lps klik Photo tu akan muncul window kecik, pilih Photo.


Pastu nanti keluar window utk kita browse gambar, pilih la gambar yg korang nak guna utk 'tampal' tu dan klik Open.


Gambar yg korang pilih tu akan terpampang kat gambar asal tadi beserta dgn window kecik.
Adjust lah Opacity tu ikut selera anda, bagaimana tahap transparent-solid yg anda mahukan. Macam aku, aku biar Opacity tu full je.

Kalau dah tanak pakai window kecik tu, klik je Ok.


Gambar baru yg korang pilih tadi tu boleh di-adjust saiznya. Main je dgn segiempat kecik yg ada kat bucu gambar tu, besar/kecikkan, pastu letakkan dia kat posisi LCD IPAD tu.


Ok, perasan tak yg IPAD tu mcm senget sikit? Atas gambar kecik tu, ada benda yg mcm U terbalik tu kan. Benda tu utk rotate gambar. So klik la situ dan adjust la orientation gambar tu supaya masuk betul-betul kat IPAD tu.


Lepas dah susun gambar tu elok-elok, maka boleh la korang save gambar tu dgn menekan butang Save yg terletak di kanan bawah software Photoscape ni.

Mcm biasa, jom compare hasil sebelum dan selepas:


Siap. Senang jek kan?

Cuma 1 je - pakai Photoscape ni, disebabkan dia freeware, finishing dia tak berapa nak clean sgt. Kalau di-zoom gambar yg kita dah superimpose td dan diperhatikan betul-betul, kita akan nmpk outline gambar yg kita tampal tu tak berapa nak smooth:


Tapi jgn risau. Benda ni dari jauh tak nampak. Hanya akan nampak kalau kita zoom je.
Kalau korang risau sgt dgn ke-smooth-an outline tu, maka silalah edit pakai Photoshop :)

Sekian tutorial kali ni.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

2 comments:

  1. terima kasih... mmg suka pakai photoscape kalau nk edit gambar..=)

    ReplyDelete
  2. Memang suka guna photoscape... photoshop brat n complicated...
    share lah lagi tutor photoscape...

    ReplyDelete