Wednesday, December 26, 2012

Sunny-16 Rule: Extended Edition


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd semua pembaca sekalian.

Dolu-dolu gua pernah share psl Sunny-16 Rule, di mana ia adalah sebuah kaedah dlm menentukan exposure pada waktu siang (sunny), dgn menetapkan bacaan shutter speed dan ISO sama/hampir sama pada aperture f/16.

Kemudian ada 1 lagi teknik berkenaan Sunny-16 yg aku share, di mana dgn teknik ni, kita boleh dptkan exposure yg tepat utk subjek dan background dalam artikel Sunny-16 & Flash.

Kewujudan artikel ni adalah disebabkan timbulnya persoalan-persoalan drpd jurufoto-jurufoto lain, yg mana aku plan nak jwb dlm artikel ni je, supaya mudah utk dikongsikan pada yg lain-lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 1: 
Mesti guna aperture f/16 sahaja ke bila nak shoot gambar sunny?

Jawapan:
Nope. f/16 tu sekadar guide.
Jurufoto pada zaman filem menggunakan f/16 kerana kebanyakan kamera filem pada waktu itu hanya mempunyai shutter speed setinggi 1/500 atau 1/1000.

Contoh, katakan la kamera tu hanya ada max shutter speed 1/500. Time tu tgh pakai filem ISO400.
So setting Sunny-16 akan jadi: ISO400 f/16 1/400 atau 1/500.

Katakan la jurufoto tu nak pakai aperture f/11 misalnya, bukaan pada f/11 lebih besar drpd f/16, maka gambar akan overexpose. Jadi utk cover overexpose ni, kena la tukar shutter speed supaya jadi lebih laju. Ini kerana ISO pada zaman filem bukanlah boleh sewenang-wenangnya diubah seperti zaman digital skrg.

Contoh Zenit 122 yg hanya mempuyai max shutter speed 1/500
Sumber: ebay

Masalahnya shutter speed paling tinggi dah memang 1/500, takleh pegi lagi laju dah. So dlm ertikata lain, jika jurufoto tu nak jugak pakai aperture lebih besar, gambar akan ada risiko utk overexpose.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 2: 
So maknanya boleh la pakai aperture selain f/16?

Jawapan:
Yes, boleh. Takde masalah. Nak pakai f/1.4 pun boleh. Tapi kita kena padankan dgn bacaan shutter speed yg sesuai.

Berpandukan artikel Divisyen Stops Dalam Exposure Reading, dgn menggunakan jarak 1-stop, jom kita tengok kombinasi setting lain yg akan dpt sama exposure dgn Sunny-16 pada ISO100:

   ISO     Aperture    Shutter Speed
ISO100       f/16            1/125
ISO100       f/11            1/250
ISO100       f/8              1/500 = max shutter speed bg mechanical film camera
ISO100       f/5.6           1/1000 = max shutter speed bg mechanical film SLR
ISO100       f/4              1/2000
ISO100       f/2.8           1/4000 = max shutter speed bg entry-level DSLR
ISO100       f/2              1/8000 = max shutter speed bg majority DSLR
ISO100       f/1.4           1/16,000 = entah wujud ke tak kamera dgn bacaan ni

Berpandukan jadual di atas, yes takde masalah nak pakai aperture apa pun kalau nak shoot gambar sunny.
Tapi sila check dan kenalpasti, berapakah bacaan max utk shutter speed yg ada pada kamera anda?

Mcm aku, Nikon D2X 1/8000, so aku boleh la pakai aperture f/2.
Tapi utk Pentax K-r plak, max 1/6000 je, so aku hanya bole pakai sampai f/2.8.

Dan anda juga kena tahu, bahawa Depth of Field adalah disebabkan oleh bukaan aperture. Nak pakai aperture besar utk shoot gambar sunny tu boleh, tapi depth of field kurang luas la.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 3: 
Boleh tak saya pakai setting Sunny-16 utk shoot gambar lain, mcm portrait ke macro ke?

Jawapan:
Boleh, dgn syarat kadar dedahan cahaya (exposure) utk gambar yg anda nak shoot tu sama terang dgn gambar yg sunny.

Misalnya nak shoot gambar portrait/macro, tapi taknak shallow depth of field, dan subjek tidak berada di kedudukan yg membelakangkan cahaya matahari. Kalau subject berada di kedudukan yg membelakangkan matahari, anda akan dpt gambar silhouette jika menggunakan kaedah sunny-16.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4: 
Sunny-16 ni utk keadaan terang (sunny) je kan? Kalau keadaan lain-lain mcm mendung ke redup ke cane plak?

Jawapan:
Ubahlah setting shutter speed atau aperture mengikut citarasa anda serta berpandukan pada keadaan cahaya pada waktu itu.

Sumber: guidetofilmphotography

Sumber: wikipedia

Ringkasnya, kalau time tu keadaan cahaya terlalu terang/terik, kecilkan aperture atau lajukan shutter speed.
Contoh: asalnya ISO100 f/16 1/125. Tapi sebab cahaya terik sgt, aku ubah jadi ISO100 f/22 1/125, atau ISO100 f/16 1/250.

Contoh: time tu redup, matahari belakang awan, maka cahaya jadi kurang terang, so aku ubah jadi ISO100 f/11 1/125, atau ISO100 f/16 1/60.

Ringkasnya, dalam nak mengubah-ubah setting ni, anda kena faham dan mahir peranan shutter speed, ISO serta aperture dalam menentukan jumlah cahaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5: 
Bolehkan kaedah Sunny-16 ni digunakan bersama filter CPL/ND/GND?

Jawapan:
Filter CPL, ND serta GND menapis serta mengurangkan jumlah cahaya yg masuk ke dalam sensor. 
Contohnya, jika time tu tgh sunny, anda pakai setting Sunny-16 serta CPL, gambar anda akan cenderung ke arah underexpose sebanyak 1 stop, kerana CPL menggelapkan gambar sbyk 1 stop.

So biasanya jurufoto akan pakai setting Sunny-16 ni masa metering, kemudian bila pakai CPL misalnya, dia tau yg CPL akan buat gambar dia gelap sebanyak 1 stop, maka dia akan compensate dgn bukaan aperture yg lebih besar atau shutter speed yg lebih slow sebanyak 1 stop.

Tanpa CPL:    ISO100     f/16     1/125
Dengan CPL:  ISO100     f/11     1/125     atau     f/16     1/60

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 6: 
f/16 tu agak kecil, takut gambar saya akan jadi soft disebabkan berlaku diffraction. Boleh tak saya nak guna aperture lain?

Jawapan:
Boleh. Rujuk jawapan utk soalan 2 di atas.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 7: 
Saya pengguna kamera filem yg sudah rosak lightmeter-nya. Sunny-16 mmg menjadi panduan buat saya dalam mengambil gambar landscape diwaktu terang. Tapi adakah aperture f/16 itu masih releven apabila cuaca bertukar gelap?

Jawapan:
Rujuk jawapan utk soalan 4 di atas.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 8:
Sunny-16 ni sesuai utk landscape kan? Adakah Sunny-16 ini akan menjadikan gambar landscape saya pekat?

Jawapan:
Tidak sama sekali. Setting aperture, shutter speed serta ISO hanya berperanan dlm menentukan kadar/jumlah cahaya yg masuk ke dlm sensor, maka hasil akhirnya sama ada terang (overexposed), gelap (underexposed) atau ideal (properly exposed).

Gambar anda pekat, pudar, B&W sepia semua tu ditentukan oleh JPEG Color Profile atau filem yg sedang anda gunakan serta setting White Balance yg sedang digunakan. 
Setting Sunny-16 tiada kena mengena. Kalau anda pakai Sunny-16 utk shoot gambar landscape dgn menggunakan color profile atau filem b&w, maka gambar black & white lah yg anda dapat.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 9: 
Berkenaan kaedah Sunny-16 & Flash, kenapa setting Sunny-16 yg dicadangkan? Kalau ikutkan jawapan bg soalan 4, boleh je nak pakai aperture mana-mana pun kan?

Jawapan:
Bila kita melibatkan flash atau artificial lighting, ada kira-kira lain yg perlu kita ketahui.

Kebanyakan DSLR hanya boleh berfungsi dgn flash dgn shutter speed maximum 1/200 ke 1/250 sahaja. Lebih drpd tu, flash takkan menyala, atau menyala tapi gambar jadi separuh cerah separuh gelap.

Ada kamera DSLR yg mana flash sync speed nya mencapai bacaan shutter speed 1/500, seperti Nikon D50, D70 dan D40. Model-model lain aku tak tau.

Utk tahu lebih lanjut psl ni, baca artikel "Flash Sync Speed". 

Sbb tu dicadangkan setting sunny-16, kerana bacaan shutter speed bg ISO100 ialah 1/125 dan ISO200 ialah 1/250, dimana ia masih belum melebihi speed sync yg dibenarkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 10:
Saya berminat nak cuba setting Sunny-16 ni, tapi saya tak tau katne nak ubah bacaan shutter aperture ISO semua tu. Mohon bantuan. Saya masih newbie.

Jawapan:
Anda newbie ke, ubi ke, Tobi ke, membaca user manual itu tanggungjawab anda.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 11:
Kalau nak pakai kaedah Sunny-16 ni, perlukan kamera/lens tertentu ke?

Jawapan:
Paling molek ialah menggunakan kamera SLR/DSLR atau apa-apa kamera yg ada manual setting, sbb kamera kompak biasa tak memberikan kita kebebasan utk tukar shutter speed, ISO dan aperture.

Namun utk sesetengah kamera kompak yg ada mode manual, tak wujud aperture f/16 kerana saiz bukaan yg terlalu kecil. Paling kecik yg ada ialah f/8. Maka sila rujuk jwpn utk soalan 2 utk setting bagi f/8, atau buat sendiri jadual berpandukan ISO yg sedang anda guna.

Pasal lens tertentu plak, tiada. Nak pakai kitlens 18-55 ke, 50mm ke, 300mm F2.8 ke, sukati anda, janji gambar yg nak diambil tu gambar sunny, dan framing yg dihasilkan oleh lensa itu kena dgn citarasa anda.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ok setakat ni tu je dulu FAQ serta jawapan yg dpt aku compile kan dlm artikel ni.

Nanti kalau ada lain-lain soalan yg berkaitan, aku akan update.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment