Malam ni tetiba ada idea nak buat artikel ringkas, tadi beriya tanya dan mntk pendapat followers nak buat artikel apa. Tapi sekarang dah ada idea.
Tapi sebelum aku share tips yg aku nak story ni, izinkan aku membebel kejap.
Khamis last week (7 Feb 2013), aku, Adi Mang dan Maestro Ridwan dipanggil utk ke Teluk Dalam Resort (TDR), Pulau Pangkor. Kalau korang nak tau, ini resort yg dlm cerita Senario Beach Boys tu.
Job kitorang ialah utk mengambil gambar yg akan dimuatkan dlm brochure serta website TDR.
Dalam 4 hari kitorang stay sana (sampai hari Ahad 17 Feb 2013), kitorang kena shoot manjang. Shoot chalet, pool, main lobby, meeting room, semua ah. Sebelum kitorang balik, kitorang dikehendaki shoot gambar sekitar Pulau Pangkor, utk menunjukkan apa kemudahan serta tempat menarik yg boleh menjadi tarikan utk org datang ke Pulau Pangkor.
Utk job sebegini, gambar biasanya kena submit terus. That means, aku takde masa yg lengkap utk edit atau post process kasi elok. Lepas je shoot, transfer, organize elok-elok, pastu bagi kat pihak TDR.
Dalam ertikata lain, shoot kena terus kacak time tu jugak. Crop, enhance color apa semua tu makan masa dan in fact buang masa sbb kitorang mmg tak cukup masa.
Usually aku akan ambil gambar landscape dlm bentuk RAW, sbb aku mmg nak edit later. Tapi dlm kes ini, sbb nak terus submit, maka RAW bukanlah pilihan yg sesuai.
Maka dalam mengambil gambar di sana, aku terus set siap-siap setting yg paling sesuai dlm kamera, yg mana aku takyah buang masa nak edit later.
Dalam kes ni, since kebanyakan gambar ialah gambar landscape, maka aku buat setting utk mendapatkan warna landscape yg vivid (pekat).
Masa outing kat sana yg tak sampai sejam tu, aku bwk Nikon D700 dan lens M42 iaitu Zenitar Fisheye 16mm F2.8, sbb Adi dan Maestro dah bwk lens UWA dan telephoto, maka aku pakai lens yg berlainan supaya gambar kitorang jadi banyak dan pelbagai.
Namun dlm mengikut tips aku ni, takde la korang wajib pakai lens dan body yg sama. Ini sekadar guide yg korang bole follow sbb majority camera ada setting yg sama/lebih kurang sama.
Mode & Metering:
- Mode P atau Av. Manual hanya bila berdepan dgn critical lighting situation je, mcm backlight
- ISO200 all the time sbb time tu tgh terang benderang. Max ISO400 bila mendung/redup.
- Aperture f/8-f/14 utk depth of field yg luas. Kadang-kadang aku guna Sunny-16 sbg guide
- Shutter speed biaq p kamera tentukan, namun aku sentiasa alert supaya ia tidak kurang drpd 1/60 utk mengelakkan blur
- Matrix/Evaluative metering. Paling senang nak pakai. Kalau ada backlight, aku pakai spot metering.
Framing & Focusing:
- Rule of Thirds sbg guide. Paling penting just make sure horizontal line tu straight
- Since lens Zenitar Fisheye 16mm F2.8 ni manual focus sahaja, maka aku pun focus secara manual. No worries, utk landscape, usually focusing tu sampai infinity, unless ada subjek yg dekat pada foreground, so kena fokus kat situ la
- AWB je, kadang-kadang kat Daylight utk gambar yg lebih warm
JPEG atau RAW?
- JPEG sbb nak terus submit
- Large dan Fine. Large utk megapixel paling tinggi (resolution terbesar), Fine utk kualiti tertinggi.
Picture Control
Bab ni yg aku nak tekankan ekceli.
Usually kita inginkan gambar yg vivid/pekat utk landscape, sbb kita suka dgn kaler landscape yg pelbagai dan sedap mata memandang.
Dan dlm job aku ni, diulangi lg sekali, aku takde masa nak post process kalau shoot RAW, so aku pakai JPEG.
Maka utk mendapatkan hasil JPEG yg kacak secara pantas, aku jelajah Menu camera, masuk bahagian Picture Control, dan edit bahagian Vivid dgn menaikkan Saturation dan Contrast secukup rasa. Jgn tanya aku katne nak access Picture Control tu, kindly refer to ur user manual.
Utk rujukan, berikut ialah Picture Control D3100 dan Canon 550D:
Sumber: nikonusa |
Sumber: css.washington.edu |
Hasil drpd bermain dgn setting Vivid itu serta tips-tips lain diatas, maka berikut adalah beberapa hasil gambar aku, without editing, hanya resize kepada 800x600 guna Adobe LR dan letak watermark:
ps - ada vignette di sebelah penjuru kanan atas dan kiri bawah, sbb diganggu oleh hood lens fisheye itu sendiri. Takleh nak watpe, sbb lens M42, bukan lens Nikon, maka position hood itu tidak compatible.
Ada la pulak manusia komplen yg bukan semua gambar aku kat atas ni ialah gambar landscape. Ala paham-paham sendiri sudah la. Main purpose aku dlm artikel ni ialah nak bagitau tips nak dpt gambar kacak tanpa perlu post processing. Kebanyakkannya aku buat kat gambar landscape. Takkan ada setakat 2-3 gambar bukan landscape kat atas ni pun nak dijadikan isu.
Kemudian aku bermain jugak dgn sunstar, guna lens Nikkor 18-35mm F4.5-4.5 yg mempunyai 7 aperture blades.
Utk snap gambar mcm ni, aku pakai mode Av, exposure compensation +3 atau +2, dan make sure cahaya matahari tu dicelahan. Ini juga tidak di-edit:
Sbg kesimpulan, menjawab juga kpd Mitos #6 dlm artikel Mitos | Auta, tak wajib utk edit/post process gambar utk jadikan ia lawa. Dgn setting yg betul pada Picture Control, tak mustahil utk kita dapat gambar yg lawa straight away :)
Sekian. Semoga bermanfaat.
Ejad Fotopoyo
No comments:
Post a Comment