Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat walafiat dan ceria selalu.
Dalam setiap kelas yg aku dah conduct, pasti akan wujud 1 soalan yg seperti berikut:
"Nikon dan Canon, mana lagi bagus?"
"Ada org kata gambar Nikon lebih sharp drpd Canon, betul ke?"
"Canon paling best kan? Sbb haritu ada baca kat magazine, lebih ramai pakai Canon drpd Nikon"
Sebelum ni aku penah bincang psl isu ni dlm 2 artikel berikut:
Kali ni, aku akan cerita psl faktor-faktor lain plak, yg menceritakan bagaimana sesebuah gajet atau kamera itu merupakan gajet yg terbaik utk kita.
Gajet Yang Terbaik Ialah Gajet Yang Mampu Kita Beli
Ok fine, kau cakap yg 5D Mark III lebih best drpd D5200. Tu mmg betul.
Persoalannya disini, ada duit tak nak beli 5D Mark III tu?
Nak beli sesuatu, kena ikut kemampuan.
Mmg by specification alone, 5D Mark III tapau D5200, tapi tengok la perbezaan harga plak, berapa kali ganda?
So sila sedar diri. Kau boleh berdebat bermati-matian mempertahankan yg 5D Mark III tu lebih best drpd D5200, tapi kalau duit poket kau tu hanya membenarkan kau utk beli D5200, maka beli je lah D5200 tu.
Sila sedar diri dan redha dgn kemampuan sendiri.
Gajet Yang Terbaik Ialah Gajet Yang Selesa Dipakai
Let say kau ada 2 lens: 18-200 dan 70-200.
Seperti yg kita sedia maklum, 70-200 mmg tapau 18-200 dari segi kualiti gambar yg dihasilkan.
Katakan masa tu kau bawak anak bini jalan-jalan, anak kau masih kecik, kena dukung. Ada anak 2 orang, 1 kau dukung, 1 bini kau dukung.
So persoalannnya disini, dgn anak kat sebelah tangan, agak-agak tangan lg sebelah tu larat tak nak pikul 70-200mm F2.8? Tu baru pikul, time nak shoot plak, agak-agak boleh handle sebelah tangan ke lens berat camtu?
Dalam situasi sebegini, for sure 18-200 yg kurang best drpd 70-200 tu lebih selesa dipakai kerana ia lebih kecil dan ringan.
Sama jugak kalau contohnya kau ada 1Dx dan 550D. Time tu nak keluar jalan-jalan je, bkn ada job. Nak bawak ke 1Dx yg besar berat pastu takde flash tu? Dah confirm yg 550D yg akan anda pilih sbb itu lebih selesa dipakai, betul?
Gajet Yang Terbaik Ialah Gajet Yang Sesuai Digunakan Pada Waktu Itu
Ini lebih kurang mcm requirement la.
Let say korang ni sports/wildlife photographer. Korang ada wide lens Tokina 11-16mm F2.8 dan Canon 70-200mm F2.8.
Time tu korang pegi outing kat zoo, dan korang nak shoot gambar rimau tgh breakdance.
Beranikah anda utk menggunakan lens Tokina 11-16mm dan shoot sedekat yg mungkin?
Kalau berani, go ahead.
Yg pasti, dlm kes ini, 70-200mm F2.8 lebih sesuai digunakan utk mengambil gambar.
Contoh lain, kitlens 18-55 vs 70-200 utk shoot landscape. Memang 70-200 tu best giler, tapi adakah ianya sesuai digunakan utk shoot landscape yg biasanya memerlukan permandangan yg luas?
Gajet Yang Terbaik Ialah Gajet Yang Korang Ada
Pada Waktu Itu
Pada Waktu Itu
Let say korang ada kamera DSLR dan blackberry. Time tu korang kat ofis, tak bwk DSLR, tp blackberry sentiasa dlm poket la sbb itu handphone kan.
Tiba-tiba muncul 1 moment yg best di depan korang, kucing tgh makan aiskrim paddle pop misalnya.
Of coz DSLR akan menghasilkan gambar yg lebih berkualiti berbanding kamera handphone, tapi adakah anda sanggup lari balik amik DSLR kemudian datang balik?
Maka dlm kes seperti ini, pakai je la kamera yg sedia ada pada korang, iaitu blackberry tersebut.
Kesimpulan
Sumber: danedwardsphoto |
Simple: The best camera is the one that's with you.
Kalau korang ada 8 juta kamera sekalipun, kamera yg terbaik tetap merupakan kamera yg ada dgn korang pada waktu itu.
Dan aku nak tambah sikit, just because ada orang tertentu atau majalah/website tertentu mengatakan sesebuah kamera itu bagus dan lebih banyak digunakan, tak semestinya ia juga bagus utk kita.
Review dan testimoni boleh dibuat rujukan, namun tidak boleh dipercayai atau diambil 100%, kerana boleh jadi review itu dibuat oleh orang yg bias dgn jenama tertentu.
Maka tak usah lah kita bergaduh mempertahankan yg kamera kita lebih best drpd org lain atau sebaliknya.
Cukuplah sekadar mempercayai bahawa kamera yg kita sedang pakai itu memenuhi keperluan dan kehendak kita, walaupun hakikatnya kamera kita agak sampah jika dibandingkan dgn kamera org lain.
Beli dan gunalah kamera serta lens yg sesuai utk kita, bkn yg sesuai utk orang lain. After all, yg nak amik gambar ialah kita, bkn mereka.
Beli dan gunalah kamera serta lens yg sesuai utk kita, bkn yg sesuai utk orang lain. After all, yg nak amik gambar ialah kita, bkn mereka.
Sekian bebelan hari ini.
Wassalam.
Ejad Fotopoyo
Tepuk dada sendiri, tanya selera sendiri..Kalau tanya selera owg laen mcm2 jawpannnya.
ReplyDeleteThe best blogger in the world
ReplyDelete