Monday, February 18, 2013

Lens Filter: Screw-in & Slot-in

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Malam ni ada mood nak membebel skit, maka wujudlah artikel ni.

Dulu aku dah penah share psl filter, iaitu UV, CPL bla bla bla dlm artikel Lens Filter.

Utk artikel kali ni, aku nak cerita psl jenis filter plak.

Secara kasarnya, filter yg kita pakai di hadapan lensa kamera kita terbahagi kpd 2 jenis:
  1. Screw-in
  2. Slot-in
__________________________________________________________________________________

Screw-in Filter


Filter yg paling banyak digunakan oleh para jurufoto.

Tak kisahla filter tu UV ke CPL ke ND ke apa ke, apabila ia dipasang kpd lens mcm kita bukak/tutup penutup jem stroberi yg kita beli kat giant tu, ha maknanya filter itu ialah screw-in filter.

Utk membeli filter ni, first of all kita kena tau berapa tread size lens yg nak disumbat dgn filter tu.
Tread size biasanya boleh dirujuk di hadapan lens:

Sumber: ebay


Kalau takde tulih depan lens camtu, boleh usha kat bahagian lain pada lens tersebut, usually di bhgn bawah, dekat-dekat dgn tmpt ia di-mount pada body:


Maka sekiranya korang nak beli screw-in filter utk lens korang, kenalpasti tread size terlebih dahulu.

Based on pemerhatian:
  1. Lens Nikon banyak yg mempunyai tread size 52mm
  2. Kitlens 1855 Canon 58mm, 50mm F1.8 52mm
  3. Kitlens 1855 Pentax 52mm, majority prime lens lain 49mm

So lps dah tau tread size, maka bole la korang beli dan pasang filter tu tanpa rasa bersalah:


__________________________________________________________________________________

Slot-in Filter


Juga dikenali sbg square filter, rectangular filter. Slot-in ini lebih dikenali sbg 'sistem', kerana ia memerlukan beberapa tools utk menjadikannya lengkap, iaitu:
  1. Adapter Ring 
  2. Filter Holder 
  3. Filter 


Sumber:  Cokin

Adapter Ring:
  • sama seperti screw-in filter di atas, kena pakai mengikut tread size
  • so katakan nak pakai pada kitlens Canon 18-55mm, kena beli ring bersaiz 58mm

Filter Holder:
  • terbahagi kpd A, P, Z Pro dan X Pro series. Mungkin ada version lain yg aku tak tau, tapi so far ni la yg feymes
  • usually org beli P Series Holder, sbb ia bole support sampai tread size 77mm/82mm
  • biasanya boleh disumbat dgn 3 filter max


Filter:
  • berbentuk segiempat, kecuali CPL kerana ia perlu diputar utk mendapatkan efek yg diingini
CPL tetap berbentuk bulat walaupun pada sistem square filter

Lepas dah ada kesemua ni, maka korang pasanglah filter tu camni:

Sumber: tmart

Utk screw-in filter ni, jenama yg popular ialah seperti Tian Ya, Cokin, serta Lee dan Singh Ray yg mahal kemain. Kat Digicolor ada berlambak filter yg takde brand dan sgt murah.

__________________________________________________________________________________

Screw-in VS Slot-in Filters

So antara dua jenis ni, mana yg terbaik?

It depends pada genre yg anda minati.

Sbg contoh, landscape photographer lebih prefer kpd slot-in, supaya mereka boleh tindih 2-3 filter utk mendapatkan efek yg diingini. Plus, GND filter boleh di-adjust sesuka hati bergantung kpd composition dan framing mereka. Pendek kata, slot-in filter ni mcm aksesori wajib jugak la utk diorang.

Namun keburukan pertindihan ini ialah kewujudan color cast, biasanya purple.

Purple cast yg wujud kerana pertindihan filter yg banyak

Lps tu pertindihan filter yg byk menyebabkan kualiti gambar berkurang, especially kalau filter itu filter yg murah dan tidak berkualiti. Selain itu, ia sgt leceh utk dipakai. Lps dah habis pakai, kena bukak balik pastu simpan plak.

Normal photographer on the other hand, screw-in sudah memadai. Lebih mudah dipakai, boleh ditutup dgn lens cap. Saiznya juga lebih kecil. Namun ia tidak berapa praktikal utk ditindih kerana bakal mewujudkan vignette/dark corner.

So kenalpasti dulu korang ni jenis yg suka shoot gambar apa serta tahap kerajinan dan ketelitian korang dalam bekerja. Dari situ korang boleh kenalpasti jenis filter yg terbaik utk kegunaan korang.

Kalau nak baca dgn lebih lanjut, google je "screw in vs square filter" dan bacalah discussion yg dah wujud dalam beberapa forum.

Sekian dulu artikel ringkas utk malam ni.

Gudnite!

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment