Tuesday, February 19, 2013

Budak Sekolah, Photography dan ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd semua pembaca blog.

Baru-baru ni aku join outing yg dianjurkan oleh Sekolah Shahbandaraya dan Kelab Lensa Amatur di Bukit Cerakah yg diadakan pada hari Ahad, 17 Feb 2013.

Foto oleh Paman Aheri

Gambar-gambar lain boleh dilihat di SINI dan di SINI.

Melihat kpd kanak-kanak F&N Grape (ye la kalau budak kecik kita panggil kanak-kanak ribena, ni dah besar skit kita tukaq jadi F&N Grape) yg mempunyai kamera DSLR kepunyaan sendiri, yg dibelikan oleh mak ayah, tak kurang juga ada yg memiliki model kamera yg semi pro berharga lebih drpd RM3000, membuatkan aku berasa nak membebel sekejap dlm artikel ni.

Sumber: ha-na-ni.blogspot

Berikutan harga kamera DSLR yg semakin murah skrg ni, fenonema "budak sekolah pun pakai DSLR" dah jadi perkara biasa.

It's good that you guys have hobbies. Dan photography merupakan hobi yg bagus, jauh lebih bagus la drpd korang join merempit mengorat anak dara org sana sini kan.

Namun apa jua hobi dan kegemaran, jika tidak dikawal sebaiknya, akan mengundang padah kpd diri sendiri.

First, hobi photography ini memakan masa. Sebab once korang dah ada kamera mahal mcm DSLR, korang memang takkan shoot auto manjang, korang mesti nak belajar shoot pakai mode Manual.

So mempelajari ISO, Shuter Speed dan Aperture itu memakan masa.
Of coz la baca artikel-artikel ni kat blog aku mmg kejap je, tapi pastu korang akan mempraktikkan apa yg korang dah baca, nak tgk efek shutter speed utk dpt gambar yg blur dan freeze misalnya. Semua itu memerlukan praktikal, dan memerlukan masa.

Kemudian 1 lagi isu, iaitu psl editing.

Zaman filem dulu takyah cerita banyak, shoot, habis je filem, hantar pegi kedai, suruh dia cuci 3R ke 4R ke, setel. So budak-budak sekolah zaman dulu yg sibuk dgn photography ni takde hal sgt sbb diorang bukan boleh bereksperimen mcm zaman digital.

Zaman digital plak on the other hand, editing tu dah jadi mcm kawan baik kpd photography. Lepas shoot je mesti nak edit. Paling koman pun nak tambah watermark, takut gambar kena plagiat. Mcm la gambar tu lawa sgt sampai org nak curik :P

Dua benda ni: photography dan editing; merupakan hobi yg boleh buat org ketagih, sbb terlalu byk benda baru yg boleh di-explore.

Photography ada puluhan, mungkin ratusan genre. So lps korang dah try portrait, mungkin nak try macro plak, pastu wedding la, landscape la etc etc.

Editing pun sama. Mula-mula belajar edit utk letak watermark. Pastu letak border. Pastu kasi muka mcm softlan. Pastu manipulate tambah awan kat background, dan seterusnya...

Utk mereka yg masih bersekolah, kedua-dua benda ni akan menyebabkan korang melupakan pelajaran.

Aku bagi contoh situasi:

Katakan la korang balik sekolah pukul 2-3 petang.
Lps solat zohor dan lunch, korang takde mood sgt nak study kekonon sbb petang-petang camtu ngantuk, kalau study susah nak masuk. Ala aku penah jadi budak sekolah, aku tau la :D
So mungkin korang akan tido atau tgk tv atau layan internet.

Lps asar mungkin korang pegi shoot gambar atau riadah.
Still tak study atau buat homework.

Lps maghrib/isyak, instead of menyiapkan homework atau ulangkaji, korang busy berjam-jam dpn komputer sbb nak edit gambar yg korang dah shoot petang tadi, atau gambar yg sebelum-sebelum ni.

So bila je masa utk korang study dan siapkan homework ekceli?

Nak belajar photography, silakan.
Nak belajar editing pun, silakan.

Photography takpe lg, sbb jarang utk korang shoot sana sini dalam rumah, kecuali camwhore la kan.
Tapi tang editing ni aku tak galakkan sgt sbb editing boleh menyebabkan korang leka dan duduk berjam-jam dpn pc sampai boleh lupa nak siapkan benda yg wajib.

Kalau homework korang dah siap, then go ahead. Belajar la pasal photography dan editing sampai lebam. Takde sape nak marah.

Tapi jgn sampai hobi yg korang sayangi tu mengganggu pelajaran dan menyebabkan korang tak score lalu dimarahi mak bapak sbb report card penuh dgn dakwat kemerahan.

Jeles? Nope, aku tidak jeles sama sekali.

Aku suka kalau ramai geng dlm photography ni, tambah-tambah budak-budak, sebab hobi seperti ini jauh lebih baik drpd mereka terjebak dgn benda-benda lain yg takde pekdah.

Namun apa jua hobi kita, jgn sampai merosakkan masa depan kita sendiri.
Hobi itu sendiri ialah aktiviti mengisi masa lapang, atau utk mengurangkan stress.
Dah korang sibuk main kamera, homework tak buat, kena marah dgn cikgu dan mak bapak, kan ke lagi menambah stress tu.

Utk mereka yg sudah berada di level IPT/IPTS serta yg dah bekerja, aku tak payah nak sound diorang. Diorang dah tau sendiri, kalau diorang asyik main kamera je sampai mengabaikan tanggungjawab, diorang kena tanggung sendiri akibat tersebut.

Aku bagi nasihat ni specifically kat pelajar sekolah sbb korang masih di kategori bawah umur, masih bwh tanggungan mak ayah, maka wajiblah utk korang dengar dan taat pada mak ayah. Kalau mak ayah suruh siapkan homework, maka siapkan homework dulu. Kamera dan editing tu kemudian.

Dan kpd mak ayah yg mana anak-anak berminat dgn photography, sila pantau dan kawal aktiviti anak anda.

Dulu masa aku kecik, console game mcm PS1 tu hanya boleh dikeluarkan drpd stor masa cuti sekolah. Mungkin korang boleh buat benda yg sama, utk mengelakkan anak-anak korang drpd leka dgn photography dan editing sampai tak buat kerja sekolah.

Photography tak salah. Editing pun tak salah.
Yg salah ialah bila kita tak pandai manage masa sehingga hobi menjadi perkara yg melalaikan.

Sbg kesimpulan, aku sokong hobi korang. Tapi jgn sampai hobi tersebut menghalang korang utk mendapat keputusan peperiksaan yg bagus.

Pesanan ikhlas dari Ejad Fotopoyo.

Semoga bermanfaat.

3 comments:

  1. <--- nak transfer gambar dari kamera ke komputer pon malas

    ReplyDelete
  2. Ai ai, sir!!
    Trimassss atas nasihat tidak ternilai harganya ini!!
    (:

    ReplyDelete
  3. untung dpt men ps1..kiki..
    tu la psl..hope dorang tak terlajak dok leka depan komputer nnt..

    p/s pas upsr dpt dslr..??gempak giler..
    aku duk berhempas pulas nak bli camera gabak tu..tu pun d3100..
    tp wa bersyukur beb..hihi..

    ReplyDelete