Friday, February 14, 2014

Overexpose VS Underexpose - Mana Lebih Selamat?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd semua pembaca yg budiman.

Di petang hari Jumaat yg penuh kemuliaan ini, aku terasa nak berkongsi 1 ilmu dgn korang, iaitu berkenaan kecerahan sesebuah gambar.


ULANGKAJI

Seperti yg dah dikongsi dlm artikel Bagaimana Menggunakan Mode M serta artikel Av, Tv dan Exp Compensation, hasil gambar usually terbahagi kpd 3 jenis exposure:
  1. Overexpose - gambar terang
  2. Ideal/optimal exposure - gambar just nice, tak terang tak gelap
  3. Underexpose - gambar gelap

Sbg bahan ulangkaji, rujuk gambar di bawah:


Indicator di tengah-tengah utk ideal atau optimal exposure, manakala jika sekiranya indicator itu berat di arah negatif, gambar korang akan underexpose. Dan begitulah sebaliknya, positif utk overexpose.

Of coz dalam artikel Bagaimana Menggunakan Mode M atau mana-mana kelas yg korang attend, cikgu/sifu/master yg mengajar korang akan menggalakkan korang utk mendapatkan exposure yg ideal, iaitu exposure indicator pada exposure metering itu berada di tengah-tengah.

Namun kadangkala, ada situasi yg menyebabkan kita terpaksa menjadikan gambar overexpose atau underexpose. Contohnya gambar di bawah:


Gambar ini di-underexpose-kan supaya detail di kawasan langit dpt ditonjolkan. Tapi gambar subjek dan foreground jadi terlalu gelap.

So utk kasi subjek lebih jelas kelihatan, kita pun shoot lagi sekali, kali ni kita overexpose kan pulak, tengok apa jadi:


Kat sini kita berjaya menaikkan detail pada foreground, tapi langit pulak jadi putih habis.

Katakan la matlamat akhir korang ialah nak gambar yg dapat detail utk kedua-dua tempat iaitu bahagian highlight (langit) dan shadow (tanah), gambar yg bagaimana patut korang consider: underexpose atau overexpose?


UNDEREXPOSE VS OVEREXPOSE

Dalam kes gambar di atas, demi mendapatkan gambar yg korang nak, korang terpaksa edit gambar ni.

Persoalannya disini - bila korang edit, gambar yg mana akan menghasilkan output yg terbaik, yg underexpose atau yg overexpose?

Selepas aku edit kedua-dua gambar di atas, ni hasil yg aku dapat:

Gambar underexpose:

Hasil editing gambar yg underexpose
  • Dgn menggunakan Adobe Lightroom, aku guna brush Dodge (Lighten) dan brush kawasan foreground
  • Hasil menunjukkan detail pada kawasan foreground berjaya di'naikkan', walaupun gambar asal tu gelap


Gambar overexpose:

Hasil editing gambar yg overexpose
  • Dgn menggunakan Adobe Lightroom, aku guna brush Burn (Darken) dan brush kawasan langit yg cerah utk menggelapkannya sekaligus me'naik'kan detail di kawasan tersebut
  • Hasilnya - jahanam, tiada detail yg dapat di'naik'kan pada kawasan langit

So, drpd dua contoh gambar di atas, apa yg nak ditegaskan disini ialah - bila gambar underexpose, agak senang utk kita edit kasi dia terang semula.

Tapi utk gambar yg overexpose, kawasan yg dah jadi putih sbb overexpose akan kekal putih. Kalau kita edit kasi gelap pun, yg bahagian putih tu cuma akan jadi kelabu, tapi detail tetap tidak ada.

Fenomena ini dinamakan sbg Highlight Clipping, iaitu terlalu terang sampai tiada detail yg dapat dihidupkan.
Juga wujud Shadow Clipping, iaitu terlalu gelap sampai tiada detail yg dapat dihidupkan.

Situasi ni seringkali terjadi apabila mengambil gambar landscape, sbb bahagian bawah tu gelap, bahagian langit terang giler, dan kita sbg photographer nak detail pada langit khasnya.

Of coz bila korang edit gambar yg gelap jadi terang, akan muncul noise pada gambar tersebut. Tapi better la drpd gambar terlalu terang yg bila korang edit jadi gelap tak dapat apa-apa hasil, tak gitu?

Ni antara contoh-contoh lain bagi gambar overexpose dan underexpose yg aku edit. Korang tengok sendiri original dan hasil editing, dan fikir, overexpose atau underexpose, mana lebih baik?








KESIMPULAN

Sebelum pegi kpd kesimpulan, aku nak story balik secara ringkas:
  • Aku shoot underexpose sebab nak detail pada highlight (langit), kemudian bahagian shadow (tanah) yg sememangnya gelap tu aku cerahkan masa editing, dan berjaya.
  • Aku shoot overexpose sebab nak detail pada shadow (tanah), kemudian bahagian bahagian highlight (langit) yg sememangnya terang tu aku gelapkan masa editing, dan aku fail.
  • Contoh lain: Adobe Lightroom | Landscape Editing

Maka, kesimpulan yg boleh dibuat ialah - of coz its better utk shoot dgn ideal/optimal exposure, tapi jika diberi pilihan utk mengambil gambar yg overexpose atau underexpose - always shoot underexpose. Atau, shoot dgn exposure yg tidak menyebabkan berlakunya highlight clipping.

Dan utk hasil terbaik, shoot dalam format RAW, supaya detail dan dynamic range pada kawasan yg terlalu cerah/gelap masih ada kemungkinan utk diselamatkan semasa editing/post processing.

Update - tips dlm artikel ni adalah khas bagi pengguna kamera digital.
Kamera filem, on the other hand, handles overexpose better. So bagi pengguna kamera filem, situasi agak terbalik utk anda, dimana overexpose lebih baik drpd underexpose.
Bagi pengguna slide/E6 film, sebaiknya ialah proper/ideal/optimal exposure, atau sedikit underexpose.

Sekian bebelan ringkas di petang jumaat ni.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo
04:32pm | 14 Feb 2014

2 comments:

  1. salam, abg ejad, ada tutorial tak cmne nak bg gmbr under tu jd mcm natural balik ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. tiada tutorial khusus. edit je mcm biasa, naikkan exposure/brightness, usik contrast sikit, mungkin saturation sikit, sampai nampak natural di pandangan mata. semudah itu

      Delete