Friday, February 7, 2014

PhotoScape | Vintage Tone

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai pengunjung blog poyoland yg budiman.

Tak semua orang rajin dan reti edit pakai Adobe Lightroom, tambah plak software ni bukan freeware. Dan walaupun Adobe Lightroom lebih simple drpd Adobe Photoshop, ia tetap perlukan jalan kerja yg agak banyak utk mengedit sesebuah gambar. Ye la, memula kena import, pastu edit, pastu export. Kira banyak la jugak step dia.

Sebelum ni aku dah share kat korang cane nak main tone dlm artikel Bermain Dengan Split Toning.

Kali ni aku nak share cane nak bikin sesebuah gambar jadi vintage dgn menggunakan software PhotoScape plak.

Seperti yg korang mungkin dah tau, PhotoScape ni freeware, takyah nak beli atau download dgn crack bagai. Hanya download dan install pastu terus boleh pakai tanpa rasa bersalah.

Ok, let us begin.

Lepas dah download dan install, Open PhotoScape tu dan pilih Editor.


Kemudian Browse lah gambar yg korang nak edit tu. Mcm aku, katakan aku nak edit gambar kamera Samsung EX2F tu. Atau kalau leceh nak browse, boleh je Drag n Drop gambar masuk dlm Photoscape tu.


Ok so sekarang kita akan mula meng-edit. Dalam proses editing ni, kita akan banyak bermain dgn button Filter yg berada di bawah tab Home, seperti di bawah:


Klik pada button Filter tu, akan keluar mcm-mcm option yg boleh dipilih utk korang guna.


Dlm artikel kali ni, aku just nak highlight kegunaan:
  • Film Effect
  • Vignetting
  • Fade Style
  • Noise

Lain-lain tu korang boleh try and error sendiri. 

Ok, jom kita mula!


Film Effect

Kita akan mula dgn Film Effect. So just click pada button Filter > Film Effect, nanti akan keluar semua jenis efek filem yg ada pada PhotoScape ni. 


Jangan pilih efek tu directly, sebaliknya, click Film Effect Ctrl F yg ada pada paling atas tu, nanti akan keluar window seperti berikut:


Melalui window ni, korang pilih la mana-mana efek yg korang nak sambil perhatikan perubahan yg muncul pada gambar korang.


So, pilih je la mana-mana efek yg korang suka, pastu click OK, pastu nanti window tu akan hilang, dan gambar korang akan jadi efek tu. Mcm aku, aku pilih efek Portra - High, so gambar aku jadi camni:



Vignetting

Ha ni antara efek yg ramai giler suka. Vignette kat PhotoScape ni agak best sbb ada mcm-mcm bentuk.
Cara dia sama je mcm kat atas tadi - click Filter > Vignetting, pastu pilih Vignetting, jangan pilih numbering #1 #2 semua tu, and then akan muncul window kecik camni:


Antara kelebihan Vignetting di PhotoScape ialah korang boleh pilih lebih drpd 1 jenis efek vignette dalam 1 masa. So basically:
  • Just tick mana-mana efek yg korang nak. Boleh tick lebih dari 1
  • Level tu menunjukkan tahap vignette tu, kurangkan kalau tanak efek tu nampak sangat, naikkan kalau nak efek tu nampak ketara
  • White tu kalau korang nak efek vignette tu kaler putih
  • Make sure bahagian Preview itu di-tick supaya korang boleh tengok terus perubahan pada gambar korang
  • Tekan button Initialize kalau korang rasa nak reset everything & restart
  • Dah abis, click OK

Ni vignetting yg aku buat:



Fade Style

Kemudian kita pergi kpd Fade Style plak. Mcm biasa, Filter > Fade Style, nanti akan keluar window kecik seperti berikut:


Simple je - gerakkan slider Color utk pilih warna fade yg korang nak, dan slider Level utk tahap ke-fade-an yg korang nak. Dah abis edit, click OK, atau click Default kalau nak start balik.

Ni contoh Fade Style yg aku buat:



Noise

Noise biasa terhasil disebabkan penggunaan ISO yg tinggi. Tapi noise, atau grain yg wujud di zaman filem, lebih ketara berbanding digital. Contoh, korang shoot guna ISO200 pada digital dan filem. Gambar filem akan tunjuk noise mcm korang pakai ISO800, sbb filem punya karakter mmg camtu.

Maka, kita akan apply efek noise ni kpd gambar utk menampakkan lagi ke-vintage-an dia.

So, Filter > Noise, akan muncul window seperti berikut:


Cara editnya simple je - adjust slider tu kekanan kalau nak noise yg giler terlampau, atau adjust kekiri utk noise yg tak begitu ketara. Lepas dah abis adjust, click OK.

Ni noise yg aku apply:


Ok habis dah tutorial kali ni.

Mcm biasa, jom compare sebelum dan selepas:


So senang jek kan?

Atau, kalau korang rasa nak teruskan meng-edit, dipersilakan. Boleh jugak try Antique Photo utk menambahkan lagi keantikan gambar korang.

Sekian tutorial ringkas ni. Selamat meng-edit!

Ejad Fotopoyo

1 comment: