Monday, December 8, 2014

Tips Mengambil Gambar di Muzium

Pantai Tengah, Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Baru-baru ni aku pegi Langkawi, ada conference ICCEMS yg diadakan di Aseania Resort. Aku terlibat sbg presenter, kena present paper. Duduk kat Pantai Tengah Beach Inn pada 3-5 Disember 2014.

Last day, aku agak bosan dan free, so aku jejalan kat area Pantai Cenang tu pastu aku masuk Underwater World. Aku beli tiket murah sikit, RM28 (normal price RM30) kat kedai makan mana ntah kat tepi simpang sebelah Aseania Resort tu.

Kemudian aku jejalan dlm tu, dan aku berdepan dgn beberapa masalah dlm proses mengambil gambar. So aku taip artikel ni, bertujuan utk share dgn korang apakah jenis masalah yg aku hadapi semasa merayau dlm Underwater World tu.


Tips yg aku bakal share dlm artikel ni kira cover sekali tips amek gambar dlm muzium, serta tempat-tempat lain yg berkaitan dgn pameran. So pandai-pandai la korang adapt pada situation tu nanti.


1. Shooting in Low Light

safetysignsandnotices

Masalah pertama ialah - low light. 

Korang masuk la muzium mana-mana pun, termasuk la Underwater World serta Aquaria KLCC, korang akan berdepan dgn masalah yg sama, iaitu tempat tu agak gelap dan kurang cahaya.

Pastu dah la gelap, takleh guna flash plak tu. Kejam giler pihak muzium ni kan?

Kebanyakan dari kita yg zero dlm photography akan berfikir mcm tu.

Sebenarnya ada sebab yg munasabah di sebalik undang-undang "no flash" tersebut, seperti:
  1. Tempat tu gelap, so flash akan buat kita sakit mata, especially bila ramai-ramai amek gambar guna flash. Dia mcm kalau korang tgk movie, scene dlm nightclub atau disco, gelap pastu cahaya dari spotlight menyala-nyala. Tak ke sakit mata tu.
  2. Binatang akan rasa tergugat atau terancam dgn cahaya flash, diorang ingat tu kilat ke apa ke.
  3. Gambar subjek berada di dlm kaca akan jadi huduh bila diambil menggunakan flash. Tak caya kalau korang ada bela ikan, ce amek gambar guna flash, tgk betapa kacaknya pantulan flash tu pada kacak akuarium.

So kalau dah gelap pastu takleh guna flash, acane?

Belut yang scary
X100S | f/2.8 1/35 ISO3200

Masa ni la kita akan gunakan ISO tinggi yg ada pada kamera kita.

Be prepared to use ISO800-6400 apabila anda berada di dlm muzium. Jgn nak trauma dgn noise sangat. Belasah je guna ISO tinggi camtu, janji ada gambar. Kebanyakan gambar-gambar yg aku amek dlm Underwater World tu guna ISO1600-3200, dgn f/2 taw. Kalau pakai kitlens yg f/3.5-5.6 mmg kena push tinggi sikit lagi la.

Pastu, dlm akuarium tu kan ada certain area yg mmg terang sbb dpt direct light. Kalau subjek bergerak, ce tunggu sampai dia kat area tu pastu baru shoot.

Kemudian, jika anda ada lowlight lens, tu 1 aksesori yg sgt bagus. Takyah 1.4, 50mm F1.8 pun ok dah. Atau Tamron 17-50mm F2.8 pun ok utk tempat gelap mcm muzium tu. Kalau nak yg wide sungguh, Tokina 11-16mm F2.8. Harga sila usha di Shashinki, sekian mekacih.

Bagi mereka yg baru beli DSLR dan tak reti nak setting bagai ni, aku cadangkan utk guna je mode No Flash, setel masalah.

Kemudian bagi mereka yg takde lens lain selain kitlens plak, just guna whatever aperture paling besar yg ada. Kalau kitlens 18-55mm tu korang guna la f/3.5-5.6 tu, toksah berangan nak Sunny-16 sgt dlm tempat gelap camtu.


2. Glass

EYT - Ejad Yang Terpantul

Masalah yg seterusnya ialah berkenaan dgn pantulan pada kaca yg melindungi subjek.

Normal la kan barang-barang tu berada dlm kotak kaca, termasuk ikan dlm akuarium.

Cuma yg sakit hati ialah bila kita shoot, dlm gambar tu nampak pantulan diri sendiri atau orang lain.

So cane nak avoid perkara ni?
  1. Gunakan CPL Filter yg berfungsi membuang/mengurangkan pantulan.
  2. Jika tiada CPL Filter, sebaiknya toksah guna apa-apa filter langsung, sbb kalau boleh kita taknak ada apa-apa diantara lens dgn akuarium.
  3. Shoot sedekat dgn kaca yg mungkin, atau tindih je lens pada kaca tu if possible. Bila lens makin rapat dgn kaca tu, dia jadi mcm kita pakai filter la - tak nampak reflection kan? Tapi hanya buat mcm ni bila keadaan membenarkan la. 

Selain pantulan, isu lain berkenaan kaca ialah kaca kotor. Kalau boleh, try la tenyeh kasi bersih sikit, tp tenyeh part yg masuk dlm gambar je la, jgn semangat sgt pegi lap the whole glass plak.

Penguin berenang

Kemudian bila kaca tu mcm terlalu kotor, sometimes kamera akan focus pada kaca instead of subjek, sbb kamera dpt detect contrast pada kaca tu. So make sure focus point anda tu tak bertindih dgn kawasan kaca yg kotor tu, atau bg yg expert - manual focus all the wayyyyyyy.

Kalau terpaksa jugak shoot dgn kaca yg kotor, takleh watpe la kan. Pasrah je la. Bg yg rajin, nnt edit tu kasi stamp clone bersih-bersih.


3. Moving Subject

Sea Lion yg tak reti duk diam

Keadaan ni hanya terpakai pada tmpt-tmpt yg mempamerkan subjek bergerak, contoh mcm Underwater World. Ingat semua ikan nak duk diam-diam ke masa korang amek gambar?

Bila subjek bergerak, gambar pun nanti akan tunjuk subjek yg blur.
Of kos salah 1 teknik ialah guna shutter speed yg pantas. Cuma masalahnya ialah nak guna cane, tmpt tu gelap. Dgn ISO3200, shutter speed yg ideal dlm tu mmg bawah 1/100.

Pastu kalau kita pakai aperture besar, depth of field akan jadi shallow, so subjek yg tak duk diam, mmg sgt susah nak amek gambar, nanti mesti out of focus.

Penguin kedebush!

So cane?

Bagi aku, ni merupakan masalah yg paling sukar utk diselesaikan, melainkan kita guna lens aperture besar yg dikapelkan dgn ISO tinggi melangit pada body kamera bagi mendapatkan shutter speed yg laju.

Tp aku sedar, dikalangan kita mmg ramai tak mampu nak memiliki body yg ISO sampai 2 juta ni, pastu lens kita pun paling kuat 1.8 je.

So cadangan aku dlm menyelesaikan isu ni ialah:
  1. Guna je shutter speed terpantas, dan tgk bole dpt tak gambar subjek yg freeze. Kalau mmg tak boleh, ce kreatif sikit dgn mem-panning kan subjek tu ke, atau amek je gambar dia blur tp dgn framing dan composition yg proper.
  2. Ikan ni bila bergerak kadang-kadang ada pattern tertentu. Dia mmg akan lalu kawasan tu jugak. So kalau susah sgt nak snap sbb dia banyak bergerak, pre-focus kat mana-mana tmpt yg dia bakal lalu, pastu snap bila dia lalu.
  3. Jika masalah out of focus terlalu teruk, asyik out of focus je, consider utk guna wider focal length pastu crop masa edit, atau guna kamera lain yg sensor lebih kecik jika ada.

Setting?

Takyah pening-pening dgn mode Manual sangat. Aku byk guna mode P dgn A/Av je, dgn Exposure Compensation ke arah negative sbb kdg-kdg subjek duk bwh lampu.

So far tu je kot yg aku boleh share dgn korang.

Bagi yg belum usha gambar-gambar Langkawi - Langkawi

Hopefully perkongsian ni dpt memberikan manfaat, sekaligus menjadikan gambar-gambar lowlight korang lebih kacak pada masa akan datang.

Ejad Fotopoyo

5 comments:

  1. Post ini sgt membantu mudah faham bagi gua yang mmg selalu dilema tempat gelap dan bergerak mcm tu, tq bro

    ReplyDelete
  2. Kalau pakai x100s dengan deactivate flash adakah settingnya akan auto membantu dalam kegelapan underworld?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna flash, shutter speed dpt laju skit, iso boleh pakai rendah skit.

      kalau x guna flash, shutter speed rendah skit, iso tpaksa pakai tinggi skit.

      xde beza ape pun.

      x100s ni yg bestnya ialah dia ade feature utk kita set min shutter speed. so selagi mana cahaya membenarkan, shutter speed xkan pegi bawah drpd tu. so misalnya dah set min ss 1/60, kamera xkan bagi setting ss bwh drpd 60 selagi cahaya membenarkan

      Delete
    2. Jad, camna nak setting min shutter speed tu? Kat x100 boleh tak?

      Delete
    3. set dlm AUTO ISO. godek je dlm menu. kalau x jumpa, cari dlm user manual

      Delete