Tuesday, June 30, 2015

Focusing Mode: Still Life VS Moving Subject

Bila kita amek gambar, ada 2 faktor yg menentukan hasil akhir gambar tersebut, iaitu:
  1. Exposure - iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture. Pemilihan ketiga2 ini akan menentukan sama ada gambar itu cerah atau gelap, beserta efek masing2 sama ada sharp atau blur, ada bokeh atau sharp semua, serta clean atau ada noise.
  2. Focusing - Gambar kita dianggap berjaya jika subjeknya in-focus, atau sharp. Gambar yg subjeknya out-of-focus dikira fail.

Faktor pertama telahpun dibincangkan secara detail. Boleh rujuk hyperlink yg disertakan.

Dalam artikel ni, kita akan focus kpd faktor kedua, iaitu focusing.

Secara umumnya, photographer di dunia ni terbahagi kpd dua: yg pertama ialah yg shoot still life, iaitu subjek pegun, yg kedua ialah yg shoot moving subject, iaitu subjek bergerak.

Disebabkan perbezaan subjek (pegun vs bergerak), still life photographer menggunakan focusing mode yg berlainan dgn moving subject photographer.

Sumber: robertsdonovan

Berikut adalah focusing mode yg akan dibincangkan dlm artikel ni:
  1. AF-S
  2. AF-C
  3. AF-A
  4. One Shot
  5. AI Servo
  6. AI Focus


Still Life | AF-S & One Shot

Still Life - bunga orkid
Focusing mode: AF-S pada Nikon D700

AF-S (Nikon, Pentax, Sony) dan One Shot (Canon) boleh dikatakan sbg focusing mode yg standard kerana majority photographer di dunia termasuk anda menggunakan setting ini.

AF-S (Autofocus Single, Single-servo AF) dan One Shot adalah focusing mode yg digunakan bagi mengambil gambar subjek yg pegun. Contohnya ialah portrait, landscape dan macro.

Dalam mode ni, bila kita focus sampai kamera bunyik beep2, kamera akan kekalkan jarak focusing kita dgn subjek, selagimana kita masih menekan half-shutter. Kamera akan meng-fokus semula subjek kalau kita lepaskan butang shutter, atau lepas kita amek gambar.

Katakan la lepas dah lock focus, subjek bergerak, kena tiup angin misalnya, atau kita bergerak, kamera akan still lock focus tadi, selagi kita masih tekan half shutter.


Moving Subject | AF-C & AI Servo

Moving subject: Kereta yg sedang bergerak
Focusing mode: AF-C pada Pentax K20D

AF-C (Nikon, Pentax, Sony) dan AI Servo (Canon) adalah focusing mode yg sesuai digunakan bagi mengambil gambar subjek yg tak duduk diam, contohnya wildlife, atau sports serta kids.

Dgn mode ni, kamera basically 'kejar' subjek. Huruf "C" pada AF-C ialah Continuous, bermaksud kamera akan continuously focus pada subjek.

Contohnya kita amek gambar panning. Masa kita focus, kereta tu jauh, kemudian dia akan makin dekat dgn kita, so disitu kita tau yg jarak fokus dah berubah sbb jarak subjek (kereta) tadi berubah drpd jauh kpd dekat. Mode ni akan sentiasa focus subjek tersebut, drpd dia jauh sampai la dia dekat kemudian jauh balik, selagi kita masih menekan half-shutter.


AF-A | AI Focus

Malas nak tukar mode kejap AF-S kejap AF-C kejap One Shot kejap AI Servo?

Guna AF-A (Autofocus Automatic) atau AI Focus. Dgn mode ni, kamera akan tentukan sama ada nak guna AF-S/One Shot atau AF-C/AI Servo, bergantung kpd subjek. Kalau masa focus tu kamera detect yg subjek tu diam tak bergerak, maka kamera akan pilih AF-S/One Shot, dan begitulah sebaliknya.


AF-S, One Shot VS AF-C, AI Servo

Biasanya kalau focusing mode tak sesuai dgn keadaan subjek, gambar anda akan out-of-focus.

Contoh, katakan anda nak amek gambar org yg berjalan ke arah anda. Anda guna mode AF-S/One Shot iaitu mode utk still life.  Masa dia jauh, anda focus, sampai bunyi beep2 menandakan kamera dah lock focus.

Bila dia berjalan ke arah anda, jarak fokus dah berubah drpd jauh kpd dekat, padahal tadi jarak yg kamera lock tu ialah masa subjek tgh jauh. Maka kalau korang amek gambar, subjek akan out-of-focus, melainkan korang re-focus semula iaitu lepas butang shutter kemudian focus balik.


So Mode Apa Yang Terbaik?

Focusing mode yg terbaik ialah yg sesuai dgn keadaan subjek.

Kalau subjek tu pegun duk diam tak bergerak, maka mode AF-S/One Shot adalah yg terbaik.

Sebaliknya kalau subjek tu bergerak yg menyebabkan berlakunya perubahan jarak fokus, maka mode AF-C/AI Servo lah yg terbaik.


Practical Session

Cari subjek dan letak di depan anda, misalnya botol air ke cawan ke.

Guna mode AF-S/One Shot, focus pada subjek tersebut.
Lepas kamera dah lock focus, sambil jari kekal menekan half shutter, cuba halakan kamera tu ke arah subjek lain.
Anda akan dapati, focus yg kamera dah lock tadi tak berubah.

Sekarang buat benda yg sama tapi guna mode AF-C/AI Servo plak.
Anda akan dapati, bila anda halakan kamera ke arah lain, kamera akan focus subjek baru. Lepas kamera dah fokus subjek baru, try alihkan lagi, dan kamera akan focus lagi. Make sure jari anda kekal menekan half-shutter.

Sekian.

Ejad Fotopoyo

2 comments: