Wednesday, April 27, 2011

TIPS - Gambar yg Melibatkan Langit/Awan/Matahari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini saya nak kongsi tentang bagaimana utk ambil gambar yg melibatkan keadaan langit yg biru, awan berkepul-kepul dan/atau melibatkan matahari.

  1. Shoot RAW to preserve details in Highlight & Shadow
    - khas bagi mereka yg sememangnya akan edit gambar ni later

  2. Kalau malas, shoot JPEG with slightly boosted saturation/vibrant, Contrast yg sederhana
    - khas bagi mereka yg bakal meng-edit secara minimal, atau tak edit langsung

  3. Exposure metering slightly underexpose
    - sedikit UE supaya kita dpt detail texture awan yg berkepul-kepul

  4. Matrix metering
    - metering yg sememangnya khas utk landscape. rujuk panduan penggunaan (manual user)

  5. Aperture starts with f/16 (Sunny-16 Rule)
    - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-9-sunny-16.html

  6. ISO between 100-400, the lower the better

  7. White Balance yg sesuai
    - AWB jika malas, biasanya akan jadi biru + oren
    - Daylight utk ungu + oren
    - Shade & Cloudy utk totally kuning/oren

  8. Horizontal yg straight

  9. Tripod digalakkan

  10. CPL filter kalau ada utk memekatkan warna biru/oren

  11. ND Grad Filter jika ada, utk menggelapkan bahagian langit dan mencerahkan bahagian bwh frame

  12. Kalau takde kedua-dua filter tu, takyah guna filter langsung, simpan je UV Filter tu

Mengenai point no 7, katakanlah anda sedang mengambil gambar sunset/sunrise.
Berikut adalah pilihan suhu (temperature) White Balance yg boleh anda pilih, ikut sedap mata memandang:


Auto White Balance (AWB) drpd kamera, 4600K

Auto WB Adjustment melalui Adobe LR, 4450K

Daylight, 5500K

Cloudy, 6500K

Shade, 7500K



Tips ini memang digunakan sepenuhnya oleh saya semasa mengambil gambar landscape khasnya.

Contoh gambar lain dari album Fotopoyo:

Pentax K20D | 1855
f/16 | 1/100s | ISO-100 (Sunny-16)


Pentax K20D | 1855
Cokin CPL + ND Filter
f/11 | 1/125s | ISO-100 | -0.7EV


Ini sekadar idea, bukan wajib utk anda ikuti tips ni. Sekurang-kurangnya anda dah tau serba sedikit cara/tips utk ambil gambar sunst/sunrise dan sbg nya.

So, selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 26, 2011

TIPS - Hati-hati Dengan Pemilihan Background

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Apabila mengambil gambar portrait khasnya, kita seringkali lupa (atau tak tahu?) bahawa pemilihan background yg salah (atau kurang sesuai) akan menjejaskan gambar kita.



Gambar kat atas ni komposisi dah ikut Rule of Third, color pun seimbang, muka subjek sharp & clear, tp ada 1 benda yg tak kena.

Perhatikan betul-betul, apa yg tak kena dgn gambar di atas?
Tak nmpk?
Tengok bahagian kepala subjek, apa yg anda nmpk?
Nmpk mcm ada tanduk kan?

Pemilihan background yg mempunyai ranting/dahan pokok di belakang kepala subjek telah menjejaskan gambar, menyebabkan subjek seolah-olah mempunyai tanduk.

So apa yg perlu dibuat utk memastikan perkara sebegini tidak berlaku?
  1. Recompose - Gerakkan sedikit diri anda ke kiri/kanan/depan/belakang utk memastikan kekacauan background terhapus.

    Subjek kekal di tmpt yg sama, kita bergerak ke kanan utk mendapatkan
    framing yg mana belakang subjek tiada gangguan



  2. Gunakan lens berfokal jauh dan ber-aperture besar supaya kekacauan begini di-bokeh-kan.

    Lens 50mm F2 digunakan utk mem-bokeh-kan background


  3. Pastikan background se-simple yg mungkin.

Bukan nak kata gambar ada tanduk tu salah, tp secara profesionalnya, kita dah menambah elemen yg tak patut pd subjek. Takkan la manusia ada tanduk kan? :)

Dan 1 lagi, pastikan pemilihan background sesuai dgn tema subjek.
Agak kurang sesuai mengambil gambar model seksi (atau berposing seksi) yg mana backgroundnya adalah masjid.

Sekian, Wassalam.
Ejad Fotopoyo

Credit to: Anes sbg model dlm gambar

Wednesday, April 20, 2011

INTERMEDIATE - The Moony-11 Rule



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selain Sunny-16 Rule yg diaplikasikan utk mengambil gambar berkaitan langit dan matahari, terdapat satu teknik lain yg khas utk mengambil gambar bulan.

Sure, anda boleh saja setkan kamera atas tripod, pasang lens panjang, set bacaan exposure sampai bacaan metering menunjukkan 0, kemudian ambil gambar bulan tersebut.

In the end, adakah gambar yg anda ambil itu gambar bulan? Ataupun ianya sekadar bulat putih kosong?

Semasa mengambil gambar bulan, kita tak boleh percaya sepenuhnya pd metering exposure kamera kita.

Salah 1 sebabnya ialah jarak bulan dgn kita yg terlalu jauh, yg mana kamera tak dpt mengambil bacaan cahaya dgn tepat.

So, itulah gunanya The Moony-11 Rule.
Seperti Sunny-16 yg menggunakan aperture f/16, Moony-11 rule menggunakan aperture f/11.
Then, seperti juga Sunny-16, bacaan shutter speed adalah sama (atau hampir sama) dgn ISO.

Senang cerita, tgk je gambar dan EXIF di bwh:
  • Kamera/lens: Pentax K20D & Pentax FA 100-300mm F4.7-5.8
  • Tarikh/Masa: 17 April 2011, sekitar 7PM - 2AM
  • Handheld, tiada tripod





Nmpk tak, kesemua menggunakan aperture f/11, dan bacaan shutter speed seakan-akan sama atau hampir sama dgn ISO.

Ada guide lain utk setting aperture:
  • Full moon: f/11
  • Half moon: f/8
  • Bulan sabit: f/5.6

But of course setting boleh diubah-ubah. Kadang-kadang gambar still jadi gelap sbb ada awan cover bulan. Kadang-kadang terang sgt. But at least Moony-11 Rule ni bg kita guide utk start shoot mcm mana.
Kalau terang/gelap sgt, back to basic - adjust lah shutter speed/aperture/iso.

Senang je kan?

Selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 12, 2011

INTERMEDIATE - Composition: Rule of Third for Landscape

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pengunjung sekalian.

Hari ni nak story benda yg sgt ringkas, iaitu komposisi utk foto permandangan (landscape).

Suatu foto landscape dikatakan lemah jika komposisinya 50-50 seperti begini:



Dlm landscape photography, biasanya ia melibatkan 2 kawasan yg ingin ditonjolkan, iaitu langit (atas) dan tanah (bawah).

So mengikut Rule of Third, pemilihan mesti dibuat, sama ada kita nak menangkan langit (atas) atau tanah (bawah).

Jika kita nak menangkan langit, maka langit perlulah meliputi 2/3 frame, bakinya 1/3 adalah utk tanah.



Manakala jika kita nak menangkan tanah/air/laut, maka ia perlulah meliputi 2/3 frame, bakinya 1/3 adalah utk langit.





Simple jek kan? Yg mana kita nak tonjolkan lebih tu, kita biarkan dia memenuhi 2/3 frame, atau senang cerita, lebih drpd separuh (1/2) frame lah.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

Tuesday, April 5, 2011

BENGKEL - Creative Photography UKM Bangi

5 April 2011 - Aku dijemput utk jadi penceramah Bengkel Asas Fotografi &
Sesi Soal Jawab Ringkas di DECTAR, UKM Bangi.


Antara wajah-wajah peserta


Ratusan gambar hasil kerja pelajar dari pelbagai fakulti dipertaruhkan.


Paksu (fb: Paksu Manual) juga dijemput dan dilantik sbg Ketua Juri bg mengadili
gambar-gambar yg dipertandingkan.


AJK sedang mengira markah dgn gigihnya!



Tak larat nak upload semua, apa pun tahniah buat semua pemenang!


Bergambar bersama AJK.
PS - nmpk tak siapa yg paling kacak dlm gambar tu? Itu la aku ^^



Done for the day. Agak penat la bebel kat depan td psl photography. Apa pun puas hati sbb agak ramai yg menunjukkan minat dlm hobi yg best ni.

Majulah photography utk negara!

Ejad Fotopoyo

GALERI - Sunset Bangi 4 April 2011