Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran

 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca dan pengikut setia blog Fotopoyo yg sungguh poyo ni.

Utk mereka yg drive balik ke kampung, hati-hatilah di jalanraya. 
Rushing mcm mana pun hanya akan membawa malapetaka. 
Make sure amda rehat secukupnya sebelum drive. 

Pandulah dgn cermat. Ingatlah org yg tersayang :)

Ejad Fotopoyo

Wednesday, August 24, 2011

INFO - Digital SLR & Analogue Lens: Part II


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel ini adalah kesinambungan daripada Digital SLR & Analogue Lens: Part I

Kali ini kita akan membincangkan dgn lebih mendalam, bagaimana menggunakan lensa manual pada body digital SLR.

Sumber rujukan utama utk tajuk kali ini: Easy way to use manual lenses on DSLR



1. Viewfinder Diopters

Diopter pada body Nikon

Ada antara kita yg rabun, tak kisah jauh atau dekat, yg apabila menggunakan kamera, tidak memakai spek. Dalam kes sebegini, diopter pada viewfinder perlu diselaraskan mengikut tahap kerabunan mata supaya kita dpt fokus dgn lebih tepat.

Bagaimana? Letakkan mata anda pada viewfinder seperti ingin mengambil gambar mcm biasa, tp fokuskan penglihatan pd bacaan/info yg terdapat di dalamnya (shutter speed, aperture, ISO, metering etc etc), sambil itu adjust diopters ke + atau - sehingga tulisan info di dlm viewfinder itu kelihatan sharp pd mata anda. Voila, siap~


2. Adapter with AF Confirmation

Walaupun hanya Pentax dan Nikon yg masih kekal menggunakan mount lama, kamera jenama lain masih boleh menggunakan lens yg tidak sama mount dgn bantuan adapter.

Adapter pula terdapat pelbagai jenis. Ada yg cap ayam, ada yg berkualiti. 
Yg berkualiti contohnya, ada fungsi AF Confirmation, iaitu apabila imej sudah kelihatan sharp pd viewfinder, akan ada signal/alert drpd body seperti blinking atau beep-beep, menandakan subjek kita sudah in-focus. Mana nak cari? Pandai-pandai koranglah~

Nikon - EOS adapter with AF Confirmation



3. Split Focusing Screen

Pada zaman analog dan pada mechanical SLR khasnya, split focusing screen digunakan sbg alat bantuan yg cukup efektif dlm manual focusing. Terdapat 3 jenis - horizontal, vertical dan diagonal.

Ia akan membahagikan imej kita kpd 2 bahagian yg tidak selari, dan apabila subjek itu kelihatan selari dlm viewfinder, bermakna ia sudah in-focus.

Kurang jelas? Lihat contoh gambar di bawah. 

Out of focus - imej tidak selari
In focus - imej 'bertemu' dan selari

Screen ini sudah tidak lagi ada pada DSLR. 
Namun anda boleh membelinya dan memasangnya pada body kamera anda. 
Jenama yg terkenal - Katz Eye. 

Dan walaupun ianya split screen, ia tidak akan mengganggu autofocus points yg sedia ada pada kamera anda.



4. Live View

Hampir kesemua kamera DSLR mempunyai Live View, di mana kita boleh melihat imej secara live pada skrin LCD kamera kita.
Dlm manual focusing, Live View adalah antara cara termudah dan terpantas utk kita dapatkan imej yg sharp. Cuma kekurangannya ialah bateri akan lebih cepat habis serta shutter lagging.



5. Lain-lain

Mungkin ada antara anda yg ada cara lain yg lebih mudah utk mendapatkan imej yg sharp dlm manual focusing. Jika ada, sudi-sudilah kongsi di sini :)


RACUN PART II - PENTAX
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2 + Extension Tube
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2 + Extension Tube
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2

Pentax K20D & SMC Pentax-M 35mm F2.8

Pentax K20D & SMC Pentax-M 35mm F2.8

Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4


Sekian dulu artikel mengenai manual lens pada body DSLR.
Again, baca kedua-dua artikel dgn teliti dahulu sebelum bertanyakan apa-apa soalan. Jgn main terjah je, nnt kena jwpn pedas drpd aku.

Salam,
Ejad Fotopoyo

Monday, August 22, 2011

INFO - Digital SLR & Analogue Lens: Part I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum nak pergi lebih lanjut, just nak bagitau, tajuk kali ni berkait rapat dgn artikel berikut:
  1. M42 Screw Mount 
  2. AF vs MF 

PENDAHULUAN

Artikel kali ni nak story pasal barang berteknologi baru, iaitu kamera digital zaman skrg, digunakan bersama barang lama, iaitu lens pada zaman tok kaduk.

Seperti yg dah diceritakan dlm artikel M42, penggunaan manual lens merupakan 1 alternatif utk kita mendapatkan gambar yg cantik dgn budget yg rendah. Ini kerana kebanyakan lens lama mmg murah jika dibandingkan dgn lens AF yg baru.


BAGAIMANA MENGENAL LENS ANALOG?

Jarang sekali lens lama sebegini dijual di kedai-kedai, kecuali jika kedai itu mmg menjual barang lama (contoh - YL, Pudu), atau jika lens lama itu masih dlm production (contoh - Nikkor 50mm F1.2 AIS).

Tapi jika ingin dilihat dgn mata kasar, majority lens lama mempunyai karakter seperti berikut:
  • mempunyai aperture ring
  • diperbuat drpd besi, bukan plastik
  • besar, berat dan kukuh
  • kesan wear & tear (calar, habuk dan sbgnya)
  • rabbit ear (Nikon) 
  • hanya MANUAL focusing, tak kiralah pasang kat body Nikon bermotor ke, motorbot ke, ia mmg takde electronic contact atau motor, so mmg hanya boleh focus secara manual

Dan jika dilihat drpd segi penghasilan gambar pula, bokeh dan sharpness nya mmg gempak dan lain macam. Tapi penglihatan sebegini memerlukan pengalaman lah, baru nmpk jelas nyata perbezaannya.
*rujuk sudut meracun di bawah



COMPATIBILITY ISSUE

Tak semua body digital SLR boleh menggunakan lens lama.

Ada yg boleh direct mount seperti Nikon & Pentax.
Canon jika ianya mount EF, takde masalah. Tapi kalau mount FD problem sikit sbb zaman skrg Canon menggunakan mount EF/EF-S (digital APS-C).
Sony dengar cerita ada yg boleh, ada yg tak boleh dgn lens Minolta MD/MA.

Since aku pernah guna Nikon dan Pentax, aku akan elaborate serba sedikit tentang penggunaan lens manual pd kedua-dua jenama ni.
Utk pengguna Canon, Sony dan Oly, minta maaf, bukan bersikap racism, cuma mmg aku tak tahu dan tak ambil tahu psl korang sbb aku tak pakai jenama yg korang pakai. So sila merajinkan diri meng-google atau tanya pd yg lebih arif ye.


MANUAL LENS NIKON

Codename: Nikkor Non-AI, AI, AI-s, pre-AI, Nippon Kogaku, E Series etc etc

Compatibility Issue: 
Semua lens ciptaan Nikon boleh dipakai pada body digital SLR Nikon kerana Nikon masih kekal menggunakan F bayonet mount.
Cuma, lens non-AI perlu di-modify sedikit supaya ia boleh dipakai pd DSLR, menjadikan ianya pre-AI.

Extra Reading: Nikon Lens Technology by Ken Rockwell

Penggunaan:
Walaupun boleh dipasang tanpa sebarang masalah, exposure tak dpt dibaca jika lens ini digunakan pada body berikut:
  • D40/x, D60, D3000/3100, D5000/5100
  • D50, D70/s, D80, D90
Exposure metering hanya boleh dibaca dgn tepat pd body Nikon yg berikut:
  • D200, D300/s, D2 series
  • D7000
  • D700, D3 series, D4

Maksudnya, let say anda pengguna D3000 dan menggunakan lens manual, kamera akan menunjukkan aperture "F--" kerana maklumat aperture pd lens tidak dpt dibaca pd body.
So bila aperture tak dpt dibaca, kamera tak dpt mengambil bacaan exposure, means utk mengambil gambar, anda perlu agak-agak sendiri lah, berapa shutter speed dan ISO yg perlu digunakan. Still boleh ambil gambar, cuma tak boleh baca metering je.

Reputation:
Lens Nikon yg ber-codename AI-s merupakan line tertinggi - dari segi kualiti, sharpness, contrast, color etc etc, ia dikatakan lebih hebat drpd codename yg lain.


MANUAL LENS PENTAX

Codename: Takumar, Super Takumar, SMC Super Takumar, SMC Pentax-M, SMC Pentax-A

Extra Reading: Pentax Lens Terminology

Compatibility Issue:
Pada awalnya popular dgn M42 screw mount, Pentax beralih kpd K bayonet mount hinggalah ke hari ini. Segala lens lama yg mempunyai mount K masih boleh dipakai pada body digital, manakala yg M42 pula dgn bantuan adapter.

Penggunaan:
Memerlukan penggunaan butang hijau utk membuatkan lens stopped down dan kamera akan mengira bacaan shutter speed utk exposure metering. Baca artikel robertsdonovan.
Maklumat aperture hanya boleh dibaca jika ianya lens Pentax-A.

Reputation:
Kalau dah namanya Takumar - confirm cun.
Pd zaman filem M42, Takumar merupakan codename yg sgt popular dari segi penghasilan gambar yg cun dengan harga yg sgt affordable. Antara produk Takumar yg masih hangat - Super Takumar 50mm F1.4 dan 28mm F2.8



HARGA

Biasanya sgt murah, seriously, depends jugak la pada condition.
Jika anda rajin mencari, terdapat lens Nikkor 50mm F1.4 manual yg mana sama harga dgn Nikkor AF 50mm F1.8D.

  
AF vs MF?

Tanya diri kita balik, adakah kita jenis yg memerlukan lens yg pantas utk kesenangan bekerja?
Jika ya, belilah 50mm F1.8 yg baru (AF), lebih pantas fokusingnya.
Jika kita main kamera sekadar suka-suka atau hobi, apa salahnya kita beli yg manual, iaitu 50mm F1.4? Price lebih kurang sama, plus kita dpt wider aperture serta belajar teknik manual focusing.


INVENTORI EJAD FOTOPOYO

Zaman Nikon D200:
  • Nikkor 28mm F3.5 pre-AI
  • Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s
  • Nikkor 200mm F4 AI

Zaman Pentax K100D dan K20D:
  • SMC Pentax-M 50mm F1.7
  • SMC Pentax-M 50mm F2
  • SMC Pentax-M 50mm F1.4
  • SMC Pentax-M 35mm F2.8

Inventori sekarang?
  • Nikon D200 yg masih belum dijual
  • Nikon EM Black
  • Nikkor 50mm F1.8 E AI-s Series Pancake 
  • Super Takumar 50mm F1.4 m42
  • Mir 20mm F3.5 m42
  • Jupiter9 85mm F2 m42
  • Filem 35mm yg disemakkan dalam fridge ^_^
SMC Pentax-M 50mm F1.4
Fujinon 55mm F2.2
SMC Pentax-M 50mm F2
Nikkor 200mm F4 AI

Dari kiri: Nikkor 105mm F1.8 AI-s, 85mm F1.4 AI, 200mm F4
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s

Memacro dgn lens Nikkor 55mm F2.8 Micro AI-s
Beraksi dgn Nikkor 200mm F4 AI


RACUN PART I - NIKON

Nikon D200 & Nikkor 35mm F2.8 AI-s
Nikon D200 & Nikkor 200mm F4 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI
Nikon D200 & Nikkor 200mm F4 AI
Nikon D200 & Nikkor 50mm F1.8 AI

Nikon D200 & Nikkor 85mm F2 AI

Part II menyusul - akan menceritakan dgn lebih detail tentang bagaimana nak menggunakan lens manual pada body digital anda, serta racun part II - Pentax.

Sekian dulu artikel part I ini.

Yang kebosanan,
Ejad Fotopoyo

TIPS - HDR Tone Mapping with Single RAW File



Tutorial:

Sunday, August 21, 2011

MEMBEBEL - Golongan Photog yang Bikin Semak Industri

Kemajuan teknologi, khasnya dlm bidang digital photography mewujudkan ramai pengguna kamera DSLR.

Kita yg main kamera ni pun suka sbb hobi yg sihat ni makin berkembang, kawan makin ramai, dan dlm masa yg sama, sekaligus meningkatkan lagi bilangan mereka-mereka yg rasa diri tu sgt hebat sbb org lain takde kamera besar mcm yg tergantung kat leher mereka.

Dan golongan sebegini pantang dipuji - terus rasa diri tu hebat ala Ansel Adams. Hasil? Tuhan saja yg tau.

Juga pantang dikritik - sampai boleh gaduh dlm facebook jadinya bila gambar tu dikomen pedas sikit.
Alasan yg biasa dikemukakan "Ala, aku baru belajar la!"

Tau pun baru belajar, berlagak hebat tu kenapa?

Berikut adalah golongan yg bikin menyampah dan merosakkan lagi industri photography sekaligus menambahkan lg jumlah fatwa sesat yg wujud dlm blog aku:

=========================================================================

1. Bodoh sombong

Kalau tak tau, tanya. Kalau tak faham, tanya. Jgn nak kerek berlagak tau, lps tu hasil gambar hancur.


2. Bajet sifu

Member tanya soalan, kalau tak tau nk jwb tu, diam sudah la.
"Gambar saya byk noise la, kenapa ea?"
"Kau pakai D3000 ea? Mmg la noise. Kena guna D3 baru takde noise"

Pelbagai lagi situasi berkenaan isu Bajet Sifu - Fatwa Sesat


3. Tuding Jari

Part nak menyalahkan orang/tools ni cukup laju.
"Gambar ni underexpose sebab haritu mendung laaaa.."
"Bodoh la lens ni, apesal blur plak ni???"
"Gambar tak sharp ni mesti sbb brand Sony. Nak tukar Nikon lah."


4. Ignorant + Pemalas nak mampus

Contoh terbaik:


5. Berpuak-puak

Taknak geng dgn org pakai kamera lain, musuh kononnya. Selalu yg jadi mangsa keadaan ialah pengguna Oly, Pentax dan Sony. Dan yg berpuak-puak ni majority di kalangan meleis mudah lupa.

Contoh situasi yg wujud - Budak LOMO Diperlekehkan?


6. Gelojoh

Dah story kat sini - Jangan Gelojoh

Baru seminggu pegang kamera, nak tukar aperture pun tak reti, sibuk buat job wedding sana sini.
Tu yg buat job. Ada yg exposure terkontang-kanting, tapi bila bercerita psl HDR, dialah yg paling hebak!

Soalan paling feymes yg selalu ditanya (tengok soalan dah tau ni budak baru):
"Bang, saya guna Canon 1000D, boleh buat job wedding tak guna kamera ni?"


7. Rabun terlampau

Tak baca habis artikel atau description, terus tanya soalan walhal jwpn dah depan mata.

Contoh yg selalu terjadi kat event facebook. Dah terang-terang tulis segala maklumat mengenai tempat, byrn apa semua, boleh lagi ditanya "Kat mana ni? Kena bayar berapa?"


8. Shortcut
*updated on 12.38am, Aug 22, 2011

Okeh, ni golongan paling kuang hajar sekali. Dia tau susah nak naik dlm industri ni, byk pesaing, plus gambar tak berapa nak lawa lagi.

So apa dia bikin? Kopipes + Save Image As gambar-gambar photog lain utk dibuat portfolio.
Bukan setakat gambar, artikel ke review orang lain ke disebat jugak utk dibuat harta sendiri.

Jumpa org mcm ni, kasi kerat jek jari tu.


9. Candid + Pedajal Orang
*updated on 7.03pm , Aug 24, 2011

Korang suka street photography? Good, itu salah 1 genre yg bagus.
Tapi takyah la sampai nak candid celah punggung org lepas tu jaja gambar tu merata 1 facebook. Candid lah gambar yg mempunyai 1001 penceritaan, yg ada feel, yg ada peristiwa.
Ini tak, cleavage minah salleh yg dicarinya, lepas tu bangga dpt gambar mcm tu, upload kasi 1 dunia tengok.

Imagine kalau diri sendiri kena mcm tu, ada bran?


10. Judgemental
*updated on 8.34am , Sept 9, 2011

Jenis yg judge the people by their camera. Golongan yg angkuh, bajet lebih hebat drpd orang lain sbb dia pakai DSLR, org lain pakai kamera biasa-biasa.
Selalu nmpk golongan mcm ni kat facebook je. Jumpa betul-betul, siap la kena tiao dgn aku nnt, tengok la.



=========================================================================

Banyak lagi. Nanti aku teringat aku update.

Terasa? Yes, mmg nak kasi korang butthurt. Kalau lah ada antara korang yg termasuk dlm golongan di atas, either korang insaf dan merajinkan diri, else, please blah drpd hobi ni. Kemalasan korang tu akan merosakkan lagi minda junior newbies yg berminat pd hobi ni.

Sukati korang sbb duit korang? Fine, main je lah kamera tu, tapi toksah la nak sebar fatwa sesat sana sini. Jgn jadi mcm iblis, dah la sesat, nak sesatkan org lain plak.

Sorry membebel. Seriously aku dah naik muak dgn golongan mcm ni. Tapi kadang-kadang best gak, sumber hiburan. Hihi.

Selamat berpuasa & have a nice weekend :)

Ejad Fotopoyo

Saturday, August 20, 2011

TIPS - Break the Rules!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lama tak buat artikel, sbb aku malas melayan mereka yg tak faham bahasa dan suka tanya soalan yg mana jawapan dah terang-terang ada dlm artikel. Seriously, kalau dah malas sgt nak membaca tu, toksah main kamera lah.

Ok, utk artikel kali ni, aku nak kongsi cara utk kita jadi lebih kreatif.

How?

Sebelum ni kita ada belajar mcm-mcm rule: Rule of Third la, gambar wajib sharp la, noise buat gambar buruk la, and so on.

Takde pun undang-undang atau akta yg menetapkan kita wajib follow segala bagai rules yg ada ni, kecuali kalau kita masuk competition lah.

Tapi kalau kita dah belajar dan biasa terikut rules semua ni, apa kata kali ni kita try to break them pulak, tengok apa akan jadi pd hasil gambar kita.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rule of Third


Artikel: Composition: Rule of Third

Ikut - Gambar mesti mengikut posisi R03, iaitu sedikit ke kiri atau kanan / atas atau bwh, bukan di tengah

Subjek bunga diletakkan pd kedudukan RO3

Langgar - Snap je lah ikut sedap mata memandang. Lagipun sometimes ada gambar yg kurang sesuai diletakkan pd posisi R03

Subjek di tengah-tengah frame

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
Rule of Third: Landscape Photography


Ikut - 1/3 utk sky, 2/3 utk land, atau sebaliknya.

1/3 land, 2/3 sky

Langgar - 50-50 pun boleh, takde sape kata salah, especially kalau kedua-dua element (sky & land) tu menarik

50-50 utk sky & land

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Noise / Grain

Artikel: ISO

Ikut - Guna ISO rendah supaya gambar takde noise. Kalau ada noise nnt gambar tak cantik (pffft)
Gambar yg clean

Langgar - Noise memberi efek vintage dan film-look-alike

Noise yg ditambah utk mood sedih

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Over & Under-Exposed

Artikel:
  1. Exposure Metering
  2. High Key & Low Key Photography

Ikut - Exposure mesti ngam-ngam 0 baru sekata cantik bergaya gambarnya.



Langgar - Tak semestinya exposure sekata tu cantik.

High Key
Low Key

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sharp VS Blur


Ikut - Gambar mesti sharp baru kacak

Sharp semua

Langgar - Blur menunjukkan pergerakan yg sedang berlaku, so kiranya blur pun hensem jugak

Blur pd jari sbg bukti ia sedang memetik string gitar

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Horizontal Line Mesti Straight


Ikut - Logiknya horizontal line mesti lurus, tanpa bengkang-bengkok. Bumi ni belum nak kiamat lagi.


Langgar - Lupakan horizontal line, kasi vertical line pulak yg lurus

Perhatikan - horizontal senget sikit, tp vertical line lurus kacak menawan

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Space di Depan Subjek

Ikut - Biasanya kita akan meletakkan subjek di kedudukan RO3 di mana kita akan tinggalkan sedikit space di hadapannya.


Langgar - Ambil gambar belakang subjek pulak, dan masukkan sekali element yg berkaitan pd space yg wujud. Contoh mcm gambar manusia berjalan, ada footstep, kenderaan ada asap, etc etc



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Portrait - Close up

Ikut - Close up means muka semata-mata secare general, dan mata subjek sbg center of attraction


Langgar - Masih lg portrait, tp guna element lain sbg center of attraction



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya byk lagi rule yg boleh dilanggar, bergantung kpd gambar yg mcm mana kita mahukan.
So apapun before snap tu, tanya diri sendiri tu dulu, nak gambar yg mcm mana.


Adalah sgt penting utk seseorang jurufoto tu melengkapkan dirinya dgn ilmu asas serta segala rule yg ada terlebih dahulu sebelum keluar dari kepompong dan menghasilkan idea tersendiri.

Afterall, to break a rule, you must first learn what it is that you are breaking in the first place.

Selamat menembak, dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua :)

Ejad Fotopoyo