Saturday, May 3, 2014

TUTORIAL | Subjek Bergerak di Tempat Terang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Harini aku ada masa free sikit so aku nak share 1 tips ringkas untuk korang.

Tips yg aku nak share ialah cara-cara nak amek gambar mcm ni:


Perhatikan yg kipas tu berpusing tapi subjek berada di bawah matahari yg terik.

Logically la kan, utk shoot gambar sebegini, disebabkan subjek berada di tempat yg terang, kombinasi exposure akan memberikan bacaan shutter speed yg tinggi.
Bila shutter speed tinggi, camne nak shoot gambar kipas tu berpusing, ye dak? For sure shutter speed yg laju tu akan membekukan pergerakan kipas tu.

Maka kat sini aku akan share cara-cara nak amik gambar mcm ni kat korang. Tapi be prepared, sbb ia memerlukan kemahiran menggunakan mode manual pada kamera dan pada flash, so mungkin agak heavy sikit bagi jurufoto baru.

================================================================================


Sebelum aku pergi dgn lebih lanjut, aku nak galakkan korang baca kejap artikel Sunny 16 & Flash, kerana ia merupakan foundation atau asas bagi tutorial ini. Make sure korang tau cane nak guna mode manual dan cane nak control power flash anda secara manual.

Tools yg diperlukan dalam tutorial kali ni:
  1. Kamera yg ada mode manual.
  2. Lens yg menepati kehendak framing anda. Kitlens pun ok dah.
  3. External flash atau reflector.
  4. Subjek, iaitu orang.
  5. Barang yg ingin digerakkan, contohnya kipas mcm dalam gambar tu.
  6. Towel good morning dan air mineral secukup rasa utk melegakan hari panas anda.
  7. Standby ND Filter atau CPL filter jika ada, incase korang shoot di tmpt yg terang sangat.

================================================================================

Kali ni subjek yg kita nak shoot merangkumi still life (iaitu subjek/orang) dan juga moving subject (iaitu kipas). Keutamaan diberi kepada moving subject sbb kita nak shoot gambar yg menampakkan pergerakan tersebut, maka disini kita akan lebih fokus kpd penggunaan shutter speed.

Lepas dah pacak subjek dan barang yg ingin dipusing atau digerakkan tu di tempat yg sesuai (tempat korang nak shoot la), mengikut tutorial dari artikel Sunny 16 & Flash tu, ini langkah-langkah yg korang kena buat:
  1. Gunakan mode manual pada kamera.
  2. Jika anda guna external flash, gunakan manual power dan setkan power sekitar 1/4~1/1 dan halakan directly kpd subjek. Jangan bounce plak. Ingat langit tu siling ke boleh pantul balik.
  3. Jika anda guna reflector, just make sure anda pantulkan cahaya tu pada wajah subjek. 
  4. Setkan aperture sekitar f/16~f/22. Nak senang f/22 terus.
  5. Gunakan ISO serendah yg ada. Jika ada ISO50, pakai yg tu.
  6. Focus pada background (dlm kes ni: langit) dan ambil bacaan shutter speed. Kalau boleh dapatkan bacaan shutter speed yg agak rendah, sekitar 1/15~1/30 tanpa menjadikan meter itu overexpose. Kalau tak boleh pakai shutter speed rendah, try ubah lokasi, cari tempat yg redup sikit.
  7. Lepas tu, tanpa mengubah bacaan exposure tadi, sekarang focus pula pada subjek, get ready utk amek gambar. Bacaan exposure tadi biar je, takyah usik.
  8. Focus pada subjek, pusingkan kipas, snap. 
  9. Dah. Setel.

So apa yg berlaku disini ialah kita ambil bacaan exposure tu utk dptkan exposure background. Kalau kita shoot je pakai setting ni tanpa guna flash, gambar kita ada kemungkinan utk jadi silhouette.

Semasa mengambil bacaan exposure tu pulak, kita gunakan ISO paling rendah dan aperture paling kecil (usually f/22) supaya kombinasi tersebut membolehkan kita dpt bacaan shutter speed yg perlahan. shutter speed yg perlahan membolehkan kita merakam pergerakan kipas tu. Kalau shutter speed laju nnt kipas yg bergerak tu akan di-freeze-kan.

Apa jadi kalau shutter speed tu laju? Anda akan dapat gambar kipas yg freeze ceni:


Flash atau reflector yg kita gunakan ialah utk mencerahkan subjek. Kalau tak pakai nanti kemungkinan besar background kacak tapi subjek gelap.

Lepas dah amek setting exposure langit, kita takyah ubah semasa shoot gambar sbb nanti kalau kita ubah, kita dapat gambar yg overexpose. 

Ringkasnya:
  • Exposure setting pada kamera - utk background/langit
  • Flash/reflector - utk mencerahkan subjek

Lepas dah snap tu, kalau gambar jadik, syukurrrrr.

Kalau gambar tak jadi, check apa yg tak jadi tu:
  1. Kipas yg bergerak nampak kaku - rendahkan shutter speed
  2. Kipas yg bergerak nampak blur sangat - shutter speed rendah sangat tu. Lajukan sikit.
  3. Background over/under, subjek OK - check balik exposure setting pada kamera
  4. Background OK, subjek over/under - check balik power pada flash atau check cara reflector dipancarkan
  5. Background dan subjek dua-dua KO - baca balik no 3 & 4
  6. Gambar tak cukup pekat/pekat sangat/sharp sangat - tu takde kena mengena dgn tutorial ni. Check balik Picture Control korang. Nak hebat lagi shoot RAW, pastu edit kasi comel.

Takut nak shoot sbb kamera/lens tak cukup hebat? 3 gambar atas tu semua shoot pakai Pentax K-x dan kitlens 18-55mm je. Jangan nak bagi excuse sangat.

Maka dengan itu, sekian sahaja tutorial kali ni. 

Selamat mencuba!

Ejad Fotopoyo
2:03pm | 3 Mei 2014
Shah Alam

8 comments:

  1. Salam broejad..kalau guna built in flash leh dapat gmbr kacak seperti di atas x? ataupun leh tahu external flash yg bro guna dalam tutorial ni? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam

      built in flash kantoi bila background terlalu terang. kalau background tu redup/mendung mungkin boleh. sbb built in flash punya power x kuat mana.

      guna flash Metz utk gambar ni. any flash will do. semurah2 yongnuo pun boleh, janji ext flash

      Delete
  2. terima kasih bang ejad, tak pernah terfikir boleh combine 2 perkara yang bertentangan camni ...

    ReplyDelete
  3. sonok baca blog bro...penuh dgn informasi utk beginner mcm aku ni...thankz alot...btw ko klakar gak....hahaha

    ReplyDelete
  4. tqvm for information.

    klu pakai 5 flash, pastu bouce. kat langit gak, tak buleh ke? :3

    ReplyDelete
  5. tqvm for information.

    klu pakai 5 flash, pastu bouce. kat langit gak, tak buleh ke? :3

    ReplyDelete