Friday, June 10, 2011

ADVANCED - Exposure Bracketing & High Dynamic Range (HDR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sebelum nak story pape, nak bagi reminder dulu.
Artikel ini akan lebih mudah difahami sekiranya anda sudah faham betul-betul teknik Exposure Metering.

So jika anda belum faham, boleh baca di sini: Bagaimana Menggunakan Mode M

Dah baca & faham?
Ok, now we can proceed to our topic - BRACKETING.

Apabila kita mengambil gambar, light meter pd kamera akan memilih (atau jika mode Manual, kita yg pilih) nilai shutter speed, aperture dan ISO yg kita rasakan paling terbaik utk mendapatkan gambar yg properly exposed.

Tapi, properly exposed yg mcm mana? Adakah properly exposed atau ideal exposure itu bermaksud gambar itu confirm cantik?

Selalunya masalah exposure berlaku apabila kita mengambil gambar landscape, kerana bahagian atas (langit) terlalu terang, manakala bahagian bawah (tanah/laut) lebih gelap berbanding atas.

Jika kita mengambil bacaan exposure bahagian atas, langit akan properly exposed, tapi bwh yg sememangnya gelap akan maintan gelap.
Manakala, jika kita mengambil bacaan exposure bahagian bwh, gambar akan diterangkan, sekaligus menyebabkan langit yg sudah terang itu menjadi terlalu terang.

Dlm Exposure Bracketing, teknik bracketing akan menyelesaikan masalah sebegini.

Bagaimana? Dengan mengambil beberapa keping gambar yg sama tapi berlainan exposure, iaitu 'menambah' sekurang-kurangnya 2 lagi gambar, iaitu 1 yg terang, dan 1 yg gelap.

Kebiasaanya dgn teknik bracketing, jumlah gambar ialah ganjil. Contoh:
  • 1 under + 1 ideal + 1 over = 3 exposures
  • 2 under + 1 ideal + 2 over = 5 exposures
  • 3 under + 1 ideal + 3 over = 7 exposures
  • dan seterusnya

So combined all together, kita ada 3 set gambar = overexposed, ideally exposed, underexpose.

Dan gap atau jarak exposure tu plak bergantung kpd selera kita. Paling senang ialah gap 1 stop pada shutter speed, contohnya:

  • Ideal:                  ISO100     f/8     1/250
  • Under 1 stop:       ISO100     f/8     1/500
  • Over 1 stop:        ISO100     f/8     1/125

Utk pemahaman lanjut sila rujuk artikel Divisyen Stop Dalam Exposure Reading.

Kenapa nak diambil byk-byk gambar mcm ni?

Utk gambar yg ideal exposure, kita mahukan detail pada midtone.
Utk gambar yg underexposed, kita mahukan detail pada highlight.
Utk gambar yg overexposed, kita mahukan detail pada shadow.

Berikut adalah contoh bracketing yg aku buat, iaitu sebanyak 7 frames (3 over, 1 ideal, 3 under). Sila lihat, pada gambar yg underexposed, detail pada langit (highlight) lebih jelas kelihatan, manakala detail pada pokok (shadow) lebih jelas pada gambar yg overexposed.


Info penting yg perlu anda ketahui dalam mengaplikasikan exposure bracketing ialah:
  • gunakan ISO serendah yg mungkin (ISO100~200) kerana kita pakai tripod
  • gunakan aperture yg kena dgn selera keluasan depth of field yg anda mahu. Kalau gambar landscape, pakai aperture f/8-f/14
  • perubahan hanya berlaku pada bacaan shutter speed
  • sukati nak pakai White Balance apa, tapi aku usually akan pakai Daylight.

Lepas dah ada koleksi gambar yg merangkumi kesemua exposure ni, anda bolehlah menggabungkannya menggunakan software seperti berikut. Link utk contoh tutorial disertakan:
  1. Adobe Photoshop: tutorial
  2. Photomatix: tutorial
  3. Picturenaut (freeware): tutorial
  4. dan lain-lain.
Kalau contoh tutorial kat atas tu kurang memuaskan utk korang, google sendiri je "nama software hdr tutorial", contohnya "photoshop hdr tutorial".

Hasil drpd gabungan kesemua gambar tersebut, anda akan mendapat gambar yg betul-betul properly exposed, di mana detail pd shadow, midtone dan highlight kesemuanya dapat dilihat dgn clear dan jelas.

Tapi belum sempurna lagi gambar tu. Editing/post processing mesti dibuat utk mencantikkan dan menyempurnakan lagi gambar tersebut.

Ini hasil gabungan tone mapping drpd Photomatix dan editing drpd Adobe Lightroom:


Gambar mcm ni lah yg dipanggil HDR - High Dynamic Range.

Contoh lain:


Mengenai editing dan post processing ni,  mcm biasalah, subjektif. Korang edit lah sesuka hati. Tiada rule yg mengatakan gambar HDR mesti pekat la apa la.

Contoh gambar HDR aku yg lain: HDR oleh Ejad Fotopoyo


FAQ Section:

1) Mcm mana nak ambil gambar dgn function Bracketing?
  • Tripod - wajib. Kita nak ambil beberapa frame gambar yg sama, so handheld akan menyebabkan horizontal/vertical kita lari/tak seimbang
  • Mirror lockup dan remote shutter digalakkan
  • Seeloknya gunakan format RAW to preserve as much details as possible
  • Guna function bracketing yg ada pada kamera anda (sila baca User Manual)

2) Tapi kamera saya takde feature Bracketing. Mcm mana?
  • Aku try guide secara ringkas.
  • Kalau pakai mode manual, just make sure utk dptkan ideal exposure seperti biasa, iaitu indicator di "0" atau di tgh. Lepas snap, tanpa mengubah bacaan aperture dan ISO, ubah bacaan shutter speed ke bacaan yg lebih tinggi (utk gambar underexposed), kemudian yg lebih rendah (utk gambar overexpose). Berapa byk frame dan berapa jarak stop tu terpulang pada anda. Tapi biasanya paling minimum ialah 3 frames dan jarak 1 stop.
  • Atau, lebih mudah kalau pakai mode Av/A, lps snap gambar, pakai button Exposure Compensation dan bermain-main dgn nilai + dan - utk mendapatkan gambar yg over dan underexposed.

3) Bagaimana nak menggabungkan gambar-gambar tersebut?

4) Lepas dah gabung, nak edit mcm mana?
  • Subjektif. Nak edit kasi mendung ke, B&W ke, pekat ke, tu semua terpulang pd anda
  • Jika anda inginkan efek yg dramatik, boleh guna Tone Mapping pd Photomatix
  • Jika inginkan efek natural, edit biasa-biasa pun sudah memadai

5) Tapi saya tgk kawan-kawan saya punya gambar HDR semua mendung-mendung, kaler pekat. Means HDR tu gambarnya memang mcm tu ke?
  • Nope!
  • HDR sendiri bermaksud High Dynamic Range, di mana Dynamic Range itu merujuk kpd tonal detail yg terdapat pd highlight, midtone dan shadow
  • So slps gambar bracketing anda digabungkan, anda sudahpun mempunyai foto HDR, iaitu foto yg betul-betul properly exposed
  • Mendung dan kaler yg pekat tu itu just hasil editing drpd tone mapping. Anda nak edit jadi cerah ke gelap pun boleh, apedehal, as long as detail pd highlight/midtone/shadow tu masih terpelihara

6) Kejap, saya masih confuse. Apa beza Exposure Bracketing dgn HDR?
  • Exposure Bracketing ialah teknik mengambil beberapa gambar yg sama tetapi berlainan exposure
  • HDR ialah gambar yg tinggi dynamic range nya, lengkap dgn tonal detail pd highlight, shadow dan midtone
  • So exposure bracketing ialah teknik, HDR ialah hasilnya (gambar)

7) So wajiblah guna teknik Exposure Bracketing utk dapat gambar HDR?
  • Usually yes, but it depends.
  • Certain gambar yg contohnya langitnya tidaklah terlalu terang, HDR boleh diperoleh hanya dgn single RAW file, iaitu dgn editing menggelapkan bahagian langit dan menerangkan bahagian foreground.
  • Atau, gunakan GND filter utk menggelapkan bahagian langit
  • Mcm aku, bila aku tak bawak tripod, aku capture single RAW image pastu edit kasi nmpk mcm HDR. Google "hdr with single image"

    8) HDR ni hanya utk landscape je ke?
    • Nope. Teknik exposure bracketing ni bole di-apply pada semua jenis gambar, yg mana anda mahukan detail yg lengkap pada midtone, highlight dan shadow.
    • Kebetulan je gambar landscape byk yg HDR sebab perbezaan exposure yg ketara di antara langit dan foreground memaksa jurufoto menggunakan kaedah exposure bracketing

    Sekian dulu perkongsian kali ni.

    Nota ni tak lengkap. Aku tak mampu nak share everything dalam 1 artikel sbb aku nak korang try dan explore sendiri psl HDR ni.

    Utk pemahaman lanjut boleh baca artikel di bwh:
    1. http://www.stuckincustoms.com/hdr-tutorial/
    2. http://www.cambridgeincolour.com/tutorials/high-dynamic-range.htm
    3. http://en.wikipedia.org/wiki/Bracketing
    4. http://www.photoxels.com/tutorial_exposureBracketing.html
    5. http://www.tawbaware.com/maxlyons/cgi-bin/image.pl?showFileName=Blend_KeyBridge_Blended.jpg&gallery=1

    Semoga bermanfaat.

    Ejad Fotopoyo

    6 comments:

    1. thank you for sharing bro! sangat suka! :)

      ReplyDelete
    2. Akum tuan, nak minta nasihat macamana nak guna custom white balance. Saya pakai Canon 550D. Kahwin adik ari tu semua gambar warna oren... Masa tu pakai AWB.

      ReplyDelete
    3. info yg menari..tq.tp sy ada soalan nak tanya..apa beza format jpeg n raw ng kita tangkap tu..file gmbar format raw sy ada juga perasan yg file die lbey tinggi dari fomat jpeg..so detail die lagi sharp ke?klw bole buat la artikal psal benda nie ye..ntok rujukan kami2 yg newbie nie..trima kasih

      ReplyDelete