Wednesday, August 24, 2011

INFO - Digital SLR & Analogue Lens: Part II


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel ini adalah kesinambungan daripada Digital SLR & Analogue Lens: Part I

Kali ini kita akan membincangkan dgn lebih mendalam, bagaimana menggunakan lensa manual pada body digital SLR.

Sumber rujukan utama utk tajuk kali ini: Easy way to use manual lenses on DSLR



1. Viewfinder Diopters

Diopter pada body Nikon

Ada antara kita yg rabun, tak kisah jauh atau dekat, yg apabila menggunakan kamera, tidak memakai spek. Dalam kes sebegini, diopter pada viewfinder perlu diselaraskan mengikut tahap kerabunan mata supaya kita dpt fokus dgn lebih tepat.

Bagaimana? Letakkan mata anda pada viewfinder seperti ingin mengambil gambar mcm biasa, tp fokuskan penglihatan pd bacaan/info yg terdapat di dalamnya (shutter speed, aperture, ISO, metering etc etc), sambil itu adjust diopters ke + atau - sehingga tulisan info di dlm viewfinder itu kelihatan sharp pd mata anda. Voila, siap~


2. Adapter with AF Confirmation

Walaupun hanya Pentax dan Nikon yg masih kekal menggunakan mount lama, kamera jenama lain masih boleh menggunakan lens yg tidak sama mount dgn bantuan adapter.

Adapter pula terdapat pelbagai jenis. Ada yg cap ayam, ada yg berkualiti. 
Yg berkualiti contohnya, ada fungsi AF Confirmation, iaitu apabila imej sudah kelihatan sharp pd viewfinder, akan ada signal/alert drpd body seperti blinking atau beep-beep, menandakan subjek kita sudah in-focus. Mana nak cari? Pandai-pandai koranglah~

Nikon - EOS adapter with AF Confirmation



3. Split Focusing Screen

Pada zaman analog dan pada mechanical SLR khasnya, split focusing screen digunakan sbg alat bantuan yg cukup efektif dlm manual focusing. Terdapat 3 jenis - horizontal, vertical dan diagonal.

Ia akan membahagikan imej kita kpd 2 bahagian yg tidak selari, dan apabila subjek itu kelihatan selari dlm viewfinder, bermakna ia sudah in-focus.

Kurang jelas? Lihat contoh gambar di bawah. 

Out of focus - imej tidak selari
In focus - imej 'bertemu' dan selari

Screen ini sudah tidak lagi ada pada DSLR. 
Namun anda boleh membelinya dan memasangnya pada body kamera anda. 
Jenama yg terkenal - Katz Eye. 

Dan walaupun ianya split screen, ia tidak akan mengganggu autofocus points yg sedia ada pada kamera anda.



4. Live View

Hampir kesemua kamera DSLR mempunyai Live View, di mana kita boleh melihat imej secara live pada skrin LCD kamera kita.
Dlm manual focusing, Live View adalah antara cara termudah dan terpantas utk kita dapatkan imej yg sharp. Cuma kekurangannya ialah bateri akan lebih cepat habis serta shutter lagging.



5. Lain-lain

Mungkin ada antara anda yg ada cara lain yg lebih mudah utk mendapatkan imej yg sharp dlm manual focusing. Jika ada, sudi-sudilah kongsi di sini :)


RACUN PART II - PENTAX
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2 + Extension Tube
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2 + Extension Tube
Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F2

Pentax K20D & SMC Pentax-M 35mm F2.8

Pentax K20D & SMC Pentax-M 35mm F2.8

Pentax K20D & SMC Pentax-M 50mm F1.4


Sekian dulu artikel mengenai manual lens pada body DSLR.
Again, baca kedua-dua artikel dgn teliti dahulu sebelum bertanyakan apa-apa soalan. Jgn main terjah je, nnt kena jwpn pedas drpd aku.

Salam,
Ejad Fotopoyo

7 comments:

  1. okay , ini sgt best ! aku baru tahu pasal split focusing screen . tq ejad !

    ReplyDelete
  2. hahahahahhaha ! saya serious . di pagi hening subuh ni tak baek menipu :)

    ReplyDelete
  3. ejad , aku jatuh hati gila dengan m42 nih . haihh . sila berkunjung blog saya dan lakukan sedikit comment kalau ada salah silap

    ReplyDelete
  4. @alrazizarini

    ak belum cukup hebat la nak komen gambar org ni. hehe. tp kalau dah ko yg snap, sure ok la tu. ko lg masta manual drpd ak :D

    ReplyDelete
  5. haishh , kau memandai je . aku seriously tak hebat . aku follow kau je dan beberapa sumber lain . mata aku belum cukup sharp untuk lens manual nih . aku masih terkial2 nak focusing :D bak kata kau , baru pakai d3100 berangan nak pakai d3x

    ReplyDelete
  6. ok baru tau pasal diopters tu..haha

    ReplyDelete