Sunday, August 21, 2011

MEMBEBEL - Golongan Photog yang Bikin Semak Industri

Kemajuan teknologi, khasnya dlm bidang digital photography mewujudkan ramai pengguna kamera DSLR.

Kita yg main kamera ni pun suka sbb hobi yg sihat ni makin berkembang, kawan makin ramai, dan dlm masa yg sama, sekaligus meningkatkan lagi bilangan mereka-mereka yg rasa diri tu sgt hebat sbb org lain takde kamera besar mcm yg tergantung kat leher mereka.

Dan golongan sebegini pantang dipuji - terus rasa diri tu hebat ala Ansel Adams. Hasil? Tuhan saja yg tau.

Juga pantang dikritik - sampai boleh gaduh dlm facebook jadinya bila gambar tu dikomen pedas sikit.
Alasan yg biasa dikemukakan "Ala, aku baru belajar la!"

Tau pun baru belajar, berlagak hebat tu kenapa?

Berikut adalah golongan yg bikin menyampah dan merosakkan lagi industri photography sekaligus menambahkan lg jumlah mitos yg wujud dlm blog aku:

=========================================================================

1. Bodoh sombong

Kalau tak tau, tanya. Kalau tak faham, tanya. Jgn nak kerek berlagak tau, lps tu hasil gambar hancur.


2. Bajet sifu

Member tanya soalan, kalau tak tau nk jwb tu, diam sudah la.
"Gambar saya byk noise la, kenapa ea?"
"Kau pakai D3000 ea? Mmg la noise. Kena guna D3 baru takde noise"

Pelbagai lagi situasi berkenaan isu Bajet Sifu - Mitos | Auta


3. Tuding Jari

Part nak menyalahkan orang/tools ni cukup laju.
"Gambar ni underexpose sebab haritu mendung laaaa.."
"Bodoh la lens ni, apesal blur plak ni???"
"Gambar tak sharp ni mesti sbb brand Sony. Nak tukar Nikon lah."


4. Ignorant + Pemalas nak mampus

Contoh terbaik:


5. Berpuak-puak

Taknak geng dgn org pakai kamera lain, musuh kononnya. Selalu yg jadi mangsa keadaan ialah pengguna Oly, Pentax dan Sony. Dan yg berpuak-puak ni kekadang bukan hebat mana pun, sembang je lebih.


6. Gelojoh

Dah story kat sini - Jangan Gelojoh

Baru seminggu pegang kamera, nak tukar aperture pun tak reti, sibuk buat job wedding sana sini.
Tu yg buat job. Ada yg exposure terkontang-kanting, tapi bila bercerita psl HDR, dialah yg paling hebak!

Soalan paling feymes yg selalu ditanya (tengok soalan dah tau ni budak baru):
"Bang, saya guna Canon 1000D, boleh buat job wedding tak guna kamera ni?"


7. Rabun terlampau

Tak baca habis artikel atau description, terus tanya soalan walhal jwpn dah depan mata.

Contoh yg selalu terjadi kat event facebook. Dah terang-terang tulis segala maklumat mengenai tempat, byrn apa semua, boleh lagi ditanya "Kat mana ni? Kena bayar berapa?"


8. Shortcut
*updated on 12.38am, Aug 22, 2011

Okeh, ni golongan paling kuang hajar sekali. Dia tau susah nak naik dlm industri ni, byk pesaing, plus gambar tak berapa nak lawa lagi.

So apa dia bikin? Kopipes + Save Image As gambar-gambar photog lain utk dibuat portfolio.
Bukan setakat gambar, artikel ke review orang lain ke disebat jugak utk dibuat harta sendiri.

Jumpa org mcm ni, kasi kerat jek jari tu.


9. Candid + Pedajal Orang
*updated on 7.03pm , Aug 24, 2011

Korang suka street photography? Good, itu salah 1 genre yg bagus.
Tapi takyah la sampai nak candid celah punggung org lepas tu jaja gambar tu merata 1 facebook. Candid lah gambar yg mempunyai 1001 penceritaan, yg ada feel, yg ada peristiwa.
Ini tak, cleavage minah salleh yg dicarinya, lepas tu bangga dpt gambar mcm tu, upload kasi 1 dunia tengok.

Imagine kalau diri sendiri kena mcm tu, ada bran?


10. Judgemental
*updated on 8.34am , Sept 9, 2011

Jenis yg judge the people by their camera. Golongan yg angkuh, bajet lebih hebat drpd orang lain sbb dia pakai DSLR, org lain pakai kamera biasa-biasa.
Selalu nmpk golongan mcm ni kat facebook je. Jumpa betul-betul, siap la kena tiao dgn aku nnt, tengok la.



=========================================================================

Banyak lagi. Nanti aku teringat aku update.

Terasa? Yes, mmg nak kasi korang butthurt. Kalau lah ada antara korang yg termasuk dlm golongan di atas, either korang insaf dan merajinkan diri, else, please blah drpd hobi ni. Kemalasan korang tu akan merosakkan lagi minda junior newbies yg berminat pd hobi ni.

Sukati korang sbb duit korang? Fine, main je lah kamera tu, tapi toksah la nak auta sana sini..

Sorry membebel. Seriously aku dah naik muak dgn golongan mcm ni. Tapi kadang-kadang best gak, sumber hiburan. Hihi.

Selamat berpuasa & have a nice weekend :)

Ejad Fotopoyo

11 comments:

  1. betul2..shy setuju..
    praktis dulu then baru tanya..bukan tanya dulu baru praktis..

    ReplyDelete
  2. sgt2 setuju.. hehehe
    sy sokong part 5 tuh,.. berpuak2
    kat tmpat keje sy nih mereka guna NIKON tp sy sorang je yg guna CANON, jd sy xdpt nk join dioarag outing atau belajar. terpaksa la sy belajar sorang2... hehehe

    ReplyDelete
  3. paling sokong no 5!haihh..rmai pandang slack je ble tgk aku pegang SONY.grrrr~~

    ReplyDelete
  4. terbaik, mentang2 aku pakai SONY, semua x nak geng dgn aku, siap kutuk depan2 lagi, kalo korang nak gambar korang x sharp, ko suruh je mamat ni(aku) amik gambar korang, kompen x sharp sbb dia pakai SONY, pakop betul lah spesis2 ni

    ReplyDelete
  5. hahaha..
    yg pakai dslr x pe lagi..
    ni aku plak..pakai SLR filem pun kene bahan...
    macam2 daa!!
    siap kate belakang.."x de duit nak beli DSLR la tuew...."..(=.=)'..

    ReplyDelete
  6. rajin ko update smenjak dua 2menjak ni =P

    ReplyDelete
  7. aku tak kisah kawan dengan siapa siapa yang pakai jenama apa pun...janji kreatif dan suka berkongsi ilmu......kalau kedekut...GTH!!!!!

    ReplyDelete
  8. betul tu,biar low profile tapi ilmu dasat,mcm mmber aku cerita tentang sorang brader ni,pakai kemra canon lama,kemra bodo kata member aku,tapi hasil gamba dia & skill dia ramai yg tau & kenal brader ni aku rasala,sifu Mahazam.

    ReplyDelete
  9. Mahazam Zainal, pengguna tegar Canon 10D dan 1000D sbg 2nd body? kenal dowwwwwhhhh. hahahha

    ReplyDelete
  10. Saya suka dgn blog poyoland ni....mmg best giler. Apa yg dikatakan saya sokong 100%.

    ReplyDelete