Monday, October 29, 2012

Memilih Titik Fokus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian.

Malam ni aku nak share benda yg basic, antara benda paling asas dlm proses pengambilan gambar, iaitu focusing, atau mengfokus.

Zaman skrg boleh dikatakan 99.9% kamera digital yg dijual di pasaran, semuanya menawarkan fungsi autofocus. Very simple, switch on the camera, half press the shutter button to focus, bunyik "beep" kedengaran, pastu snap, siap!

Autofocus ni mmg sebuah fungsi yg sgt bagus. Tak mcm zaman dulu-dulu, majoriti kamera semua manual focus, slow giler nak pakai, lagi-lagi kalau dpt kat org ygr rabun.

Namun dlm senang-senang pun, ada jugak kelemahannya. Boleh baca artikel AF vs MF.
Anda-anda semua pasti pernah mengalami situasi sebegini kan?


Sumber: http://teunispats.net/canon-test.htm

Situasi di atas seringkali terjadi bila kita pakai autofocus, dan apabila kita mintak tolong member shoot-kan gambar kita.

*artikel ni bukan nak cerita psl isu back focus atau front focus ye abg kakak professional sekalian...

Dlm kamera korang tu, kalau korang perasan, autofocus ni byk cabang. Antaranya AF-S, AF-C, AF-A, AI Servo, Single Area, Dynamic Area bla bla bla. Macam-macam.

Utk mengekalkan ke-simple-an artikel ni, aku hanya akan sentuh 2 benda je, iaitu autofocus yg kamera fokus sendiri ikut sukati, dan autofocus yg kita sendiri pilih kat mana nak fokus.


AUTOFOCUS: Closest Distance

Biasanya ditunjukkan dalam simbol berikut (utk Nikon):


Utk Canon plak, kalau semua titik fokus dlm VF korang tu menyala.

Dgn mode ni, usually kamera akan focus ikut sukati sensor beliau, dan biasanya subjek yg akan difokus ialah subjek yg paling dekat, sbb tu ada keyword Closest Subject tu.

Antara cara autofocus yg paling kacang dan simple. Kelemahannya ialah apabila ada penghalang di antara kamera dan subjek yg anda nak fokus tu, maka kamera akan fokus pada penghalang tersebut, sbb ia akan mencari subjek yg paling dekat secara automatik.

So jika anda memakai mode AF ini, just make sure tiada penghalang di antara kamera dengan subjek yg ingin difokus itu.


AUTOFOCUS: Focus Point Selection

Ok skrg ni sila perhatikan viewfinder kamera masing-masing, dan anda akan dpt lihat info seperti berikut:

Viewfinder Canon 1100D

Nama menatang merah tu dipanggil sbg Focus Point, atau Titik Fokus.
Apabila anda menggunakan mode selain drpd Closest Subject seperti yg di atas, anda boleh memilih sendiri subjek yg ingin anda fokus, berpandukan kpd kedudukan subjek anda berada.

Jumlah titik fokus ini berlainan, bergantung kpd model kamera. Usually bilangannya adalah ganjil, iaitu 1, 3, 5, 7, 9, 11, 39 etc etc. Sila rujuk user manual atau google mengenai specification kamera anda utk mengenalpasti berapakah jumlah titik fokus yg terdapat pada kamera anda.

Very simple:
  1. Compose/frame kan gambar yg anda nak ambil tu siap-siap
  2. Dgn menggunakan Cursor atau Joystick pada kamera anda, gerakkan titik fokus tersebut
  3. Make sure titik tersebut bertindih dgn subjek yg anda ingin fokus tu
  4. Untuk kepastian, titik fokus yg dipilih itu akan berwarna merah
  5. Kemudian half-press shutter button, biarkan kamera fokus
  6. Bunyik "beep" menandakan subjek sudah difokus seeloknya
  7. Meter exposure jika anda pakai mode Manual atau Av/A | Tv/S.
  8. Abaikan langkah 7 jika anda pakai mode selain MSAP
  9. Snap.

So contohnya la kan, nak amik gambar mcm kat bwh ni, dan nak focus mata, so compose/frame siap-siap, pastu gunakan cursor/joystick tu utk menggerakkan titik fokus pada kwsn mata tersebut:

Sumber: dpreview

Utk tutorial yg agak lengkap, sila tonton video di bawah sbg rujukan:


Simple jek kan? So apa lagi, bukak user manual, carik bahagian Focus/Focusing dan fahamkan bagaimana utk memilih dan menggunakan titik fokus pada kamera anda.

Btw, autofocus ke manualfocus ke, apabila ingin fokus pada subjek yg sangat dekat, make sure jarak subjek tersebut tidaklah terlalu dekat sehingga mengatasi MFD pada lens anda.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. saje nak kacau, utk ejad yg mana lagi suka? banyak cross type AF points sensitive to -1EV atau banyak single line type tapi sensitive to -3EV? yang mana satu lebih tinggi priority dan mungkin byk keeper rate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly speaking, den x gheti la cross type ni. dari dulu duk baca tp x paham pun. xtau pun bila masa nak pakai, dan kebetulan kamera D50 ni xdak pun benda alah tu, tu yg x amik port sgt. so sila la bertanya pd mereka yg lebih pakar ye. harap maaf & harap maklum :)

      Delete
  2. Replies
    1. w'salam. g carik dan baca artikel rule of thirds

      Delete