Monday, January 17, 2011

Tips Menjaga Kamera 3 - BATTERY

Assalamualaikum & salah sejahtera buat semua pengunjung.

Sebelum ini sudahpun diterangkan bagaimana utk menjaga dan memelihara body DSLR dan lens kita di sini:
Body - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-1-body.html
Lens - http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-2-lens.html

Kali ini, saya akan menyentuh mengenai bateri pula.

Berlainan dgn zaman dahulu yg semuanya mekanikal, zmn digital kini lebih byk menggunakn tenaga bateri.

Biasanya setiap pembelian DSLR akan disertai dgn bateri Lithium-Ion, atau singkatannya Li-Ion, berbanding dgn beberapa brand lain yg menyuruh kita menggunakan bateri AA.

Apa kegunaan bateri dlm penggunaan kamera?
  • Exposure metering
  • LCD display
  • Flash
  • Focus, zoom


Li-Ion Battery


Berikut adalah fakta yg anda perlu tahu mengenai bateri Li-Ion:

1- Biasanya mempunyai 300-500 kali tempoh discharge/charge cycle
  • Discharge/charge cycle bermakna pusingan utk kehabisan tenaga diikuti dgn re-charge hingga tenaga bateri mencapai 100%
  • Jika anda telah menggunakan 50% tenaga bateri pd hari pertama, kemudian charge hingga 100% pd waktu mlm dan buat perkara yg sama pd hari kedua, anda baru sahaja menghabiskan 1 charge cycle bateri tersebut

2- Lebih prefer separa-discharge drpd full-discharge
  • Full-discharge bermaksud menggunakan bateri sampai habis tenaga langsung 0%
  • Jgn tunggu hingga tenaga habis keseluruhan, caslah jika anda dapati bateri itu sudah low

3- Tiada kesan memori pd bateri Li-Ion
  • Mengecas bateri Li-Ion yg masih mempunyai tenaga tidak akan mendatangkan mudarat kerana ia tiada memori
  • Kekerapan mengecas tidak akan akan memendekkan jangka-hayat bateri

4- Elakkan full-discharge
  • Bateri Li-Ion sebenarnya mengandungi circuit istimewa utk melindungi bateri dprd overcharged atau undercharged
  • Circuit istimewa ini dibina utk melindungi bateri drpd kerosakan yg boleh timbul jika tenaga bateri anda sangat rendah atau 0
  • Apabila tenaga bateri menurun hingga ke 1 tahap voltage yg terlalu rendah, circuit keselamatan yg terbina di dlm nya akan 'terbuka' dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal
  • Perkara ini biasa berlaku apabila kamera tidak digunakan dlm tempoh yg lama, bateri dibiarkan begitu sahaja, kemudian akan perlahan-lahan discharge hinggalah akhirnya tenaganya mencapai 0
  • Jadi, elakkan drpd bateri itu kehabisan tenaga sepenuhnya
  • Disebabkan bateri tiada memori, jadi adalah lebih baik utk mengecasnya selagi boleh

5- Keluarkan bateri drpd kamera jika tidak digunakan
  • Jika anda tidak menggunakan kamera dlm 1 tempoh yg lama, katakan 1 minggu, keluarkan bateri tersebut drpd kamera
  • Ini adalah utk mengelakkan drpd berlakunya full discharge sekiranya terbiar di dlm body camera

6- Keadaan panas

  • Elakkan utk menggunakan bateri yg penuh tenaganya pd keadaan yg sgt panas utk suatu jangka masa kerana bateri yg penuh hanya boleh pergi setinggi 45'c semasa digunakan

7- Keadaan sejuk

  • Bateri tak dpt berfungsi dgn baik dan akan cepat habis tenaganya jika digunakan pd keadaan yg sgt sejuk
  • Utk mengelakkan perkara ini berlaku, sentiasa pastikan bateri anda bersuhu badan dgn menggenggamnya atau simpan dlm poket baju/seluar

8- Jangka hayat

  • The fact is, bateri Li-Ion sudahpun menghampiri kematian sebaik shj ia keluar drpd kilang
  • Jangka hayat utk bateri yg tidak digunakan adalah berbeza tp dijangka akan hilang 20% drpd jumlah tenaganya setiap tahun drpd tarikh ia dicipta
  • Jadi, jika anda ada extra bateri, jgn biarkannya shj tersimpan. Gunakannya silih berganti dgn bateri yg ada
  • Jgn beli 2nd hand Li-Ion bateri sewenang-wenangnya. Check dahulu tarikh ia dicipta
  • Tidak digalakkan utk beli bateri spare terlalu byk just in case jika ia diperlukan utk masa depan. Sebaiknya simpanlah duit dan beli apabila betul-betul perlu sahaja
  • Dlm tempoh setahun, bateri akan mula menunjukkan penurunan prestasi tenaga dan akan mati pd tahun berikutnya atau seterusnya (walaupun tidak digunakan)
  • Saat bateri itu sudah mati, matilah ia, tak boleh dicas semula

9- Simpanan
  • Bateri Li-Ion boleh disimpan casnya selama berbulan-bulan
  • Ia mempunyai kadar self-discharge 5-10%
  • Spt yg dikatakan td, jika anda bercadang utk tidak menggunakan kamera pd jangka masa yg lama, jgn lupa utk keluarkan bateri drpd body camera
  • Utk simpanan yg lebih baik, simpan bateri dlm kadar cas 70-80% pd keadaan sejuk kering
  • Ada juga yg mengatakan bateri akan tahan lebih lama jangka hayatnya jika disimpan dlm peti sejuk (tp bukan sampai beku la)
  • Jgn dedahkan pd keadaan yg lembab kerana ia boleh menyebabkan ia berkarat
  • Jika anda betul-betul menyimpan bateri dlm peti sejuk, pastikan anda membiarkan ia pd suhu bilik utk beberapa ketika sebelum digunakan

AA Battery



Selain Li-Ion, bateri yg popular ialah bateri AA, yg biasanya menjadi sgt penting apabila anda menggunakan external flash pd camera anda.

Terdapat pelbagai jenis, seperti Alkaline yg tidak boleh dicas semula tetapi kosnya murah dan mudah didapati di mana-mana.

Contoh yg boleh dicas semula ialah spt bateri Sanyo Eneloop di dlm foto di atas.
Bateri yg rechargeable ini biasanya eco-friendly kerana diperbuat drpd nontoxic metal.

Kosnya lebih mahal tetapi jika dilihat pd jangka masa panjang, bateri ini lebih murah drpd bateri alkaline pakai-buang yg sentiasa perlu dibeli.


TIPS UTK MENJIMATKAN PENGGUNAAN BATERI
  1. Kurangkan penggunaan LCD monitor atau Live View pd kamera
  2. Jika boleh, kurangkan brightness pd LCD monitor kamera
  3. Switch off external flash apabila tidak digunakan
  4. Pastikan electronic contact yg terdapat pd bateri dan charger sentiasa bersih sebelum mula mengecas
  5. Seperti yg sudah diterangkn di atas, keluarkan bateri jika tidak digunakan dlm suatu tempoh yg lama
  6. Let say anda sedang outing bersama rakan-rakan, tak perlulah off-on kamera dgn kerap sebelum mengambil gambar yg seterusnya
  7. Jika anda jenis yg transfer gambar menggunakan kabel drpd kamera kpd PC, belilah 1 memory card reader
  8. Last tips yg agak sukar - amalkan guna manual focus kerana autofocus mechanism memakan tenaga bateri

Fuh, panjang gak la artikel psl bateri ni kan. Letih kot taip.
Well, I guess that's it kot psl bateri ni.

Jika anda masih belum membaca tips yg lain, sila klik link yg diberikan di bwh:
  1. Tips Menjaga DSLR 1 - BODY
  2. Tips Menjaga DSLR 2 - LENS
  3. Tips Menjaga DSLR 4 - MEMORY CARD

Nantikan tips yg lain drpd saya slps ini, mengenai beg, drybox dan sebagainya.
Semoga mendapat manfaat dgn tips di atas.

Sekian, Wassalam.


Sumber Rujukan:

  1. Lowyat Forum (sumber utama)
  2. How to prolong the lifespan of Li-Ion battery
  3. Tips for prolonging the life of your cell phone battery
  4. 3 Things You Should Already Know About Your Lithium Ion Battery
  5. Camera Batteries
  6. FAQ on Li-Ion Batteries
  7. Battery Facts dan FAQs
  8. Li-Ion Battery by wikipedia
  9. What You Need to Know About Li-Ion Batteries

10 comments:

  1. nak tanya, kebiasaannya berapa lama tempoh utk mengecas kembali beteri2 ni ye? kalo hp ade indicator menunjukkan beteri tu dah full charge.

    ReplyDelete
  2. depends.. sila baca manual pd model kamera masing2

    ReplyDelete
  3. ILMU YG AMAT2 BERGUNA..TIMA KASIH BEBANYAK..

    ReplyDelete
  4. it says there, 'Bateri tak dpt berfungsi dgn baik dan akan cepat habis tenaganya jika digunakan pd keadaan yg sgt sejuk'....
    pastu... 'Ada juga yg mengatakan bateri akan tahan lebih lama jangka hayatnya jika disimpan dlm peti sejuk'.. cna ea? keadaan sejuk bg bateri tahan atau cepat habis tenaga xtually??
    sekadar bertanya ^^

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    ok, first statement:
    'Bateri tak dpt berfungsi dgn baik dan akan cepat habis tenaganya jika digunakan pd keadaan yg sgt sejuk'
    keywords: "digunakan, sejuk"

    2nd statement:
    'Ada juga yg mengatakan bateri akan tahan lebih lama jangka hayatnya jika disimpan dlm peti sejuk'
    keywords: "disimpan, sejuk"

    see the difference? penyimpanan vs penggunaan

    ReplyDelete
  6. hehheh.. =) got it bro... thanx

    ReplyDelete
  7. terima kasih bro for the brilliant summary drpd pelbagai rujukan web english yg lain =)

    ReplyDelete
  8. Kamera kompak saya guna bateri AA. Kenapa baterinya cepat habis hanya 3-4 kali snap saja walau dah guna bateri jenis Energizer yg harganya mahal.

    ReplyDelete
  9. Baru beli 2nd hand original bateri 5d classic.fizikal mmg mcm xpernah guna..cas cepat full..tapi power xde dah..adoi..menurut owner asal,,dah setahun x cas.

    ReplyDelete