Thursday, January 27, 2011

Tips Menjaga Kamera | Storage & Fungus

Assalamualaikum & salah sejahtera semua.

Dlm artikel kali ni, aku akan explain serba sedikit berkenaan cara penyimpanan kamera yg efektif, supaya ia terjaga rapi dan harga tak jatuh byk bila nak jual balik.

Di negara Malaysia yg mempunyai iklim lembap, antara tempat yg paling sesuai utk simpan kamera ialah drybox.


DRYBOX

shashinki

Drybox, ataupun dry cabinet adalah kotak atau peti utk menyimpan barang-barang elektronik seperti kamera dan lens.

Kegunaannya yg menghalang kelembapan ini bertujuan mengelakkan pertumbuhan fungus pd body camera atau lens serta memanjangkan lagi tempoh hayat gadget anda.

Terdapat beberapa jenama terkenal seperti berikut. Harga boleh rujuk sendiri di Shashinki:
  1. AIPO
  2. Eureka
  3. Sundry

Bila kita simpan kamera dan lens di dlm beg dlm 1 jangka masa yg lama, fungus boleh tumbuh, kerana material beg itu sendiri menyerap kelembapan. Kalau simpan dlm laci, bawah katil, almari pulak, situ pun ada risiko fungus jugak, sbb gelap dan lembap.

Maka sbb itu kita simpan dlm drybox, sebuah peti yg boleh dikawal tahap kelembapannya, utk make sure ia tidak terlalu lembap sampai fungus boleh tumbuh, dan jugak tidak terlalu kering sampai getah pada kamera jadi keras.

Kalau takde duit nak beli drybox, alternatifnya ialah buat sendiri (DIY). Ada dibincangkan dibawah. Maka silalah terus membaca.


KELEMBAPAN DAN FUNGUS


Fungus merupakan microorganism yg hidup dlm suasana yg lembap dan gelap.

Fungus lebih kerap muncul pd lens berbanding body camera, kerana pada lens ada glass, iaitu tempat yg ideal utk dia membiak.

Jadi apabila anda perasan yg fungus sudah mula tumbuh, bergantung kpd tahap ke-teruk-an fungus tu, terpulang pada anda sama ada nak biar atau nak cuci.

Mcm style aku, aku biar je kalau sikit sangat dan tak kacau gambar ni.

Tapi bagi yg nak cuci, berikut adalah antara tempat yg korang boleh pegi:
  1. YL Camera di Plaza Pudu atau Jaya 33
  2. Vincent Camera Service (016-6322968) di Jalan Klang Lama bagi kamera/lens lama
  3. direct pegi service center bagi jenama lens tersebut

Kos biasanya ditentukan oleh jenis lens dan byk mana fungus tersebut. Utk lens biasa-biasa mcm 50mm F1.8, usually tak sampai RM100 pun. Tapi kalau lens professional yg ada ring merah L N apa semua, standby la keluar duit lebih sikit.

So senang cerita bwk pegi lens tu kat mana-mana tmpt yg korang nak repair dan tanya sendiri.

Personal opinion:
Kalau fungus tak teruk dan tak kacau gambar, aku tak galakkan korang cuci.
Sebab bila cuci, diorang akan guna sejenis pencuci yg bakal menghakis coating pada lens. Bila coating dah terhakis, gambar akan mula jadi lain macam - penurunan contrast dan sharpness, pengawalan glare/flare/ghost dah makin teruk, dan mungkin ada color shift.

Apa pun nak cuci ke biar ke terpulang la pada korang.
Selain lens, fungus juga tumbuh pd sensor kamera. Pernah jadi kat Canon 350D aku. Tapi jarang sgt la kes mcm ni.


KESAN FUNGUS PADA GAMBAR

Fungus ni bila banyak, dia jadi mcm jaring-jaring halus yg cover certain tmpt dlm lens korang. Mcm spiderweb la, tp kecik.

Imagine korang pakai spek yg ada spiderweb, apa jadi? Pandangan korang akan jadi blur sikit, amek masa utk mata korang focus pada subjek.

Same thing goes to camera and lens. Fungus yg banyak akan menyebabkan hasil kurang sharp atau sedikit soft. Worse case, boleh nampak sendiri bentuk spiderweb kalau shoot guna aperture kecik.

Fungus takkan merosakkan keseluruhan lens. Maksud keseluruhan disini - AF, VR/IS, zooming... so biasanya mmg boleh pakai mcm biasa.

Tapi ada la beberapa kes dimana lens yg ada fungus tak dpt focus dgn betul. Ini kerana fungus yg terlalu byk/tebal dah mengganggu laluan cahaya yg masuk dari luar. Mcm kita pakai spek yg ada cap jari misalnya, pandangan kita akan terganggu sikit, menyebabkan kita lambat nak focus.

Ada juga sesetengah kes bagi jenama Canon, dimana lens yg berfungus, apabila di-mount kpd kamera, kamera tak dpt detect, keluar error 99. Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tak tau, kena tanya pengguna Canon.

Apa pun, fungus sebenarnya bukan isu besar. Ia masih boleh dicuci. Berbanding lens yg dah fogging. Fogging punya isu mmg tak dpt diselamatkan langsung dah. Tapi bab fogging takkan dibincang disini la.


FUNGUS = GAMBAR KACAK?

Seperti yg dah dibebelkan kat atas tu, fungus ni menurunkan kualiti gambar. Secara umumnya la.

Tapi ada certain case, dimana fungus tu tak kacau langsung, atau memberi efek baru pada gambar, yg mana efek tu menjadikan gambar lebih kacak.

Info lanjut, jom usha Dead Lens Club dan bersiap sedia utk jawdrop dgn kekacakan hasil gambar disitu.


DRYBOX? TAKDE DUIT!

Drybox mahal. Pastu besar. Pastu berat. Pastu pastu pastu ala ckp je la takde duit nak beli.

Alternatif bagi mereka yg tiada drybox ialah:

shewsbury

DIY la ape lagik.

Carik 1 tupperware besar yg bole muat kamera dan lens korang, letak dehumidifier atau silica gel dlm tu, mcm Thirsty Hyppo atau jenama Giant ke Tesco ke jenama kotak kasut ke, letak dlm tu sekali dgn kamera korang.

Make sure korang selalu check. Incase dehumidifier tu dah penuh, kena tukar.

Cara kedua - percuma punya kaedah.

Letak je kamera kat mana-mana open space. Atas meja ke. Janji tempat tu airflow dia lancar. 

Pastu selalu guna kamera. Bila selalu guna, dia tak stuck kat 1 tempat je. Kira airflow jalan jugak la. Kalau jarang pakai, pastu biar je dlm beg, fungus senang tumbuh.

Apa pun, yg penting simpan kamera tu kat tempat yg sesuai utk disimpan. Jgn pegi simpan dlm fridge ke microwave ke, unless korang mmg nak menjahanamkan kamera korang la.

Sekian bebelan kali ni. 

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

19 comments:

  1. ejad, tumpang tanya..adakah kerap guna dslr di dlm bilik ber aircond boleh create fungus jugak?

    ReplyDelete
  2. x brani nk jwb, but ade possibility kot, since dlm aircond, kelembapan tu agak tinggi..
    plus kalo tgh sejuk2 tu, trus bwk klua g tmpt panas pn x lok jugak

    ReplyDelete
  3. aku selalu simpan camera aku dlm beg jer, tp dlm tu penuh ngan silica gel, x tau la berkesan ke tidak. anyway aku punye kitlens pernah kene fungus, nak repair blk dlm rm300++ so aku beli baru jer.... lens tu mmg terus xleh pakai, bile snap jer keluar error kat screen kemera aku....

    ReplyDelete
  4. ejad,nak tanya.kalo ada spot hitam kecil2 time nak shoot tu,ape pulak?tapi bila preview gambar,tak nampak pun..

    ReplyDelete
  5. faty:
    hitam2 kecil time nak shoot? bnde tu visible dlm viewfinder ke? mungkin focus point kot. better check user manual for more info

    ReplyDelete
  6. nk tanya kalau kita guna lens berfungus,fungus tu boley bg effect kt body x??

    ReplyDelete
  7. Emir:
    nope. fungus hanya bg efek pd gambar yg terhasil (soft, kaler lari, etc etc)

    ReplyDelete
  8. susah juga nak jage camera nie ,senstif .tq ejad for the info

    ReplyDelete
  9. aaarrrgh!!18-105 aku dah mula ada bintik funggus ni..aku baru je beli kamera dan tak tau lgsung psl funggus ni apatah lg psl dry box ni sume.ingatkan kamera ni main simpan mcm simpan baju dlm lemari je.mgkin jgk sbb rmh aku fully aircond sbb tu la dia cpt jd.klu buat sunbath bintik funggus tu blh hilang tak bro ejad?

    ReplyDelete
  10. @Anonymous

    cuba je la dulu. mungkin boleh bunuh, tp bekas mayat are still there. depends jugak pd tahap ketebalan fungus tu sendiri. try lah, then u'll know

    ReplyDelete
  11. bro saya simpan dslr dalam beg tp dalam beg tu saya ada bubuh silica gel ok x ? boleh tumbuh fungus x??

    ReplyDelete
  12. salam bang... saye nk tanye skit, yg diy drybox 2 perlu ke pakai yg kedap udare punye?? atau pape bekas pon boleh..... tq

    ReplyDelete
  13. Salam bang. Saya ada masalah sikit, bila saya tembak flash kat lens saya, ada keluar asap.

    ada side effect tak?
    Risau ney. baru beli lens tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlam tdi aq try jgk tembak 4-5 kali untk 2 lens...xdak papa pon.. azim kata kuar asap...takut jgk aq dgar..

      Delete
  14. Palstik silica gel tu kena buka atau x yah? Still confused haha

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. kalau tiada silikagel boleh terus simpan ke dalam tupperware ? selamat?

    ReplyDelete