 |
Gambar hiasan |
Hari ni aku nak story psl this 1 photographer yg sgt ignorant dan kuat menjawab.
Let's call him "Z".
Z memulakan langkah pertama dlm photography dgn Nikon D90 + 18-105.
Lepas beli kamera, for sure la dia carik sifu yg mana boleh ajar dia basics in photography.
Kebetulan dia kenal seorang akak ni, suami dia photographer, guna Nikon D2x kot time tu, namanya Adi.
Lesson 1: Nightshot Landscape bersama sifu Adi
Z drove all the way from his place to Putrajaya sbb nak belajar dgn sifu Adi.
Kebetulan time tu malam, so lps Adi brief Z dgn ilmu asas setakat mana yg termampu, both of them pun merayau Putrajaya utk belajar shoot landscape.
Landscape waktu mlm - guna tripod, lowest ISO, exposure time (shutter speed) is the key
So apa yg si Z dpt drpd Adi? - ISO kena guna paling rendah
Lesson 2: Belajar shoot portrait bersama aku
Berlaku pd bulan puasa 2010. Time ni aku guna Nikon D200, belum tukar Pentax lagi.
Dgn beberapa model/talent, kami dgn beberapa photog lain berjumpa di Sogo, photoshoot suka-suka di sekitar Jalan TAR.
Aku ada la ajar dia sikit-sikit tips utk shoot close-up portrait, iaitu dgn longest zoom + wide aperture to provide shallow DOF.
Time kami photoshoot tu dah petang, 5 lebih la jugak. Dan byk dibuat di belakang lorong kedai yg agak gelap. Disebabkan aku nak gambar yg senatural mungkin, aku byk main dgn nilai ISO utk dpt exposure yg proper. Dan disebabkan situ agak gelap, aku guna ISO 800 - 1600.
Si Z ni pulak, gambar dia majority blur sbb shaking.
Bila aku tgk EXIF, rupanya shutter speed slow sgt, 1/15, 1/10 pd focal length 105mm. VR pun susah nak selamatkan wey.
Aku: Apesal shutter speed kau slow sgt ni?
Z: Kalau aku lajukan, nnt gambar gelap.
Aku: ISO 200? Apesal rendah sgt?
Z: Kalau guna ISO tinggi, nanti noise la gambar aku.
Aku: Kalau noise pun kenapa?
Z: Gambar tak cantik la kalau ada noise.
Aku: Habis gambar yg blur mcm ni, cantik?
Z: Tapi takde noise!
Aku: Jom kita tanya model, gambar aku yg noise tp sharp, compare dgn gambar kau yg takde noise tp blur, sampai muka pun tak nmpk ni, tgk mana yg diorang pilih.
Z: (dia menjawab lagi, tp aku tak ingat)
Aku: So pesan aku simple je - jgn kedekut ISO. Lantak la noise ke apa ke, janji ada gambar yg sharp, paham?
1 lg portrait session, shoot pd waktu malam di Dataran Shah Alam.
Disebabkan model sgt lah seksi, aku dok tepi je, tak shoot.
Si Z geram dgn lens Tokina 28-80mm F2.8 yg nampak mcm lagi hebat drpd kitlens 18105 dia, so dia pinjam drpd aku. Aku bg je la, tak kisah.
Then, dia upload lah gambar yg dia dah ambil guna lens aku tu, dan gambar tu blur.
Bila org komen & tanya kenapa gambar tu blur, dgn selamber nya Z jwb
"Entah, lens Ejad"
Lens aku la pulak yg salah. Adoi...
Lesson 3: Bersama sifu Paman, shoot outdoor wedding ke model ntah, lupa sudah
Shoot outdoor di tengahari panas buta, si Z menggunakan aperture f/22 utk portrait, which is agak pelik.
Paman: Apesal kau guna aperture kecik sgt ni?
Z: Kalau aku guna aperture besar lagi, nnt gambar aku overexpose.
Paman: ISO kau berapa?
Z: ISO 1600.
Paman: Apehal kau guna ISO sampai 1600? Kan tgh terang giler ni.
Z: Ejad ckp jgn kedekut ISO
Tak psl-psl nama aku kena petik. Adeh -.-"
Paman: Apa kata lepas ni, kau masuk kelas basic, belajar habis psl shutter speed, ISO & aperture. Ada model ke takde model ke, pergi belajar, faham?
Lesson 4: Soalan pelik di facebook
Aku post 1 gambar portrait, dgn setting f/8 | 1/90s | ISO 200, tag kwn-kwn lain utk mereka bg C&C.
Then dtg lah si Z ni, tanya soalan psl teknik.
Z: f/8 boleh pakai lagi ke?
Soalan ni takde jwpn.
Dia contoh mcm ni, aku drive pergi Melaka dgn speed 120kmph, tiba-tiba Z tanya kalau guna 140kmph boleh tak. Sah-sah la boleh.
So sbb aku kurang fhm apa yg dia cuba nak tanya;
Aku: Sila explain, apa mksd kau "f/8 boleh pakai lagi ke?"
Z: Kalau nk pakai lens 50mm, f dia berapa? Kira bwh 9 ok ke?
Clearly he doesn't understand about aperture at all.
Kemudian lepas beberapa heated argument, Z ckp
Z: Aku baru main kamera, kau dah lama. Nnt tolong tengokkan skit aku punya kamera ni, apa yg silap
Aku: Takde kena mengena dgn baru ke lame.. kau tu berlagak sgt, bajet power, tapi knowledge takde, pastu sibuk salahkn benda lain.. lens org la, apa la, itu la, ini la..
Adi: Aku lempang jugak karang... budak ni... Nikon tak pernah buat silap kat kamera dia!! Kau tu yg silap, byk sgt alasan!
Z: Kalau tukar kamera rasa-rasanye ok kot..hehehe
Adi: Bg kat kau hassleblad pun gambar tak jadik! Alasan tukar kamera plak! Lagi? Apa lg alasan? Takder apa yg silap kat kamera tu, paham? Takder apa yg silap kat lens. Yg silap kau tu, tanak blajar betul-betul, tanak dgr cakap! Kalo silap kat kamera, payah ler semua yg beli D90!
Then bila aku suruh dia baca manual D90...
Aku: Lepas ni balik rumah, carik balik manual D90 kau tu, baca sampai lumat.
Z: Aku tak faham english la.
Aku: Masuk internet, carik je forum photography bahasa melayu, byk info situ, baca!
Z: Ofis kat internet aku ni blok la (tapi facebook boleh plak)
Aku: Pergi carik sifu yg guna D90, belajar dgn diorang.
Z: Segan la....
Aku give up.. takleh tolong dah budak ni...
Lesson 5: Belajar Flash bersama PM
Z: Kalau flash Nissin 622 ok tak?
Aku: Flash semua ok. Yg tak ok tangan kita je.. pandai atau tak pandai guna...
Z: Nak tahu flash.. kadang-kadang gelap.. kadang-kadang terang.. hehe
PM: Kalau nak belajar flash, kene tahu GN flash, kedudukan subjek, ISO apa digunakan. Bounce ada perkiraan nak +/- exposure berapa tinggi syiling atau apa-apa nak dipantulkan... jika faham ISO, jarak, GN, takda masalah pakai flash apa pun.
Z: Ok.. kalau Nissin 622? Kalau guna flash, ISO mcm mana pulak?
PM: Google INVERSE SQUARE LAW
Z: Tu utk apa? Saya dah tgk..
- Agak berapa jumlah jauh pantulan cahaya flash - dari flash ke syiling ke subjek
- Bahagikan dgn GN untuk mendapatkan f berapa
- Buka sehingga 1 stop untuk compensate kehilangan cahaya dari pantulan
Z: Kalau Nissin 622 mcm mana pulak? ISO? <-- tengok ni, dia tanya balik
PM: Katakan guna ISO 100, shutterspeed 1/60s,
- Total jarak adalah 20 kaki
- GN flash katakan 38. so, 38/20 = 1.9 ... F terhampir adalah F2
- Compensate +1 untuk kehilangan cahaya
PM: Jika kita kira dlm unit kaki, jgn bahagikan dgn unit GN dlm meter. Kalau nak belajar flash ni, sgt complicated... takda yg percuma dlm dunia ni... yg percuma adalah buat try and error sendiri hasil pembacaan saja.
Z: saya tak tahu Nissin 622 mcm mana... <--- reply yg sama, mmg stok mintak penyepak
Adi: Apa yg kau tanya nih? Kejap tanya 622 mcm mana.... kejap tanya 622 ok tak.... kalau guna 622 ISO mcm mana pulak..... apa soklan engkau tu aku tak paham. Bunyi mcm org sewel jek!
Apa yg PM ajar dlm conversation tu, entah dia baca ke tak ntah, sbb dia tak habis-habis tanya balik soalan yg sama.
The latest case was, aku dpt tau yg dia approach student-student aku (time tu aku lecturer sambilan di UiTM Shah Alam) utk dia buat photoshoot.
Apa lagi, aku naik angin la. Dlm friendlist dia ada la dkt 2000 model, I mean true model.
Student aku jugak yg sibuk dia nak approach.
So aku sound dia, kalau dah basic pun tak tau, takyah la sibuk sgt nak shoot model sana sini, belajar habis basic tu dulu.
Lepas gado punya gado, Z ni pun remove aku, Adi dan Paman drpd facebook.
So kesimpulan drpd cerita ni, nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Kalau betul korang nak jadi terer dlm photography atau dlm bidang apa pun, rajin-rajin la membaca & meng-google. Belajar drpd org yg pandai itu perlu, tapi jgn la harap segala-gala ilmu tu nak disuap dgn percuma mcm tu je. Korang yg nak belajar, korang la kena berusaha.
And last but not least - read the freakin user manual! Masyarakat kita ni sgt ignorant, user manual yg dah sedia ada tu taknak baca, tapi sibuk blame org lain tak inform la apa la.
Jadilah photographer yg baik dan tak menjawab. Kalau nak menjawab jugak, biarlah berfakta dan berilmu, jgn la bg jwpn yg lagi akan menampakkan kejahilan diri sendiri.
Ignorance is bliss.