Monday, January 10, 2011

Jenis-jenis Lensa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd semua pembaca.

Lps korang beli DSLR, for sure korang akan diracuni dgn pelbagai jenis lens yg wujud dlm dunia ni. Sampai kalau boleh nak beli dan memiliki semua lens yg ada.

Dlm pasaran terdapat byk jenis lens. Ada wide angle, telephoto, prime, zoom dan mcm-mcm lagi.
Tak semua lens yg korang idamkan tu akan digunakan dlm bidang yg korang ceburi. Kadang-kadang kita sendiri tak tau nak beli atau guna yg mana.

Jadi artikel yg aku tulis hari ini adalah sedikit sebanyak berkenaan tentang jenis-jenis lens yg ada.

Setiap gambar ada aku attach-kan link yg akan membawa anda ke website tertentu yg menunjukkan harga lens berkenaan, so jika berminat dgn lens tersebut, klik pd link yg berkenaan dan usha lah sepuas hati.

Setiap lens diklasifikasikan mengikut focal length serta aperture yg dipunyai oleh lens tersebut. Secara asasnya, dlm dunia photography ni, lens terbahagi kpd dua:
  1. Zoom lens - lens yg boleh di-zoom, mempunyai focal length yg awal dan akhir, seperti 18-55mm.
  2. Prime lens - lens yg tidak boleh di-zoom kerana mempunyai focal length tunggal, seperti 50mm.

---------------------------------------------------------------------------------------

KITLENS

Sumber: Nikon | Pentax | Sony | Canon

Kitlens merujuk kpd lens yg diberi secara pakej semasa pembelian kamera SLR/DSLR.

Paling setended ialah yg mempunyai focal length 18-55mm dgn aperture F3.5-5.6, di mana bermaksud aperture maksimum pada 18mm ialah f/3.5 dan 55mm ialah f/5.6.
Selain 18-55mm, kekadang kedai bagi option utk korang upgrade kitlens tu kepada range yg lebih jauh, contoh 18-105mm, 18-135mm, 18-200mm dan 18-300mm.

Kalau beli kamera pulprem yg mahai, kitlens dia lain sikit. Biasanya 24-85mm (Nikon) dan 24-105mm (Canon).

Pentax K100D | 18-55mm
Nikon D50 | 18-55mm
Canon 1000D | 18-55mm

Kegunaan:
  • Memberi sudut seluas 18mm utk landscape dan sejauh 55mm utk portrait/candid
  • Great starter kits utk jurufoto yg baru nak belajar mengenai fotografi

Kelebihan:
  • Ringan, kecil, sgt fleksibel dan mudah digunakan
  • Murah

Kekurangan:
  • Disebabkan murah, kualitinya mungkin tak semantap lens lain yg lebih mahal
  • Tidak sesuai sbg low-light lens kerana aperture nya yg agak kecil

Kalau nak cuci mata mai tgk sikit gambar drpd kitlens ni: Pentax | Nikon

---------------------------------------------------------------------------------------

PRIME LENS

Sejenis lens yg mempunyai single focal length, tidak boleh di-zoom.

Dlm banyak-banyak prime lens, 50mm ialah lens yg paling digemari ramai, sejak zaman filem sehingga zaman digital.

Lps dah muak pakai kitlens, biasanya lens yg dicadangkan utk 'upgrade' ialah lens 50mm. Kenapa? Boleh baca artikel 5 Sebab Kenapa Anda Harus Memiliki Lens 50mm

Terbahagi kpd banyak aperture. Biasanya bermula dgn F1.8, diikuti dgn F1.4, F1.2 dan F1.0. Makin kecik nombor makin mahal. Tak caye meh tengok rege lens Canon 50mm F1.2 nih.

Sumber: Nikon | Pentax | Sony | Canon

Kegunaan:
  • Portrait
  • Sedikit macro/close-up
  • Street

Kelebihan:
  • Ringan, kecil
  • Murah (utk F1.8)
  • Focusing yg pantas
  • Hasil yg supersharp & superbokeh yg pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Kekurangan:
  • Tak sesuai utk semua keadaan kerana hanya 1 focal length
  • Susah digunakan utk amek gambar yg wide sbb 50mm tu sendiri tak berapa nak wide

Antara jenama third party yg femes ialah Sigma 50mm F1.4.

Utk pengguna DSLR Nikon yg entry level khasnya, make sure anda beli yg version AF-S utk membolehkan lens tersebut autofocus pada DSLR anda. Boleh baca artikel Nikon Entry Level DSLR & Nikkor Lenses utk info lanjut.

Nikon D700 | AF 50mm F1.8D
Nikon D3 | Nikkor 50mm F1.2 AI

Selain 50mm, prime lens lain ialah seperti 14mm, 16mm, 24mm, 28mm, 35mm sampailah kpd 600mm. Banyak sangat. Senang cite bila dia punya focal length tu seketul je, prime lens la tu.

Nikkor 28mm F3.5 AI
Nikon D700 | CPC 28mm F2.8 Macro

Kegunaan dia pulak, ekceli depends pd focal length lens tersebut, so teruskan membaca jenis-jenis lens yg lain di bawah dan tgk prime lens yg masuk di dlm kategori lens tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------

WIDE ANGLE LENS

Sumber: Nikon | Pentax | Sony | Canon

Ringkasnya, wide angle (WA) atau Ultra Wide Angle (UWA) merujuk kpd sudut yg luas, yg mana focal length-nya bermula dgn no yg kecil.

Contoh seperti lens di atas:

Contoh kat atas ni semua original manufacturer brand. Kat bawah ni yg 3rd party:

3rd party WA/UWA Lens
Sumber: Tokina 12-24mm F4 | Tokina 11-16mm F2.8 | Tamron 10-24mm F3.5-4.5 | Sigma 10-20mm F4-5.6

Semua di atas tu adalah utk DSLR yg bersaiz sensor APS-C, atau lebih femes dgn nama cropped sensor. Kalau pakai fullframe, lens di atas tidak boleh digunakan kerana tidak compatible. Maka utk fullframe, antara contoh WA/UWA lens ialah:

Nikon D90 | Tokina 12-24mm F4
Nikon D3 | Sigma 12-24mm F4.5-5.6

Kegunaan:
  • Group photo: Sesuai utk mengambil gambar yg luas dlm keadaan yg sempit (contoh gambar keluarga dlm bilik yg kecil)
  • Landscape
  • Building. architecture, landmark

Kelebihan:
  • Sudut tangkapan yg luas menyebabkan kita tak perlu bersusah payah ke belakang utk memastikan kesemua subjek masuk ke dlm frame

Kekurangan:
  • Agak mahal
  • Berat dan besar
  • Biasanya menyebabkan distortion pd gambar, yg mana objek di hujung/bucu frame akan memanjang atau membulat, membuatkannya kelihatan tidak normal


---------------------------------------------------------------------------------------

TELEPHOTO LENS

Lawan bg wide angle lens, iaitu telephoto lens adalah lens yg mempunyai focal length berangka tinggi utk pandangan jarak jauh. Biasa digunakan oleh jurufoto wildlife, sports, dan apa saje yg memerlukan anda utk amek gambar dari jauh, termasuk skodeng.

Zoom lens: 


Sumber: the-digital-picture

Prime lens: Canon EF 300mm f/2.8L IS II USM, Nikkor AF-S 200mm F2G

Sumber: dpreview

Perhatikan contoh di atas, hampir kesemua mempunyai focal length yg berangka ratusan mm.

Lens telephoto juga biasanya datang dgn tripod collar, yg mana apabila lens ini dipasangkan pd body camera, tripod/monopod mesti dipasang pd lens, bukan body, kerana berat dan saiz lens adalah jauh lebih berat drpd body camera.

Nikon D50 | Nikkor AF 75-240mm F4.5-5.6D

Pentax K20D | Pentax FA 100-300mm F4.7-5.8

Kegunaan:
  • Sports (F1, Moto GP), wildlife, portrait, candid, skodeng

Kelebihan:
  • Bokeh yg sgt jahat
  • Objek yg sgt jauh akan kelihatan besar dlm frame foto.

Kekurangan:
  • Mahal
  • Sgt besar dan sgt berat, tak muat utk disimpan dlm beg (utk sesetengah lens)
  • Perlu digunakan bersama tripod/monopod utk mengurangkan risiko shake/blur pd gambar, kerana focal length yg panjang memerlukan kita utk menggunakan shutter speed yg laju
  • Attention Seeker - bayangkan anda berjalan di taman dgn kamera dan lens yg panjang, tak ke menarik perhatian org ramai?

---------------------------------------------------------------------------------------

MACRO/CLOSE-UP LENS


Macro merujuk kpd objek yg kecil (atau sgt kecil).
Macro lens pula merujuk kpd lens yg boleh digunakan utk menangkap foto subjek yg kecil.

Usually, macro lens akan ada tulis "macro" atau "micro" pada lens tersebut, contoh Nikkor Micro 55mm F2.8 AI-s.

Lens sebegini mempunyai focusing distance yg pendek, membenarkan kita utk pergi kpd subjek lebih dekat drpd lens-lens biasa yg lain. Boleh baca artikel MFD utk info lanjut.

Sumber: Sigma | Tamron

Sumber: Sigma | Tamron

Contoh lens macro/close-up:
Pentax K20D | 50mm + extension tube
Nikon D700 | Reversed 50mm F1.8

Kegunaan:
  • Macro & close-up
  • Boleh juga digunakan utk portrait

Kelebihan:
  • Dpt memberikan magnification yg superb pada mata lalat hingga foto itu boleh dibuat wallpaper

Kekurangan:
  • Biasanya focusing utk macro lens ni sgt selowww
  • Dan... macro photography memerlukan KESABARAN YG TINGGI

---------------------------------------------------------------------------------------

FISHEYE LENS

Mempunyai focal length yg hampir sama dgn UWA lens, tetapi ada keyword "fisheye" pada lens tersebut utk membezakan UWA lens yg menghasilkan gambar yg straight berbanding fisheye lens yg menghasilkan gambar yg distorted.

Tokina 11-16mm F2.8 UWA vs Tokina 10-17mm F3.5-4.5 Fisheye

Fisheye lens memang ditulis padanya perkataan FISHEYE utk mengelakkan pengguna salah faham bahawa adakah ini lens fisheye atau lens wide.

Walaupun kadangkala imej yg terhasil drpd Wide Angle ialah distortion, ia tidak boleh menandingi distort effect yg wujud pd fisheye lens.

Sigma 8mm f/3.5 EX DG Circular Fisheye
Contoh gambar dari lens Sigma 8mm F3.5
Sumber: ephotozine

Contoh lens fisheye:


Ricoh KR-5III | Zenitar 16mm F2.8

Kegunaan:
  • Sama seperti kegunaan Wide Angle Lens, tp mostly digunakan kerana efek distort nya

Kelebihan:
  • Distortion effect membuatkan sesetengah foto kelihatan comel dan membulat

Kekurangan:
  • Mahal
  • Cepat bosan kerana tidak boleh selalu digunakan, especially dlm official job

---------------------------------------------------------------------------------------

PORTRAIT LENS

Nikon D3 | 50mm F1.8

Portrait photography merujuk pd foto di mana subjek itu kelihatan timbul, background nya tenggelam, serta hasil imej yg soft dan mempunyai skintone yg menarik.

Hampir kesemua jenis lens di atas boleh digunakan utk portrait, tetapi tidak semua dpt memberikan efek dan bokeh yg mantap.

Jarang fotografer meletakkan lens yg mempunyai focal length yg pendek sbg pilihan utk portrait.
Biasanya mereka akan mulakan dgn lens 50mm (most favorite lens of all time), 85mm (juga lens kegemaran) dan seterusnya ke arah focal length yg lebih tinggi, iaitu telephoto lens spt 105mm, 135mm, 200mm.

Nikon D700 | Samyang 85mm F1.4

Mcm sekarang ni, lens yg aku pakai utk shoot portrait ialah Samyang 85mm F1.4, best gilerrrrr except manual focus la. Utk portrait dgn AF yg lebih pantas, aku pakai 50mm F1.8.

Nikon D700 | AF Nikkor 50mm F1.8D

Antara lens terbaik utk shoot portrait ialah 135mm F2. Second hand punya harga murah jeeeeee, dalam RM2600.

Utk tips shoot portrait, boleh baca artikel Close-up Portrait.

---------------------------------------------------------------------------------------

FIXED APERTURE ZOOM LENS

Nikkor AF-S 70-200mm F2.8G

Merujuk kpd apa jua zoom lens yg datang dgn hanya 1 aperture maximum utk kesemua focal length.

Contoh mcm kitlens, iaitu f/3.5 utk 18mm dan f/5.6 utk 55mm, tapi fixed aperture lens adalah zoom lens yg membenarkan kita menggunakan 1 aperture yg sama tak kira berapa focal length yg digunakan, contoh mcm dalam gambar atas ni: 35-70mm F4 dan 70-200mm F2.8.

Boleh dibaca disini: Zoom Lens: Fixed & Variable Aperture

---------------------------------------------------------------------------------------

ALL-ROUNDER ZOOM LENS

Sigma 18-200mm F3.5-6.3 DC OS HSM

Merujuk kpd zoom lens yg cover focal length yg luas utk wide dan zoom jauh, contoh 18-200mm.

Boleh dibaca di artikel All Rounder Lens.

---------------------------------------------------------------------------------------

MIRROR LENS

Samyang 500mm MC IF F6.3

Merujuk kpd prime telephoto lens yg murah yg menghasilkan gambar yg tak berapa nak sharp, low contrast dan bokeh donut.

Info lanjut: Mirror Lens.

---------------------------------------------------------------------------------------

LOW LIGHT LENS | FAST LENS

Samyang 85mm F1.4

Merujuk kpd lens yg mempunyai aperture besar dan sesuai digunakan dlm keadaan lowlight (kurang cahaya).

Info lanjut: Low Light & Fast Lenses.

---------------------------------------------------------------------------------------

Byk lagi jenis lens yg aku tak sebut, seperti Tilt-Shift Lens, Lensbaby dan sebagainya, tp aku rasa cukuplah utk apa yg diceritakan di atas itu.

Setiap jenis lens yg diceritakan, aku dah cerita pasal kegunaan, kelebihan serta kekurangan masing-masing, jadi selepas mambaca nota ini, anda seharusnya sudah ada idea utk menggunakan lens yg bagaimana utk foto yg bagaimana. Even harga pun dah diletakkan sbg link pada lens tersebut.

Apa lens pun yg anda ingin beli, anda mesti consider 2 perkara - budget & requirement.
Kedua faktor ini akan membantu anda memilih lens jenama dan model apa yg terbaik utk diri anda.

Utk info lanjut, boleh baca artikel Memilih & Membeli Lensa.

For starters, aku suggest korang yg baru sahaja memasuki arena fotografi utk membeli lens 50mm F1.8. Harganya murah jek, sekitar RM350-400, yg mana lens semurah ini membolehkan anda belajar lebih dlm mengenai DOF, bokeh, softness drpd wide open aperture dan sebagainya.

Lens 50mm ini hasilnya mmg umpphhhh! Tapi kena pandai guna dulu la ;)

Lens apa pun, mahal ke murah, kena pandai guna baru boleh dpt gambar kacak.
Jadi belilah yg mengikut budget dan keperluan sahaja. Jgn lah kerana kita tgk kawan ada lens 70-200 yg mahal, kita pun nak juga walaupun tak tau kegunaannya utk apa.

Perlu juga diberitahu, ada huraian dlm artikel ni adalah drpd pendapat peribadi aku sendiri. Mahal dan murah, tu terpulanglah pada dompet masing-masing kan?

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dgn nota di atas.

Sekian, Wassalam.

Ejad Fotopoyo

77 comments:

  1. salam saudara,ape kate saudara bagi penerangan serba sedikit tentang kegunaan tilt-shift lens..

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing. byk maklumat² yg sgt berguna for d beginner like me. :)

    **bro Edoras baru join blogspot. Jom support and welcome him to the world of blogging! yay! ^_^

    ReplyDelete
  3. klu pki lens 35mm-1.8 ok x

    ReplyDelete
  4. semua lens ok saudara.. yg penting kita tau purpose lens itu utk apa..

    35mm F1.8 ok utk wide shot, mcm landscape.
    juga bagus utk portrait, walaupun mungkin efek bokehnya tak sebagus 50mm F1.8.

    setiap lens ada kegunaan tersendiri.
    pendek kata, anda mesti tau bagaimana menggunakannya, baru tau bagus ke tak bagus utk keperluan anda :)

    ReplyDelete
  5. sesuai x utk macro?

    ReplyDelete
  6. tak sesuai.. mungkin sesuai utk close-up sahaja, means macro yg anda dpt mungkin tidak mencapai nisbah 1:1 magnification.

    tp jika anda sudahpun ada lens tersebut, dan berminat utk mencuba macro, boleh cari gadjet berikut:

    1. Extension tube
    2. Macro filter
    3. Bellow
    4. Reverse ring

    No 1 dan 2 adalah tools macro paling popular dan mudah digunakan. No 3 iaitu bellow agak mahal dan mesti digunakan dgn tripod

    ReplyDelete
  7. kalo antra 50mm dgn 70-300 sigma, yg mn lebh seswai tok beginner. tp sbb camera sy punye body cume d3000, jd kalo amik 50mm, kene gune manual. rs mcm nk bli lens, tp xtau nak bli lens ape. huhu

    ReplyDelete
  8. beginner ke, professional ke, before nak beli lens, 1st of all mesti tau, nak gunakan lens tu utk apa. jadi tak boleh lah kata 50mm lebih baik drpd 70-300 atau sebaliknya, krn kedua-duanya mempunyai kegunaan yg berlainan.

    jadi tanya diri sendiri dulu, nak guna utk apa. kalau portrait, mmg saya sarankan 50mm.
    tp kalo anda jenis suka candid, ambil foto sport, 70-300 lebih sesuai.

    ya betul, 50mm F1.8D tiada built-in motor, jadi tidak bole AF pd body D3000. tp bg saya itu bukanlah 1 masalah besar.
    in fact saya sendiri hanya mempunyai 1 sahaja AF lens, iaitu kitlens 18-55. yg lain 35mm, 50mm, 85mm, 100mm dan 135mm kesemuanya manual lens :)

    ReplyDelete
  9. so just beli samada macro filter atau Extension tube

    ReplyDelete
  10. yup, alternatif itu lebih murah. harganya lebih kurang RM50-RM100 sahaja.

    atau jika anda mmg betul2 serius nak masuk arena macro, lens Tamron SP90 90mm F2.8 adalah alternatif terbaik!

    ReplyDelete
  11. u cadangkan macro filter@extension tube?

    ReplyDelete
  12. saya lebih galakkan utk memakai extension tube, kerana tiada glass atau lens yg terbina di dlm nya. bermakna kualiti gambar adalah original drpd lens yg digunakan. malah extension tube hanyalah bertindak sbg penyambung antara body kamera dgn lens, jadi segala jenis lens boleh digunakan bersamanya.

    jika guna macro filter, antara kekurangannya ialah:
    - terhad pada saiz filter lens itu sahaja. contoh jika anda beli macro filter saiz 52mm, ia hanya boleh diguna pd lens yg mempunyai tread size 52mm shj.
    - filter bererti ia telah menapis kualiti imej, di mana dlm kes ini, ia men-downgrade kualiti imej anda kerana terdapat glass lain

    tp ada juga kelebihannya, spt kecil dan mudah disimpan.

    ReplyDelete
  13. fuh...tq la atas info tu

    ReplyDelete
  14. salam ejad,

    saya baru memiliki nikon d90 & kit lens 18-105mm, saya juga sudah memiliki nikor 50mm F1.8D. belum lagi memiliki flash (hehehehe).

    saya suka mengambil gambar potrait, keluarga di majlis kahwin kenduri kendara sbg hobi, dengan kata lain saya sering berada di situasi bilik yg sempit dan sumber cahaya yg terhad.

    saya suka menggunakan lens 50mm sbb saya boleh gunakan appature yg besar supaya gambarnya cantik (bokeh) & sharp, tetapi malangnya jarak fokal nya yg terhad menyukarkan gambar di ambil di bilik yg sempit. Jika gunakan lens 18-105 tu pula selalunya gambar yg di ambil kurang sharp.

    soalan saya : apakah lens yg sesuai untuk situasi saya itu.

    ReplyDelete
  15. w'salam,

    Dgn menggunakan D90 yg merupakan body APS-C + 50mm, jarak fokal yg sebenar menjadi 75mm, yg mana mmg sukar utk digunakan dl bilik/tempat yg sempit.

    50mm pd f/1.8 susah utk mendapat imej yg sharp. ia sharp sepenuhnya pd f/2.8. unless jika anda mmg sukakan hasil soft yg wujud pd f/1.8, terpulanglah.

    mengenai situasi anda ini, jwpn hanya 1 - flash.
    Anda sudahpun mempunyai kitlens yg boleh mengambil gambar wide, serta 50mm yg sesuai utk portrait, jadi agak membazir utk membeli sebuah lg lens semata-mata utk memenuhi keperluan bilik sempit itu.

    beli flash, tak kisah apa jenama sekalipun, apabila mengambil gambar di dlm bilik, gunakan kitlens dgn aperture kecil spt f/5.6 utk dptkan imej yg lebih sharp serta pantulkan flash pd siling dgn teknik yg betul.

    atau jika anda masih bercadang utk gunakan lens yg sesuai, saya cadangkan 35mm F1.8 :)

    ReplyDelete
  16. bokeh yg sgt jahat..love it..!! hahaha...

    ReplyDelete
  17. lens smc pentax bleh mount terus ke pentax dslr?
    ke kna pkai adapter?

    ReplyDelete
  18. lens manual SMC Pentax-M masih boleh dipakai pd DSLR Pentax kerana Pentax masih kekal menggunakan K-mount.
    walaubagaimanapun, ada setting yg mesti diubah supaya DSLR itu boleh memakainya.

    masuk menu, cari Option utk Using Aperture Ring, tukarkan drpd Prohibited kpd Permitted, dah siap, boleh guna :)

    ReplyDelete
  19. nikon d7000 dan d90 mana yg bgs?

    ReplyDelete
  20. bagus dr segi ape? D90 ade bagusnye, D7000 pun ade bagusnye..baca nih:
    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/mari-belajar-fotografi-5-brand-war.html

    ReplyDelete
  21. salam, bro.

    Berkenaan kit lens nie...bole ke saya guna dengan Raynox DCR-150 Macro Conversion Lens? Saya guna d90 + kitlens 18-105mm. Klu bole, ada tak apa-apa lagi perlu saya sediakan? misalnya reverse ring ke.

    ReplyDelete
  22. Raynox mmg 1 macro tool yg bagus, tp kelemahan nye ialah, bile gune pd lens yg tread size nye besar, akan muncul vignette (bulat hitam) pd setiap bucu frame.. kitlens 18-105mm tu tread size nye 67mm kan? takot die agak besar utk raynox tu.. better check dulu lah :)

    oh, raynox tu dah ckup dah.. reverse ring tak boleh dipasangkan jika ade filter, sbb reverser ring tu sndri ialah reverse - kita psg lens terbalik.. raynox is meant to be installed pd hadapan lens, so reverse ring tak dpt digunakan la.. er, bole phm ke agak2? huhu

    ReplyDelete
  23. salam..sy nak jual d90 sekali dgn lens 18-135mm..dapat skali battery grip...battery orignal nikon...dua lagi batery d90 ottopus..pastu clearning lens...beg orignal nikon..semua sekali sy nak jual rm3.400
    harga x boleh nego dah..sbb dah betul2 murah..condition ok..boleh test..
    area ipoh..pape hal..col je
    afiq-0125374392...

    ReplyDelete
  24. dh ada yg 50 mm 1.8 gmbr memng cantek untuk potrait ... thanks 4 the info

    ReplyDelete
  25. Salam ....

    ape beza len DX format ngan FX Format??

    ReplyDelete
  26. ada diterangkan disini:
    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-10-crop-factor.html

    ReplyDelete
  27. lens nie 50 mm 1.8 bole ke pakai kat d3000?

    ReplyDelete
  28. boleh. tp kalau juz AFD, takleh nak autofocus la, cuma manual focus.. nak autofocus, kne carik 50mm 1.4 AF-S

    ReplyDelete
  29. asalamualaikum....semua info tu betul2 membantu saya sebagai beginner...t.kasih

    ReplyDelete
  30. salam..
    nk minta pendapat..
    antara lens (wide) Tokina dengan sigma.. mane lagi ok?

    ReplyDelete
  31. salam.. nk tanya, ape beza Lens yang ade l (yg wane putih 2) kat depan 2 dengan yang xderk?

    ReplyDelete
  32. dua2 best.. tp tokina setakat 11-16mm je, sigma ada 8-16mm, 10-20mm, lebih wide..psl kualiti dan price, sila google sendiri

    lens putih L tu mcm high quality lens made by canon la.. mostly dibuat hanya pd telephoto lens

    ReplyDelete
  33. salam! sy masih xtau ape2 psl fotography ni.tp nk beli canon 60d(ok x).

    harga yg ditawarkan depends pd lens:
    18 - 55 : rm3300
    18 - 135 : rm3900
    18 - 200 : rm4400
    55 - 250 : rm3900

    *free bag n tripod.

    so,mne yg terbaik?sy nk blaja asas2 portrait n landscape.thx 4 help! =)

    ReplyDelete
  34. Saiful Danny:
    beli ikut bajet.
    recommended: 18-135 atau 18-200
    then kalau ade duit lebih, beli lens 50mm F1.8 utk portrait

    ReplyDelete
  35. nikkor 50mm f/1.8 G berapa ye kawan??

    ReplyDelete
  36. bile admin nk bg tunjuk ajar tentang jenis2 speedlight plak?hehe =)

    ReplyDelete
  37. xdak.. tips nk mahir speedlight tu dah masuk ilmu lighting - kena masuk kelas. xleh bg free, susah

    ReplyDelete
  38. thx 4 ur response.
    tp ak ade 1 mslh la.ad la ak usha2 forum/blog n dorg ckp nikon d5100 better dr canon 60d.pndapat ko cmne?ak taw stiap brand/version ade pros n cons.tp ak nk yg btol2 terbaik tok ak pkai bertahun2.thx untuk response ko yg mmbantu ak k! appreciate sgt2..

    ReplyDelete
  39. (continue) and lg 1,Canon EOS 600D (EOS Kiss X5 / EOS Rebel T3i) pon leh compare dgn canon 60d & nikon d5100.hope ko leh solvekan.ak xkisah psl budget.just nk yg terbaik.ko tolong choosekan mane 1 k! thx very much bro!

    ReplyDelete
  40. Saiful Danny:
    tiada 1 pun kamera yg terbaik drpd kamera lain dlm semua aspek. so for the best camera, only u can answer that, terbaik dari segi apa, video ke, megapixel ke, ape ke..
    ini link tutorial utk compare camera. compare sendiri, then pergi kedai, try test cuba, pastu masuklah memimang mana2 model yg berkenan

    http://jiwaphotographer.blogspot.com/2011/03/panduan-membeli-kamera-2.html

    ReplyDelete
  41. byk gile info ko dh bg aku nih bro.. thx sgt2 lah ye.leh jd sifu ak nih.. hehe.. actually ak dh beli canon 60d 18-135mm. 18-200mm xd stock.tp ok la jgk kan?lens 50mm f1.8 coming soon akan dimiliki.hehe.. so far ak yg xtau ap2 nih agk berpuas aty la dgn model nih.alhamdulillah.xmenyesal. rmai gak yg pkai model nih.so,snang nk study. =) klau nk add fb ko cmne bro?klau ko xnk gtau kat sni,ko ckp dgn ak cmne nk dptkan FB ko scara private. hehe... thank you cikgu! =D

    ReplyDelete
  42. salam ejad nak tanyer aper beza 50mm 1.4G ngan 50mm 1.4D hehehe...TQ

    ReplyDelete
  43. along: nah, baca
    http://www.nikon.com.my/compareproducts.php?pid=1289-fb874890a3

    ReplyDelete
  44. alamak sorry ejad tak bukak blog semalam pastu terus tanyer kat FB hehhehehe.....soryyy erkkk

    ReplyDelete
  45. nkkor 18-55mm sesuai x utk potrait??sbb sy juz ad lens 70-300 ngn 18-55mm..

    ReplyDelete
  46. depends pd tahap kesesuaian. kalau nak main portrait wide, 1855 lah. kalau nak efek DOF yg lebih shallow, for sure 70-300

    ReplyDelete
  47. Bro nak tanya sikit,
    DSLR camera ada tali hayat tak? sbagai contoh skiranya kta ambil gambar sampai 100K,adakah kta perlu service DSLR kta?

    ReplyDelete
  48. newbies:
    baca ni

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-penjagaan-1-body.html

    ReplyDelete
  49. sekiranya saya pakai camera canon ,boleh tak lens dia ,saya pakai nikon ?

    ReplyDelete
  50. bro klau kitlens 18-55 better tolak brp rm eh?klau rm 500 ok x?condition ok,used bout 8 months mcm tu..

    ReplyDelete
  51. @Anonymous

    1855 RM500 mahal. eh takyah jual la kitlens, simpan je. sgt berguna time emergency dan sbg walk-about lens yg ringan

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/mari-belajar-fotografi-6-ada-apa-dgn.html

    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/08/ada-apa-dengan-kitlens-part-2.html

    ReplyDelete
  52. kalo Prime lens ngn TELEPHOTO LENS. antare dua niyh. bokeh mner yg lebih power bagi ejad?

    ReplyDelete
  53. @Anonymous

    soalan anda tak boleh nak dijawab. its like comparing an apple with an orange.

    lawan bg Prime Lens ialah Zoom Lens.
    lawan bg Telephoto Lens ialah Wide Lens.

    sila baca balik dan fahamkan dulu psl jenis2 lens.

    ReplyDelete
  54. bro...ape function lens baby ek??

    ReplyDelete
  55. kalu nak amik gmbr makro guna extension tube + reverse ring ok x? cmne plak kalu xpakai reverse ring?

    ReplyDelete
  56. @Afiq

    g kat ruangan Cari Sampai Dapat Google Search yg ada kat sebelah kanan blog ni, search Macro Photography, dan baca. jwpn ada kat situ

    ReplyDelete
  57. Thx Bro..
    Byk Info sye yg noob+Beginner nie Dpt..
    Tgh Cari Info Pasal Flash Gun nie..
    Btw th Bro..

    ReplyDelete
  58. Salam

    Saya baru mula hendak berjinak dengan fotografi. Saya baru aje beli Canon 60D dengan lens 18 - 135. Saya berminat dengan gambar mikro. Boleh saudara rekomenkan saya apakah lens yang sesuai untuk makro dengan harga yang berpatutan? Atau selain lens adakah lain-lain gadjet yang boleh di guna selain pilihan lens?..terima. Btw...Maklumat dari blog saudara amat membantu dan memuaskan.

    ReplyDelete
  59. maaf..bukan mikro tapi makro

    ReplyDelete
  60. Salam

    Selain dari segi kos, apakah pandangan saudara tentang penggunaan lens third party seperti sigma, tamron dan sebagainya dari segi compatibility terhadap sistem kamera dan pictures effectiveness?

    ReplyDelete
  61. "Photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn lens mahal akan dipuji kerana gadjetnya,
    tapi photographer yg mengambil gambar yg cantik dgn kitlens akan dipuji kerana skillnya."...... Saya suka statement ni. Memang benar kata pujangga saudara (akan saya semat dalam fikiran sentiasa). A good photographer comes with lots of creativities and not with lots of gadgets

    ReplyDelete
  62. slm,,lwh terang pasal wideconverter x?

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum, nak tanya kalau baru permulaan minat dalam bidang ni, antara lens apa yang sesuai digunakan? And di mana dapat beli dengan harga yang berpatutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. baca ni
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/08/tips-membeli-lensa-utk-kamera-anda.html

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Salam..
    Mintak pandangan saudara, mana satu yang perlu saya upgrade sama ada body ataupun lens? Sekarang saya guna Canon 1200d, berbaloi tak kalau saya upgrade kepada nikon d3300?

    ReplyDelete
    Replies
    1. upgrade lens. upgrade body tak nampak ketara sgt perubahan gambar, melainkan anda upgrade kpd fullframe

      Delete
  66. tq boss.. baru jumpa penerangan dlm bahasa melayu.. sblm ni google asyik page indon je

    ReplyDelete
  67. Wah.tq bnyk2..berbulan2 google.. klu bukan indon mesti org putih punya blog..ni kali jumpa org melayu punya blog utk ilmu photography ni..dpt sudh jawapan yg saya perlu..

    ReplyDelete
  68. Sigma 18-50mm ok utk gambr keluarga atau group kah sir..cth dlm 10org mcm tu..

    ReplyDelete
  69. Salam bro, nak tanya, utk nikon dslr, speedlight apa eh yg bagus? Budget dlm 300-400...yg second pon jadi kah

    ReplyDelete